• YB Wong Chen

4,000 Missing Parking Bays for LRT Extension Line

MEDIA STATEMENT: 4,000 MISSING PARKING BAYS FOR LRT EXTENSION LINE

The nation is looking forward to the launching of the Kelana Jaya and Ampang Light Rail Transit (LRT) Line Extension with high hopes of having an efficient public transport system. However, as we count down to the launch on the 30th of June 2016, my office is compelled to raise awareness on the severe lack of parking facilities for the LRT Line Extension.

In July 2013, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) announced that they will construct several Park-and-Ride facilities with a total of 7,000 parking bays throughout the LRT Line Extension. To date, there are less than 3,000 parking bays built. In addition, the Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) planning documents clearly show that Park-and-Ride facilities were to be built in the Subang Jaya Station and USJ 7 Station. To date, there are no such Park-and-Ride facilities in both stations.

The LRT project is estimated to cost RM7 billion to RM9 billion. For an infrastructure project of such magnitude, it is absolutely astounding that the essential Park-and-Ride facilities have not been fulfilled.

My office is concerned that the lack of parking bays may result in LRT users being forced to park their vehicles in community and housing areas. This will cause friction amongst the LRT users and local residents. Such encroachment will also pose security concerns for gated and guarded communities in Kelana Jaya. Furthermore, traffic congestions are expected to occur near and around the Subang Jaya Station and the USJ 7 Station.

I therefore call upon the Dato’ Seri Najib Razak, as the Finance Minister and the person ultimately responsible for Prasarana and the LRT project, to fulfil the promise to build 4,000 additional parking bays and the Park-and-Ride facilities in the Subang Jaya Station and the USJ 7 Station within six months of this press statement.

YB Wong Chen Member of Parliament for Kelana Jaya 28 June 2016

 

KENYATAAN MEDIA: KEKURANGAN 4,000 TEMPAT LETAK KERETA BAGI SAMBUNGAN LALUAN LRT

Pelancaran projek sambungan laluan Light Rapid Transit (LRT) Kelana Jaya dan Ampang sememangnya dialu-alukan oleh seluruh negara dengan harapan bahawa satu perkhidmatan awam yang lebih efisien dapat disediakan. Namun, menjelang detik pelancaran bertarikh 30hb Jun 2016, pejabat saya ingin menimbulkan isu kekurangan kemudahan parkir yang ketara bagi sambungan laluan LRT ini.

Pada bulan Julai 2013, Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengumumkan bahawa kemudahan Park-and-Ride dengan jumlah 7,000 tempat letak kereta akan dibina sepanjang sambungan laluan LRT ini. Kini, terdapat kurang daripada 3,000 tempat letak kereta yang telah disediakan. Di samping itu, kertas pelan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menunjukkan bahawa kemudahan Park-and-Ride sepatutnya dibina di Stesen Subang Jaya dan Stesen USJ 7. Sehingga kini, kemudahan Park-and-Ride masih belum dibina di kedua-dua stesen ini.

Anggaran kos projek LRT ini adalah antara RM7 bilion hingga RM9 bilion. Walaupun projek infrastruktur ini membawa kos yang begitu tinggi, kerja-kerja kemudahan Park-and-Ride yang mustahak ini gagal dilaksanakan. Isu ini amat menghairankan.

Pejabat saya bimbang yang kekurangan kemudahan parkir ini akan memaksa pengguna-pengguna LRT untuk meletakkan kereta mereka di kawasan komuniti dan perumahan. Hal ini akan mengakibatkan ketidakpuasan hati antara para penduduk dan para pengguna LRT. Masalah ini juga akan menyebabkan tahap keselamatan di kawasan gated and guarded terjejas. Tambahan lagi, jalan-jalan di sekitar Stesen Subang Jaya dan Stesen USJ 7 sudah tentu akan mengalami kesesakan lalu lintas.

Justeru, saya ingin mengesyor Dato’ Seri Najib Razak, sebagai Menteri Kewangan dan individu yang bertanggungjawab atas Prasarana dan projek LRT ini, supaya mengotakan janji untuk membina tempat letak kereta dan kemudahan Park-and-Ride di Stesen Subang Jaya dan Stesen USJ 7 dalam masa enam bulan dari tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.

YB Wong Chen Ahli Parlimen Kelana Jaya 28 Jun 2016