• YB Wong Chen

Rang Undang-Undang Syarikat 2015

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Syarikat 2015 ini. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya hendak kata secara telus dan terang bahawa rang undang-undang ini bukanlah satu perkara yang kontroversial. Dengan izin, the formation of company, the powers of shareholders and directors, the way people raise money, the finances, and also the closure of company, all that are within the Companies Act. Bagi saya, saya lebih hendak fokus kepada isu-isu lain, isu tentang no-par value, alternative procedure for reduction of capital, share buy back, financial assistance provision, on all these kind of things I will deal with at the committee stage. Oleh itu perbahasan saya pada dasar ini bukanlah berupa terlalu teknikal ataupun kritikal tetapi lebih philosophical. Lagipun rakan baik saya tadi Yang Berhormat Selayang juga Yang Berhormat Gerik pun ada buat perbahasan. Telah banyak membentangkan isu-isu yang teknikal yang cukup menyeluruh.


Hanya minggu lalu Tan Sri Speaker telah menasihati Ahli-ahli Parlimen supaya tidak payah repeat the same point over and over again. Jadi saya akan mengikut arahan Tan Sri Speaker dan juga memberi analisa tanpa repeating the points [Ketawa] Bagi saya Rang Undang-undang ini nampaknya baik tetapi Tuan Yang di-Pertua, the proof of the pudding is in the eating. Iaitu pertanyaan sama ada seksyen-seksyen di bawah rang undang-undang ini adalah baik ataupun tidak daripada segi teknikal terpulang kepada dan terbukti hanya kepada tahap undang-undang ini diguna pakai.


Dengan izin, we will only know the robustness of the legislation when it is put to test in the real corporate environment. Apa yang saya telah baca dalam dua, tiga minggu ini tidak ada apa-apa kritikal ataupun red flag yang timbul. Oleh demikian saya ingin menyampaikan tahniah kepada SSM dan semua stakeholders termasuk Bar Council yang telah mengambil bahagian dalam proses menggubal rang undang-undang ini selama lebih kurang lapan sampai sembilan tahun.


Kalaulah semua undang-undang Malaysia draconian seperti SOSMA, POTA, dan National Security Council Act digubal seperti ini secara perbincangan dan consultation penuh tanpa politik, Malaysia pasti lebih baik dan selamat daripada sekarang.


(sambung)


Tuan Yang di-Pertua, saya continue perbahasan dasar ini saya akan memberikan fokus kepada tiga perkara soalan yang penting. Pertama adalah, apakah impak rang undang-undang ini kepada dunia perniagaan? Kedua, adakah impak ini baik atau tidak dari segi pentadbiran urus niaga ataupun corporate governance? Dan ketiga apakah matlamat utama yang kita inginkan untuk syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia dan adakah rang undang-undang ini akan menolong matlamat tersebut?


Pertama, apakah impak rang undang-undang ini kepada syarikat dan badanbadan korporat di Malaysia? Semasa saya bekerja sebagai seorang Peguam Korporat terdapat banyak aspek Akta Syarikat yang tidak masuk akal. Terdapat undang-undang yang agak archaic ataupun ketinggalan zaman. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya perhatikan dalam rang undang-undang ini ialah satu usaha untuk menyelesaikan semua masalah yang saya telah timbulkan.


Reduction of capital, isu tentang no-par value semua ini adalah satu attempt dalam rang undang-undang ini untuk memastikan tidak ada circumvention oleh peguam-peguam. Jadi kalau kita tidak perlukan prosedur-prosedur yang tidak masuk akal, yang tidak akan menggalakkan circumvention daripada peguam-peguam, ini adalah satu langkah yang baik. Akan tetapi kita juga perlu memastikan corporate governance yang lebih baik untuk memastikan pengarah-pengarah lebih accountable dan punishment yang lebih tinggi sekiranya terdapat breach of any fiduciary duty. Rang undang-undang ini nampaknya ada kedua-duanya iaitu removal of archaic laws and increasing accountabilty of directors.


Justeru impak rang undang-undang ini jika diluluskan adalah baik kerana yang ini merupakan satu upgrade seperti apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Dengan izin, it is a legislation that improves the current situation and makes things more business friendly. Ini bermakna sektor-sektor perakaunan, akauntan dan guaman mungkin akan menjadi lebih pesat. Tadi Tuan Yang di-Pertua tanya apa akan jadi pada company secretaries? They will have more business as a result of this legislation.


There will be more corporate companies formed sebab formation sekarang lebih senang dan therefore more corporate activities. Maknanya para peguam, akauntan akan menjadi lebih kaya secara am daripada impak rang undang-undang ini. Ini juga bakal meningkatkan status Malaysia dari segi ease of doing business.Kewujudan single shareholder private limited companies dan simplification of reduction of capital adalah di antara langkah-langkah yang akan membawa Malaysia setaraf dengan perkembangan undang-undang syarikat lain di dunia.


Dalam isu receiverships saya melihat dan setuju dengan kawan saya tadi daripada mana tadi, tidak apalah... [Ketawa] bahawa ia akan membawa satu fleksibiliti yang baru dengan pengenalan judicial management sebagai satu opsyen baru yang forward looking dan juga flexible. Dengan izin, this new Companies Act will ensure that the Malaysian company law is up to par with the rest of the developed countries.


Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini sistem ekonomi dunia sedang mengalami pelbagai cabaran. Cabaran ekonomi adalah economic slow down di China dan juga low comodity prices. Cabaran monetary pula merupai negative interest rates dan juga quantitative easing. Cabaran fiskal di mana kerajaan sekarang mengalami cash flow problem yang ketara, ini bermakna tidak mempunyai kebolehan untuk pump prime ekonomi Malaysia.


Apa yang jelas adalah kerja-kerja central bank sedunia sejak 2008 tidak dapat lagi memastikan economic growth yang baik. Dengan izin, Central Banks have shown to have very little real positive impact on the global economy. Oleh demikian, apabila SSM mengeluarkan satu inisiatif untuk membentangkan undang-undang ini dengan satu percubaan untuk memesatkan ekonomi pada amnya ini adalah satu tindakan yang amat tepat masa dan baik.


Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara kedua saya iaitu sama ada impak ini baik atau tidak dari segi pentadbiran urus niaga ataupun corporate governance. Soalan baik buruk ini bukanlah sesuatu yang boleh dianalisa dari segi kuantiti dan data. Ini merupakan suatu soalan yang qualitative di mana kita perlu memberi jawapan yang lebih berfalsafah berbanding dengan data.


Tuan Yang di-Pertua, kita tahu rang undang-undang ini boleh mempergiatkan aktiviti perdagangan melalui Akta Syarikat yang baru. Persoalannya adakah ini baik dari segi moraliti masyarakat sejagat. Dengan izin, we know this is going to increase business activities but is it really good for people for the rest of the rakyat. Apa yang kita tahu dalam jangka masa 40, 50 tahun ini iaitu sejak amnya sejak permulaan Thatcherism dan privatization activities, syarikat-syarikat di dunia telah menjadi lebih kaya dan lebih berkuasa daripada berbanding dengan rakyat. Di Malaysia, kekuatan syarikat-syarikat adalah ketara.


Ini bukannya satu kenyataan tanpa asas, ini bukan retorik politik tetapi adalah realiti hari ini. Apakah data yang menyokong kenyataan saya ini? Saya merujuk kepada data dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kesemua syarikat di Malaysia telah membayar cukai korporat sebanyak lebih kurang RM70 bilion pada tahun 2015 berbanding dengan pembayaran cukai pendapatan persendirian yang berjumlah hanya RM30 bilion.


Tuan Yang di-Pertua, hanya lebih kurang di antara 75,000 sampai 100,000 syarikat daripada jumlah besar 1.1 juta syarikat di Malaysia yang bayar corporate tax, corporate income tax, yang lainnya dormant ataupun rugi. Jadi kita tahu 75,000 sampai ke 100,000 syarikat membayar RM70 bilion, dua kali ganda daripada 14 juta pekerja di Malaysia. Lebih kaya dua kali ganda daripada kesemua pekerja di Malaysia.


Sebagai satu bandingan, di Singapura kita lihat pekerja-pekerja earnings dia dua kali ganda daripada syarikat, di Malaysia terbalik. Bandingan dengan ekonomi-ekonomi yang lebih kuat di mana terdapat lebih kesamaan ekonomi seperti di Norway dan Denmark, ratio kekayaan pekerja adalah tiga kali ganda besar daripada kekayaan syarikat.


Di Malaysia semua terbalik di mana syarikat lebih kaya daripada 14 juta penduduk dua kali ganda.


Jadi apabila rang undang-undang ini dipergiatkan syarikat-syarikat adakah ini akan membawa atau membesarkan jurang kekayaan di antara syarikat dan rakyat? Ini adalah satu persoalan existential yang Dewan ini perlu pertimbangkan, dengan izin, the question is will this new legislation empower corporation further and cause greater inequality between corporations and the people.


Tuan Yang di-Pertua kita semua tahu di Amerika Syarikat, syarikat-syarikat diberi kepentingan. Hal ini membolehkan syarikat-syarikat mempengaruhi sistem politik Amerika Syarikat sebagaimana yang telah disaksikan di dalam pertembungan politik presidential candidate selection di antara Hillary Clinton dan Bernie Sanders. Amat jelas bahawa syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat telah memberi dana yang besar sekali kepada Clinton untuk memastikan status quo ekonomi yang berpihak kepada syarikat-syarikat. Syarikat-syarikat telah memberi dana sekurang-kurangnya USD160 juta kepada Hillary Clinton. Kita belum lagi masuk kepada presidential election, Tuan Yang di-Pertua masih dalam selection of the candidates. Berbanding dengan Bernie Sanders yang telah menerima derma lebih ramai lagi daripada rakyat Amerika Syarikat bukannya daripada korporat-korporat.


Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini adalah cuma satu alat untuk mencapai satu matlamat sebagaimana sebatang cangkul digunakan sebagai alat untuk menanam sepohon pokok. Cara kita menggunakan alat ini menjadi faktor penentu untuk menilai keberkesanan sesuatu undang-undang. Jika kita komited terhadap satu idea membina sebuah ekonomi pasaran bebas dan peralatannya sesuai, maka implementasi dan tuntutan pihak akan boleh membantu negara menuju ke arah matlamat tersebut. Dengan izin, a law on its own cannot bring change, it is the implementation that will be decisive in transforming the nation. Tuan Yang di-Pertua, setelah kita meluluskan rang undang-undang ini dan saya pasti undang-undang ini akan diluluskan, usaha untuk membina semula ekonomi kita yang sekarang dysfunctional, perlu dilakukan secara serta-merta. Dalam dunia yang kurang sempurna di mana sistem kapitalisme terlalu besar, terlalu kuat berbanding dengan sistem social safety net, kita perlu memastikan pengutipan cukai maksimum daripada syarikat yang adil. Bukan kata kita naikkan cukai itu, kita kena dapatkan atau pastikan semua syarikat tak lari daripada cukai, masih maintain 25 peratus ke 26 peratus tetapi hasil syarikat itu boleh digunakan, diagih balik kepada rakyat dan pekerja dan itulah pada pandangan saya, matlamat utama Dewan ini, dengan izin, in conclusion, we can help corporations to be more competitive but in return, corporations must agree on the social contract to ensure greater equality for all. Itu sahaja perbahasan saya. Sekali lagi tahniah kepada SSM dan semua stakeholders. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.