top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

BN's GST is a regressive tax on the majority

MEDIA STATEMENT: BN's GST IS A REGRESSIVE TAX ON THE MAJORITY KEADILAN notes that the BN government is facing a fiscal crisis of its own doing. KEADILAN believes that the three main causes of this crisis are as follows: a weak tax base, profligate spending and unabated corruption. Last Friday, Minister Idris Jala hinted that the government will soon implement the Goods and Services Tax (GST). He cited Singapore as a model which has a current GST rate of 7% and claims that at this rate, the government’s yearly revenue could increase between RM20 billion to RM25 billion. KEADILAN understands the rationale for GST is to widen and improve the existing tax base. However the current weak tax base is not a matter of tax evasion per se but a reflection of the poor household earnings of the majority of Malaysians. The majority of Malaysians simply do not have sufficient income to pay income tax. The current problem of a weak tax base is about low pay and income insecurity. Therefore the rationale for BN’s GST tax plan to widen the tax base is in fact flawed. Promising corporate and income tax cuts to offset GST will only help the rich. In other words, BN’s GST plan is regressive in nature and will essentially see the poor end up paying more than the rich. The current fiscal crisis can be averted by eliminating mega projects of dubious benefit and/or excessive costs and by tackling corruption seriously. Unless and until it demonstrates that it can cut down on profligate spending and effectively fight corruption, the BN government has no right to introduce GST. Lastly, Idris Jala cited the current Singapore GST rate of 7% as a model for Malaysia. This is an alarming departure from the 4% rate that is being proposed by the Ministry of Finance. We wish to remind the Minister that when Singapore introduced GST in 1994, it was at a low rate of 3% and the Singapore government kept it low for nine years before allowing an increase to 4% in 2003. It only increased the rate to 7% in 2007, thirteen years after GST was introduced in Singapore. If the Minister loves the Singapore model so much, will he commit to 3% with a nine year no hike moratorium? Wong Chen  PKR Investment & Trade Bureau Member of Parliament (Elect) for Kelana Jaya   20 May 2013 


 

KENYATAAN MEDIA: GST BARISAN NASIONAL ADALAH CUKAI REGRESIF KEPADA MAJORITI Kerajaan BN sedang menghadapi krisis fiskal yang ternyata. KEADILAN percaya bahawa ketiga-tiga punca utama krisis ini adalah seperti berikut: asas cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang ketara. Jumaat lepas, Menteri Idris Jala membayangkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (“GST”). Beliau memetik Singapura sebagai model yang mempunyai kadar GST 7% dan mendakwa bahawa pada kadar ini, pendapatan kerajaan boleh meningkat di antara RM20 bilion kepada RM25 bilion setahun. KEADILAN memahami rasional bagi GST adalah untuk memperluas dan meningkatkan asas cukai yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kelemahan asas cukai kami bukanlah berpunca dari pengelakan cukai (tax evasion) tetapi dari fakta bahawa pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia adalah terlalu rendah. Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar cukai pendapatan. Asas cukai yang lemah ini adalah berpunca dari gaji rendah. Oleh itu, rasional disebalik GST BN adalah memang silap dan salah. Menjanjikan penurunan cukai korporat dan cukai pendapatan untuk off-set GST hanya akan membantu orang kaya. Dalam erti kata lain, pelan GST BN adalah regresif dan pada dasarnya akan melihat majoriti rakyat membayar lebih cukai daripada minoriti orang kaya. Krisis kewangan ini boleh dielakkan dengan menghapuskan projek-projek mega yang tiada manfaat dan/ atau yang mempunyai kos yang berlebihan dan dengan menangani rasuah secara serius. Melainkan jika dan sehingga BN membuktikan ia boleh mengurangkan pembaziran dan membanteras rasuah dengan berkesan, kerajaan tidak mempunyai hak untuk memperkenalkan GST. Akhir sekali, Idris Jala memetik kadar GST Singapura iaitu 7% sebagai model untuk Malaysia. Ini adalah sangat membimbangkan kerana ia bercanggah dari kadar 4% yang dicadangkan oleh Kementerian Kewangan. Kami ingin mengingatkan beliau bahawa apabila Singapura memperkenalkan GST pada tahun 1994, ia adalah pada kadar yang rendah iaitu 3% dan kerajaan Singapura mengekalkan kadar itu selama sembilan tahun sebelum membenarkan peningkatan kepada 4% pada tahun 2003. Ia hanya meningkat ke kadar 7% pada tahun 2007, tiga belas tahun selepas GST diperkenalkan di Singapura. Jika Menteri minat sangat dengan model GST Singapura, adakah dia berani buat komitmen GST pada kadar 3% selama sembilan tahun? Wong Chen Biro Pelaburan & Perdangangan PKR Ahli Parlimen (Terpilih) Kelana Jaya 20 Mei 2013

bottom of page