This morning I gave a press conference in Parliament on the palm oil industry. You can read my statement below. You can access the videolink to my PC here.

Press Statement: Budget for Promoting and Defending Palm Oil Slashed, a mere 0.03% of Total Exports

The price of CPO is low at RM2,200 per MT and Malaysia is losing significant export sales. According to statistics from the Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Malaysian exports to major buyers for the period Jan to Oct 2014, compared to the same period last year, has seen a drop of 530,000 MT.

Against this backdrop of challenging times for the industry, Parti Keadilan Rakyat is disappointed that the Ministry of Plantation Industries and Commodities has decided to slash its 2015 budget for defending and promoting palm oil by 40%.

For 2015, the budget to counter the anti palm oil campaigns has been cut from RM16 million for 2014 to RM10 million for 2015. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), the body responsible for the promotion and development of the industry has also seen a budget cut from RM25 million in 2014 to RM14.5 million for 2015. Overall, from the Budget 2015, this Ministry has allocated a mere RM24.5 million to defend and promote palm oil.

Palm oil is a RM80 billion export industry. To spend a mere RM24.5 million to defend and promote palm oil is a joke. RM24.5 million represents a mere 0.03% of total exports of palm oil. What is the appropriate spend rate for marketing and promotion of palm oil?
The United States Department of Agriculture (USDA) in promoting American agriculture produce spends close to 1% of its total exports. In 2013, USDA data recorded USD 144 billion in export sales with USD1.3 billion spent on promotional marketing of such exports. If we use the USDA spend rate of 1% as a guide, the Ministry should spend about RM800 million a year to defend and promote palm oil, not a mere RM24.5 million. As such, we urge the Ministry to increase its spending to a more reasonable amount of RM200 million a year to turnaround and safeguard the future of this very important industry.

Lastly, we also note that palm oil companies are subjected to both corporate tax 25% and a windfall tax of 15% and that the total tax revenue paid by such companies is estimated to be around RM10 billion to RM15 billion a year. Spending a mere RM24.5 million to help the industry is blatantly unfair to oil palm companies.

Wong Chen, PKR
MP Kelana Jaya, 18 November 2014

 

Kenyataan Media: Bajet Mempertahankan dan Mempromosikan Industri Minyak Kelapa Sawit Dipotong, hanya 0.03% daripada Jumlah Eksport

Harga terkini CPO adalah rendah iaitu sebanyak RM2,200 (per MT) dan pasaran market share Malaysia semakin surut. Mengikut statistik MPOC, jumlah eksport minyak kelapa sawit Malaysia kepada Negara pembeli-pembeli terbesar dari tempoh Jan hingga Okt 2014, berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, telah jatuh sebanyak 530,000 MT. Dalam keadaan indusri sawit semakin susah, Parti Keadilan Rakyat berasa amat kecewa dengan keputusan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk memotong bajet untuk mempertahankan dan mempromosikan industri ini sebanyak 40%.

Bajet untuk menangani kempen anti-minyak kelapa sawit telah dipotong daripada RM16 juta (2014) kepada RM10 juta (2015). Malaysian Palm Oil Board (MPOB), badan yang bertanggungjawab dalam usaha-usaha untuk mempromosikan dan membangunkan industri ini juga dipotong bajet daripada RM25 juta (2014) kepada RM14.5 juta (2015). Secara kesuluruhannya, Kementerian hanya memberikan peruntukan sebanyak RM24.5 juta untuk mempertahankan dan mempromosikan industri ini.

Minyak kelapa sawit merupakan industri eksport bernilai RM80 bilion setahun. Perbelanjaan RM24.5 juta untuk mempertahankan industri yang bernilai begitu tinggi adalah sangat memalukan kerana ianya hanya mewakili 0.03% daripada jumlah eksport minyak kelapa sawit. Apakah kadar perbelanjaan yang sesuai untuk pemasaran dan promosi minyak sawit?

Kementerian Perladangan Amerika Syarikat (USDA) dalam mempromosikan pemasaran produk perladangan Amerika membelanjakan lebih kurang 1% daripada jumlah eksport. Pada tahun 2013, data daripada USDA mencatat jumlah eksport sebanyak USD 144 billion dan sebanyak RM 1.3 billion dibelanjakan untuk mempromosikan pemasaran eksport tersebut.

Jika kita mengikut kadar perbelanjaan USDA sebagai satu panduan, Kementerian ini sepatutnya menyediakan sebanyak RM800 juta setahun untuk mempertahankan dan mempromosikan minyak kelapa sawit, bukan RM24.5 juta. Oleh itu, kami menyeru kepada Menteri supaya meningkatkan bajet kepada RM200 juta setahun, iaitu jumlah yang lebih munasabah bagi membangun dan melindungi masa depan industri yang begitu penting kepada Malaysia.

Akhir sekali, kami juga ambil perhatian bahawa syarikat-syarikat minyak sawit adalah tertakluk kepada dua jenis cukai; cukai korporat 25% dan cukai durian runtuh 15% dan jumlah hasil cukai yang dibayar oleh syarikat-syarikat sawit dianggarkan adalah RM10 bilion ke RM15 bilion setahun. Bajet kecil RM24.5 juta untuk membantu industri ini adalah memang tidak adil kepada syarikat-syarikat kelapa sawit.

Wong Chen, PKR
Ahli Parlimen Kelana Jaya, 18 November 2014