• The Malaysian Insight

Belanjawan 2022 berbunyi perkauman, dakwa ahli Parlimen PKR

Oleh Mohd Farhan Darwis & Chan Kok Leong, The Malaysian Insight (2 November 2021) BELANJAWAN 2022 yang dibentang minggu lepas didakwa membawa mesej perkauman apabila agihan antara kaum dilihat berat sebelah dan tidak adil, kata Wong Chen. Ahli Parlimen Subang itu berkata, kerajaan harus mengubah isi kandungan belanjawan tersebut agar dilihat lebih adil dalam pengagihan tanpa diskriminasi kaum.