YB Wong Chen
Perbahasan Rang Undang-Undang GST 2014
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang ini untuk membahaskan dasar Rang Undang-undang GST. Masa untuk pelaksanaan GST kian menjelang khasnya implementasi adalah pada April Fool tahun depan dan sekitar Kuala Lumpur, terdapat papan-papan iklan dengan slogan, “GST Cukai yang Terbaik”.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham dari segi dasar bahawa GST adalah dengan izin, satu consumption tax yang boleh memperluaskan tapak cukai. Akan tetapi seperti yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Pandan minggu lalu, terdapat banyak lagi cukai-cukai alternatif yang boleh dipakai seperti capital gains tax, corporate windfall tax untuk IPP dan tol, ‘mansion’ tax ataupun tax untuk golongan maha kaya. Sudah nyata negara tidak boleh bergantung terhadap hasil cukai pendapatan individu dan korporat dan juga hasil Petronas sahaja untuk menjana hasil kerajaan. Tiap-tiap tahun 40% hingga 45% jumlah hasil kerajaan berpunca daripada cukai pendapatan korporat dan individu dan 40% ke 45% lagi berpunca daripada hasil dan dividen Petronas.
Di bahawa pimpinan Barisan Nasional, Petronas iaitu Khazanah terpenting di negara kita, ditekan dan ditindas dengan izin, financial oppresion. Tuan Yang di-Pertua, maknanya, dengan izin, tax base adalah terlalu kecil, too narrow dan ini sudah sampai ke tahap yang kritikal. Keadaan ini adalah sangat membimbangkan kerana sekiranya terdapat kemelesetan ekonomi berlaku, maka hasil kerajaan akan terjejas dengan pengurangan pendapatan individu dan daripada sektor syarikat. Kalau individu dan syarikat susah dan rugi, pendapatan cukai juga turut merosot. Sekiranya harga minyak dan gas turun, maka hasil Petronas juga akan menimbulkan satu fiscal crisis yang sangat ketara.
Tuan Yang di-Pertua, penurunan harga minyak dan gas sedunia akan berlaku. Soalannya adalah bila? Dengan izin, the price of oil will inevitably fall, the question is just, when? Dengan adanya teknologi fracking di Amerika Syarikat, harga minyak di Amerika Syarikat sekarang sudah mula dijual di bawah harga pasaran dunia dengan diskaun sebanyak USD10 kepada USD20 per barrel. Apakah akan berlaku kepada situasi fiskal kita jika harga pasaran minyak dunia menurun kepada USD50 atau kepada USD70 satu tong? Keadaan risiko fiskal ini adalah disebabkan oleh pentadbiran rakan kita daripada Barisan Nasional yang kurang prihatin dengan dasar cukai negara, asyik mengejar mega projects, boros meminjam wang dan pada masa yang sama membenarkan ketirisan rasuah dan penyelewengan berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, jadi soalan yang perlu dibahaskan, dijawab di Dewan yang mulia ini adalah ini, adakah GST satu solution kepada krisis fiskal ini? Adakah GST seperti yang Barisan Nasional iklankan, adalah cukai yang terbaik? Jawapan ringkasnya adalah tidak. Cukai GST bukan terbaik dan Dewan yang mulia ini patut menolaknya. Saya menolaknya dari segi kesesuaian masa, dengan izin, timing untuk GST ini tidak ngam. Ini merupakan tema perbahasan saya, timing tidak ngam dan preconditions untuk GST tidak ada lagi.
Tuan Yang di-Pertua, cukai GST tidak boleh dilakukan untuk menambah beban cukai kepada rakyat dan syarikat. Dengan izin, GST cannot be used to increase the tax burden to the public and the companies. Kalau GST dilaksanakan, ia patut dilakukan dengan prinsip asas zero gain set off di antara GST dan penurunan income tax untuk rakyat dan syarikat. Akan tetapi sehingga kini, Kerajaan Barisan Nasional tidak menunjukkan apaapa data terperinci sama ada penurunan cukai pendapatan dan GST akan menimbulkan satu situasi zero gain set off. Saya minta kerajaan memberi data dan statistik penuh tentang penurunan kadar pendapatan individu dan syarikat dan sama ada GST akan mengamalkan prinsip zero gain set off. Di antara data-data yang saya minta secara khas, kerajaan memberikan data berapakah jumlah pembayar cukai mengikut tax bracket? Apakah impak penurunan dari segi tax savings bagi setiap tax bracket?
Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita tahu, apa yang kerajaan tidak beritahu, apa yang kita tahu ialah dari report penganalisis bank-bank seperti CIMB dan Maybank adalah GST akan menambah hasil cukai consumption kepada Barisan Nasional. Pada masa sekarang, hasil kutipan sales and services tax ataupun SST adalah lebih kurang RM17 bilion. Saya difahamkan dengan GST, sasaran bagi tahun 2015, Kerajaan Barisan Nasional akan meningkatkan kutipan cukai consumption ke RM20 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, on the surface nampaknya peningkatan RM3 bilion tambahan cukai pada tahun 2015 tidak banyak. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang tidak diberitahu secara terbuka adalah peningkatan RM3 bilion ini adalah berpunca dari tempoh sembilan bulan sahaja dan bukan tempoh penuh setahun.
Apa yang lebih penting kerajaan akan menggunakan berbilion-bilion hasil ini untuk membayar kos sistem GST pada tahun 2015. Maknanya impak penuh GST kepada rakyat dan juga syarikat hanya akan betul-betul terasa dari tahun 2016 dan tahun 2017 dan tahuntahun seterusnya. Saya minta kerajaan menjelaskan sama ada GST dari tahun 2016 ke atas, sama ada BN akan menambahkan cukai consumption sampai ke tahap RM25 bilion ke RM30 bilion setahun. Dengan izin, can the Barisan National government confirm that in the coming years whether GST tax will oppress the rakyat up to the sum of RM25 billion to RM30 billion a year?
Tuan Yang di-Pertua, saya pulang ke isu tentang GST perlu ditolak dari segi ketidaksesuaian masa, timing yang ‘tidak ngam’ dan preconditions GST yang ada lagi. Apakah preconditions yang perlu berlaku sebelum GST boleh dipertimbangkan? Sebelum GST dilaksanakan, pembahagian hasil kerajaan dari cukai pendapatan individu dan korporat patut mencapai tahap 60% ke atas. Hasil Petronas pula turun ke tahap 20%. Hanya dengan pencapaian formula ini, 60%, 20%, barulah GST boleh dipertimbangkan. Ini kerana dengan ideal tax base yang seperti yang saya cakapkan itu, barulah kerajaan boleh mengamalkan zero gain set off income tax dengan GST. Itu maknanya tidak ada cukai berlebihan daripada GST.
Untuk mencapai ideal tax base ini kita perlu merombak semula sistem ekonomi negara kita. Kita perlu dengan izin, eliminate red tape and reform corperate governance, improve reporting, and accountability like key GLIC’s such as 1MDB. Kita perlu menaikkan gaji dan produktiviti pekerja, membenarkan pekerja mengamalkan equal partnership trade unions, inovasi dan research and development perlu dipertingkatkan ke tahap 3% KDNK. Kita perlu mengatasi ketirisan penyelewengan dan korupsi. Kita perlu menjana ekonomi dan meningkatkan GDP pada tahap 7% setahun. Ini semua adalah preconditions sebelum GST boleh diamalkan.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang jelas preconditions ini semua tidak ada lagi. Akan tetapi melalui GST, Kerajaan Barisan Nasional dengan izin, is taking an easy and lazy way out [Tepuk] Barisan Nasional mengemukakan GST sebagai satu dengan izin superficial and temporary stop gap sahaja tanpa apa-apa komitmen, reformasi kepada asas ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan ekonomi yang tidak tentu dan juga iklim yang melihat keyakinan pelabur terhadap ekonomi kita terus merosot jelas memberi amaran bahawa timing GST untuk tahun depan memang ‘tidak ngam’. Semua data menunjukkan bahawa sebaik sebelum implementasi GST, dua, tiga bulan sebelum implementasi, consumer sentiment akan turun mendadak dan berterusan selama tiga tahun selepas itu. Ini akan menyebabkan consumer spending terus menurun dengan izin, adding more pressure on the already weak 2015 economy.
Oleh itu cabaran dalam pelaksanaan GST yang sempurna adalah sebenarnya isu yang paling kritikal. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kita ada 500,000 syarikat. Kemungkinannya 100,000 hingga ke 200,000 syarikat akan mengamalkan sistem GST. Adakah semua syarikat ini bersedia untuk GST? Adakah sistem kita bersedia untuk proses semua rebat ini? Jadi apa yang kita tahu ialah kalau sistem rebat pada syarikat tidak dapat berfungsi dengan baik, berganda dengan kelembapan ekonomi kini, kita akan lihat profit margin syarikat-syarikat, semua syarikat Malaysia adalah tersangat ketat, menjadi sedikit saja.
Pada kadar 6% GST, tanpa sistem rebat yang efisien, kita akan melihat kesan yang amat serius terhadap margin keuntungan syarikat. Kita tahu margin syarikat yang kita guna asas buat analisa ialah daripada syarikat-syarikat pengedar atau pun distribution companies dan margin mereka adalah cuma 3% ke 5% saja. Sekiranya profit margin pengedar terjejas dengan 6% GST, maka pengedar akan terdesak dan kemudiannya mengakibatkan peningkatan harga semua barang untuk memastikan keuntungan mereka. Maknanya senang, distribution company dia sebar semua benda. Punca ekonomi kita bermula daripada distributor. Kalau distributor punya margin 3% sampai 5% saja, GST 6%, rebat yang tidak efisien, maknanya semua distributor akan naikkan harga barang. Prosesnya melalui satu kitaran akan menggegarkan seluruh ekonomi dan menimbulkan satu kecelakaan mikro ekonomi yang kita kata hyper-inflation. Maknanya inflasi yang melebihi 10%.
Tuan Yang di-Pertua dengan izin, when the GST is implemented when the economy is weak, we will risk hyper-inflation. This is not the time to implement GST and the preconditions for GST has not be made .GST juga menimbulkan satu persoalan moral. Pada masa subsidi dipotong, harga barang naik, rakyat susah, pekerjaan kurang, gaji rendah, GST adalah satu cukai consumption yang akan membebankan golongan termiskin.
Prinsip asas semua cukai sama ada cukai apa pun, ialah memastikan yang kaya bayar lebih daripada yang miskin. Akan tetapi GST tidak mengenakan cukai tanpa mengira kaya atau miskin. Ini kerana ia consumption tax, ia tidak kira kaya atau miskin, semua kena. Oleh itu dari segi relatif impak, GST adalah regresif dan akan membebankan yang termiskin. Di sini saya hendak mengucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan ada tidak? Tidak? Okey, tidak mengapa.
Kepada Yang Berhormat Kinabatangan, kerana di dalam perbahasannya Yang Berhormat telah memberi ilustrasi sekeluarga yang susah dengan pendapatan satu keluarga sebanyak RM2,000 sebulan. Memang saya terharu apabila saya lihat Yang Berhormat Kinabatangan menonjolkan keprihatinannya terhadap golongan miskin dan susah. Mengikut perkiraan Yang Berhormat itu, dari pendapatan RM2,000 sebulan, keluarga itu akan terkena GST lebih kurang RM120 sebulan. Yang Berhormat Kinabatangan kemudian memberitahu di Dewan yang mulia ini, kerajaan akan bagi RM300 setahun sebagai satu subsidi untuk GST melalui BR1M.
Mengikut Yang Berhormat, ini menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional sayang kepada golongan miskin. Malangnya Yang Berhormat Kinabatangan itu salah kira.
(sambung)
Okey. Oleh yang demikian Tuan Yang diPertua, saya membantah sekeras-kerasnya cukai GST yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Semoga rakan kita daripada sebelah sana sedar dan faham impak GST terhadap golongan miskin dan bersama-sama Pakatan Rakyat menolak GST. Sekian, terima kasih.