top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Perbahasan D.R. 1/2016 Rang Undang-Undang Bekalan Gas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan D.R.1/2016, Rang Undang-undang Bekalan Gas.


Tuan Yang di-Pertua, menurut huraian rang undang-undang ini tujuan utama pindaan Akta Bekalan Gas adalah untuk membolehkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia mengawal selia proses pembekalan gas nasional. Terdapat dua isu penting yang telah menarik perhatian saya. Pertama ialah pindaan mengenai kuasa kelulusan lesen oleh Yang Berhormat Menteri dan Suruhanjaya yang ketara sekali. Kedua ialah kesan isu lesen ini terhadap para pengguna hasil gas. Kelulusan lesen sering kali melibatkan isu salah guna kuasa pemberian lesen sebenarnya.


Pada dasarnya saya tidak menafikan bahawa kerajaan perlu kawal tentang hal isuisu pembekalan gas kerana ia mustahak dari segi keselamatan dan juga kepentingan nasional, kepentingan ekonomi kita. Saya juga mengakui bahawa pelesenan merupakan satu kaedah pengawal seliaan sektor ini yang efektif bagi memastikan taraf-taraf keselamatan dipatuhi dan harga gas dikawal. Oleh itu sebelum saya menghuraikan hujah pertama saya, saya akan memberi satu gambaran ringkas landskap ekonomi industri pembekalan gas di Malaysia sekarang.


Tuan Yang di-Pertua, di Semenanjung ini setahu saya, kita hanya mempunyai satu syarikat pembekal gas iaitu GAS Malaysia dan yang penting ialah kita kena faham syarikat ini ialah milik Tan Sri Syed Mokhtar, lagi Tan Sri Syed Mokhtar. MMC melalui syarikat dia mempunyai saham 30.9 peratus GAS Malaysia, Tokyo Gas-Mitsui, partner dia 16.8 peratus, Petronas penjual gas, the actual supplier gas 14.8 peratus saja dan awam dapat 35.8 peratus. This is as of December 2015 mengikut data daripada Bursa Malaysia. Bagi isu pelesenan, fasal yang penting ialah fasal 11, 12 dan 13 mengenai pindaan-pindaan yang relevan bagi isu kita pada hari ini. Mengikut fasal-fasal ini, Suruhanjaya Tenaga mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen pembekalan gas akan tetapi di Malaysia ada yang menganggap lesen-lesen ini bagaikan seperti kena tiket loteri. As if you get the lottery once you get a license. Biasanya mereka yang mengamalkan budaya ini akan menjual atau masuk joint venture untuk lesen tersebut.


Oleh itu ia penting. Kita kena faham isu lesen ini ialah isu yang ada kaitan dengan kemelesetan ekonomi dan juga isu kegagalan tadbir urus korporat yang penting sekali. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menyokong sistem ekonomi pasaran bebas tanpa had. I am not a supporter of the free market yang seperti dikatakan oleh pope recently. Saya sokong free market tapi kenalah fair dan control ya. Akan tetapi apa yang berlaku dalam pindaan ini ialah memberi satu sistem yang bercanggah dengan sistem free market. Saya kata ini sebab kalau kita lihat pindaan yang betul, yang ketara di depan kita ini, ia tidak beroperasi secara telus dan nampaknya memberi opportunity untuk syarikat-syarikat kroni politik.


Saya merujuk kepada fasal 12. Fasal ini telah menambah seksyen-seksyen baru iaitu seksyen 11B(a), 11B(b), 11B(c).


Ketiga-tiga seksyen ini membuktikan kuasa Yang Berhormat Menteri untuk mengeluarkan lesen khususnya seksyen 11B(1)(a) dan (b), membenarkan campur tangan Yang Berhormat Menteri dalam pengurusan pemberian lesen oleh Suruhanjaya Tenaga. Biasanya dulunya sebelum pindaan ini ialah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga saja. Satu committee, sekarang nampaknya Yang Berhormat Menteri ada kuasa lebih dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we have to be very careful because seksyen 11B(1)(a), rang undang-undang ini, saya bacakan seperti berikut dalam Bahasa Inggeris dengan izin, “The commission may grant a license for the regasification or distribution of gas with the approval of the Minister”. Perkataan yang penting ialah “With the approval of the Minister”. Ia bermakna bukan Suruhanjaya Tenaga ini buat satu group decision tetapi needs the approval of the Minister.


Makna seksyen ini jelas, Suruhanjaya Tenaga ini tidak boleh memberi sebarang lesen tentang pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu contoh, satu ilustrasi. Andaikan terdapat satu syarikat besar yang sememangnya pakar dalam pengurusan pembekalan gas. Katakan Yang Berhormat Menteri itu tidak suka pengerusi dia. Dia boleh sekat walaupun Suruhanjaya kata “Ini best, ini syarikat yang bagus, dia ada track record, dia boleh buat”. Kalau Yang Berhormat Menteri kata tidak boleh, tidak boleh. Ini adalah pindaan saya rasa yang memberi terlalu banyak kuasa kepada Yang Berhormat Menteri.


Apa yang lebih pelik ataupun lebih bercanggah ialah 11B(1)(a) ini jika dibandingkan dengan 11B(1)(b), membangkitkan isu masalah yang lebih besar. Menurut Seksyen 11B(1)(b) dan saya baca dalam bahasa Inggeris dengan izin. “The commission may grant a license for the transportation of gas to a person designated by the Minister”. Keyword, “Designated by the Minister”. Seksyen tadi 11B(1)(a) kata with the Minister’s approval. Akan tetapi 11B(1)(b) pula designated by the Minister. Maknanya Minister lebih berkuasa daripada Suruhanjaya Tenaga. Ini membenarkan Yang Berhormat Menteri menetapkan seseorang individu untuk diberi lesen bagi pengangkutan gas. Seksyen ini memberikan Yang Berhormat Menteri kuasa yang mutlak manakala Suruhanjaya Tenaga pula jadi satu rubber stamp saja.


Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, mengapakah struktur-struktur ayat Seksyen 11B(1)(b) begitu berbeza daripada seksyen 11B(1)(a). Seksyen 11B(1)(a) tadi kata approval Minister. Seksyen 11B(1)(b) pula with designated by the Minister. Mengapakah perkara penggasan semula ini hanya perlukan kelulusan Yang Berhormat Menteri tetapi lesen untuk pengangkutan gas ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terlalu berlainan Tuan Yang di-Pertua. Situasi ini tiada logiknya malah kuasa Yang Berhormat Menteri ini amat luar biasa, terlalu luas dan terlalu luar biasa. It has to be contained, the discretion of power is way too big Oleh itu seksyen 11B(1)(b) perlu ditolak ataupun dipinda supaya lesen pengangkutan gas hanya memerlukan kelulusan saja, approval Minister, bukan penetapan individu oleh dia.


Sekiranya seksyen ini diluluskan, malulah kita semua di Parlimen ini, betul. Mana boleh Yang Berhormat Menteri tetapkan sebuah syarikat untuk mendapatkan lesen pengangkutan gas tanpa the commission. Apakah jadi fungsi Suruhanjaya Tenaga dalam perkara ini? Dengan izin, where is the check and balance? Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri memberi jawapan ikhlas mengenai kejanggalan ini. Lebih pelik lagi ialah huraian ataupun explanatory statement bagi fasal 12.


Kalau kita baca di belakang pindaan ini, the explanatory section, dia kata macam ini, saya baca. “Further the proposed amendment will empower the Minister to designate a person to be granted a transportation license with monopoly status for a specific area of their supply”. Keyword, monopoly status. Our own explanatory note, dalam pindaan ini membenarkan monopoli.


Huraian ini menyentuh isu monopoli dalam sektor pengangkutan gas. Bermakna lesen tersebut hanya akan diberi kepada seorang saja. Bukankah ini bercanggah dengan prinsip Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa menguar-uarkan prinsip ekonomi pasaran bebas. Macam manakah pindaan ini akan sit with the TPPA? Malah bukankah ini turut bercanggah dengan Akta Persaingan kita 2010 ini? Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua mempunyai banyak monopoli dan duopoli. Kita tengok power generation kita sudah tahu monopoli banyak. Sudah pun jelas bahawa sekiranya terdapat monopoli, harga gas kepada pengguna akan naik. Silakan.


(sambung) Saya sambung, dengan izin, when there is no competition, there is only exploitation. Kita semua tahu kalau kita bagi monopoli, mestilah syarikat dia suka-sukalah naik harga. Oleh yang demikian, saya syorkan Dewan yang mulia ini jangan luluskan pindaan ini. Ia akan memberi kuasa berlebihan kepada Menteri untuk memberi lesen monopoli kepada seorang individu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua saya ialah seksyen 11B(3). Izinkan saya baca seksyen tersebut dalam bahasa Inggeris, “For the purposes of granting a license under this section, the Commission may grant more than one license to any person as the Commission deems fit.” Seksyen ini menimbulkan satu situasi di mana seseorang individu ataupun sebuah syarikat itu boleh memegang beberapa lesen, banyak lesen. Katakan di negara kita dalam 10 tahun ini yang akan datang ini dapat 10 lesen, kalau dia bolot lapan lesen, it is the same as monopoly. Seksyen ini tidak masuk akal. Kalau hendak bagi lesen, bagilah satu. Kenapa membenarkan “For the purpose of granting a license, the Commission may grant more than one license to any person”?


Jadi kita kena tengok bukan sahaja drafting, kita kena tengok amalan dia, apakah perception amalan pindaan ini. They are perceiving that possibly somebody could monopolize the licenses dalam isu ini. Undang-undang sepatutnya mengehadkan bilangan lesen. Dengan izin, we cannot allow the law to grant more than one license without limit. Kalau hendak bagi lesen lebih pun, put a limit. Oleh itu, seksyen ini perlu juga ditolak atau dipinda semula.


Tuan Yang di-Pertua, seksyen 11B(4) pula. Ini juga mendatangkan masalah. Mengikut seksyen ini, dengan izin saya baca, “No license shall be capable of being transferred, assigned, sub-assigned or otherwise disposed of unless the written consent of the Minister or the Commission has been obtained”. Biasanya lesen-lesen kerajaan ini tidak boleh assign, tidak boleh transfer tetapi kenapa masukkan word ‘unless the written consent’? Maknanya, you tidak boleh assign. Kalau you boleh kautim dengan Menteri ataupun kautim dengan Suruhanjaya Tenaga, boleh assign. This is complete nonsense, pada pandangan saya. Situasi ini amat menghairankan. Lesen tidak boleh dipindah milik tetapi asalkan Menteri beri keizinan, boleh pula.


Oleh itu, kita perlu juga meminda ataupun at least push this amendment aside. Cadangan saya, potongkan ayat “Unless the written consent of the Minister or the Commission has been obtained”.


Sebaik-baiknya seksyen 11B(4) hanya perlu mengatakan bahawa lesen tidak boleh dipindah milik ataupun diserah hak, full stop. Keperluan keizinan bertulis Menteri ataupun suruhanjaya tidak diperlukan.


Tuan Yang di-Pertua, lagi ada isu yang penting, semua dalam seksyen 11B ini. Seksyen 11B(5) menyatakan bahawa “Licenses may be for such periods as the Commission may in each case approved”. Lagi kuasa discretionary yang kuat. Pindaan ini tidak masuk akal kerana ia memberi kuasa budi bicara, discretionary power yang terlalu banyak kepada Suruhanjaya Tenaga.


Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu ilustrasi. Andaikan ada seorang peniaga pembekal gas international, dia berhasrat untuk melabur di Malaysia, dia hendak masuk RM300 juta untuk pipeline project. Dia dapat lesen. Kalau period lesen ini discretionary seperti dalam pindaan ini, apa makna kalau dia dapat enam bulan? Matilah dia. Kalau dia dapat setahun, teruk. Kalau dia dapat 10 tahun, boleh consider. Akan tetapi discretionary power ini untuk apa sebenarnya? Adakah ini bermakna saya bagi setahun, Menteri lepas itu kata, “Saya rasa hendak tarik balik”? The investor already put in RM300 million. Susah, Tuan Yang di-Pertua. Ia penting kalau hendak buat pun bagi a fixed term 10 years, 20 years, or the period of any legitimate period. Sekiranya kerajaan hendak menarik pelaburan seperti yang saya katakan tadi, ini akan menimbulkan isu yang besar sekali untuk pelabur.


Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini jelas mempunyai isu-isu dasar yang perlu diperbaiki sebelum diluluskan. Saya tahu bahawa kita di pihak pembangkang sememangnya tidak ada peluang untuk buat amendment. Kita tahulah. Apa hendak buat, negara kita ini macam ini. Sebelah sana ikut sahaja apa Menteri hendak, dapat. Sebelah sini kita cuba sedaya upaya untuk give very good suggestion tetapi tidak dapat juga. But for the sake of the country, for the sake of encouraging foreign investment upholding free market principles, basic principles of competition, dengan izin, saya berharap kementerian boleh menarik balik rang undang-undang ini untuk dikaji semula. Kalau boleh pada masa peringkat Jawatankuasa nanti, please consider amending the relevant section.


Sekiranya Menteri gagal melaksanakan langkah-langkah tersebut, saya khuatir rang undang-undang ini akan membawa mudarat kepada semua dan yang penting ialah kepada pengguna-pengguna gas kerana membenarkan sistem monopoli exists dalam rang undang-undang ini. Oleh itu, pendek sahaja perbahasan saya, saya menolak dan juga menyeru sekali lagi memintalah Menteri untuk kaji semula. Terima kasih.

bottom of page