top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 dan Usul Anggaran Pembangunan 2018

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya mula, saya ingin merakamkan bahawa saya prihatin Yang Berhormat Menteri Kewangan II ini, dia berdebat dengan kita tiga setengah jam, dua hari lalu. Ini adalah amalan yang baik and I fully support his style. Akan tetapi saya juga hendak merakamkan simpati saya sebab yang bentang itu Yang Amat Berhormat Pekan, yang kena jawab Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Dengan izin ya, Yang Amat Berhormat Pekan dapat glamor, he has to face the firing squad from us. Baik, saya merujuk kepada 010600 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini direkodkan sebagai kategori perkhidmatan dan bekalan.


Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada perkhidmatan bekalan bayaran fi ini adalah berdasarkan 1.5 peratus collection daripada income tax? Kalau ya, adalah berdasarkan 1.5 peratus ini, nampaknya cukai pendapatan yang dianggarkan sebanyak RM127 bilion, 1.5 peratus only represents RM1.9 billion, not RM2.2 billion. Saya hendak tanya, kenapakah naik daripada RM1.8 bilion untuk tahun 2017 dan sekarang anggaran terbaru 2018 adalah RM2.2 bilion?


Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 080900 – Program N-BOS MOF dan UTC, B.10 juga. Program tentang NBOS, MOF dan juga UTC ataupun Urban Transformation Centre ini merupakan satu perbelanjaan “One-Off”. Saya hendak tanya, kenapa tahun 2016 tidak ada dan tahun ini terus dapat RM130 juta? Ini nombor yang cukup besar. Apakah yang berlainan daripada tahun lalu? Adakah ini satu skim yang baru start? Baik, Tuan Pengerusi B.11, perkhidmatan awam ataupun 020500 - Subsidi dan Bantuan Tunai.


Ini kategori 40000 iaitu satu pemberian geran. Kenapakah pemberian ini jatuh daripada RM12 bilion untuk tahun 2017, kepada RM9.5 bilion sahaja iaitu jatuh sebanyak RM3.18 bilion? Lebih kurang reduction 25 peratus. Isu subsidi ini penting kerana seperti yang kita semua tahulah, kos sara hidup ini meningkat. Jadi, banyak rakyat memerlukan subsidi. Kenapakah jatuh mendadak 25 peratus? Kalau jatuh 5 peratus, 10 peratus kita boleh terima lebih kurang.


Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, kita tahu subsidi minyak sudah jatuh. Yang Berhormat Jasin tadi saya dengar dia kata kemungkinan besar price of Crude Oil Brent akan naik ke USD60, USD65 dalam sasaran. Itu maknanya, the cost of fuel at the petrol stations akan naik lagi. Jadi, subsidi tersangat penting.


Saya hendak minta sama ada Yang Berhormat Menteri akan semak semula isu subsidi ini, akan membawakan balik apa-apa sistem untuk counter USD10 lebih daripada anggaran USD54 dahulu untuk 2018? Saya juga hendak tanya sama ada IPP masih menerima subsidi di bawah kategori independent power plant dan juga berapakah– adakah apa-apa yang di announce oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bayaran “One-Off”, kepada bilal, penjawat awam, adakah di bawah kategori ini juga?


Baik, saya merujuk kepada B.11, 022500 – Inisiatif-inisiatif di bawah NBOS, RM120 juta. Tadi RM130 juta untuk UTC dan juga MOF, yang ini nampaknya untuk inisiatif-inisiatif lain. Saya hendak tanya yang RM120 juta ini sebenarnya dibayar kepada siapa? Oleh sebab ia direkodkan saya rasa sebagai satu pemberian, dibayar kepada siapa? Adakah ini digunakan oleh kementerian-kementerian lain? Kalau boleh disenaraikan dengan terperinci, kita boleh lah semak semula selepas itu. Isu terakhir saya, P.10 iaitu Pembangunan, 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti.


Ini telah ditimbulkan oleh kawan baik saya Yang Berhormat Serdang tadi. Saya juga hendak tambah sahaja yang ini. Kita lihat suntikan ekuiti ini, kenapakah ia di register sebagai satu item Pembangunan dan bukannya sebagai satu operation? Setahu saya, kalau kita hendak guna kategori Pembangunan, ia untuk dua benda. Satu infrastructure, buat jalan ataupun buat jambatan. Dua, untuk meningkatkan modal insan, human capital improvement. Jadi, suntikan ekuiti ini tidak nampak sangat bagi saya macam mana ia fall into the category of infrastructure ataupun untuk human capital development.


Saya lihat 2016 - RM130 juta sahaja, Tuan Pengerusi. 2017 - RM187 juta tetapi untuk tahun 2018, ia meningkat 330 peratus ke RM811 juta. This is a massive jump sebanyak RM600 juta lebih.


Jadi, apakah equity injection ini sebenarnya? Apakah purpose nya? Apa yang kita tahu, Tuan Pengerusi dan dalam isu IPIC, hutang 1MDB ini– 1MDB telah diambil alih oleh MOF. Adakah injection capital ini ada berkenaan atau tidak dengan injection kepada duit kepada 1MDB untuk settle IPIC debt, sebab itu meningkat RM600 juta tahun 2018? Itu saya rasa kalau boleh dijawablah, kalau tidak sub judice. Saya rasa ini pertanyaan yang penting dan tentang perkiraan akaun. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi jawapan, adakah ini berkaitan atau tidak? Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

bottom of page