top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-Sebelas 2016-2020

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas RMKe-11 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan pada Khamis yang lepas.


Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi fokus kepada dua perkara sahaja. Perkara pertama ialah mengenai bab dua, tentang ekonomi makro. Perkara kedua, mengenai bottom 40 ataupun dipanggil B40 dan dikemukakan dalam bab tiga. Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan isu ekonomi makro. Bidang macroeconomics, dengan izin, memberi fokus kepada cara dan proses sebuah ekonomi negara berfungsi. Ia mengguna pakai beberapa penanda ataupun indikator seperti GDP ataupun yang kita panggil KDNK, pendapatan per kapita, kadar inflasi, isu kadar pengangguran, unemployment rate dan isu fiskal surplus ataupun defisit.


Tuan Yang di-Pertua, tujuan kita memerhati ekonomi dari cara makro adalah untuk memberi kefahaman kepada isu yang paling penting iaitu tahap pendapatan nasional (the national income). Kita buat kajian makroekonomi untuk memerhati apakah national income negara kita dan faktor-faktor juga yang boleh mempengaruhi jangka panjang pertumbuhan ekonomi negara. Analisis dalam isu-isu dan indikator-indikator ekonomi makro boleh menolong kerajaan dalam merancangkan pembangunan dan juga penilaian keadaan ekonomi semasa. Dengan izin, the study of macroeconomics will enable government to plan and evaluate economic growth. Oleh demikian, bagi saya daripada semua bab RMKe11 ini, saya rasa isu makroekonomi ataupun ekonomi makro adalah yang paling penting sekali.


Tuan Yang di-Pertua, apabila Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat menerima laporan yang tebal, cantik seperti RMKe-11 ini, kita sebenarnya diberi satu peluang untuk membuat peninjauan yang lebih kritikal terhadap data ekonomi yang dikemukakan. Oleh itu, saya akan mengambil kesempatan ini untuk meminta Menteri yang berkenaan untuk memberi indikator-indikator ekonomi yang lain daripada apa yang telah dipaparkan di dalam RMKe-11. Saya cuma berharap Menteri akan memberi data yang berkualiti dan berdasarkan jujur ikhlas kepada saya. Ini penting supaya rakyat dapat diberikan gambaran ekonomi makro yang benar dan menyeluruh, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, so that we can get a true and complete picture of the Malaysian economy.


Saya rasa dengan adanya jujur, ikhlas dan transparency dengan izin, daripada Menteri, Parlimen boleh berfungsi dengan lebih efektif dan agenda transformasi Parlimen yang diminta oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri boleh direalisasikan. Dengan izin, the Minister must provide honest and qualities answer so that our Parliament can transform into a first class institution as per the aspiration of Tuan Yang di-Pertua himself.


Tuan Yang di-Pertua, saya telah membaca dokumen RMKe-11 ini sejak hari Khamis, hari Jumaat, Sabtu dan juga Ahad. Saya meneliti isu dalam bab dua, penulisan tentang pencapaian RMKe-10 dari tahun 2011 sampai ke tahun 2015. Pada pendapat saya perlu diambil dengan izin, with a pinch of salt.


Data yang diberi seperti purata KDNK iaitu pada tahap 5.3% dan purata inflasi pada tahap 2.5% adalah susah dipercayai. Pada pendapat saya, tidak memberi pandangan yang benar ataupun realistik. Terdapat sebab-sebab teknikal kenapa data yang realiti sangat berlainan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita turun padang berjumpa rakyat dan kita beritahu rakyat itu, katalah kita jumpa seorang uncle di pasar, kita tanya dia. Kita beritahu uncle itu, “Pertumbuhan kita 5.3% KDNK.” Orang itu akan tanya balik, “Eh! Saya tidak nampak pun gaji saya tumbuh 5.3% selama lima tahun berterusan”. Jawapannya tentulah dia akan kata kita Ahli Parlimen ini a bit fictional.


Kalau kita ke pasar pula kita tanya harga ikan kembung naik dan kita kata inflasi 2.5% selama lima tahun. Akan tetapi semua orang tahu ikan kembung tidak naik pun 2.5% setahun. Jadi orang ramai akan marah, mungkin maki kita pula di pasar. Dengan izin, the people, the rakyat will look at us and not believe. Some of them will think that we are not from Malaysia, we from Mongolia or Kazakhstan. Jadi mengapakah Tuan Yang di-Pertua, indicator KDNK dan inflasi berbeza sangat dengan realiti hidup orang ramai.


Tuan Yang di-Pertua, pada saya isu mikroekonomi adalah berdasarkan KDNK adalah indicator pertumbuhan ekonomi pada keseluruhannya. Akan tetapi sekiranya pertumbuhan itu dibolot oleh orang maha kaya yang maha berkuasa maka nikmat pertumbuhan 5.3% itu tidak akan sampai ke golongan orang ramai. RMKe-11 jelas memberitahu kita bahawa pampasan kerja kepada pekerja adalah terlalu rendah berbanding dengan negara-negara lain. Ini data daripada RMKe-11 sendiri, ia mengatakan pekerja kita, pekerja biasalah bukan CEO, bukan Ketua 1MDB, pekerja biasa. Bayaran pampasan adalah setengah dari apa yang dibayar kepada pekerja daripada South Korea.


Oleh demikian Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan KDNK ekonomi tidak semestinya bermakna atau bersama dengan pertumbuhan gaji pekerja. Bila kita dapat 5.3% kenaikan KDNK ia cuma bermakna orang maha kaya telah membolot nikmat pertumbuhan 5.3% ini. Dalam perkara inflasi elemen-elemen di dalam basket of goods dengan izin, tidak sebenarnya membayangkan kehidupan orang biasa. Pakar-pakar ekonomi sudah banyak kali kata, sudah banyak tulis tentang isu ini. Isu dia ialah what do you put inside the basket of goods dengan izin.


Sekiranya orang tidak dapat menikmati kenaikan gaji, tidak setaraf dengan kenaikan KDNK sekurang-kurangnya kerja kerajaan ialah untuk memastikan kos sara hidup tidak naik. Apabila kerajaan menyatakan bahawa inflasi adalah 2.5% sahaja selama lima tahun yang lepas, ini adalah satu misleading statistik. Bukan sahaja Kerajaan Barisan Nasional gagal memastikan tiada kenaikan harga barang. Pada tahun ini mereka telah mengemukakan GST yang begitu regresif dan GST pula menjadi punca kenaikan harga berterusan.


Tuan Yang di-Pertua, kerajaan boleh tai chi lah dan katakan harga barang adalah kerja-kerja peniaga yang tamak, peniaga-peniaga yang tidak bermoral. Saya cuma hendak beri nasihat sedikit bahawa apa kerajaan kata tentang GST ataupun punca kenaikan harga ini, orang ramai tidak percaya. Lebih baik kerajaan insaf dan memberitahu rakyat bahawa sebenarnya GST adalah punca harga naik. Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya keinsafan barulah kita boleh baru mula memperbaiki keadaan ini. Khasnya Yang Amat Berhormat Pekan memberitahu rakyat bahawa pada masa pembentangan Bajet 2015 tidak lama dahulu. Beliau memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa GST tidak akan membebankan rakyat dan cuma akan mengumpulkan RM690 juta hasil tambahan.


Padahalnya pada dokumen RMKe-11 ini saya memerhati specifically pada bab 223 dengan izin. Tuan Yang di-Pertua kalau boleh saya baca teks RMKe-11 ini bahasa Inggeris nya, “The introduction of GST will bring in an estimated average of RM31.4 billion revenue per year over the next five years compared to an average of RM15.5 billion collected in sales tax”. Maknanya, tahun lalu Yang Amat Berhormat Pekan kata RM690 juta sahaja hasil tambahan, tahun ini tidak sampai dua bulan GST kerajaan cakap lain. Sekarang kata bakal menerima RM15 bilion hasil tambahan daripada GST. Saya rasa dalam kes 1MDB kita tidak diberi– banyak orang rasa kita tidak diberi data yang penuh tetapi diberi confusion. Dalam perkara GST pula kita masih tidak memberi data yang baru, lebih confusion.


Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Menteri berkenaan berdasarkan apa yang telah didedahkan dalam dokumen RMKe-11 ini. Pertama, saya memerhati dengan penuh minat isu tentang sektor perlombongan khasnya sektor minyak dan gas. Saya hendak minta Menteri berkenaan memberi laporan terperinci tentang Dasar Susutan Negara ataupun National Depletion Policy. Saya nampak perkara ini dipanggil di bab dua itu.


Ini adalah kerana apabila kita perhatikan financial statement dan juga Annual Report Petronas kita tidak dapat gambaran jelas atau sepenuhnya tentang status kedudukan oil and gas di Malaysia. Pada halnya kita semua tahu industri oil and gas memberi sumbangan sebanyak 40% bajet kita. Saya juga membaca dengan amat minat di mana pada muka surat 2-21 dikatakan dengan izin dalam bahasa Inggeris, based on 2015 estimated the reserve life of crude oil would be a further 28 years and further 42 years for gas.


Ini semua adalah bagi saya data-data barulah. Kalau orang yang kerja di Petronas ataupun Menteri Kewangan dia mungkin tahulah. Akan tetapi bagi Dewan ini saya rasa ini data yang penting sekali. Saya hendak tanya Menteri, apabila kita buat, kita tahu bahawa reserve life itu adalah terhad. Kita tahu satu hari akan sampai sama ada 23 tahun, 24 tahun, 42 tahun minyak dan gas ini akan kosonglah, sampai ke tahap kosong. Saya hendak tahu bilakah Malaysia akan mencapai status peak oil? Peak oil dengan izin, dalam bahasa Inggeris definisinya ialah, “The point in time when the maximum rate of extraction of petroleum is reached after the production is expected to enter terminal decline”


Maknanya apakah masa produksi minyak kita akan sampai ke tahap yang paling tinggi lepas itu jatuh secara terminal, decline. Terminal macam cancer lah terminal itu cancer. Fenomena peak oil ini akan berlaku. Kita tidak boleh berhentikan sebab kita tahu reserve kita ada limit dia. Soalnya bilakah ia akan berlaku? Ini penting sebab kita kena buat plan berapa bilion atau trillion pelaburan yang akan lesap daripada ekonomi apabila peak oil berlaku?


Saya cuma berharap dalam RMKe-11 kerajaan mula mengambil langkah yang serius untuk mula melepaskan pergantungan terlalu besar terhadap hasil minyak dan gas. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we have to stop our over dependency on oil and gas for our fiscal needs.


Hasil minyak dan gas perlu disimpan di dalam satu sovereign wealth fund untuk kepentingan generasi-generasi yang akan datang seperti yang diamalkan di negara Norway. Akan tetapi penjagaan sovereign wealth fund ini saya rasa Dewan ini akan setuju, tidak boleh diberi kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Kalau tidak, saya takut 1MDB mungkin berulang lagi.


Saya cadangkan ada baiknya kita bagi kawalan sovereign wealth fund oil, minyak dan gas diberi kepada Ahli Parlimen senior seperti Yang Berhormat Gua Musang yang mempunyai wawasan yang sama seperti apa yang saya cadangkan tadi. Baik juga sovereign wealth fund ini dipantau oleh Yang Amat Berhormat Pagoh kerana sekurangkurangnya Yang Amat Berhormat Pagoh mempunyai kebijaksanaan apabila nampaknya satu badan seperti 1MDB seperti sudah tidak boleh berfungsi dengan baik lagi, Yang Amat Berhormat Pagoh berani meminta keseluruhan lembaga 1MDB dan pengurus besar dipecat.


Tuan Yang di-Pertua, saya mengalih fokus saya kepada isu pelaburan swasta. Kerajaan menjangka mendapat anggaran purata pelaburan sebanyak RM290 bilion setahun. Ini pada pendapat saya adalah satu ramalan yang saya akan kata dengan izin terlalu ambitious. Apa yang kita lihat pada tahun 2014 dan tahun 2015 adalah kejatuhan ringgit. Kejatuhan ringgit ini adalah berdasarkan kepada satu isu sahaja. Satu ombak capital flight yang telah berlaku.


Ada banyak orang kata kejatuhan ringgit ialah tentang eksport, hendak buat eksport kita lebih kuat semua ini sebenarnya dia senang. Dua faktor. Satu, penjualan bon oleh syarikat-syarikat foreign holdings. Bila dia jual bon, dia ambil duit Amerika dan dia keluar. Jadi ringgit kita jatuh. Kedua, banyak peniaga takut dengan sistem ekonomi. Dia takut dengan isu-isu politik dan dia bawa duit itu keluar. Park di Hong Kong, park di Singapura. Jadi itu menjatuhkan duit ringgit. Confidence. Apa yang dikatakan oleh Tun Daim memang betul dan tepat. It’s about confidence, the ringgit.


Jadi saya hendak tanya berapa besar capital flight pada tahun 2014 dan tahun 2015? Kalau Yang Berhormat Menteri tidak tahu itu, minta tanya dengan Bank Negara sebab mereka buat rekodnya. Kalau capital flight terlalu besar, macam mana ramalan peningkatan pelaburan swasta 9.4% setahun akan tercapai dalam RMKe-11 khasnya pelaburan langsung di dalam negeri, direct, domestic investment akan terus hilang sekiranya ada capital flight.


Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri dengan izin dalam bahasa Inggeris. If we remove all the investments of all the GLCs and the GLICs, what is the real domestic private sector investment from the Malaysian public?


Tuan Yang di-Pertua, saya telah berjumpa banyak peniaga-peniaga, pegawaipegawai bank dan pakar-pakar ekonomi sebab di dalam parti saya, PKR, saya adalah Trade and Investment Bureau Chief. Jadi itu kerja sayalah untuk berjumpa dengan pakarpakar semua ini. Bagi mereka secara keseluruhannya, faktor terpenting ekonomi Malaysia ialah faktor draconian politics. Ketegangan isu perkauman dan keagamaan. Ini yang menjadi faktor utama yang menyebabkan capital flight dan juga brain drain yang berterusan. Kita ada TalentCorp tetapi masih lebih banyak orang yang keluar daripada negara ini.


Oleh itu, untuk mengatasi isu ekonomi ini, kita bukan sahaja perlukan suntikan ubatubat ekonomi tetapi lebih penting adalah suntikan politik yang lebih inclusive dan lebih demokratik.


(sambung)


Tuan Yang di-Pertua, saya juga memerhati dalam bab dua ini, perkara tentang perdagangan antarabangsa di antara Komuniti Ekonomi ASEAN ataupun AEC diberi kepentingan tetapi di dalam dokumen yang sama tidak ada apa-apa rujukan langsung tentang TPPA, Trans-Pacific Partnership Agreement. Adakah Yang Berhormat Pekan rasa TPPA tidak perlu disebut dalam RMKe-11? Kenapa senyap sunyi tentang TPPA? Adakah ini kerana Yang Berhormat Pekan tahu kebanyakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebenarnya tidak menyokongnya ataupun beliau sudah tidak lagi berminat bermain golf dengan Obama?


Tuan Yang di-Pertua, semalam kita semua terkejut dengan berita terdapat 139 kubur di Perlis akibat penyeludupan manusia yang wujud selama lima tahun. Berita ini bakal menjejaskan reputasi negara dengan ketara sekali especially dalam isu ekonomi dan trade. Kita sekarang berada di dalam tier tiga labor standard dan dengan pendedahan semalam, saya rasa Malaysia boleh disingkirkan daripada TPPA kerana bukan sahaja gagal mengatasi isu pekerja buruh tetapi sudah menjadi satu destinasi dengan izin, modern slavery.


Apa yang kita tahu adalah daripada segi import dan eksport akaun semasa dalam imbangan pembayaran, the balance of payment negara menikmati surplus sepanjang berdekad-dekad tetapi surplus ini sudah mula menurun dengan mendadak sekali. Mengikut data daripada RMKe-11 ini sendiri, pada tahun 2010, surplus negara daripada importeksport perdagangan adalah RM82.8 bilion tetapi pada tahun ini, tahun 2015, dianggarkan surplus ini akan turun ke RM22.4 bilion sahaja. Ini bermakna surplus negara kita sudah turun dalam jangka masa empat tahun ini, menurun empat kali ganda turun. Ini adalah sangat membimbangkan dan mungkin lebih membimbangkan daripada isu capital flight yang saya telah timbulkan tadi.


Akhirnya saya ingin menyentuh tentang cadangan untuk mengadakan perbelanjaan pembangunan sepanjang tempoh RMKe-11 iaitu RM260 bilion dengan tumpuan kepada sektor ekonomi dan sektor sosial. Saya minta Menteri menjelaskan bagaimana kerajaan akan membiayai kos pembangunan ini. Adakah kerajaan akan mengeluarkan lebih bon-bon baru? Apa yang saya lihat adalah dalam Lampiran A24 adalah rancangan kerajaan untuk menambahkan hutang negara sampai ke tahap baru RM774 bilion pada tahun 2020. Adakah kos pembangunan ini mempunyai kaitan terus dengan peningkatan hutang negara ke tahap RM774 bilion? Minta Menteri jawab.


Tuan Yang di-Pertua, isu kedua dalam perbahasan saya ialah tentang B40 ataupun bottom 40. Isu ekonomi terbesar di dunia sekarang ialah isu economic inequality, dengan izin. Pakar-pakar ekonomi seperti Thomas Piketty, Joseph Stiglitz dan juga Paul Krugman menyatakan bahawa dunia sekarang dibolot oleh powerful special interest groups, dengan izin, khasnya syarikat-syarikat gergasi dan juga golongan maha kaya. Pada tahun 1970-an, jurang kekayaan sedunia di antara orang kaya dan orang sederhana adalah kecil, dan ini telah memberi pembangunan ekonomi sedunia yang lebih stabil dan juga lebih adil. Dalam dunia hyper capitalism yang kita duduk dalam sekarang, market volatility telah menjadi-jadi dan economic boom bust cycle menjadi lebih pendek. Sekarang sampai tiga empat tahun sahaja ada krisis sedunia.


Tuan Yang di-Pertua, saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Pekan kerana memberi prihatin kepada golongan B40 tetapi selagi isu economic inequality tidak diatasi, kerajaan tidak akan berjaya merangka satu keadilan kepada rakyat. Mengikut RMKe-11, kita tahu bahawa golongan B40 ini merangkumi 2.6 juta keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM2,500 sebulan. Golongan B40 ini besar sebab lebih kurang 13 juta penduduk Malaysia hidup dalam serba kekurangan. RMKe-11 juga memberi data iaitu pada tahun 2014, pendapatan isi rumah B40 hanya mencapai 16.5% keseluruhan pendapatan isi rumah nasional. Dengan izin, the bottom 40 has only 16.5% of the total household income of the country.


Tuan Yang di-Pertua, isu dengan economic inequality bukan hanya terhad kepada income inequality. Komponen kedua economic inequality yang kita perlu tahu adalah wealth inequality ataupun jurang harta benda. Untuk mendapat gambaran jelas tentang economic inequality, kita perlu ada data jurang pendapatan dan juga data jurang harta.


Saya membaca RMKe-11 dan saya rasa tak jumpa apa-apa data tentang jurang harta. Oleh itu, saya meminta Menteri menjelaskan, pertama, daripada segi jurang pendapatan, apakah pendapatan top 20% dan daripada angka itu, saya nak tanya berapa pendapatan very top 1%? Daripada isu jurang harta pula, wealth inequality, saya perlukan Menteri memberi data apakah pegangan harga B40, middle 40 dan juga top 20 dan yang lebih penting, tahap pembolotan harta untuk the very top 1%.


Baik, Tuan Yang di-Pertua, masa tidak membenarkan. Sekian sahaja perbahasan saya, terima kasih atas peluang ini. Saya menunggu balasan daripada menteri-menteri berkenaan. Terima kasih.

Comments


bottom of page