top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Perbahasan Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2020

  1. Terima kasih Datuk Yang Di-Pertua,atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020.

  2. Saya terpanggil lebih kurang samalah pandangan saya dengan duti eksais. Jadi, saya tidak akan mengulangi point yang saya sudah membahaskan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020. Cuma ini yang saya nak tambah tentang isu duti eksais.

  3. Saya sendiri tak minum, walaupun saya orang cina, saya tak minum arak. Bukannya saya nak holier-than-thou, tapi memang tak boleh minum sebab saya dapat alergi kalau minum.

  4. Tetapi saya ingin tahu, dari segi isu arak, adakah penyeludupan arak ini berleluasa/tidak terkawal? Apakah datanya? Berapa ribu tan arak di masuk ke dalam negara kita? Adakah keperluan untuk membuat pegawai kastam menjadi polis?

  5. Kedua, saya tahu, rokok iaitu satu-satunya cukai duti eksais, penyeludupan rokok adalah memang besar. Tetapi, setelah mendengar penjelasan- penjelasan yang banyak daripada syarikat-syarikat rokok yang lobi dia kuat sekali, saya rasa isu penyeludupan ini telah overexaggerated.

  6. Bagi saya, apabila kita menaikkan duti eksais rokok, matlamat utama kita adalah untuk kesihatan. Dasar umum untuk mengurangkan orang ramai membeli dan merokok.

  7. Mengikut kajian-kajian antarabangsa, termasuk World Health Organisation, kita perlu menaikkan eksais duty kita kepada tahap 70% harga sebatang rokok.

  8. Saya bagi satu contoh, yang bukan realistik tetapi senang difahami. Katakan kos retail sebatang rokok adalah RM1, eksais duty itu kena naik ke RM1.70. Lain maknanya, eksais duty tax kena sampai tahap 70%. Jadi, harga rokok tu naik ke RM1.70. Dengan adanya eksais duty 70% ini, kajian menunjukkan bahawa orang ramai akan kurang merokok.

  9. This is a crucial turning point in order to change the behaviors of smokers.

  10. Jadi,apabila kita melihat tentang isu eksais duty rokok, kita kena kaji baik-baik. Sama ada kenaikan eksais duty akan menambah penyeludupan rokok ataupun mengurangkan jumlah perokok?

  11. Saya nak cadangkan kepada Dewan yang mulia ini, kita kena naik eksais duty ke 70%. Tetapi, kita kena tambah pegawai untuk memastikan penyeludupan dan penjualan rokok seludup dibanteras. A two-pronged effort is needed.

  12. Barulah syarikat-syarikat rokok tu boleh mengekalkan satu profit margin yang munasabah kerana penyeludupan telah turun dan pada secara keseluruhannya jumlah perokok menurun.

  13. Saya minta menteri kewangan memberi pandangan beliau dalam isu ini.

  14. Sekian, terima kasih.

bottom of page