top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Perbahasan Pindaan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2013

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang ini untuk berucap dan mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2013.


Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin memberi pandangan saya sedikit tentang sejarah atau pun konteks yang telah melahirkan akta ini. Tuan Yang di-Pertua, isu anti money laundering ataupun pencegahan penggubahan wang, mula menjadi suatu isu yang tersangat penting sejak tahun 1970-an dengan peningkatan gejala dadah internasional dan juga aktiviti-aktiviti jenayah secara global.


Kini aktiviti-aktiviti jenayah menjadi lebih luas dan lebih bahaya merangkumi pelbagai aktiviti termasuk yang paling canggih illegal online gambling dan juga cyber crimes. Dengan kecanggihan aktiviti jenayah, cara penggubahan wang juga menjadi lebih pesat dan lebih moden dengan electronic transfers dan cyber space menjadi funding baru aktiviti-aktiviti haram ini.


Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Terengganu kata tadi bahawa perkara tentang cyber space ini sangat penting dan perlu dipantau, dengan izin, money laundering menjadi kegiatan yang bahaya kerana keuntungan daripada aktiviti-aktiviti jenayah mula mencari pelaburan kapital ataupun capital investments di dalam ekonomi sesuatu negara. Wang-wang hitam ini dimasukkan ke dalam ekonomi melalui pelaburan dan dicuci bersih, dan kemudiannya memberi satu imej baru kepada penjenayah-penjenayah.


Dari platform wang yang telah dicuci ini, penjenayah menggunakan wang ini untuk memberi kuasa politik melalui rasuah. Mereka mengambil alih kuasa sesebuah negara, mereka boleh dan di dalam kes yang paling ekstrem akan menimbulkan apa para-para akademik gelar sebagai satu narco state iaitu seperti negara Mexico, Guinea Bissau dan juga Afghanistan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukan satu narco state. Di Malaysia, isu money laundering adalah berpunca daripada isu yang lebih besar pada pendapat saya kerana isunya berpunca daripada ketirisan dan juga rasuah.


Bagi isu tentang anti-terrorism Tuan Yang di-Pertua, pencegahan pembiayaan keganasan, sejarahnya mula sejak peristiwa 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika Syarikat telah memberi tekanan yang kuat dan tekanan secara global untuk mewujudkan Undang-undang Anti-Terrorism. Satu dunia telah menjawab seruan Amerika Syarikat kerana apabila kita lihat 11 September, ini merupakan satu kejutan wakeup call yang besar sekali yang telah memberi kesedaran kepada semua dunia bahawa usaha transnasional atau pun transnational efforts untuk membanteras terrorism itu perlu dilakukan.


Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebagai sebahagian daripada masyarakat antarabangsa juga mempunyai tanggungjawab yang penting untuk membanteras ancaman terrorism. Oleh itu, kunci untuk memahami akta ini adalah bahawa senjata utama pengganas bukan sahaja askar-askar terrorist ataupun bahan-bahan letupannya tetapi senjata utama mereka adalah wang.


Tuan Yang di-Pertua, kita sering dengar dua pepatah popular. Satu, “Love makes the world go round”. Versi kedua adalah, “Money makes the world go round”. Aktiviti terrorism juga sangat memerlukan wang dan sumber wang terrorism biasanya adalah daripada sumber-sumber haram dan penggubahan wang haram melalui sistem kewangan.


Saya faham juga di sini kita kena peka sedikit. Saya faham di Malaysia ada pelbagai pendapat apakah definisi seseorang pengganas. Seperti pepatah yang ditulis oleh Gerald Seymour, dengan izin, “One man’s terrorist is another man’s freedom fighter”. Saya tahu misalnya sebahagian besar penduduk Tamil di Malaysia tidak melihat sesetengah kumpulan politik di Sri Lanka sebagai pengganas. Saya rasa kami semua di Dewan ini boleh setuju bahawa perjuangan Palestin bukan satu perjuangan pengganas.


Tuan Yang di-Pertua, mungkin sikap toleransi dan pendapat yang berbeza seperti yang saya katakan tadi di antara warganegara Malaysia dan juga ahli-ahli politik di Dewan ini telah menimbulkan satu persepsi negara kita kelihatan lemah terhadap terrorism berbanding dengan negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, UK dan Australia.


Oleh demikian apabila kita mengamalkan polisi dasar akta ini kita mesti mengatasi tanggapan salah masyarakat antarabangsa dan membuktikan bahawa kami memang komited menentang dan membanteras pengganas yang benar. Akan tetapi Tuan Yang di Pertua, kita membanteras pengganas mengikut definisi negara kita sendiri. Kita tidak boleh ikut sahaja apa Amerika Syarikat define as a terrorist.


Terbaru ini kami telah menghadapi banyak sekali kritikan daripada masyarakat antarabangsa hasil daripada tragedi yang buruk pesawat MH370. Di antaranya, Malaysia dituduh sebagai satu sarang pengganas, kritikan bahawa Imigresen Malaysia tidak buat kerja, lontaran kritikan bahawa Kerajaan Malaysia dan polis membenarkan terrorists dari Middle East mengadakan mesyuarat-mesyuarat mereka di Kuala Lumpur. Itu persepsi antarabangsa dan kita mesti membersihkan imej ini dengan cepat. Jika tidak, persepsi ini akan kekal dan menjejaskan kami dari segi ekonomi.


Nyatalah bahawa satu Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bersama dengan Pencegahan Pembiayaan Keganasan amat diperlukan di Malaysia. Pindaanpindaan yang dibahas hari ini adalah genting dan ia adalah satu peluang baik untuk menghantar mesej yang betul kepada masyarakat antarabangsa.


Oleh itu kita kena tanya soalan yang penting, adakah pindaan-pindaan pada hari ini boleh mencapai matlamat itu? Terdapat dua unsur dalam akta ini Tuan Yang di-Pertua. Satu adakah penggubahan wang haram dan kedua adalah pembiayaan keganasan. Dari segi penggubahan wang haram, nama baik Malaysia telah dijejaskan sejak laporan-laporan kritikal Global Financial Integrity (GFI) yang dikeluarkan beberapa tahun yang lalu.


Tuan Yang di-Pertua, GFI seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pagi tadi, GFI adalah satu pemerhati anti rasuah global yang telah menerbitkan banyak laporannya yang sangat kritikal terhadap Malaysia di mana senarai aliran keluar wang haram di dunia Malaysia mendapat tempat ke-2 pada tahun 2010 dan ke-4 pada tahun 2011. Oleh kerana Yang Berhormat Permatang Pauh telah bahas panjang lebar tentang perkara ini, saya akan terus ke topik yang lain.


Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya hendak fokus kepada dua isu terperinci pindaan ini. Fokus pertama saya adalah pindaan kepada seksyen 16(5) menyatakan bahawa pihak berkuasa iaitu Pasukan Petugas Bank Negara akan menerbitkan arahan atau garis panduan untuk institusi pelapor. Institusi pelapor ini maknanya bank-bank yang perlu melakukan langkah-langkah melapor pelanggan tambahan yang perlu diamalkan.


Dalam garis panduan Bank Negara, terdapat beberapa kategori pelanggan yang patut dipantau oleh bank. Maknanya, institusi-institusi bank di Malaysia untuk menolong kita mencegah terrorism dan juga money laundering, perlu pantau selective groups of customer. Salah satu kategori pelanggan adalah dengan izin, foreign politically exposed persons. Kategori ini termasuk individu yang pernah ataupun mempunyai tugas umum ataupun VIP dan VVIP yang terkemuka, ketua kerajaan, ahli politik senior, pegawai kerajaan senior, eksekutif institusi awam senior dan sebagainya. Ini ada dalam pindaan kita iaitu foreign politically exposed persons.


Akan tetapi dalam pindaan kita, apa yang tidak ada adalah kategori domestic politically exposed persons. Domestic politically exposed persons bermakna warganegara Malaysialah yang seperti apa Yang Berhormat Kuala Terengganu katakan tadi, VVIP termasuk Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Sultan, Raja-Raja kita. Saya tidak kata mereka itu terlibat dalam money laundering, cuma mereka kalau didefinisikan sebagai domestic politically exposed persons, kewangan mereka patut dipantau ya.


Jadi kalau Malaysia ingin menghasilkan dasar polisi yang boleh mencapai international standard, kita perlu mengikut garis panduan yang diterbitkan oleh Financial Action Task Force ataupun FATF.


Tuan Yang di-Pertua, FATF adalah satu badan inter-governmental yang ditubuhkan pada tahun 1989, inisiatif G7 untuk tujuan membentuk dasar untuk membanteras penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Mengikut cadangan FATF, langkah-langkah usaha wajar pelanggan patut dikenakan terhadap domestic politically exposed persons. Jadi kalau kita hendak betul-betul mencuci imej kita sebagai memang serius melawan isu money laundering dan juga terrorism, kita perlu adopt pindaan yang baru yang merangkumi domestically politically exposed persons.


Tuan Yang di-Pertua, apabila kita exempt perkara ini, dengan izin, this deliberate exemption looks and smells very fishy. Adakah kegagalan memasukkan kategori ini bermaksud untuk memastikan VIP, VVIP Malaysia yang mungkin terlibat dalam money laundering secara capital out flow seperti GIF katakan, tidak akan dipantau?


Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang terperinci yang saya hendak bangkitkan dalam perbahasan saya ialah...


(sambung)


...Oleh sebab ini pindaan yang penting ya. Terima kasih. Isu kedua, jika kerajaan memandang jenayah pengubahan wang haram secara serius isu yang lebih penting adalah apakah sebab seksyen 81 mengecualikan institusi kewangan luar pesisir offshore financial institution daripada akta ini? Pindaannya yang telah dilakukan Tuan Yang di-Pertua ialah dia buat cadangan pindaan seksyen 81(1) memotong keluar perkataan luar pesisir, dia tambah balik, dia replace, dia gantikan dengan perkataan-perkataan institusi kewangan luar pesisir dan institusi kewangan yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 ataupun Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.


Pada pandangan pertamanya, dengan izin at first glance, pindaan ini nampak cukup harmless ataupun satu pindaan yang superficial dan tidak memudaratkan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya pindaan ini telah memberi satu definisi yang besar iaitu offshore financial institution. Ia narrow down, sempit kepada institusi yang berkaitan dengan Labuan. Kemungkinan tujuan pindaan ini ialah untuk mengeluarkan perkataan luar pesisir yang mempunyai konotasi neuro linguistic yang cukup negatif.


Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, pindaan definisi yang lebih sempit ini maknanya pemantauan kerajaan juga menjadi lebih sempit. Kita tahu bahawa apabila terdapat transaksi wang yang agak besar- kata satu pinjaman berbilion-bilion, institusi-institusi kewangan akan membuat penggabungan wang ataupun kita panggil dalam banking term- “a club deal”. Dengan izin, kalau saya boleh Tuan Yang di-Pertua saya akan cakap bahasa Inggeris sedikit sebab ini financial term. “When there is a big borrowing by a bank- an offshore bank, they will have to ask other offshore banks to club together in a club deal to raise this big amount of money”.


Jadi sekiranya satu bank Labuan, bank yang berdasar di Labuan di bawah aktaakta Labuan menerima dana daripada club deal yang berpunca dari bank-bank di luar pesisir dan di luar Labuan, maka dengan pindaan ini laporan yang perlu dilakukan oleh bank-bank Labuan tidak akan cover aspek dana-dana yang berpunca daripada di luar kawasan Labuan. Maknanya, pindaan ini akan lari daripada semangat akta ini, dengan izin, this minor amendment to make the definition smaller will in fact circumvent the spirit of the act.


Tuan Yang di-Pertua, apakah konteks makro pindaan ini? Kenapakah kita perlu membuat pindaan yang lebih ketat dan bukan lebih longgar mengenai isu-isu bank-bank luar pesisir? Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan Tax Justice Network 2012 yang ditulis oleh seorang pakar namanya James Henry dan pada satu ketika- dia itu James Henry ini chief economist kepada syarikat perunding pengurusan yang terkemuka iaitu McKinsey yang Kerajaan Barisan Nasional ini memang suka pakailah.


James Henry melaporkan bahawa institusi offshore telah menyembunyikan di antara USD21 trilion hingga ke USD32 trilion. Dengan offshore tax cara macam ini, yang maha-maha kaya the 1% tidak payah bayar cukai. Pindaan ini bila kita buat definisi yang lebih narrow, ini nampaknya menyokong kedudukan orang-orang yang maha kaya termasuk orang-orang maha kaya di Malaysia. Kenapakah kita harus jaga kepentingan golongan maha kaya ini? Itu isunya.


Isu pindaan kedua yang saya hendak timbulkan ini adalah kenapa special privilege to help the very-very rich? Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berbincang tentang bank luar pesisir, di Malaysia kita juga mempunyai cerita skandal luar pesisir yang sama. Seperti apa Yang Berhormat Kuala Terengganu timbulkan tadi 1MDB. Bagi 1MDB skandalnya banyak sekali. Transparency, accountabilitynya kosong ya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini harus tahu dan sudah tahu. Saya rasa Dewan, semua Ahli Parlimen sini sudah tahu bahawa 1MDB diketuai oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Mereka telah membuat satu deposit pada tahun 2013, RM7.5 bilion di Cayman Island. Satu offshore haven yang terkenal di dunia.


Oleh itu bila kita lihat isu sebenarnya dalam pindaan ini, nampak sekali kerajaan cakap hendak pinda, hendak protect, hendak lawan anti-money laundering, hendak memastikan terrorism turun, tetapi apa kerajaan cakap dan apa dia buat berlainan. Kerajaan membenarkan satu badan, satu institusi yang ada aktanya di Malaysia- satu institusi kerajaan untuk mendepositkan RM7.5 bilion di Cayman Islands.


Jadi, bila kita tengok pindaan ini, kita tengok apa yang kerajaan buat dengan 1MDB, memang berlainan terus. Jadi, kita di sini kalau kita hendak marahkan kerajaan itu, kita katalah kerajaan ini hipokrit. Dengan cara dia kata nak pinda, nak tolong, tetapi dia buat lain. Okey, Tuan Yang di-Pertua dan saya juga setuju dengan apa Yang Berhormat Bukit Gelugor telah dedahkan tadi.


(sambung) Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pindaan-pindaan ini boleh diperbaiki untuk mengukuhkan usaha Malaysia untuk membanteras pengubahan wang haram dan juga isu terrorism. Saya rasa kita perlu memastikan pengecualian domestik politically expose persons dan juga pengecualian pada bank-bank luar pesisir perlu ditarik balik dan dipinda baik-baik sebelum kita boleh luluskannya. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya minta pindaan ini dilakukan, jikalau tidak dilakukan saya tidak akan menyokongnya. Terima kasih.



bottom of page