YB Wong Chen
Rang Undang-Undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017. Dalam isu ini, saya tidak akan panjang lebar seperti kawan baik saya Yang Berhormat Bagan Serai. Saya biasanya straight to the point sahaja. Saya akan bentangkan empat perkara. Saya difahamkan bahawa rang undang-undang ini berhubung dengan United Nations Conference on Environment and Development ataupun Rio Summit yang telah ditandatangani oleh negara kita pada tahun 1992, masa itu saya di universiti. Saya ingat sangat Rio Summit ini.
Nampaknya, perkara ini timbul kembali selepas hampir 24 tahun sebab ratification 1993, sekarang 2017, 24 tahun kemudian. Isu pertama saya adalah mudah, bukannya susah sangat. Kenapakah rang undang-undang ini mengambil masa yang begitu lama untuk dikemukakan di Parlimen? Sehubungan itu, apakah status Implementation Convention Rio Summit oleh negara-negara lain? Saya difahamkan terdapat 168 negara yang telah menandatangani Konvensyen Rio. Berapakah bilangan negara yang telah ratifikasikan konvensyen tersebut dan terus meluluskan undangundang berkenaan untuk negara mereka masing-masing?
Menurut laman web Convention of Biological Diversities, sebuah badan bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun United Nations. Laman web ini menyatakan bahawa hanya segelintir negara yang telah mengambil langkah positif untuk melaksanakan syarat-syarat Konvensyen Rio atas nama biodiversiti. Bukan semua dan tidak dicakapkan berapa yang buat undang-undang. Nampaknya, kita satu-satunya yang- we are one of the very few that is passing a law, dengan izin. Saya tidak dapat mencari senarai negara lain. Saya harap Menteri boleh memberitahu kita negara mana yang telah melakukannya? Ini penting kerana ini memang soalan yang patut kita dengari, consider baik-baik. Adakah matlamat undang-undang ini ialah untuk kita mengejar negara-negara lain yang telah melakukan rang undang-undang yang bersama ataupun adakah kita ketinggalan dari segi saintifik? Maknanya, kita terpaksa buka kepada negaranegara barat yang lebih maju, Jepun, untuk melakukan kerja-kerja biodiversiti.
Dengan izin, is this the case of Malaysia catching up to the rest of the world or are we opening up to enable more developed countries to exploit our biological resources? Saya harap Menteri memberi penjelasan tepat supaya Dewan ini boleh memperoleh konteks sepenuhnya rang undang-undang ini. Adakah ini untuk tolong kita atau tolong orang luar? Sekiranya hutan-hutan kita dieksploitasi, adakah ini satu tanda bahawa bahan bidang sains dan teknologi negara kita masih lemah dan tidak mampu menjalankan kajian atas sumber-sumber biologi dan pengetahuan tradisi kita sendiri. Saya ingin juga bertanya, berapakah jumlah paten yang telah dikeluarkan oleh Malaysia ataupun universiti-universiti Malaysia dalam bidang biodiversiti dan pengetahuan tradisi tempatan? Ini tidak termasuk produk-produk seperti kopi tongkat ali lah, teh kacip fatimah. Maknanya, saya hendak tahu produk-produk seperti ubat-ubatan kanser atau ubat-ubatan penyakit imunisasi seperti AIDS.
Dalam 24 tahun ini, yang kita menandatangani Konvensyen Rio, kita keluarkan berapa paten? Sepuluh kah, seratus kah atau seribu? Itu penting sangat. Kalau kita keluar sepuluh, itu bermakna kita ada masalah besar dari segi scientific research. Kalau kita ada 1,000, kita tidak payah pun minta dibukakan hutan-hutan kita, pengetahuan tradisi kita kepada orang luar. Itu isu pertama saya dan saya sekarang beralih kepada isu kedua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini nampaknya tidak merangkumi petani-petani kecil. Di dalam rang undang-undang ini jelas dikatakan exclusion of small farmers. Memandangkan rang undang-undang ini tidak memberi definisi petani kecil, saya merujuk kepada Protection of New Plant Varieties Act 2004. Dengan izin, saya bacakan definisi petani kecil. “A small farmer is a farmer whose farming operation do not exceed the size of holding as prescribed by the Minister”.
Ini adalah satu definisi kosong. It is not even a definition, dengan izin, ya. Apakah saiz kebun yang diguna pakai oleh pihak kerajaan? Itu soalan penting. Kalau kita hendak exempt petani kecil daripada rang undang-undang ini, beritahu kita. Adakah petani kecil seorang yang mempunyai satu ekar sahaja, 10 ekar, tiga ekar? Definisi mesti solid kerana tanpa definisinya kita tidak tahu sama ada rang undang-undang ini boleh diguna pakai dari segi Rio Summit. Dengan izin, is the definition of small farmers in compliance with the terms of the Rio Summit? Oleh sebab kita ke sini dengan rang undang-undang ini untuk mengatakan kita akan ikut apa yang telah dipersetujui di Rio Summit. Saya minta penjelasan daripada pihak Menteri sebab tidak jelas langsung di dalam rang undang-undang ini dan juga tidak jelas langsung di dalam the New Plant Varieties Act 2004.
Perkara ketiga saya adalah mengenai isu commercialization of bio resources. Saya rujuk kepada tajuk rang undang-undang ini iaitu “Perkongsian Faedah”. Apakah maksudnya? Di manakah formula perkongsian faedah ini? Apabila kita bincangkan perkara perkongsian faedah, biasanya kita dapat satu ratio— 50:50, 70:30— tetapi ratio tersebut tidak tertera di dalam rang undang-undang ini. Adakah ini bermaksud perkongsian faedah ini tertakluk kepada discretion dan piecemeal basis oleh Menteri sendiri? Sekiranya ia bermakna setiap eksploitasi sumber-sumber kita tertakluk kepada kuasa budi bicara mutlak Menteri, it is not a good example.
Saya bagi satu senario. Katakan kita ada ubat kanser, kita panggil ubat kanser A. Malaysia dapat 20 peratus daripada keuntungannya. Untuk ubat kanser B, kita dapat 50 peratus. Maknanya, adakah ini adil? That is seen to be too much discretion, dengan izin ya. Dengan izin, what is the baseline and what is the guideline? Kita tidak boleh membenarkan perkongsian ini tertakluk kepada budi bicara Menteri sahaja. Jadi satu garis panduan perlu diwujudkan di dalam rang undang-undang ini.
Jika garis panduan tersebut menetapkan perkongsian faedah dalam lingkungan 30 peratus ke 50 peratus, itu munasabah. Yang Berhormat Bagan Serai mesti tertanya, “If you are sharing, what am I sharing?” Mana guideline dia? Selagi kita beri kuasa budi bicara berlebihan kepada Menteri, ia akan menyebabkan masalah-masalah biasa seperti good governance, corruption, undue influences.
Saya berikan contoh. Katakan Menteri baik kita adalah seorang pemegang saham GlaxoSmithKline, syarikat terbesar di dunia daripada segi perubatan. Glaxo mari ke hutan kita cari satu benda exploit sumber biologi itu. Kemudian, Glaxo kata kena bayar 10 peratus sahaja. It is a small profit sharing. Tidakkah ini menimbulkan satu situasi conflict of interest yang tertera? Oleh itu, saya syorkan dengan sekeras-kerasnya satu garis panduan profit sharing perlu diadakan di dalam rang undang-undang ini, dan saya kata 30 peratus ke 50 peratus sebagai satu panduan yang baik.
Sehubungan dengan perkara ketiga, iaitu perkara keempat saya, ialah siapakah yang akan menerima faedah daripada perkongsian ini? Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Jerantut tadi sudah cakap, apakah kerajaan negeri akan dapat. Ini penting sebab hutan-hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukan Kerajaan Pusat. Jadi dalam rang undang-undang ini kena dicakapkan ataupun dituliskan berapa sebenarnya negeri-negeri dapat. Adakah Kelantan kena dapat berapa peratus, Pahang— ya, ini penting.
Isu terakhir saya sebab saya rasa masa sudah overtime. Saya conclude sajalah. Saya merujuk kepada huraian rang undang-undang ini di mana terdapat isu tentang implikasi kewangan. Tuan Yang di-Pertua, huraian berkata rang undang-undang ini akan melibatkan perbelanjaan wang tambahan tetapi tidak dapat ditentukan sekarang. Kalau Menteri tidak tahu jumlah perbelanjaannya, mengapa bentangkan rang undang-undang ini? Dengan izin, how many times must we read illogical explanations that will cost extra money but the amount is unknown? Menteri bertanggungjawab sepatutnya memberi satu anggaran. Kalau lari 10 peratus, 20 peratus, 30 peratus, kita boleh terima. Tapi satu anggaran perlu dilakukan sebab isunya senang, bulan Oktober ini bulan bajet, bulan belanjawan. Menteri ada dua bulan lagi ini nak keluarkan bajet untuk rang undang-undang ini. Jadi saya minta Menteri dalam jawapan nanti, bagi kita tahu berapakah anggaran dia untuk kos program ini sebab tidak guna kita luluskan rang undang-undang ini tanpa bajet untuk melaksanakan. Itu saja, terima kasih.