Press Statement: The Finance Minister’s Reply on Jasmine Loo and Casey Tang

Today in Parliament, Wong Chen made a press statement on the Finance Minister’s answer on Casey Tan and Jasmine Loo—aka 1MDB Officers 1 and 3 respectively. Here is the full text, in English and in Malay:

Finance Minister’s Reply on Casey Tang and Jasmine Loo

Yesterday I received a reply to my Parliamentary question from Finance Minister Najib Razak on whether Casey Tang Keng Chee and Jasmine Loo Ai Swan are still on the wanted list of Bank Negara. The Bank Negara website clearly shows that they are still wanted. However, the reply states that they are no longer on the wanted list, and that all investigations by Bank Negara on them ended after 1MDB paid an undisclosed fine to Bank Negara.

It is now clear that these two individuals who have been named by Bloomberg and Malaysiakini as 1MDB Officer 1 (Casey Tang) and 1MDB Officer 3 (Jasmine Loo) referred to in the United States Department of Justice report are no longer persons of interest in Malaysia.

In particular, 1MDB Officer 3 (Jasmine Loo) continues to be of interest to the US Department of Justice over the issue of US$5mil of 1MDB’s money that was transferred through shell companies to her personal Swiss bank account. According to Bloomberg, she also sent a six-figure sum to an account of Goldman Sach’s Tim Leissner, who was the lead banker on the 1MDB bond sales.

The reply from Najib, as usual, lacks details, and therefore we would like to ask directly the Bank Negara Governor to provide the following answers:

1. How much was the fine that 1MDB paid to Bank Negara, resulting in Casey Tang and Jasmine Loo being removed from the wanted list?
2. Did Bank Negara ever interview these two individuals in their investigations?
3. In the case of Jasmine Loo, does the Bank Negara governor agree that he should keep her on the wanted list and open investigation into the alleged US$5mil theft?
4. In October 2015, Bank Negara said its probe found inaccurate disclosures when 1MDB sought approvals for offshore investments. Bank Negara revoked the permissions given and instructed more than $1.8bil related to multiple deals to be returned to Malaysia. Has 1MDB repatriated this US$1.8bil?

Overall, I am extremely disappointed in how this entire 1MDB saga is handled by the authorities, including Bank Negara. It appears that foreign authorities are much more interested in freezing and recovering 1MDB money than Bank Negara and the Malaysian Government.

Lastly, I challenge Prime Minister Najib Razak to explain to the Malay community why the entire 1MDB saga has cleared two Malaysian Chinese 1MDB officers and obscenely enriched Low Taek Jho, a playboy Malaysian Chinese financier linked to an international money-laundering probe; whereas a decent, hardworking Malay family man, the Member of Parliament Rafizi Ramli, has been sentenced to jail.

YB Wong Chen
Member of Parliament for Kelana Jaya
8 March 2017

Jawapan Menteri Kewangan Mengenai Casey Tang dan Jasmine Loo

Semalam, saya telah menerima jawapan daripada Menteri Kewangan Najib Razak bagi soalan Parlimen saya iaitu sama ada Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan masih dalam senarai amatan Bank Negara. Laman web Bank Negara jelas menunjukkan mereka masih tersenarai. Namun, jawapan yang telah saya terima menjelaskan bahawa mereka tidak lagi bawah pemantauan Bank Negara, dan siasatan oleh pihak Bank Negara atas 1MDB telah selesai setelah 1MDB membayar kompaun kepada Bank Negara. Jumlah kompaun tersebut tidak diketahui.

Jelas bahawa kedua-dua individu ini, yang telah dirujuk sebagai 1MDB Officer 1 (Casey Tang) dan 1MDB Officer 3 (Jasmine Loo) oleh Bloomberg dan Malaysiakini berdasarkan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, kini tidak dinamakan sebagai orang berkepentingan walaupun masih dianggap sebegitu di Amerika Syarikat (AS).

Khususnya, 1MDB Officer 3 (Jasmine Loo) masih merupakah individu penting dalam siasatan AS atas US$5 juta yang telah diperoleh untuk 1MDB sebelum dipindahkan ke akaun bank peribadinya di Switzerland melalui syarikat-syarikat kosong (shell companies). Menurut Bloomberg, beliau juga telah memindahkan wang berjumlah enam angka kira kepada akaun Tim Leissner daripada Goldman Sach jurubank utama bagi jualan bon 1MDB.

  1. Seperti biasa, jawapan Najib tidak mengandungi sebarang butir. Oleh itu, kami ingin menujukan soalan-soalan berikut kepada Gabenor Bank Negara:
  2. Berapakah jumlah kompaun yang telah dibayar kepada Bank Negara yang telah menyebabkan Casey Tang dan Jasmine Loo disingkirkan daripada senarai amatan Bank Negara?
  3. Pernahkah pihak Bank Negara menemu bual individu-individu tersebut semasa siasatan mereka?
  4. Merujuk kepada Jasmine Loo, adakah Bank Negara bersetuju untuk menyenaraikan Jasmine Loo dalam senarai amatan dan memulakan siasatan atas pemindahan US$5 juta itu?
  5. Pada Oktober 2015, Bank Negara telah mengumumkan siasatan mereka telah mendapati pendedahan tidak tepat mengenai permohonan 1MDB untuk membuat pelaburan luar pesisir. Kebenaran bagi pelaburan tersebut telah ditarik balik dan 1MDB telah diarah untuk mengembalikan lebih daripada US$1.8 bilion kepada Malaysia. Sudahkah US$1.8 bilion ini dihantar balik?

Keseluruhannya, saya amat kecewa dengan cara saga 1MDB ini telah dikendalikan oleh pihak berkuasa, termasuk Bank Negara. Pihak berkuasa asing kelihatan lebih berminat untuk membeku dan mengembalikan dana 1MDB berbanding dengan Bank Negara dan Kerajaan Malaysia.

Akhir sekali, saya mencabar Perdana Menteri menjelaskan konsep kepada masyarakat Melayu mengapa nama dua orang pegawai berketurunan Cina telah dibersihkan dan Low Taek Jho, seorang ahli kewangan ranggi berketurunan Cina yang dikaitkan dengan siasatan antarabangsa pengubahan wang haram telah diperkaya secara melampau; manakala Rafizi Ramli, seorang wakil rakyat Melayu yang berdedikasi terhadap keluarga dan masyarakat, telah dihukum penjara.

YB Wong Chen
Ahli Parlimen Kelana Jaya
8hb Mac 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *