YB Wong Chen
Parliamentary King’s Speech 2016
UCAPAN PARLIMEN TITAH DI RAJA : 9 MAC 2016
Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam pembahasan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan mesyuarat pertama tahun 2016.
Tuan Speaker, saya ingin menyampaikan perasaan terharu atas keprihatinan duli Yang Maha Mulia yang di-Pertuan Agong mengenai cabaran-cabaran ekonomi yang kini dihadapi oleh Malaysia. Oleh demikian, saya ingin membahaskan isu berkaitan ekonomi dan juga isu fiskal negara.
Tuan Speaker, kita tidak boleh menafikan lagi bahawa negara kita sedang menghadapi permulaan satu krisis ekonomi yang cukup ketara. Pada tahun yang lalu, kita telah mengalami kejatuhan nilai mata wang ringgit sebanyak 30% akibat kehilangan keyakinan pelabur mengenai hal 1MDB. Kita juga telah melihat kejatuhan harga minyak ke paras USD30 ke USD35. Sektor ekonomi minyak dan gas dan juga sektor kewangan telah mula mengurangkan tenaga kerjanya.
Pada tahun ini, kita mungkin akan menghadapi kemerosotan sektor-sektor lain. Kita tahu bahawa sektor hartanah adalah amat lembap. Jualan perumahan pada tahun 2017 telah kami jangka akan mencecah kadar yang amat rendah. Oleh demikian, sektor yang bakal mengalami masalah adalah sektor pembinaan setelah semua kerja pembinaan selesai pada akhir tahun 2016.
Hanya projek-projek pembinaan MRT 2 dan kereta api berkelajuan tinggi (high-speed rail) kemungkinan akan membantu sektor pembinaan Malaysia. Malangnya, kedua-dua projek ini bakal menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan kos pengendaliannya.
Tuan Speaker, situasi ekonomi sekarang amat teruk. Masalah ekonomi dunia mempunyai tiga isu utama. Pertama, krisis berpunca daripada harga minyak yang turun mendadak. Kedua, negara China dan negara-negara emerging markets menghadapi masalah kelembapan ekonomi. Dengan izin, China, the factory of the world is slowing down. Akhir sekali, seluruh sistem kewangan dunia telah gagal diperbaharui sejak tahun 2008. Syarikat-syarikat dan bank-bank terbesar masih giat menjana derivatives dan sekarang pula mengamalkan high frequency trading. Aktiviti bank-bank ini tidak dikawal dan kini mengakibatkan kembalinya kegawatan ekonomi dunia yang baru.
Sehubungan itu, saya ingin membuat saranan kepada semua ahli Dewan yang mulia ini untuk membaca artikel Joseph Stiglitz, seorang pakar ekonomi terkenal, yang baru diterbitkan di New York Timespada 8hb Februari 2016 bertajuk “What’s Holding Back the World Economy?”
Walapun faktor-faktor luaran ini merupakan ancaman eksitensial kepada ekonomi kita, kerajaan masih perlu bertanggungjawab atas masalah ekonomi dalaman Malaysia. Terdapat banyak masalah ekonomi yang sebenarnya disebabkan oleh kerajaan sendiri. Khususnya skandal 1MDB dan isu RM2.6 bilion merupakan punca utama pelarian modal domestik. Bagi isu modal asing pula, skandal-skandal tersebut telah menyebabkan masalah penjualan bon kerajaan Malaysia oleh pelabur-pelabur asing. Dalam dua tahun kebelakangan ini, mereka telah menjual RM 25 bilion bon kerajaan Malaysia dan membawa balik wang tersebut ke negara masing-masing dalam bentuk mata wang Amerika Syarikat. Ini telah memberi impak yang negatif kepada nilai mata wang Ringgit. Masalah yang lebih besar ialah tiada pihak pelabur asing yang sudi membeli bon kerajaan Malaysia yang baru. Pendek kata, skandal pentadbiran kerajaan YAB Pekan yang lemah telah menjadi satu insentif negatif bagi pihak pelabur melabur di negara kita.
Tuan Speaker, semasa perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, kita telah memperhatikan purata kejatuhan pasaran runcit dan perbelanjaan pengguna sebanyak 30% hingga 40%. Pada tahun lepas, pengenalan GST juga telah menyebabkan kadar perbelanjaan pengguna menurun. GST merupakan salah satu derita ekonomi yang telah diakibatkan oleh pihak kerajaan sendiri. Walapun GST telah menjana hasil tambahan kepada kerajaan persekutuan sebanyak RM15 bilion, GST telah memusnahkan consumer spending semua pegguna di Malaysia. Dengan GST, kerajaan BN dapat RM15 bilion tetapi rakyat pengguna miskin RM15 bilion. Tuan Speaker, bukan sahaja miskin, GST telah menyebabkan inflasi dan harga barang naik melambung.
Kita perlu bertindak segera mengawal harga barang naik dan menggalakkan perbelanjaan pengguna. Saya difahamkan bahawa pihak kerajaan sedang berusaha membuat demikian melalui pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) para pekerja sebanyak 3%. Saya juga difahamkan bahawa pihak kerajaan sedang melaksanakan satu dasar pelepasan cukai sebanyak RM2,000 bagi mereka yang bergaji RM8,000 ke bawah.
Akan tetapi, saya ingin mempertikaikan dasar-dasar ini kerana jelas bahawa polisi-polisi tersebut adalah langkah penyelesaian berjangka pendek yang tidak akan membawa impak ketara terhadap ekonomi negara secara menyeluruh.
Sebagai contoh, dasar pelepasan cukai sebagaimana yang telah disebutkan dijangka akan mengembalikan RM350 juta kepada pihak pengguna, tetapi jumlah wang RM350 juta ini terlalu kecil untuk merangsang kadar perbelanjaan pengguna.
Merujuk pula kepada isu pengurangan 3% caruman KWSP, jika semua ahli KWSP menerima tawaran ini, ekonomi negara mungkin akan menerima penjanaanconsumer spending sebanyak RM8 bilion. Walau bagaimanapun, pada realitinya, kita hanya boleh menjangka separuh daripada jumlah keseluruhan pekerja negara akan berbuat demikian, bermakna penjanaan consumer spending daripada dasar ini akan terhad kepada RM4 bilion sahaja. Lembaga KWSP sendiri telah memberi keterangan bahawa hanya 50% pencarum akan membuat potongan 3% ini. Tambahan lagi, dasar ini bakal membebankan sistem KWSP kerana dasar tersebut sebenarnya hanya akan memindahkan masalah ini ke 10 – 20 tahun masa hadapan.
Walaupun pihak kerajaan berpendapat bahawa kedua-dua langkah ini dapat meningkatkan perbelanjaan pengguna, langkah-langkah ini akan gagal kerana, dengan izin, in the final analysis, jumlahconsumer spending yang boleh dijana melalui pengurangan KWSP dan LHDN adalah sebanyak RM4.35 bilion. Ini jauh lebih rendah daripada jumlah RM15 bilion yang telah diambil daripada pengguna melalui GST. Dengan izin Tuan Speaker, you cannot take RM15 billion out of consumer spending, put back a mere RM4.35 billion, and then expect the economy to recover on the back of consumer spending.
Tuan Speaker, dari segi perbelanjaan pengguna, segala tindakan yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan tidak akan berkesan selagi kadar GST tidak dikurangkan ke tahap “tax neutral”, iaitu ke tahap di mana kerajaan tidak mengenakan cukai tambahan terhadap rakyat, dan tahap “tax neutral” itu adalah pada kadar GST 3%.
Apabila sektor swasta mengalami cabaran ekonomi, kerajaan seharusnya masuk campur dan pump prime, ekonomi Malaysia.Semasa kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1998, kerajaan telah menjalankan projek-projek infrastuktur untuk merangsang ekonomi negara. Justeru, kini, kerajaan pentadbiran YAB Pekan mestilah bersedia untuk pump prime ekonomi kita memandangkan Malaysia kini bakal menghadapi ancaman krisis ekonomi pada tahun 2016.
Namun, persoalannya, dapatkah kerajaan YAB Pekan berbuat demikian? Saya amat pesimistik tentang keupayaan kerajaan ini untuk pump prime ekonomi kita. Mengapa saya begitu pesimistik?
Tuan Speaker, semasa fiskal kerajaan kita stabil di mana harga setong minyak adalah USD120, pihak kerajaan BN tidak meningkatkan dana surplus negara; sebaliknya, BN telah giat meneruskan amalan pinjaman secara besar-besaran. Semakin baik harga minyak, semakin ghairah kerajaan meminjam duit melalui bon-bon. Selama 16 tahun kita menghadapi defisit. Akibatnya, hutang negara hari ini telah mencecah RM600 bilion.
Pada hari ini, dengan dasar pendapatan hasil negara semakin lemah, negara kita tidak dapat meneruskan amalan meminjam ini tanpa kehakisan kedaulatan Malaysia. Kerajaan kini menghadapi masalah untuk mengitar semua, atau roll-over, bon kerajaan yang sudah matang, apatah lagi mengeluarkan bon baharu untuk membiayai kos operasinya. Jika kerajaan tidak dapat mengeluarkan bon baharu, bagaimanakah kerajaan boleh pump prime untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia?
Pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Pekan adalah amat membingungkan. Bukan sahaja pengurusan kewangannya lemah, dasar-dasar luar negaranya juga lemah. Pada bulan Januari yang lepas, Dewan ini telah menyaksi Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan menyokong usaha kerajaan Amerika Syarikat dalam mengekang negara China. Adakah Amerika Syarikat akan membeli bon kerajaan Malaysia? Jawapannya tidak.
Tuan Speaker, sebaliknya, YAB Pekan kelihatan mencuba sedaya-upaya untuk meyakinkan negara China untuk membeli bon kerajaan Malaysia dan biayai projek-projek infrastruktur besar negara seperti the KL-Singapore High Speed Rail. Kalau begitu, mengapakah YAB Pekan ingin mengambil risiko membangkitkan kemarahan China melalui TPPA, tetapi pada masa yang sama, bercumbu-cumbu dengan China untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia? Bolehkah kita terus mempermain negara China tetapi, pada masa yang sama, masih mengharapkan China mencurah berbilion-bilion mata wang untuk menyelesaikan masalah 1MDB dan ekonomi kita? Dasar yang begitu menyangkal ini tentu akan memudaratkan negara kita.
Tuan Speaker, langkah penyelesaian kerajaan untuk meningkatkan kadar perbelanjaan pengguna akan gagal. Kerajaan tidak mempunyai kebolehan untukpump prime ekonomi kita. Jadi, apakah langkah yang boleh dilaksanakan? Apakah langkah yang mesti dilaksanakan?
Tuan Speaker, sudah menjadi kebiasaan pihak pembangkang mengkritik kerajaan. Ini merupakan tugas kita, tetapi pada hari saya ingin memberi beberapa nasihat. Isu ekonomi bukanlah semestinya sama dengan isu politik.
Pertama sekali, kerajaan mesti mula mengamalkan pentadbiran berakhlak. Langkah ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan pelabur. Oleh itu, selagi YAB Pekan terus menjawat jawatan Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri, negara kita akan gagal mengembalikan keyakinan pelabur tersebut. Malaysia memerlukan perubahan kepimpinan Menteri Kewangan baru untuk menyelamatkan ekonomi kita.
Tuan Speaker, apakah lagi yang perlu dilakukan? Pihak kerajaan mesti menunujukan kepimpinan yang berprinsip ataupun, dengan izin, principled leadership, semasa krisis ekonomi negara.
Jika kerajaan meminta warganegaranya berjimat cermat, kerajaan sendiri juga mesti menunjukkan kepimpinan beretika dan turut bersama berjimat cermat. Saya menghargai seruan YAB Pekan untuk mengurangkan kos protokol. Saya juga difahamkan pegawai-pegawai tertinggi seperti Director Generalkementerian tidak akan lagi menggunakan pernebangan first class untuk lawatan-lawatannya ke luar negara. Ini amat baik, kerana kebanyakkan Ahli-ahli Parlimen di Dewan cuma mampu bayar sendiri naikeconomy class, tiada business class pun. Tetapi bukankah ia lebih bermakna jika YAB Pekan turut naik economy class seperti kita dan menjual jet-jet peribadi dalam usaha untuk berjimat cermat demi negara?
Apakah lagi yang perlu dilakukan? Pihak kerajaan perlu melibatkan diri dalam perjuangan membanteras pembaziran dan jenayah rasuah yang, berdasarkan pengiraan saya, anggaran kos sebanyak RM20 – 30 billion setahun. Bolehkah saya mempercayai YAB pekan akan membanteras pembaziran dan jenayah rasuah? Saya rasa saya tidak perlu menjawab soalan tersebut. Satu Malaysia tahu jawapannya.
Pada jangka masa sederhana pula, pihak kerajaan perlulah meluaskan asas cukai, mengurangkan belanjawan, mengurangkan defisit secara mendadak, dan berhenti meminjam wang melalui pengeluaran bon. Pihak kerajaan perlu mula menjimat wang apabila negara diberkati kesenangan supaya terdapatnya dana simpanan yang mencukupi untuk merangsang ekonomi apabila negara ditimpa kesusahan.
Tuan Speaker, sebelum saya menamatkan ucapan saya, izinkan saya memberi kenyataan ini: apa yang sebenarnya diperlukan apabila berlakunya krisis ekonomi adalah rancangan yang kukuh. Saya pasti pegawai-pegawai awam kita dan ratusan pakar runding yang diupah oleh kerajaan dapat mengemukakan satu strategi yang baik.
Namun, bolehkah rancangan tersebut dilaksanakan dengan efektif? Adakah kerajaan mempunyai kesungguhan politik untuk menjalankan apa-apa rancangan dan melaksanakannya dengan baik?
Konsep kesungguhan politik ataupun political will adalah berdasarkan idea perkhidmatan moral, dengan izin, moral service, kepada Malaysia dan komitmen tinggi daripada pemimpin-pemimpin yang tekad memelihara kepentingan seluruh warganegara Malaysia.
Tuan Speaker, saya khuatir Malaysia sedang mengalami zaman gelap di mana segala kesalahan dilindungi dan soalah yang berasas dikekang. Kita sekarang hidup dalam era kehilangan akhlak, moral deficit. Minggu lalu, saudara Yahya Shari telah dihukum dua tahun penjara dan dua sebatan rotan kerana menerima donation RM50 ribu. Dalam kes tersebut, donation RM50 ribu diberi secara ikhlas dan saudara Yahya tidak menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadinya, tetapi beliau masih dipenjara dua tahun dan dikenakan dua sebatan rotan. Jika kita menggunakan kes ini sebagai satu ukuran dasar, maka kalau seseorang itu menerima RM2.6 bilion donation, secara pengiraan matematik seseorang itu perlu dipenjara selama 52 ribu tahun dan menerima 52 ribu sebatan rotan.
Dengan izin, Tuan Speaker, is this what justice amounts to in Malaysia today?
Tuan Speaker, dua minggu lalu, semasa saya melawat Singapura, saya telah berkesempatan berjumpa dengan beberapa pakar ekonomi terkenal. Mereka memberitahu saya bahawa hanya satu pemimpin yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan ekonomi Malaysia dan pemimpin tersebut adalah saudara Dato Seri Anwar Ibrahim yang sekarang beralamat di penjara Sungai Buloh.
Kita semua di Dewan ini bimbang tentang keadaan politik dan ekonomi negara. Sekiranya terdapat perubahan pimpinan yang saya doakan, saya meminta Dewan ini untuk mencari satu jalan di mana saudara Anwar Ibrahim boleh dikembalikan ke Dewan ini dan berkhidmat mendorong ekonomi negara ke arah yang lebih baik. Itu adalah pintaan saya demi kepentingan ekonomi sejagat.
Selagi Anwar tidak dibebaskan, saya akan terus pesimistik mengenai masa hadapan situasi ekonomi negara kita.
Sekian sahaja pembahasan saya Tuan Speaker, terima kasih.
YB Wong Chen 9 Mac 2016