top of page
Writer's pictureYB Wong Chen

355 Bill Survey Findings

INVOKE Malaysia has just published the definitive and most comprehensive 355 bill survey findings. The findings shows that Hadi Awang’s controversial bill only has only 10.4% support level amongst Muslim voters. The survey was conducted on 43,030 respondents with negligible margin of error. It is now time for UMNO BN to reconsider supporting Hadi’s highly unpopular bill.

If you want to support more surveys such as this, please sign up and subscribe to INVOKE.

Below is the statement issued by Rafizi Ramli.

Dapatan Kajiselidik RUU355

(Keputusan kajiselidik yang disertai 43,030 orang pengundi Melayu/ Bumiputra Islam mengenai pengaruh RUU355 ke atas pilihan undi) [Sila rujuk laporan penuh “Kajiselidik Sentimen Pengundi Mengenai RUU355” yang disertakan bersama]

LATAR BELAKANG KAJISELIDIK

  1. Polemik politik mengenai usul Rang Undang-undang 355 (RUU355) untuk menaikkan had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah telah menjadi isu politik nasional.

  2. Banyak keputusan politik yang telah dan akan dibuat oleh ahli politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya berkisar kepada pendirian menyokong/tidak menyokong RUU355.

  3. Kajiselidik ini bertujuan menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU355 dalam menentukan undi pengundi Melayu/ Bumiputra Islam dalam pilihanraya umum akan datang (PRU14).

KAEDAH KAJISELIDIK YANG DIGUNAKAN

  1. Seramai 1.1 juta pengundi Melayu/Islam Bumiputra ditelefon secara rawak menggunakan sistem interaktif suara (lebih dikenali sebagai “Interactive Voice Response” sistem atau IVR) yang dibangunkan sendiri oleh I-CPI.

  2. Responden akan ditanya soalan dan pengundi akan menekan butang telefon untuk merekodkan jawapan. Contoh – “Tekan 1 untuk “Ya”, Tekan 2 untuk “Tidak”. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan terus oleh sistem IVR di dalam server I-CPI.

  3. Sistem IVR telah diprogram untuk menelefon pengundi yang melambangkan pecahan pengundi di setiap negeri. Sekiranya kadar jawapan di satu negeri itu rendah, sistem IVR akan mendail lebih banyak pengundi di negeri itu agar jumlah responden dari negeri itu sama dengan peratusan pengundi keseluruhan di negeri itu.

  4. Keputusan yang telah direkodkan oleh server I-CPI kemudian boleh dianalisa dari data awal seperti yang berikut (rujuk laporan penuh):

  5. Responden turut memasukkan maklumat seperti jantina, umur dan poskod kawasan. Keseluruhan kajiselidik mengambil masa satu setengah minit.

KEPUTUSAN KAJISELIDIK

  1. Hanya 10.4% pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang akan mengundi berpandukan kepada keputusan RUU355

  2. 54.3% dari pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang berhasrat mengundi PAS tidak tahu mengenai RUU355

  3. 70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputra Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355

  4. 19.5% pengundi Melayu/Bumiputra Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14

Laporan penuh boleh dimuatturun di:

Dikeluarkan oleh:

Rafizi Ramli 23 Mac 2017

Bagi pihak INVOKE


bottom of page