top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Full Disclosure Required on Goldman Sachs Settlement

MEDIA STATEMENT: FULL DISCLOSURE REQUIRED ON GOLDMAN SACHS SETTLEMENT The Finance Minister has a duty to all Malaysians to disclose the full terms of the settlement agreement with Goldman Sachs.

The 1MDB scandal will cost Malaysians an estimated net loss in the region of RM 40 billion to RM50 billion, depending largely on what we can recover. In that context, a settlement with Goldman Sachs touted at US 3.9 billion (RM16.6 billion) is not a final solution. What is more worrying is that the terms are vague on the matter of the Goldman guarantee, amounting to US 1.4 billion.

As such, the Minister of Finance has to disclose:

  1. What exactly is this Goldman guarantee?

  2. What efforts are Goldman Sachs putting in to recover the said amount of US 1.4 billion?

  3. Is the amount US 1.4 billion portion part of what the US government has already recovered and/or in the process of recovering?

  4. What time frame is given to Goldman Sachs to recover the same before they have to pay Malaysia, the US 1.4 billion?

Without full disclosure to the above questions, Malaysians cannot properly assess the true value of the compensation. The PN government has already inflated the Covid-19 financial support to RM295 billion, will the PN government also inflate numbers in this settlement case too? The Finance Minister also has to fully disclose what are the legal implications to Goldman Sachs in terms of criminal liability. The government should not allow persons directly involved in criminal activities to get away with just a financial penalty. Lastly, I urge the PN government to disclose their efforts in recovering money from Jho Low and his associates. What progress, if any has been made on that front? YB Wong Chen Member of Parliament for Subang 27 July 2020

 

KENYATAAN MEDIA: MoF PERLU MEMBERI KETERANGAN PENUH MENGENAI TERMA PENYELESAIAN DENGAN GOLDMAN SACHS Menteri Kewangan mempunyai kewajiban kepada rakyat Malaysia untuk mendedahkan syarat-syarat penuh perjanjian penyelesaian dengan Goldman Sachs. Skandal 1MDB memang merugikan rakyat Malaysia. Kerugian bersih yang dianggarkan adalah di sekitar RM40 bilion hingga RM50 bilion, bergantung kepada apa yang di terima balik. Dalam konteks itu, penyelesaian dengan Goldman Sachs sebanyak AS 3.9 bilion (RM16.6 bilion) adalah bukan penyelesaian terakhir dan terbaik. Yang lebih membimbangkan adalah bahawa syarat-syarat jaminan sebanyak AS $1.4 billion, adalah tidak jelas. Oleh itu, Menteri Kewangan harus menjawab soalan-soalan berikut:

  1. Apa sebenarnya terma jaminan ini?

  2. Apakah usaha yang dilakukan Goldman Sachs untuk mendapatkan kembali jumlah tersebut sebanyak AS $ 1.4 bilion?

  3. Adakah jumlah AS $ 1.4 bilion sebahagian daripada apa yang telah dirampas balik oleh Kerajaan AS atau dalam proses rampas balik?

  4. Berapakah jangka masa yang akan diberikan kepada Goldman Sachs untuk mendapatkan kembali, sebelum mereka perlu membayar Malaysia AS $ 1.4 bilion?

Tanpa memberi keterangan penuh mengenai soalan-soalan di atas, rakyat Malaysia tidak akan dapat menilai pampasan sebenar tersebut dengan betul. Kerajaan PN telah terbukti suka melambungkan data kewangan Covid 19 hingga kepada RM295 bilion, adakah mereka juga akan melambungkan jumlah penyelesaian dalam kes ini? Menteri kewangan juga harus mendedahkan sepenuhnya apa implikasi undang-undang kepada Goldman Sachs dari segi kes jenayah. Kerajaan tidak boleh membiarkan orang yang terlibat secara langsung dalam kegiatan jenayah 1MDB, terlepas sahaja dengan satu denda kewangan. Terakhirnya, saya mendesak kerajaan untuk mengungkapkan usaha mereka dalam mendapatkan wang dari Jho Low dan rakan-rakannya, yang terlibat dalam skandal 1MDB. Apakah kemajuan yang telah dicapai dalam perkara ini? YB Wong Chen Ahli Parlimen Subang 27 Julai 2020

bottom of page