PRESS STATEMENT: GOVERNMENT MUST FULLY DISCLOSE ALL ITS CALCULATIONS RELATED TO THE EMPLOYMENT INSURANCE SYSTEM BILL 2017

Today the government signalled its intentions to push through the Employment Insurance System Bill 2017. This bill will most likely be debated as a second reading early next week. In view of the urgency of the same, I urge the government to immediately and fully disclose all big data projections and all related actuarial calculations relating to the bill.

On the surface, the bill seeks to help provide some insurance benefit to employees who are retrenched or unfairly dismissed. I am in full support of the intention of the bill, however as they say, the devil is in the detail.

Based on my calculations, the detail of the bill indicates a severe disconnect between the contributions for the scheme and the expected insurance pay outs.

 

How much contribution is expected from employees and employers?

Under section 32 of the bill, the minister can choose 3 different schedules of contribution: a low, medium, or high rate. For sake of illustration, we will take the medium contribution rate as described in Schedule II. Assuming the average income of workers is RM2,000 a month, the monthly contribution will RM24.60 per month. The Malaysian Employers Federation (MEF) reported that we have 6.8 million workers who will be covered under the scheme. This means that the annual contribution of all workers and their employers will be RM24.60 x 12 months x 6,800,000 workers = RM2 billion.

 

How much is the expected yearly insurance payout?

For 2015, the MEF reported 44,000 workers were retrenched. For 2016, MEF predicted an even higher number than 2015. Let us assume that the 2016 retrenchment is 50,000. Under this bill, the average proposed payout to retrenched workers can therefore be estimated at RM1,000 (half of their RM2,000 pay) x the maximum 6 months of benefits x 50,000 retrenched workers per year. This works out to a yearly payout of RM300 million.

 

This massive disconnect equals taxation

The bill calls for RM2 billion in annual contributions but then pays out an estimated RM300 million. This is a massive 6.7 times differential of contributions to payouts.

I would suggest a much fairer and more appropriate 3 times differential. Hence, contributions should not exceed RM900 million a year, instead of RM2 billion.

This essentially means that employees and employers are now being forced under this bill to pay more than twice of what is required. In other words, the government is forcing the average worker and his employer to pay RM300 a year, when in actual fact the government only needs RM135 a year. In other words, workers and employers are being forced to cough up an additional RM1.1 billion a year.

What does the government intend to do with the annual excess of RM1.1 billion a year? Will this excess money be used to invest in more Malaysian Government Securities, so as to continue to fuel further this fiscally irresponsible government?

These calculations reveal that the proposed insurance scheme bill may actually have a hidden agenda. That this seemingly altruistic intention of helping retrenched workers, may in fact be an additional tax on both the workers and also employers.
The negative economic impact of taking out RM1.1 billion from the pockets of workers and employers will further hurt the consumption market already hitting rock bottom from the GST.

 

BN Government’s cashflow problems

As we all know, recently Najib failed spectacularly to pay the USD603 million for the first part of 1MDB’s debt to IPIC. The shameful incident highlights the current dire cashflow problem of the Najib administration. It is against the backdrop of a cashflow crunch, that this Employment Insurance System Bill is now being rushed through in Parliament.

This being the case, I call upon the Finance Minister to urgently disclose all the actuarial calculations relating to this bill. I also ask all MPs, trade unions, workers, and employers to pressure the government to come completely clean and explain in detail the calculations. We cannot blindly push this bill without full financial disclosures as the ultimate contributors are the workers and also the employers.

YB Wong Chen
Member of Parliament for Kelana Jaya
3rd August 2017

 

KENYATAAN MEDIA: PIHAK KERAJAAN MESTI MENDEDAHKAN KESEMUA DATA BESAR MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

Pihak kerajaan telah menandakan hasrat untuk meluluskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Rang undang-undang kemungkinan akan melalui bacaan kali kedua seawal-awalnya pada minggu hadapan. Memandangkan situasi ini agak serius, saya mengesyor pihak kerajaan supaya mendedahkan kesemua unjuran data besar dan pengiraan aktuari yang berkaitan dengan rang undang-undang ini dengan segera.

Pada dasarnya, rang undang-undang ini bertujuan untuk memberi manfaat insurans kepada pekerja yang diberhentikan atau dipecat secara tidak adil. Saya menyokong sepenuhnya tujuan sebenar rang undang-undang ini. Namun, masalah sebenarnya tersirat di sebalik butir-butir rang undang-undang ini.

Menurut kiraan saya, rang undang-undang ini menunjukkan satu jurang yang amat ketara antara sumbangan bagi skim insurans pekerja dengan jangkaan bayaran balik inurans.

 

Berapakah Jangkaan Jumlah Sumbangan yang akan Disumbang oleh Pekerja dan Majikan?

Bawah Seksyen 32 rang undang-undang ini, Menteri boleh memilih antara tiga jadual sumbangan berbeza: kadar rendah, sederhana, atau tinggi. Sebagai contoh, kami akan mengambil kadar sumbangan sederhana sebagaimana yang tertera dalam Jadual II. Sekiranya pendapatan purata seseorang pekerja adalah sebanyak RM 2,000 sebulan, sumbangan bulanannya adalah sebanyak RM24.60. Menurut Organisasi Persekutuan Majikan Malaysia (OPMM), negara kita mencatat sebanyak 6.8 juta pekerja yang akan dilindungi bawah skim ini. Ini bermakna sumbangan tahunan kesemua pekerja dan majikan adalah sebanyak RM24.60 x 12 bulan x 6,800,000 pekerja = RM2 bilion.

 

Berapakah Jangkaan Jumlah Bayaran Balik Insurans Tahunan?

Untuk tahun 2015, OPMM telah melaporkan bahawa sebanyak 44,000 orang pekerja telah dipecat. Bagi tahun 2016, OPMM meramalkan jumlah sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun 2015. Sekiranya kadar pengurangan tenaga kerja sepanjang tahun 2017 adlaah 50,000, menurut Rang Undang-undang ini, purata bayaran sepatutnya dibayar kepada pekerja-pekerja yang telah dipecat dianggarkan sebanyak RM1,000 (separuh daripada gaji sebulan sebanyak RM2,000) x maksima enam bulan faedah x 50,000 pekerja yang dipecat setahun. Inilah bayaran balik tahunannya, iaitu sebanyak RM300 milion.

 

Adakah ini Satu Bentuk Pencukaian?

Rang Undang-undang ini akan mengumpulkan sumbangan tahunan anggaran sebanyak RM3 bilion. Jumlah sumbangan ini adalah 6.7 kali ganda lebih berbanding dengan jumlah bayaran balik.

Saya ingin mencadangkan kadar yang lebih adil dan sesuai, iaitu tiga kali ganda lebihan. Dengan ini, sumbangan yang dikumpulkan tidak akan melebihi RM9 bilion setahun, bukannya RM2 bilion setahun.

Ini bermakna para pekerja dan majikan terpaksa membayar dua kali ganda lebih daripada apa yang diperlukan. Pendek kata, kerajaan akan memaksa para pekerja dan majikan untuk membayar RM300 setahun, tetapi hakikatnya kerajaan hanya memerlukan RM135 setahun. Para pekerja dan majikan dipaksa untuk membayar bayaran lebih sebanyak RM1.1 bilion setahun.

Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan dengan lebihan tahunan sebanyak RM1.1 bilion setahun? Adakah berbilion-bilion ini akan dilaburkan dalam PERKSESO, emi meneruskan perbelanjaan secara defisit yang berlebihan oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab secara fiskal?

Pengiraan ini mendedahkan kemungkinan satu agenda tersembunyi di sebalik rang undang-undang skim insurans ini. Niatnya yang seolah-olah altruistik untuk membantu pekerja yang dipecat ini, tetapi hasra sebenarnya merupakan cukai tambahan pada pekerja dan majikan.

Kesan ekonomi negatif untuk mengeluarkan RM1.1 bilion daripada pekerja-pekerja dan majikan-majikan akan lebih memudaratkan pasaran penggunaan yang sudahpun dibebankan oleh GST.

 

Masalah Aliran Tunai Kerajaan Barisan Nasional

Sebagaimana yang telah diketahui, Najib baru-baru ini gagal membayar USD603 juta untuk menlunaskan bahagian pertama hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (IPIC). Kegagalan ini amat memalukan dan memberi gambaran masalah alir tunai semasa pentadbiran Najib. Krisis ini telah mengakibatkan pembentangan rang undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan ini seakan-akan dipaksa melalui Parlimen.

Justeru, saya mengesyor Menteri Kewangan mendedahkan kesemua pengiraan aktuari yang berkaitan dengan rang undang-undang ini dengan segera. Saya juga meminta semua Ahli Parlimen, kesatuan sekerja, pekerja, dan majikan supaya mendesak pihak kerajaan supaya memberi keterangan terperinci mengenai pengiraan ini. Kita tidak boleh meluluskan rang undang-undang ini secara membuta tuli tanpa mengetahui kesemua implikasi kewangan yang berkenaan.

YB Wong Chen
Ahli Parlimen Kelana Jaya
3hb Ogos 2017