• Office of YB Wong Chen

The first of many more

7 February 2020

An important day for the International Relations and Trade Select Committee. We started our very first hearing today. The topic of inquiry was on Malaysia Palestine bilateral ties; with a focus on current geopolitical issues and localised issues on how the government can better help Palestinians living in Malaysia.

I was in Parliament at 8.30 am and had a breakfast precounsel with my officers and interns. Then I greeted the senior MITI and MoFA officials at 9 am. I had a good chat with them and I must say that the quality of thinking and professionalism of these officers are outstanding.

This was followed by a greet and meet of the international witnesses from Palestine, Yemen and Maldives at 9.30 am.

The hearing kicked off at 9.40 am with briefing from officials of MoFA, followed by a second briefing by officials of MITI. Then at 10.45 am, Sheikh Hamid al-Ahmar, Yemen MP and President of League of Parliamentarians for Al-Quds testified for about 45 minutes. This was followed by Mr. Muslim Imran, Chairman for Palestinian Cultural Organisation Malaysia for an hour. The hearing ended at 12.30 pm.

We will now prepare all the notes and testimonies with a target to publish a report with recommendations in two weeks. At the same time, we are also preparing our next hearing on the human rights situation in Cambodia, slated for 26th February. The following hearings after that (in March) will be on car open APs and possibly palm oil and the European Union Malaysia FTA.

There is an incredible amount of extra work that we have taken on under this committee, with no additional resources allocated to my office. In addition, we are doing public policy work for Dato Seri Anwar Ibrahim; we are truly and fully stretched this year. As I have stated at the start of the year, my office will be focusing on international matters under this committee, and over time we will slowly retreat from local domestic issues. Reforms can come in many shapes and forms. By driving this committee to achieve the highest standards within our limited means, we hope to make a significant contribution towards Parliamentary reforms.

Below is my opening remarks to launch the start of business of this new committee:

PERUTUSAN

Perutusan YB Tuan Wong Chen Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Dan Perdagangan Antarabangsa Mesyuarat Bil. 1/2020 Jumaat, 7 Februari 2020

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera,

1. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Dan Perdagangan Antarabangsa ke Mesyuarat Jawatankuasa yang julung kali kita adakan:

(i) Yang Berhormat Puan June Leow Hsiad Hui Ahli Parlimen Hulu Selangor

(ii) Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew Ahli Parlimen Kawasan Sibu

2. Saya turut ingin mengalu-alukan YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat merangkap Setiausaha kepada Jawatankuasa Pilihan Khas ini;

3. Wakil-wakil tetap (ex-officio) dari agensi-agensi Kerajaan, iaitu dari:

(i) Kementerian Luar Negeri; (ii) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; (iii) Jabatan Peguam Negara; dan (iv) Kementerian Kewangan.

serta urus setia dari Parlimen Malaysia, tuan-tuan dan puan-puan yang hadir bersama-sama pada hari ini.

4. Untuk makluman, selain daripada saya dan dua orang Yang Berhormat yang hadir bersama pada hari ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa ini turut dianggotai oleh:

(iii) Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali Ahli Parlimen Bagan Serai

(iv) Yang Berhormat Tuan P.Prabakaran Ahli Parlimen Batu

(v) Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak; dan

(vi) Yang Berhormat Tuan Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Perancangan Aktiviti Jawatankuasa Pilihan Khas

5. Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, hari ini merupakan hari bersejarah kerana buat julung kalinya, Parlimen Malaysia mempunyai Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) yang khusus bagi Hubungan Dan Perdagangan Antarabangsa.

6. Sejak ahli-ahli Jawatankuasa dinamakan melalui pembentangan Penyata Jawatankuasa Pemilih DR 15 Tahun 2019 pada 5 Disember 2019 yang lalu, ini merupakan Mesyuarat Jawatankuasa yang pertama kali diadakan untuk JKPK Hubungan Dan Perdagangan Antarabangsa ini.

7. Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna Jawatankuasa ini baru memulakan aktivitinya pada hari ini. Saya bersama-sama Ahli-Ahli Jawatankuasa yang lain telah pun melakukan 2 kunjungan hormat, iaitu ke atas:

(i) Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri pada 14 Januari 2020 di Wisma Putra, Putrajaya; dan

(ii) Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 3 Februari 2020 yang lalu di Menara MITI, Kuala Lumpur.

8. Terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas ini antara lain memberi kuasa untuk Jawatankuasa meneliti Rang Undang-undang, menyiasat dan melaporkan apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Dewan atau Menteri, termasuk apa-apa cadangan, usul, petisyen, laporan atau dokumen-dokumen yang berkaitan dengan hubungan dan perdagangan dengan negara-negara luar serta organisasi antarabangsa yang terlibat.

9. Dalam hal ini, saya ingin Jawatankuasa ini untuk turut meneliti pentadbiran, kewangan dan dasar-dasar berkaitan hubungan dan perdagangan antarabangsa. Ini bermakna dua Kementerian utama yang akan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa ini adalah Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri.

10. Selain dua kementerian ini, saya juga berpandangan bahawa isu yang akan menjadi penelitian Jawatankuasa ini boleh merentas kementerian atau agensi seperti isu mengenai minyak sawit, perubahan iklim dan hak asasi manusia.

11. Jawatankuasa ini harus memainkan peranannya tanpa ada rasa fear or favour, dan bersikap professional dengan mengenepikan perbezaan idealogi dan kepentingan parti politik pada setiap isu yang diteliti dalam usaha menegakkan Perlembagaan dan memberikan apa yang terbaik untuk negara dan rakyat.

12. Saya juga berharap agar semua ahli Jawatankuasa memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dengan menghadiri mesyuarat atau hearings yang diadakan. Kita akan bersikap telus dalam melaporkan rekod kehadiran ahli.

13. Saya juga berhasrat supaya Jawatankuasa melalui penilaian dalaman (internal assessment) terhadap prestasi ahli-ahli untuk tempoh setiap enam (6) bulan.

14. Selain itu, saya juga menyasarkan agar hearings and proceedings yang dijalankan oleh JKPK ini adalah pendek dan padat, dan tidak terlalu luas skopnya agar Jawatankuasa dapat memberikan syor dengan pantas kepada kementerian dan mendapatkan maklumbalas daripada mereka dalam masa sekitar tiga (3) bulan.

15. Saya juga ingin mencadangkan setiap laporan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

16. Saya berhasrat untuk mengadakan hearings dengan kekerapan dua (2) kali sebulan. Oleh itu, kerjasama semua pihak diperlukan untuk menjayakannya.

17. Kita mempunyai tanggungjawab untuk membina “budaya” hearings oleh Jawatankuasa agar kita boleh menjalankan proses semak dan imbang (checks and balances) dalam sistem Parlimen kita.

18. Kita akan melihat dan meneliti pelbagai isu, antaranya termasuklah Belt and Road Initiative (BRI), Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP), AP kenderaan, Triti PBB, Perjanjian-perjanjian Perdagangan Bebas (FTAs), isu Rohingya dan juga Bajet Fiskal Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri.

Agenda Mesyuarat pada hari ini

19. Kita ke agenda seterusnya dimana pada hari ini, Jawatankuasa akan meneliti isu-isu yang melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin.

20. Bagi tujuan ini, pada hari ini kita telah menjemput wakil daripada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri untuk memberikan taklimat kepada Jawatankuasa mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara dan hubungan perdagangan antara Malaysia-Palestin.

21. Dengan adanya juga wakil daripada Kementerian Kewangan, kita mungkin boleh mendapat maklumat-maklumat berkaitan seperti cukai dan sebagainya.

22. Sebaik sahaja selesai sesi taklimat oleh dua (2) kementerian yang saya sebutkan tadi, Jawatankuasa akan menjemput masuk Hon. Sheikh Hamid al-Ahmar, Ahli Parlimen Yemen merangkap President of the League of Parliamentarians for Al-Quds; serta delegasi dari Palestinian Cultural Organisation Malaysia yang diketuai oleh pengerusinya, Mr. Muslim Imran untuk diadakan sesi konsultasi bersama mereka.