top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Keadilan Fiscal and Budget Meeting with the Ministry of Finance, Malaysia

MEDIA STATEMENT: KEADILAN FISCAL AND BUDGET MEETING WITH THE MINISTRY OF FINANCE, MALAYSIA YB Nurul Izzah Anwar, YB Wong Chen and YB Fuziah Salleh represented Parti Keadilan Rakyat at a recent pre-budget meeting with the Minister of Finance, YB Tengku Zafrul(MoF). The meeting took place on the evening of 13th September 2022 in Putrajaya. The meeting was billed as a Pakatan Harapan (PH) pre-budget meeting with the MoF. The request for this meeting was actually initiated by YB Wong Chen who contacted the MoF on 29th August 2022. At the end of the meeting, the parties agreed to have at least one more meeting before the slated October 7th 2022 Budget Day.

In view that some parties have issued separate media statements on the meeting, KEADILAN is now issuing this media statement. Unlike other parties, KEADILAN started our dialogue with the MoF differently by focusing on the fundamental fiscal problem of revenue. On the revenue front, KEADILAN asked the government to ensure that the revenue projections for 2023 are accurate, true and fair. KEADILAN urged the government not to repeat previous mistakes of projecting revenue too optimistically or illogically. KEADILAN is very firm on this matter; a wrongful projection on revenue will not only disrupt operations of the government next year but also cause a negative cascading effect on the overall expenditure. Noting the recent spike in the cost of subsidies to RM77.7 billion, KEADILAN urged the government to start exploring in earnest other sources of revenue such as the progressive capital gains tax on shares and inheritance tax, and to come back with some models for us to consider. We also suggested the government to direct Petronas to revamp and reduce the high profit margins of all Petronas vendors. By implementing a more competitive, transparent and accountable vendors policy, KEADILAN believes that Petronas profits should dramatically improve. We argued that these increased profits will be crucial to help reduce the unsustainable national debt level. On development expenditure, we cautioned the government to tighten up on all mega projects, irrespective whether these are directly funded or via PFIs, and only pursue those which are already ongoing for completion or deemed absolutely necessary. These projects should be done on strictly competitive and open tender basis, priced fairly and most importantly ensure that they are able to generate real economic multiplier benefits. For too long the costings of mega projects have been corruptly inflated resulting in no or at best, minimal economic multipliers. On operating expenditure, KEADILAN is aware that there is in fact limited capacity of the government to pursue new policies, and as such KEADILAN urged the government to focus more on subsidies for 2023. We are aware that a sizeable portion of most subsidies are lost to abuses and smuggling activities. We are of the view that the current universal petrol subsidy is unsustainable and benefits the rich much more than the B40, and as such suggested the government to explore tiered pricing and cash transfers as possible solutions. On currency and inflation, we asked that Bank Negara be given freedom from undue influence of politics, to pursue a prudent monetary policy. We also asked the government to direct GLICs to reduce their foreign equities portfolio and to return these money to Malaysia, so to defend the ringgit. After sharing our views on the bigger fiscal and economic issues, KEADILAN then presented a list of 12 economic, political and social policies to help the rakyat. KEADILAN took the position of explaining and highlighting these policies and then we asked the government to consider the same and indicate possible budget allocations in the next meeting. The 12 policies are:

  1. to expedite the approval of migrant workers permits to help SMEs and employers recover from the pandemic;

  2. to address learning loss of our students during the pandemic;

  3. to help the tourism industry with workers and capital, as the industry can be a good income source to help defend our currency;

  4. to be much friendlier to foreign residents who bring in much needed capital, skills and economic consumption;

  5. to address food insecurity by empowering farmers and fishermen, and improving supply chain logistics;

  6. to boost TVET and address the perennial under employment issues;

  7. to prepare now for floods and to set aside a sizeable fund for rescue and relief efforts;

  8. to improve on gender responsive budgeting and to ensure ministries comply in terms of reporting;

  9. to budget and prepare for the passing of the Parliamentary Services Act, and to move the Constituency Development Funds to Parliament from the PMO;

  10. to ensure the full rollout of HPV vaccines for girls in all schools;

  11. to further promote the implementation of SDGs at all levels of government; and

  12. to allocate adequate budget to properly monitor climate change and to prepare for carbon trading.

YB Wong Chen

Member of Parliament for Subang

15 September 2022

 

KENYATAAN MEDIA: MESYUARAT FISKAL DAN BELANJAWAN KEADILAN BERSAMA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Baru-baru ini, YB Nurul Izzah, YB Wong Chen dan YB Fuziah Salleh telah mewakili KEADILAN pada mesyuarat pra-belanjawan bersama Menteri Kewangan, YB Tengku Zafrul (MoF). Mesyuarat itu berlangsung pada petang 13hb September 2022 di Putrajaya. Mesyuarat itu adalah mesyuarat pra-belanjawan diantara Pakatan Harapan (PH) dengan Kementerian Kewangan. Permintaan untuk mesyuarat ini sebenarnya dimulakan oleh YB Wong Chen yang telah menghubungi Menteri Kewangan pada 29hb Ogos 2022. Pada akhir mesyuarat, kesemua pihak bersetuju untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu lagi mesyuarat sebelum pembentangan Belanjawan yang telah dijadualkan pada 7hb Oktober 2022. Berikutan pengeluaran kenyataan media berasingan oleh beberapa parti mengenai mesyuarat itu, KEADILAN kini mengeluarkan kenyataan media ini. Berbeza daripada parti lain, KEADILAN memulakan dialog dengan Kementerian Kewangan dengan memberi tumpuan kepada masalah fiskal asas iaitu perkara hasil kerajaan. Dari segi hasil, KEADILAN meminta kerajaan supaya memastikan unjuran hasil bagi tahun 2023 adalah tepat, benar dan adil. KEADILAN menggesa kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan terdahulu iaitu mengunjurkan hasil yang terlalu optimistik atau tidak logik. KEADILAN sangat tegas dalam perkara ini; unjuran hasil yang salah bukan sahaja akan mengganggu operasi kerajaan tahun depan tetapi juga akan menyebabkan kesan negatif ke atas keseluruhan perbelanjaan. Menyedari bahawa kos subsidi baru-baru ini telah naik kepada RM77.7 bilion, KEADILAN menggesa kerajaan untuk mula bersungguh-sungguh meneroka sumber hasil lain yang lebih progresif, seperti cukai keuntungan modal ke atas saham dan cukai harta pusaka, dan kembali dengan beberapa cadangan terperinci untuk kami pertimbangkan. Kami juga mencadangkan supaya kerajaan mengarahkan Petronas untuk merombak dan mengurangkan margin keuntungan tinggi semua vendor Petronas. Dengan melaksanakan dasar vendor yang lebih berdaya saing, telus dan bertanggungjawab, KEADILAN percaya bahawa keuntungan Petronas dapat meningkat secara mendadak. Kami berpendapat bahawa peningkatan keuntungan Petronas ini adalah tersangat penting bagi mengurangkan tahap hutang negara yang tidak lagi mampan. Mengenai perkara perbelanjaan pembangunan, kami memberi pesanan kepada kerajaan supaya pengurusan semua projek-projek mega perlu diperketatkan, tidak kira sama ada dibiayai secara langsung atau melalui inisiatif kewangan swasta (PFI). Kerajaan hanya harus meneruskan projek yang sedang berjalan supaya siap atau projek yang dianggap amat perlu. Projek-projek ini harus dilakukan secara tender terbuka dan kompetitif, dengan harga yang berpatutan. Yang paling penting adalah memastikan projek tersebut mampu menjana pengganda ekonomi (economic multiplier) yang baik. Sudah terlalu lama kos projek-projek mega di Malaysia telah dinaikkan secara korup sehingga menyebabkan projek-projek ini tidak dapat menjana apa-apa pengganda ekonomi. Mengenai perkara perbelanjaan mengurus, KEADILAN sedar bahawa kapasiti kerajaan memang terhad untuk melaksanakan apa-apa dasar baharu, dan oleh itu KEADILAN menggesa kerajaan memberi lebih tumpuan kepada isu subsidi bagi tahun 2023. Kami sedar bahawa sebahagian besar daripada kebanyakan subsidi hilang akibat aktiviti penyalahgunaan dan penyeludupan. Kami berpandangan bahawa subsidi petrol bersifat universal semasa adalah tidak mampan dan memberi manfaat berlebihan kepada golongan kaya daripada golongan B40. Oleh itu, KEADILAN mencadangkan supaya kerajaan meneliti penetapan harga berperingkat dan juga pemberian tunai sebagai suatu penyelesaian isu subsidi. Bagi isu mata wang dan inflasi, kami minta kerajaan memberi jaminan bahawa Bank Negara akan bebas daripada pengaruh politik yang tidak wajar, supaya mereka dapat melaksanakan dasar monetari yang berhemat. Kami juga minta kerajaan mengarahkan GLIC mengurangkan portfolio ekuiti luar negara dan membawa pulang wang ini ke Malaysia bagi mempertahankan nilai ringgit. Selepas selesai berkongsi pandangan kami mengenai isu fiskal dan ekonomi, KEADILAN kemudiannya telah membentangkan 12 dasar ekonomi, politik dan sosial untuk membantu rakyat. KEADILAN mengambil kedudukan untuk menjelaskan 12 dasar-dasar dan kemudian meminta kerajaan supaya mempertimbangkan kesemua cadangan dasar kami dan merangka peruntukan bajet bagi dasar-dasar tersebut dalam mesyuarat akan datang. Senarai 12 cadangan dasar-dasar kerajaan adalah seperti berikut:

  1. mempercepat kelulusan permit pekerja asing untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan majikan pulih daripada pandemik;

  2. menangani isu kehilangan pembelajaran semasa pandemik oleh pelajar-pelajar kita;

  3. membantu industri pelancongan dengan pekerja dan modal, kerana industri ini boleh menjadi sumber pendapatan yang baik untuk membantu mempertahankan mata wang kita;

  4. menjadi lebih mesra kepada penduduk asing yang membawa masuk modal, kemahiran dan penggunaan ekonomi yang sangat diperlukan;

  5. menangani masalah ketakjaminan makanan (food insecurity) dengan memperkasakan petani dan nelayan, dan menambah baik logistik rantaian bekalan;

  6. merancakkan TVET dan menangani masalah pengangguran yang telah berlarutan;

  7. bersiap sedia sekarang bagi menghadapi banjir dan memperuntukkan dana yang besar untuk usaha menyelamat dan pemberian bantuan;

  8. menambah baik Belanjawan Responsif Gender dan memastikan kementerian-kementerian mematuhi cara pelaporan;

  9. memperuntukkan bajet dan membuat persiapan bagi meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen, dan untuk memindahkan Kumpulan Wang Pembangunan Kawasan Parlimen (CDF) daripada Pejabat Perdana Menteri kepada Parlimen;

  10. memastikan pelancaran penuh vaksin HPV untuk kanak-kanak perempuan di semua sekolah;

  11. menggalakkan lagi pelaksanaan SDG di semua peringkat kerajaan; dan

  12. memperuntukkan bajet yang mencukupi untuk memantau perubahan iklim dengan bagus dan bersiap sedia untuk perdagangan karbon (carbon trading).

YB Tuan Wong Chen Ahli Parlimen Subang 15hb September 2022


bottom of page