Tag Archives: Amanah

INVOKE: Nevertheless We Persisted

Hi, everyone. Had a busy weekend catching up with community events. It was a very quiet month for community work during Ramadhan, and now we go into the full swing of the Hari Raya month long celebrations. My office may not have community spending money since that has been frozen by Selangor government, but we continue to soldier on! We are lucky that the goodwill that we have built with the community in the past four years, means that we are still invited to events without having to contribute anything financially.

On Saturday, my office continues our full support for INVOKE Malaysia and YB Rafizi Ramli, and all his work to ensure the defeat of Barisan Nasional in GE14. I attended the launching of the INVOKE truck. The truck is essentially a mobile stage for Rafizi to deliver mini ceramah in the hard to reach rural areas.

Unlike the posturing, politicking and deal making pursued by feckless politicians, at least in INVOKE, we are constantly doing ground work; building on big data and now preparing to actively campaign in the rural areas with our new truck.

Recall that Rafizi, due to his 1MDB related Official Secrets Act conviction, is no longer eligible to stand for Parliament in the next general election. He is facing jail term if his upcoming appeals fail. Most men in his position, will cut back on work to spend time with the family. Not Rafizi Ramli.

With time running out before he goes to jail, he is actually working harder than ever. In my humble opinion, he is the hardest working and selfless MP making preparations and personal sacrifices (time and his entire life savings) so that his colleagues have a better chance to win their seats and overthrow BN.

He is a workaholic. There are many occasions when I will shake my head in disbelief seeing him shuttle from one ceramah to another, day after day, week after week. He often jokes that he sees his wife and son, twice a week. In contrast, I aim for a work life balance, focusing on laws, mentoring interns and cerebral policy making.

I believe Rafizi feels the need to carry the weight of a nation on his back. With corrupt politicians everywhere, this young man carries the reformist hope that good will prevail and that this nation will eventually be governed by the good and not the opportunists and the corrupted.

Other than the INVOKE event, I also dropped by the Kelana Jaya Amanah Hari Raya event. I renewed my unconditional support for my brothers and sisters from Amanah. Whatever the Selangor MB says, I totally disagree with him on PAS. I will fight 110% in support of Amanah.

When I stood in GE13, the Amanah leaders were even more hardworking, reliable and honest than some of my own party members. We had to slowly remove the lazy kaki bodeks that wanted unreasonable amount of “money to mobilise”. Luckily the local PKR good guys got the upper hand and we had a core of honest and hardworking PKR team. Then together with the current Amanah leaders, and the very efficient and honest DAP machinery led by YB Hannah, we ran a good campaign and won in GE13.

I have been steadily building my internal machinery in the last 4 years. Today, we are ready with some 60 hardcore interns and volunteers, backed by a full PACA force ready to mobilise. In short, we are prepared for the coming general election.

So now it is time for me to repay the hutang budi to my Amanah friends who are about to face their first general election. I will do my very best to campaign for my very close friends from Amanah such as Ir Izham, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Raja Bahrin, Khalid Samad and Dr Dzul.

 

Amanah Against the Dedak Culture

I am at the Amanah convention, listening to Mat Sabu’s speech. I must say that Mat Sabu has the wisdom to talk openly about patronage politics. He warns of the dangers of leaders in governments whether federal or states, practising patronage politics. These leaders surround themselves with cronies, use money to buy support and then reinforce their positions as leaders.

15392770_1232925240111197_3427108078113098846_o

Mat Sabu wants Amanah to fight this culture and not to be trapped by this dedak culture. He hopes his party will continue to elect leaders based on ability and meritocracy. I concur.

Kenyataan Media: Pakatan Harapan Sokong Program #TangkapMO1

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

PAKATAN HARAPAN SOKONG PROGRAM #TangkapMO1

Majlis Presiden Pakatan Harapan terus memandang serius isu laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dakwaan kecurian berbilion ringgit wang rakyat oleh individu-individu berkait rapat dengan “Malaysian Official 1” (MO1), serta kes kemasukan USD731 juta ke dalam akaun bank peribadi “MO1”.

Pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan bercanggah di kalangan anggota Kabinet mengenai identiti MO1 serta keengganan pihak berkuasa termasuk pihak PDRM untuk mengenalpasti MO1 cukup merisaukan serta menjejas integriti pentadbiran kerajaan kerana dakwaan-dakwaan yang cukup serius terus tidak terjawab.

Dalam sejarah negara malah juga dunia, apabila berlaku krisis kepimpinan atau kesusahan nasional, sekiranya golongan-golongan lain dalam masyarakat berdiam diri atau keliru, lazimnya anak muda dan mahasiswa lah yang mara mencetuskan angin kesedaran dan kebangkitan ke arah perubahan positif.

Oleh itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong program #TangkapMO1 anjuran anak muda dan mahasiswa yang akan berlangsung pada 27 Ogos di Kuala Lumpur. Kami menggesa agar seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran turut turun beramai-ramai untuk menyokong program ini.

Kami yakin dan percaya bahawa usaha anak muda dan mahasiswa ini akan mendatangkan hasil positif dalam menyelesaikan misteri “Malaysian Official 1”.

Majlis Presiden Pakatan Harapan juga membantah sekeras-kerasnya tindakan intimidasi dan menakut-nakutkan oleh pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong program ini, termasuk tindakan reman tiga hari ke atas tiga aktivis mahasiswa yang membuat roadshow #TangkapMO1.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Tan Kok Wai
Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP

Mohamad Sabu
Presiden AMANAH

23hb Ogos 2016

Ekonomi Malaysia Secara Ringkas

Ini adalah rencana ekonomi saya mengenai bajet kerajaan yang diterbitkan di Suara Keadilan dan juga Amanah beberapa minggu yang lalu. Pejabat saya akan terus berusaha menerbitkan rencana – rencana ekonomi dari masa ke semasa.

EKONOMI MALAYSIA SECARA RINGKAS

Terima kasih kepada Editor kerana memberi saya peluang untuk mengarang sebuah rencana mengenai isu-isu ekonomi semasa. Bagi rencana pertama ini, saya akan menumpukan perhatian terhadap isu fiskal kerajaan Malaysia.

Secara ringkas, sesebuah kerajaan akan membentangkan bajet setiap tahun. Setiap bajet ini mempunyai dua aspek, iaitu aspek pendapatan dan aspek perbelanjaan. Dasar bajet, yang merujuk kepada falsafah dan ideologi yang merangka bajet tahunan ini, dikenali sebagai dasar fiskal negara. Oleh itu, apabila pembaca membaca perkataan “fiskal”, isu pokoknya adalah mengenai belanjawan kerajaan.

Kami bermula dengan perbicaraan aspek pertama fiskal, iaitu pendapatan negara. Pihak kerajaan memperoleh hasil melalui beberapa sumber utama. Sumber utama pendapatan kerajaan adalah daripada cukai pendapatan persendirian, cukai pendapatan korporat, dan cukai pendapatan petroleum. Mengikut data kewangan terkini yang telah diterbit bagi tahun 2014, cukai pendapatan persendirian yang dikutip adalah sebanyak RM24.2 bilion, manakala cukai pendapatan korporat adalah RM65.24 bilion. Pihak kerajaan juga memperoleh RM26.96 bilion daripada cukai pendapatan petroleum.
Sumber hasil kerajaan yang lain pada tahun 2014 termasuk dividen Petronas, royalti, cukai eksais, dan SST. Jumlah hasil cukai langsung tahun 2014 adalah RM126.74 bilion, manakala jumlah kutipan hasil bukan cukai tahun 2014 adalah sebanyak RM93.86 bilion. Jumlah penuh hasil kerajaan pada tahun 2014 pula adalah RM220.6 bilion.

Bagi tahun 2015 dan 2016, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah mengambil alih cukai SST. Dengan perlaksanaan GST sebanyak 6% bermaksud rakyat Malaysia telah dibebankan dengan pembayaran cukai diantara RM30 bilion ke RM40 bilion setahun.

Jika data hasil kerajaan ini diteliti sepintas lalu, banyak persoalan yang boleh dibangkitkan mengenai pengurusan pendapatan kerajaan Malaysia.

Persoalan pertama adalah mengenai cukai pendapatan persendirian dan cukai pendapatan korporat. Jika digabungkan, kedua-dua hasil cukai ini hanya meliputi 40% daripada jumlah pendapatan kerajaan. Situasi ini amat merunsingkan. Peratusan kutipan cukai pendapatan persendirian dan korporat yang ideal sepatutnya berada di sekitar 60% – 70%.

Mengapakah negara kita menghadapi masalah kutipan rendah ini? Hal ini adalah kerana sebahagian besar para pekerja di Malaysia tidak menerima gaji yang mencukupi untuk membayar cukai pendapatan persendirian. Khususnya, hanya 1.5 juta orang daripada jumlah 12 juta orang pekerja Malaysia yang layak membayar apa-apa cukai pendapatan. Maknanya jelas: Kebanyakan pekerja Malaysia tidak mendapat gaji yang secukupnya.

Pejabat saya telah membandingkan kadar ratio kutipan cukai pendapatan korporat dengan cukai pendapatan persendirian. Hasil kajian kami telah menunjukkan bahawa cukai pendapatan korporat adalah 2.7 kali ganda lebih daripada cukai pendapatan seluruh tenaga kerja di Malaysia.

Kini, terdapat lebih kurang sejuta buah syarikat di Malaysia, di mana hanya 400,000 syarikat dianggap aktif. Daripada jumlah ini, hanya lebih kurang 150,000 buah syarikat yang telah berjaya mencatatkan keuntungan dan perlu membayar cukai. Namun, amalan pengelakan cukai korporat sudah lama menjadi kebiasaan di Malaysia, walaupun sesebuah syarikat tersebut sebenarnya merakamkan keuntungan.

Jelas bahawa terdapat ketidakseimbangan pendapatan yang nyata antara syarikat-syarikat dan gaji yang dibayar kepada para pekerja Malaysia. Bagaimanakah syarikat-syarikat ini dapat terus menetapkan gaji rendah bagi pekerja mereka dan, pada masa yang sama, meraih keuntungan berlipat ganda tanpa sebarang rintangan? Jawapannya mudah. Tenaga kerja di Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menubuhkan kesatuan sekerja yang benar-benar efektif.

Pejabat saya sememangnya menyokong sistem ekonomi pasaran bebas. Namun, pengagihan pendapatan yang lebih saksama wajib dilaksanakan. Menurut maklumat daripada negara-negara yang maju dari segi sosial dan ekonomi, seperti Australia dan United Kingdom, pembayaran cukai pendapatan persendirian adalah dua hingga ke tiga kali ganda pembayaran cukai pendapatan korporat. Malangnya, situasi ini memang “upside down” di tanah air kita. Di Malaysia, 150,000 korporat adalah dua hingga ke tiga kali ganda lebih kaya daripada 12 juta orang pekerja.

Sekiranya kita ingin mencapai status negara maju, hak pekerja menubuhkan kesatuan sekerja harus ditegakkan. Syarikat-syarikat pula mesti digalakkan untuk lebih berkongsi keuntungan mereka dengan warganegara Malaysia. Jika dilaksanakan, sudah tentu pendapatan isi rumahtangga akan meningkat, kadar perbelanjaan pengguna akan bertambah baik, dan aktiviti-aktiviti perniagaan akan dipergiatkan. Inilah yang dipanggil “virtuous cycle”.

Sekarang kita beralih kepada aspek perbelanjaan negara pula. Memandangkan hasil kerajaan adalah RM220.6 bilion, kadar perbelanjaan kerajaan tidak sepatutnya melebihi RM220.6 bilion. Jika perbelanjaan negara melangkau jumlah tersebut, Malaysia akan menghadapi situasi defisit kewangan. Pada tahun 2014, kerajaan telah membelanjai sebanyak RM264.2 bilion dan, oleh itu, mengalami defisit berlebihan sebanyak RM43.6 bilion.

Bagi isu ini, kita mesti ingat bahawa keadaan fiskal sesebuah negara bergantung pada dua faktor utama. Faktor pertama adalah tahap pembangunan negara; faktor kedua adalah keadaan ekonomi, termasuk harga pasaran minyak dan gas.

Sesebuah negara yang telah maju daripada segi pembangungan dan infrastruktur tidak perlu mengamalkan perbelanjaan defisit. Sebagai contoh, belanjawan Singapura seringkali mencatat lebihan atapun “surplus” oleh kerana segala infrastruktur pengangkutan mereka sudah siap dibina dan masih diselenggara dengan sempurna. Jerman pula mempunyai sistem rangkaian pengangkutan yang lengkap seperti Autobahn. Negara tersebut biasa merekod belanjawan seimbang dan sekiranya ada defisit, iainya defisit yang terkawal dan tidak ketara.

Oleh sebab Malaysia sebuah negara yang masih membangun, belanjawan defisit adalah satu dasar kebiasaan. Persoalannya, apakah kadar belanjawan defisit yang boleh diguna pakai? Pakar-pakar ekonomi telah mencadangkan kadar defisit yang sesuai adalah sebanyak 2-3% lebih daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk negara-negara membangun seperti Malaysia. Masalahnya, Malaysia sudah lama mencatatkan perbelanjaan defisit lebih daripada sasaran defisit 2% ke 3% tersebut. Tahun 1997 bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan merupakan tahun terakhir perbelanjaan negara merakamkan satu “surplus” atapun bajet lebihan.

Bukan itu sahaja, hutang negara bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional turut meningkat setiap tahun. Pada tahun 2015, hutang kerajaan telahpun mencecah RM650 bilion, satu jumlah yang amat mencemaskan.

Satu lagi aspek fiskal kerajaan dari segi perbelanjaan adalah isu penyelewengan dan rasuah. Kajian pejabat saya menganggar kos penyelewengan dan rasuah adalah lebih kurang RM 20 bilion setahun, iaitu 1.8% KDNK.

Sebagai perbandingan, seluruh perkhidmatan kesihatan negara menelan perbelanjaan sebanyak RM17 bilion setahun. Ini termasuk kos hospital kerajaan, klinik kesihatan, gaji para doktor dan jururawat, ubat-ubatan, dan rawatan bagi setiap warganegara Malaysia selama setahun. Hal ini bermakna kos akibat penyelewangan dan rasuah dapat menampung seluruh perkhidmatan kesihatan Malaysia selama setahun.

Sekiranya kerajaan meneruskan tabiat buruk meminjam berlebihan dan enggan memberantas penyelewangan dan rasuah dengan bersungguh-sungguh, maka pada masa terdekat ini, ekonomi Malaysia bakal terperangkap dalam satu situasi hutang tidak terbayar. Ini bermakna kita akan memasuki satu “death spiral” menghadapi faedah pinjaman pada kadar yang lebih tinggi dan juga penambahan kuantum hutang.

Justeru, Ahli-ahli Parlimen mesti peka semasa pembentangan bajet negara dan bersedia memantau dan memberi pandangan kritikal supaya kerajaan memperketatkan bajet negara. Kalau tidak, cucu-cicit kitalah yang akan terpaksa memikul beban melunaskan hutang berfaedah tinggi akibat belanjawan negara yang tidak terkawal.

Saya berharap agar rencana pertama ini dapat menyampaikan sedikit penerangan mengenai kepentingan dasar fiskal Malaysia. Implikasinya sosial, politik dan ekonominya jauh menjangkau angka-angka yang dibentangkan pada masa bajet negara setiap tahun.

lesson to learn

Happy Father’s Day to all. My son and daughter woke me up with home made cards.

Well, somewhat disappointing and humbling results last night in Kuala Kangsar and Sungai Besar. My office math guy has started analysing the numbers.

For proper perspective, turnout was below GE13 by some 10% to 15% and these two seats were won by UMNO during GE13. So a 3 corner fight would in fact guarantee BN victory. The results were therefore a given.

What really mattered for analysis was support level of Amanah, the new party. Conclusion is they did OK and their numbers can improve as it’s political branding grows. PKR went through similar teething experiences, when we were written off as a tiny party in our early days.

So, I think it is just simply a matter of time for Amanah to grow. The paradox is, emotions are high and many voters feel that we don’t have much time.

Amanah trouncing PAS in Sungai Besar and putting up a credible showing in Kuala Kangsar were good results, in the circumstances.

Without doubt PAS was the biggest loser. But does numbers and math matter to Hadi? This is a radical leader that we cannot apply game theory on. His political decisions are not necessarily logical despite his more reasonable deputy Tuan Man.

The really unexpected story was Chinese voter swing. This is incomprehensible in the backdrop of 1MDB, hudud and GST issues. Even after factoring shrewd pro development vote, the swing was too significant.

So the lesson is Chinese votes cannot be taken for granted. There is obviously a dip in support for the Opposition. Chinese voters are generally results oriented. They vote based on administrative capabilities. It has to be earned. Therefore, the lesson is our state administrations must earn these votes. We must govern with efficiency, be fair to all races and always be free of corruption.

13427990_1048950195175370_142013409445692461_n