Langkah Pencegahan Demam Denggi

Kerja utama seseorang ahli Parlimen adalah untuk meneliti dan merangka undang-undang negara. Apatah lagi pada masa ketegangan politik perkauman yang kerap menimbul, kita perlu diingati bahawa kerja Parlimen adalah lebih penting dari “kerja main politik”.

Pada hujung minggu lalu, YB Hannah Yeoh, ADUN saya di Subang Jaya, meminta pejabat saya meneliti semula Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1974. YB Hannah meminta kami mengkaji semula apakah tahap kompaun kesalahan yang patut bagi seseorang yang didapati membiaki nyamuk aedes. Tujuannya ialah untuk menaikkan kompaun supaya rakyat lebih prihatin membanteras denggi. Kawasan Subang Jaya, merupai satu-satunya kawasan yang terdapat terbanyak kes denggi di Malaysia.

Setelah mengkaji tahap kompaun yang paling sesuai, kami telah menulis surat kepada YB Subramaniam, Menteri Kesihatan untuk meminda Akta tersebut. Pejabat saya juga telah mengeluarkan surat kepada semua 222 Ahli Parlimen untuk mendapat sokongan mereka.

deng

deng2

Category: Parliamentary Issues

Tags: , , , ,

- February 5, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *