top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Perbahasan Belanjawan 2014

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan bahas Bajet 2014 ini daripada perspektif dasar dan isu-isu mikro. Perbahasan saya mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama ialah memberi pandangan ekonomi secara mikro dengan izin, micro economics di dalam konteks Bajet 2014. Bahagian kedua, memberi fokus kepada isu pendapatan negara iaitu isu-isu tentang cukai-cukai baru ini dan bahagian ketiga, saya ingin memberi pandangan saya tentang GST tetapi bukan butir-butirnya tetapi secara mikro lagi isu-isu subsidi dan impak kepada inflasi.


Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan bahagian pertama. Prinsip pentadbiran kewangan negara yang baik adalah kerajaan cuba mencari satu bajet yang seimbang iaitu dengan izin, government has to find a balanced budget. Pada masa ekonomi baik, satu kerajaan yang bertanggungjawab dan ini bukan kerajaan Barisan Nasional lah, akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan surplus ataupun sekurang-kurangnya memastikan defisit di bawah kadar 2% KDNK dan pada masa ekonomi buruk, kerajaan yang bertanggungjawab akan cuba dengan izin, pump-prime economy dan mengadakan lebih projek pembangunan seperti projek-projek infrastruktur yang boleh memperkasakan ekonomi dan rakyat dengan izin, pump-prime the economy and empower the people. Jadi apabila kerajaan mengadakan bajet defisit yang melebihi 2% KDNK dengan tujuan pumppriming tidak ada salahnya. Masalahnya kita ini, tiap-tiap kali defisit Barisan Nasional bukan untuk pump-priming. Secara ringkas saya nak katakan untuk mengamalkan satu balanced budget, kerajaan boleh mengamalkan defisit melebih 2% tetapi dengan tujuan pumppriming sahaja.


Tuan Yang di-Pertua, masalah utama yang dihadapi oleh negara kita adalah prinsip-prinsip balanced budget ini tidak diguna pakai oleh Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah bukan Kerajaan Barisan Nasional tidak mahu menggunakan prinsip-prinsip tersebut, tetapi Kerajaan Barisan Nasional tidak ada keupayaan untuk memakai prinsip-prinsip dengan izin, this Barisan Nasional Government has no option to try to adhere to these good principles because the fiscal situation- there is no way out of this fiscal mess.


Pentadbiran fiskal yang buruk selama 16 tahun, kegagalan membesarkan dengan izin, tax base, kegagalan menangani ketirisan dan corruption, keinginan mengadakan mega projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat, semua ini, semua kegagalan ini telah menyebabkan hutang negara melebih RM500 bilion. Tambahan pula, hutang off-balancesheet kerajaan sudah melebih RM200 bilion. Projek-projek yang di guarantee oleh kerajaan secara eksplisit ataupun implisit projek seperti MRT ini, PKFZ dijalankan tanpa open tender dan proses yang transparent. Sebab itu George Kent boleh dapat kontrak MRT juga walaupun dapat nombor lima dalam tender proses. Apa lagi pemberian sovereign guarantee kepada pinjaman-pinjaman bon daripada 1MDB.


Kita dah baca banyak laporan daripada Asia Wall Street Journal, Bloomberg, Financial Times tentang isu ini. Di mana sovereign guarantee negara telah diberi kepada 1MDB untuk dapat USD3 bilion tanpa apa-apa pelan untuk bagaimana menggunakan duit itu.


Jadi semua perkara yang saya timbulkan tadi, kesemua perkara ini telah menyebabkan Fitch untuk memberi rating yang buruk kepada Barisan Nasional. Bukan sahaja kita ada fiscal crisis, sekarang pula eksport negara telah banyak menurun dan mengikut ramalan ekonomi negara oleh kerajaan Barisan Nasional sendiri bagi tahun 2014, eksport kami akan terus menurun secara dengan izin, comparison on a year-on-year basis. Ini menimbulkan satu situasi di mana current account negara akan tergugat tidak lama lagi. Sekiranya kita terus meningkatkan import dari luar negara untuk projek mega dan eksport kami terus menurun, kita akan menghadapi situasi yang tersangat buruk seperti apa yang pakar-pakar ekonomi sebutkan sebagai twin deficits. Apakah kena mengenai isu twin deficits. dengan bajet kita? Saya cubalah, bukan macam Barisan Nasional, saya akan cuba untuk stick to the point mengenai bajet ini.


Sekiranya kerajaan ditadbir dengan betul daripada segi kewangan, kita boleh kata, roll-out policy memang boleh dilakukan untuk menaikkan eksport kita. Polisi seperti tax break menurunkan customs duty, membuat pembayaran geran untuk R&D dan promotion boleh menolong meningkatkan eksport kami. Walaupun import meningkat, kalau kita 58 DR.29.10. 20 13 tingkatkan eksport kita, kita boleh balance. Akan tetapi untuk mengadakan polisi-polisi tersebut, kita memerlukan wang lebihan, wang yang sedia ada. Tetapi keadaan fiskal Barisan Nasional 16 tahun berhutang jelas tak ada wang lebihan itu. Hendak wang lebihan, Kerajaan Barisan Nasional kena pinjam. Tambah lagi hutang kerajaan selepas itu. Ini bermakna kerajaan daripada sifat fiskal, Kerajaan Barisan Nasional sekarang merupai satu lame duck.


Secara mikro, adakah Bajet 2014 cuba mengatasi masalah-masalah fiskal negara yang saya telah timbulkan tadi? Kita tanya soalan itu bersama. Memang nampak defisit turun daripada 4% bagi tahun 2012 ke 3.5% tahun ini tetapi nombor defisit ini adalah satu hasil manipulasi. Macam mana manipulasinya? Seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga disokong oleh Yang Berhormat Serdang, manipulasi berlaku melalui penggunaan anggaran yang jauh lebih rendah bagi perbelanjaan kerajaan. Berapa rendahnya? Lebih kurang pada kadar 9% kekurangan perbelanjaan sebenar.


Saya beri example yang senang difahami. Pada tahun 2012, kerajaan anggar hendak belanja, dia estimate hendak belanja RM231 bilion tetapi akhirnya belanja RM250 bilion. Akan tetapi semasa dia bentangkan Bajet 2013 tahun lalu, dia kata pakai nombor RM231 bilion dahulu untuk menunjukkan defisit yang rendah. Kalau hendak pakai anggaran, Barisan Nasional lari plus-minus 2%, okeylah. Itu biasa. Akan tetapi apabila you lari 8%, 9%, itu bukan satu anggaran yang tepat. Itu anggaran tipu helah.


Isu kedua mengenai defisit 3.5% ini. Kita hendak tengok apakah dan bagaimanakah Barisan Nasional boleh menurunkan defisit ke 3.5%? Adakah melalui perbelanjaan yang lebih responsible, lebih baik? Tidak. Jelas sekali defisit 3.5% ini berdasarkan pertambahan mendadak subsidi sebanyak RM7.3 bilion. Memang kita secara prinsip bersetuju bahawa subsidi perlu transition kepada fokus baru iaitu targeted subsidy. Akan tetapi apabila Kerajaan Barisan Nasional membuat potongan subsidi dengan cara yang mendadak, ini kita tidak sokong.


Apa yang penting kalau hendak potong subsidi rakyat, rakyat perlu tahu bahawa kerajaan juga akan reciprocate. Kerajaan kena potong kos-kos perbelanjaan mereka pada tahap yang sama. Kalau rakyat kena suffer subsidi RM7.3 bilion cut, saya minta Kerajaan Barisan Nasional potong perbelanjaan mereka sebanyak RM7.3 bilion. Macam itu kita boleh kata Kerajaan Barisan Nasional boleh cuba mengatasi ketirisan corruption yang jelas. Apa yang kita tahu bulan lalu, Auditor General’s Report sudah keluar, jelas sekali ketirisan dan juga corruption masih menjadi isu yang terbesar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan saya, bahawa kalau kita lihat daripada segi mikro, bajet 3.5% defisit ini sebenarnya tidak mengatasi masalah utama fiskal negara. This is the complete failure, dengan izin Kerajaan Barisan Nasional untuk cuba mengurangkan ketirisan dan corruption.


Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang akan bincang bahagian kedua saya. Bahagian kedua saya ialah mengenai isu cukai-cukai yang baru. Pada dasarnya, setiap bajet mempunyai dua elemen. Pendapatan kerajaan iaitu cukai dan perbelanjaan kerajaan. Daripada segi cukai, saya menyokong potongan income tax yang dilakukan oleh kerajaan. Sebagai Ahli Parlimen, kerja saya bukan hanya untuk kritik kerajaan. Bila kerajaan buat betul, saya sokong. Akan tetapi dalam konteks potongan income tax ini, sebagai dengan izin, satu set off kepada GST. Ini adalah pada dasarnya satu polisi yang fundamentally flawed.


Mengikut data Lembaga Hasil Dalam Negeri, pembayar cukai Malaysia adalah cuma 1.8 juta orang. Apabila potong income tax untuk 1.8 juta orang, cuma 1.8 juta orang akan menikmati income tax itu tetapi GST akan menyentuh kesemua 25 juta penduduk Malaysia. Ini termasuk orang-orang yang tidak bekerja, orang-orang yang tidak mampu bayar income tax termasuk bayi, anak-anak kita dan warga emas.


Jadi, trade-off potongan income tax yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Pekan pada tahap 1% ke 3%, trade-off dengan GST ini sebenarnya bukan satu trade-off yang benar. Saya hendak petik laporan CIMB Research. Seperti yang Tuan Yang di-Pertua tahu, CIMB ini ialah syarikat bank adik Perdana Menteri. Jadi tidak mungkinlah dia hendak tipu kita. Bank CIMB ini membuat laporan bahawa pendapatan tambahan daripada GST adalah sebanyak RM12 bilion.


Tuan Yang di-Pertua, ini cukai tambahan RM12 bilion dan bukan jumlah cukai GST. Apakah maknanya? Maknanya bahawa, selepas kita potong cukai income tax sedikit, selepas kita hapuskan SST, GST sebenarnya menambahkan cukai sebanyak RM12 bilion. Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, rakyat kena bayar RM12 bilion cukai tambahan ini. Ini adalah satu beban yang ketara sekali. Apa lagi beban yang Kerajaan Barisan Nasional hadiahkan kepada rakyat lagi? Kita tengok. Seperti saya kata tadi, hadiah lebihan itu ialah potongan subsidi RM7.3 bilion. Jadi, pada tahun GST dilaksanakan bererti... (sambung)


Daripada point tadi, saya akan join balik untuk isu cukai. Apa yang saya kata, pada tahun GST 2015 dilaksanakan, kita kena prepare bahawa rakyat bakal dikenakan cukai tambahan dan cukai beban potongan sebanyak RM19.3 bilion. GST RM12 bilion tambah, potongan subsidi RM7.3 bilion, total RM19.3 bilion. Ini semua rakyat dibebankan. Yang saya tidak faham, Kerajaan Barisan Nasional kata GST baiklah, fairlah, semua ini. Tengok, 60 DR.29.10. 20 13 ini data daripada kerajaan! RM19.3 bilion. Banyak sekali. Maknanya, kalau kita kira 29 juta orang Malaysia ini, lebih kurang setiap orang kena bayar RM700 tambahan.


Baik, mengenai cukai yang baru, cukai lama tetapi kadar baru RPGT. Memang cukai ini pada prinsipnya baik kerana purpose dia, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk cool down spekulasi hartanah. Akan tetapi saya ada masalah dengan kadar 30% bagi tiga tahun. Ini adalah memang keterlaluan. Kadar sepatutnya ialah 30%, selama dua tahun. Ini adalah apa yang patut. Ini kerana walaupun kita boleh memberhentikan spekulasi hartanah dengan kadar yang tinggi, kita tidak patut menjejaskan ekonomi sektor hartanah. Dengan izin, setting a tax rate is a balancing act. We have to be firm and fair, but not punitive. Di sini saya rasa Barisan Nasional telah memangsakan sektor hartanah. Ini ada banyak implikasinya dalam ekonomi negara kita. Sektor hartanah menyokong lebih kurang 400,000 pekerjaan, direct dan indirect. Impak sektor ini menyeluruh.


Ia menyentuh sektor industri seperti simen dan besi. Ia menyentuh sektor guaman, sektor akauntan dan paling penting ia menyentuh sektor banking. Kalau kita letakkan RPGT yang tinggi, yang tidak munasabah, impak kepada economic slow down akan berlaku. Jadi, kita kena prihatin. Memang kita hendak stop spekulasi tetapi jangan keterlaluan. Saya harap Kerajaan Barisan Nasional mengkaji semula kadar RPGT yang lebih munasabah. Baik sekali mengikut kadar sebelum 2007 yang lebih adil.


Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang ke bahagian ketiga, menyentuh sedikit tentang isu GST...


(sambung)


Izinkan saya ke bahagian ketiga saya iaitu menyentuh sedikit tentang GST tetapi tidak hendak cakap tentang secara terperinci isu-isu. Itu sudah didebat oleh ramai rakanrakan kita. Yang penting Tuan Yang di-Pertua, saya hairan. Setahu saya, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dari Barisan Nasional telah banyak menampilkan diri mereka sebagai pakar GST. Yang Berhormat Kinabatangan, cakap tentang GST macam expert. Padahalnya setahu saya, kebanyakan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dari Barisan Nasional, DR.29.10. 20 13 61 kebanyakannya pakar-pakar politik. Ini yang paling menghairankan. Kalau pakar-pakar politik, tidak sedarkah mereka bahawa banyak kerajaan yang melaksanakan GST telah kalah dalam pilihan raya seterusnya. Oleh itu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Barisan Nasional kerana mengambil langkah bijak melalui GST pada kadar 6%, kadar yang terlalu tinggi untuk bersedia kalah kepada Pakatan Rakyat, dalam pilihan raya- GE-14. Terima kasih.

bottom of page