top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya perhatikan tadi apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Menteri, saya memang bersetuju dengan semua poin itu. Bagi saya, isu yang penting pada masa Jawatankuasa nanti saya akan sentuh tentang social guarantor, exemption from bankruptcy, protection untuk other guarantors, stricter requirements for service of bankruptcy, voluntary arrangement dengan izin, banyak kena pakai bahasa Inggeris ini. Ini adalah satu cadangan yang baik sekali di mana penghutang itu boleh arrange for his own repayment. Okey. Automatic discharge bankrupt, kita tahu prosesnya sekarang mengambil masa lima, enam tahun. Sekarang automatik, itu bagus sekali. Terakhir ialah certain bankrupts allowed to be discharged without objections. Jadi, proses semua ini baik dan saya akan bincangkan dengan lebih mendalam dalam Jawatankuasa.


Bagi isu tentang dasar, pada pagi ini saya akan fokus kepada tiga tema. Tema pertama ialah apabila kita merangka apa-apa rang undang-undang, kita perlu melihat data. Data driven policy making. Yang Berhormat Menteri telah beritahu kita sedikit tentang data-data siapa yang pinjam, saya akan repeat-lah nanti ya. Ini saya akan bagi fokus kepada - Selepas itu, saya hendak melihat sama ada data-data ini ada correlation ataupun ada pattern yang boleh kita lihat. The analysis of big data. Perkara bankruptcy, ia memang jelas ia mempunyai kaitan yang kuat dengan industri perbankan itself, the banking industry. There’s a direct correlation between bankruptcy and also the banking industry. Tema ketiga ialah masalah perbankan adalah masalah kita yang besar sekali berpunca daripada deregulation, bayaran bonus kepada banker, sistem quantitative easing yang dipakai di negara-negara Barat termasuk Jepun dan ekonomi dunia yang berdasarkan hutang, the debt economy.


Baik. Saya pergi kepada tema pertama saya iaitu isu tentang data. Dalam empat tahun terkini ini dan Yang Berhormat Menteri telah beri data tadi, daripada tahun 2013 ke tahun 2016, kita melihat lebih kurang 82,000 kes kebankrapan. Ini adalah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri kepada soalan kawan baik saya, Yang Berhormat Segambut. Kalau kita kira puratanya ialah lebih kurang 22,000 setahun. Jumlah 22,000 setahun, orang bankrap baru. Data yang lain yang penting bagi saya ialah melihat data pada tahun 2008 before the big financial crisis, the global financial crisis. Kadar ataupun kes baru kebankrapan pada tahap 14,000 sahaja, tetapi data yang terakhir kerajaan iaitu tahun 2014, angka itu telah mencecah 22,000. Maknanya kita boleh lihat satu pattern meningkat kebankrapan ini selepas global financial crisis berterusan di Malaysia.


Kumpulan terbesar seperti Yang Berhormat Menteri cakap tadi ialah umur 35 ke 44 tahun iaitu 35 peratus, umur 45 ke 54 tahun, 27 peratus. Ketiga, umur 25 ke 34 tahun, 23 peratus. Isunya bukan umur itu. Isunya ialah semua kategori ini yang merangkumi lebih kurang 80 peratus lebih adalah semua orang produktif yang mempunyai kerja. These are productive age citizens. Jadi soalan pertama saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah saya hendak minta Yang Berhormat Menteri bagi data terperinci, apakah impak kebankrapan golongan ini, golongan yang boleh bekerja kepada kutipan income tax kerajaan? Berapa banyak yang telah hilang kerja? Apakah impaknya kepada fiskal kita? Sebab kalau kita kira sahaja, lebih kurang terdapat 250,000 orang yang bankrap pada masa ini. Kalau setiap orang contribute RM10,000 dalam income tax, adakah ini terjejas collection itu? Maknanya RM2.5 bilion kita memang kemungkinan terjejas daripada segi fiskal.


Jadi penting sekali undang-undang ini untuk meng-address isu fiscal crisis. Kita semua tahu kerajaan sudah, saya tidak mahu guna pokailah tetapi kerajaan sudah memang terdesak daripada segi austerity. Tahun ini sudah potong bajet kita. Jadi saya juga prihatin, Yang Berhormat Menteri sudah cakap bahawa kereta, beli kereta, the biggest group, 28 peratus. Beli rumah 21 peratus, personal loan 20 peratus, business 12 peratus. Semua 81 peratus direct connection dengan isu bank. Jadi isu kebankrapan memang bersama dengan isu financial institutions kita.


(sambung)


Isu yang paling penting bagi saya ialah isu predatory lending. Maknanya bank tahu you memang tidak layak, tetapi dia hendak bagi juga sebab dia hendak untung. Jadi isu yang saya hendak, pattern yang saya hendak tujukan kepada Dewan yang mulia ini adalah bahawa isu data, growth numbers of bankrupts, mirrors directly the free flow of money from quantitative easing. Maknanya sejak tahun 2008, negara-negara Barat dia cetak duit, tidak cukup duit. Dia cetak, dia salur kepada bank dia. Bank dia salur kepada bank kita. Hot money sudah sampai sini. jadi dia hendak untung. Dia punya interest rate two percent, one percent. Jadi dia pakai, dia hantar ke Malaysia, kita terdapat banyak hot money dan ini juga menyebabkan bank-bank kita giat meminjam kepada orang. Orang yang tidak layak dia pinjam juga.


Jadi apa yang kita perhatikan dari segi pattern ialah angka kebankrapan naik bersamaan dengan lebihan wang yang dicetak melalui QE. Oleh kerana terdapat wang cetak yang disalurkan ke dalam banking system kita, wang panas ini, what we called hot money pula disalurkan kepada peminjam secara agresif melalui amalan predatory lending. Orang yang tidak patut terima sudah menjadi orang yang boleh mendapat credit card. Kita tahu berpuluh-puluh credit card setiap orang boleh ada. Kenapa bank begitu suka memberi pinjaman? Ini kerana wang ini dicetak secara QE. Maknanya dia tidak payah earn, dia keluarkan sahaja tetapi QE ini adalah satu-satu masalah, bukan masalah yang terpenting.


Bagi saya pokoknya ialah peranan bank dan budaya bank sudah lama bertukar. Tuan Yang di-Pertua, dulu banker adalah kerja boring, boring ya. Pakai bowler hat, UK lah, dia tidak ambil risiko langsung. Akan tetapi sekarang budaya banking kita pada hari ini mengejar maximum profit melalui sistem ekonomi yang berdasarkan kepada hutang, a debt economy. Kita tidak kira, dalam 20 tahun ini kita sudah melihat seluruh dunia dan saya pernah dengar ucapan Yang Berhormat Marang mengatakan tentang isu ini ya, debt economy maknanya semua hutang sahaja. Melalui sistem ini berdasarkan hutang, lebih hutang lebih baik.


Saya terus dengan isu tentang maximum profit seeking daripada bank-bank ya ataupun apa yang kita katakan peranan bank sekarang semua short term profit dan juga ekonomi yang berdasarkan hutang. Kita tidak payah pandang jauh di Malaysia, dalam kes 1MDB dan bukan sub judice ya Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes 1MDB, ini adalah syarikat yang berdasarkan hutang. Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir cakap kita tidak boleh buat satu badan untuk investment berdasarkan hutang. Yang 1MDB, duit itu hilang mana kita tidak tahu tetapi yang teruk itu ialah konsep syarikat ini boleh berdasarkan hutang adalah satu konsep yang tidak bertanggungjawab.


Sejak tahun 1981 dengan polisi-polisi Margaret Thatcher dan kemudian Ronald Reagan, selepas itu semua dunia pakai iaitu policy hyper capitalism. Bank sedang menjadi satu perkara yang kita panggil too big to fail kerana bank-bank kaya melalui perdagangan hutang dan perdagangan wang. Selagi CEO-CEO dibayar mengikut sistem performance bonus, maka setiap CEO akan mengambil risiko lebihan untuk maximize short term profit. Bank tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya iaitu peranan membina ekonomi, memberi sokongan kepada industri tetapi cuma sekarang maximization of profit supaya bonus – bonus ini setiap tahun. Jadi ia ada short term goal, bonus itu dibayar kepada CEO terhadap performance dia. Jadi dia ambil risiko yang berlebihan.


Tuan Yang di-Pertua, dengan izin the final link between the issue of bankruptcy and banking, is the fact that banks profits have increased over the same period in the same pattern as number of bankruptcy cases have increased. Saya meminta Yang Berhormat Menteri, ini permintaan saya nombor dualah ya. Untuk memberi kita satu penjelasan sama ada Bank Negara ataupun Menteri Kewangan akan membuat satu study, cost benefit study yang lebih untuk memantau keuntungan bank dan memberi fokus kepada correlation di antara banks profits dan incidences of bankruptcy. Data bank profit di Malaysia memang susah, sukar didapati. Kalau kita hendak buat, kita kena tengok individu bank. Public Bank berapa, Maybank berapa, itu kerja yang susah.


Di Amerika, data yang kita perlukan iaitu total profits of all the banks senang dicari dengan Google. Data ini sangat merunsingkan Tuan Yang di-Pertua sebab sebelum financial crash tahun 2008, itu height the banking industry punya maximizing profit, semua bank di Amerika mencapai USD125 bilion profit. Selepas dia bayar bonusbonus, dia ada balance untuk USD125 bilion. Apa yang merunsingkan ialah pada hari ini 2017, data terperinci data terbaru 2016 ialah syarikat-syarikat bank sekarang telah mencapai USD170 bilion profit, US Dollar.


Maknanya pada height 2008, ekonomi bank terlalu baik, terlalu panas sampai kita crash. Sekarang lebih baik selepas lebih kurang sembilan tahun, tidak ada perubahan. Akan tetapi bank-bank menjadi lebih kaya. Jadi kita juga memantau pinjaman bank di Amerika telah mencapai satu tahap, the highest ever in history, 2.5 trilion. Masa 2008 pun dia tidak capai macam ini, ia sampai 2 trilion sahaja. Sekarang 2.5 trilion. Kesimpulan adalah bank masih too big to fail dan ekonomi dunia akan terus berdasarkan hutang. Jika hutang berterusan Tuan Yang di-Pertua, maka kes kebankrapan rang undang-undang yang kita lihat pada pagi ini akan juga berterusan.


Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah cuma bagi saya satu handyplast kepada cancer of the banking system. Kita sepatutnya merangka undangundang baru untuk memastikan bank di pantau dan predatory banking dihentikan. Kita lebih perlukan undang-undang yang membenarkan bank meminjam kepada orang yang betul-betul layak dan bukannya membenarkan bank untuk meminjam kepada orang tidak layak selepas itu dia menjadi bankrap. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak kita perlukan undang-undang baru untuk memantau bank dan bukannya hendak tolong after the case kebankrapan.


Kesimpulan saya pada tahap dasar adalah ini. Sekiranya bank masih gila mengejar keuntungan, maka banks are the real problem. Bank mempunyai orang yang cerdik pandai. Kita tahu semua – semua intern saya, saya ada 60 lebih interns dalam empat tahun ini, semua kalau kita tanya hendak buat kerja apa lepas ini, lepas internship dengan saya. Lebih kurang 25 peratus kata dia hendak kerja dengan bank, financial system. Dia banyak orang cerdik pandai tetapi kerana ketamakan shareholders’ interests are paramount, profits are maximized for short term gain. Maka walaupun bank benarbenar ada intelligence, they are very short on conscience.


Kerja kita di Parlimen ialah untuk memastikan keadilan pada rakyat dan rang undang-undang ini sedikit sebanyak ada tolong, saya setuju. Saya memang menyokong rang undang-undang ini terdapat satu, dua poin yang saya tidak setujulah nanti saya akan bentangkan pada committee stage. Akan tetapi kerja yang lebih penting bagi kita ialah memperluaskan dan memastikan bank mempunyai conscience. Sekiranya undangundang aktiviti bank dikemaskan maka Bank Negara boleh pantau bank dengan baik. Masyarakat dan bank boleh win-win. Oleh demikian soalan saya terakhir sebelum saya menutup ucapan saya, adakah Yang Berhormat Menteri setuju untuk menubuhkan satu select committee Parliament untuk memantau banking and finance? Terima kasih.

bottom of page