top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Pakatan Harapan Needs to Focus on the Politics of Policies

MEDIA STATEMENT: PAKATAN HARAPAN NEEDS TO FOCUS ON THE POLITICS OF POLICIES


Malaysians are suffering economically because the functional democracy practiced by Barisan Nasional, is devoid of proper checks and balances. For decades, our democracy and once vibrant economy have been eroded by unchecked abuses of power. Mega scandals such as the BMF Carrian and the recent 1MDB, have entrenched a culture of impunity and made us all poorer. In short, the system of governance has failed and is in need of major reforms.


As the 14th General Election draws closer, I call upon all Pakatan Harapan leaders to minimise the focus on the politics of personalities and instead redouble efforts on the politics of policies. Pakatan Harapan must continue to improve and make good policies in Selangor and Penang. Malaysian voters are not merely seeking to replace the Prime Minister or the cabinet, but are in fact desperate for policy solutions that can deliver social justice and economic prosperity to all.


In this regard, I applaud the efforts of YB Rafizi Ramli and the INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI) in driving politicians to adopt and disclose their policy positions. YB Rafizi’s recently launched book “Panduan Bina Semula Negara” provides an easy to read policy document. In support of his efforts, my office too published a set of policy proposals in May 2017 titled Policies for Politics: Fixing Malaysia’s Broken System. The paper discusses a plethora of political policy reforms including but not limited to, party finance reform, free press, asset declaration, two terms limit for the Prime Minister post, appointment of senior judges by Parliamentary hearing and the independence of the MACC.


You can access the entire document via the following link: http://www.wongchen.com/…/Policies-for-Politics-Fixing-Mala….

Other policy papers are available here: http://www.wongchen.com/reports/

There are also currently 28 episodes of public policy videos available here: https://www.youtube.com/channel/UCX-9cDZn3gm8EuSrggMOzVA YB Wong Chen Member of Parliament for Kelana Jaya Parti KEADILAN Rakyat 7 June 2017

 

KENYATAAN MEDIA: PAKATAN HARAPAN PERLU FOKUS PADA POLITIK BERTERASKAN POLISI KEBANGSAAN

Rakyat Malaysia pada hari ini dianiaya dan menderita daripada sudut ekonomi gara-gara amalan demokrasi diamalkan Barisan Nasional yang menafikan sistem semak dan imbang. Untuk berpuluh-puluh tahun, sistem demokrasi dan ekonomi negara telah tercemar dengan penyalahgunaan kuasa yang melampau.

Beberapa skandal besar seperti BMF Carrian dan terbaru 1MDB telah membawa satu budaya yang buruk dan menjadikan rakyat sebagai mangsa penderitaan dan kemiskinan. Secara ringkas, sistem tatakelola negara telah gagal dan wujudnya keperluan reformasi berskala besar.


Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir, saya menyeru kepada semua rakan dan pimpinan Pakatan Harapan untuk meminimumkan fokus pada politik personaliti dan memberi tumpuan berganda pada politik berteraskan polisi.


Pakatan Harapan seharusnya berterusan menambah baik situasi dan membina polisi di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Rata-rata pengundi Malaysia bukanlah tertumpu pada isu penggantian Perdana Menteri atau kabinet baharu tetapi secara hakikatnya mereka mendesak perlunya sebuah polisi penyelesaian yang mampu memberikan kesaksamaan sosial dan pengagihan kekayaan kepada segenap lapisan masyarakat.

Memperlihatkan situasi ini, saya berterima kasih dan menghargai usaha saudara Rafizi Ramli dan INVOKE Centre for Policy Initiative (I-CPI) dalam membawa ahli-ahli politik untuk membina dan memuktamadkan polisi yang dibawa. YB Rafizi telah meluncurkan buku ‘Panduan Bina Semula Negara’ yang mengandungi dokumen-dokumen polisi yang mudah difahami.


Untuk menyokong usaha beliau, saya dan rakan-rakan sepejabat telah melancarkan satu kertas kerja polisi bertajuk ‘Policies for Politics: Fixing Malaysia’s Broken System’. Dokumen ini membincangkan pelbagai polisi reformasi yang perlu dilaksanakan antaranya adalah reformasi pembiayaan parti politik, kebebasan media, pengisytiharaan harta, mengehadkan tempoh mandat Perdana Menteri kepada dua tempoh sahaja, perlantikan hakim-hakim utama melalui proses lisan Parlimen dan juga kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Anda semua boleh mengakses kertas kerja tersebut di pautan: http://www.wongchen.com/…/Policies-for-Politics-Fixing-Mala….

Kertas-kertas kerja berkaitan polisi yang lain boleh diakses di sini: http://www.wongchen.com/reports/

Terdapat 28 buah episod (buat masa ini) mengenai video berkaitan polisi awam yang boleh didapati di sini: https://www.youtube.com/channel/UCX-9cDZn3gm8EuSrggMOzVA YB Wong Chen Ahli Parlimen Kelana Jaya Parti KEADILAN Rakyat 7 Jun 2017


bottom of page