Press Statement: Finance Minister’s Reply about the National Blue Ocean Strategy

For this session, the Member of Parliament for Kelana Jaya’s  has posed a question on the National Blue Ocean Strategy. In response the Finance Minister has responded evasively.

The following are the transcripts of the press statement in English and BM from YB Wong Chen in response to that answer.

Finance Minister’s Reply about the National Blue Ocean Strategy

I asked the Finance Minister, Dato’ Seri Najib Tun Razak, to give me simple answers on the total cost of the National Blue Ocean Strategy (NBOS), who were the consultants, and how much was paid to them.

Instead, the written reply that I got from him does not answer any of my questions, provides no figure whatsoever, and does not identify the consultants involved and how much were paid to them. The reply is entirely evasive and unbecoming of a Finance Minister. It merely identified the NBOS coordinator as the National Strategy Unit (NSU), a unit of the Ministry of Finance (MOF).

In view that the Finance Minister is too lazy to tabulate how much the entire NBOS programme has cost the country, my office has gone through the 2016 and 2017 budgets and done the math for him.

We found that allocations towards the NBOS programme totalled RM210mil in 2015, RM157mil in 2016, and RM148mil is expected to be spent in 2017. This represents only three years of NBOS activities. We do not know what is the total overall cost.

I repeat my call for the Finance Minister to give me the total cost of this programme that started back in 2009 in Malaysia. I also demand he tell us how much money the consultants have made from the NBOS programme.

We have identified the consultant in Malaysia to be UCSI Consulting Group Sdn Bhd (774433-w). This consultant has a monopoly for blue ocean strategy in Malaysia.

What is the Finance Minister trying to hide from us? Since his reply is so evasive, my office will definitely dig deeper into the issue and find out the reason. I demand the Finance Minister to give us a reply tomorrow. When the economy is suffering, every money spent must be accounted for and must be for good value.

YB Wong Chen
Member of Parliament for Kelana Jaya (P104)
25th October 2016

 

Jawapan Menteri Kewangan Mengenai Strategi Lautan Biru Kebangsaan 

Saya telah menujukan persoalan yang mudah kepada Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mengenai jumlah perbelanjaan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), siapa perunding-perundingnya, dan yuran yang telah dibayar kepada mereka.

Sebaliknya, saya telah menerima jawapan bertulis yang tidak menjawab soalan saya, tidak mengemukakan sebarang data, dan langsung tidak menyatakan para perunding yang terlibat serta jumlah yuran yang telah dibayar kepada perunding-perunding tersebut. Jawapan tersebut hanya merupakan satu dalih dan tidak padan dengan tanggungjawabnya sebagai seorang Menteri Kewangan. Ia hanya menjelaskan bahawa penyelarasan NBOS dilaksanakan oleh Unit Strategi Nasional (NSU), iaitu sebuah unit bawah Kementerian Kewangan (MOF).

Memandangkan Menteri Kewangan terlalu malas untuk mengenal pasti jumlah perbelanjaan yang telah ditanggung negara kita untuk melaksanakan NBOS, pejabat saya telah meneliti dokumen belanjawan persekutuan 2016 dan 2017, serta mengira jumlah kos strategi tersebut.

Kami mendapati bahawa jumlah peruntukan NBOS adalah sebanyak RM210 juta pada tahun 2015, RM157 juta pada tahun 2016, dan anggaran RM148 juta pada tahun 2017. Ini hanyalah tiga tahun pelaksanaan aktiviti-aktiviti NBOS. Kita tidak tahu jumlah perbelanjaan keseluruhan strategi ini.

Saya mengulangi persoalan saya kepada Menteri Kewangan untuk menyatakan jumlah kos program ini yang bermula sejak tahun 2009 di Malaysia. Saya turut memintanya agar menjelaskan jumlah yuran yang telah dibayar oleh kerajaan kepada para perunding NBOS.

Kami telah mengenal pasti UCSI Consulting Group Sdn Bhd (774433-w) sebagai perunding NBOS di Malaysia. USCI Consulting Group mempunyai monopoli dalam strategi lautan biru di Malaysia.

Apakah yang disembunyikan oleh Menteri Kewangan? Oleh sebab jawapannya begitu kabur, pejabat saya sudah tentu akan menjalankan penyelidikan dengan lebih mendalam dan akan menentukan penjelasan di sebalik jawapan dalih tersebut. Saya meminta Menteri Kewangan untuk membalas persoalan saya ini selewat-lewatnya esok. Dalam kemelut ekonomi, setiap wang ringgit yang dibelanjakan mesti diambil kira dan mesti menjanjikan pulangan yang baik.

YB Wong Chen
Ahli Parlimen Kelana Jaya (P104)
24hb Oktober 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *