top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Perbahasan Pengisytiharan Harta Semua Ahli Dewan Rakyat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam perkara pengisytiharan harta Ahli-ahli Parlimen. Dewan ini sedia maklum bahawa tahun lalu Ahli-ahli Parlimen kerajaan telah mengisytiharkan harta mereka. Oleh yang demikian, usul hari ini adalah sangat penting untuk memastikan accountability dan transparency diamalkan sepenuhnya di dalam Parlimen Malaysia.

Saya menyokong penuh usul ini dan saya memerhati bahawa usul ini memberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk mencorakkan bentuk dan rupa deklarasi-deklarasi isytihar harta. Dengan izin, this motion basically empowers the Speaker to compel the MPs to make asset declarations in a format prescribed by him. Ini adalah poin yang tersangat penting bahawa usul ini tidak mengehadkan kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk mengikut format deklarasi Pakatan Harapan secara verbatim. Tuan Yang di-Pertua, this is a golden opportunity to prescribe a new format on asset declaration that will be better and a more accurate version.

Tuan Yang di-Pertua, saya sedia memberi constructive criticism terhadap deklarasi aset Pakatan Harapan demi kepentingan rakyat dan juga negara. Rakyat cukup bosan dan marah terhadap isu rasuah. Rakyat tidak faham kenapa pendapatan Ahli-ahli Parlimen termasuk Yang Berhormat Menteri adalah beribu-ribu ringgit, tetapi ada juga ahli keluarga Ahli Parlimen yang menggambarkan hidup lifestyle seperti orang yang mempunyai beratus- ratus juta aset. Saya diberitahu oleh pelatih-pelatih saya, interns saya bahawa terdapat banyak anak-anak Ahli Parlimen yang suka mengambil gambar dengan kereta mewah, holiday yang mewah, pakai jam mahal beratus ribu, naik kapal terbang first class dan post dekat Instagram dan juga social media padahal ibu bapa mereka cuma bergaji beribu-ribu sahaja. Dengan izin, there is a lot of unexplained wealth, voluntarily posted on social media by these children. Ini menimbul rasa kemarahan rakyat dan juga membuat rakyat cynical terhadap Ahli-ahli Parlimen dan secara direct menimbulkan prasangka bahawa deklarasi aset kita adalah buat wayang sahaja. Oleh yang demikian, dengan usul ini, we have a second chance untuk memperbaiki format dan juga substance of asset declaration.

Tuan Yang di-Pertua, poin pertama saya adalah untuk mengesyorkan deklarasi ini memberi gambaran aset isteri atau suami Ahli Parlimen secara sepenuhnya dengan izin, the husband and wife should jointly declare their assets and make available details to the public. Kalau tidak, seorang Ahli Parlimen boleh memindah aset kepada isteri ataupun suami dia untuk menonjolkan aset yang jauh kurang daripada apa yang sebenarnya.

Poin kedua ialah saya ada dua anak dan mereka berumur enam dan lapan tahun sahaja tetapi format deklarasi Pakatan Harapan, saya kena declare duit anak-anak saya yang kecil. Akan tetapi untuk anak Ahli Parlimen yang berumur 21 ke atas tidak perlu declare langsung. Ini bermakna terdapat loophole di mana Ahli Parlimen boleh sorok aset mereka kepada anak-anak dewasa mereka. Oleh yang demikian dengan usul ini, saya minta Tuan Yang di-Pertua untuk menggunakan kuasa untuk rectify kedua-dua loopholes asset declaration Pakatan Harapan.

Poin ketiga Tuan Yang di-Pertua adalah asset declaration perlu diberi nasihat dan dipantau oleh independent body. Kita tidak boleh just declare, tetapi independent body kena memastikan bahawa deklarasi itu reflects a true and fair view. Saya faham banyak Ahli Parlimen bukannya akauntan, memang rumit untuk menyediakan akaun aset mereka, kadang-kadang ada juga mistake. Juga dalam isu-isu teknikal yang kompleks yang perlu di bincang seperti isu preference shares, convertible shares dan juga put and call option dan juga trust fund. Ini semua perlu perkiraan teknikal yang cukup rumit.

Oleh demikian, untuk memastikan deklarasi aset Ahli Parlimen betul-betul accurate, saya cadangkan pejabat Auditor General dijemput untuk draf dan beri input sepenuhnya tentang perkara teknikal-teknikal tersebut. Saya juga faham bahawa rumitnya kalau kita hendak buat valuation terhadap saham syarikat seperti Yang Berhormat Beruas, beliau sudah timbulkan perkara ini. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa pengisytiharan harta kita adalah sebaik mungkinnya. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, “Asset declaration is the first step towards fighting corruption. Let’s make sure that the first step is on firm and proper footing”. As a side note, saya juga menyeru kerajaan untuk merangka satu rang undang- undang untuk mengatasi isu unexplained wealth. Itu saya rasa adalah step kedua yang perlu kita lakukan untuk menyempurnakan semangat usul ini. Dengan adanya satu unexplained wealth legislation, kita boleh forfeit di bawah bidang kuasa undang-undang sivil semua aset yang berpunca dari rasuah dan juga salah guna kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja ucapan saya. Saya menyokong usul ini dan saya berharap semua pihak, both sides akan menyokongnya dengan izin, it is high time for a motion like this to shine the light of transparency to cleanse this House of Parliament from the darkness of corruption. Terima kasih.

bottom of page