• YB Wong Chen

Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 dan Anggaran Pembangunan 2019

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada P.42 Butiran 00400, muka surat 356 tentang hospital baharu di mana anggaran sebanyak RM319 juta. Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk minta pembinaan satu hospital di Subang Jaya, cuma saya minta satu klinik kesihatan type 1, 2 atau 3 untuk kawasan USJ1 dibina secepat mungkin. Yang Berhormat Segambut, dia ada di sini ya? Semasa menjadi Adun Subang Jaya memang tahu tentang saga 10 tahun klinik USJ1 ini.

Jadi saya minta kawan baik sayalah, Yang Berhormat Menteri untuk mengingati jasa-jasa baik saya [Ketawa] Semasa kita menjadi pembangkang di mana kita, every night, everyday we had to work on dasar-dasar ekonomi, sosial dan juga politik. Jadi Tuan Pengerusi, it is now for me to use my favor bank from him okey? [Ketawa] Demi rakyat Subang. Bukan kroni, demi rakyat Subang, bukan saya.

Jadi kalau Yang Berhormat Menteri keberatan, saya akan minta Yang Berhormat Segambut untuk meringankan resistance Yang Berhormat Menteri. Ini kerana saya tahu Yang Berhormat Segambut ini banyak orang Subang, dia tanya Yang Berhormat kita? Masih sayang sangat Subang Jaya kepada Yang Berhormat Segambut. Saya terpanggil kerana permintaan ini telah melanjuti lebih daripada 10 tahun dan kawasan USJ1 sebenarnya adalah kawasan miskin, walaupun keseluruhan kawasan Subang Jaya ini adalah kawasan middle income dan juga upper middle income.

Kawasan Subang Jaya juga banyak warga tua, it is actually a retirement area. Banyak anak-anak warga emas telah berhijrah ke negara lain seperti Australia dan Singapura. They are alone, Yang Berhormat Menteri, these are very old people. Jadi saya hendak bagi social economic data. Populasi kawasan Subang adalah lebih kurang 600,000, ada kata 750,000. Satu klinik kesihatan yang paling dekat ialah Kelana Jaya sahaja dan lebih kurang 50,000 penduduk adalah warga emas lebih daripada umur 65 tahun.

Oleh itu, klinik kesihatan ini memang perlu untuk mengatasilah ataupun maintain the health situation bagi penyakit kritikal seperti diabetes yang orang tua atau warga emas ini kena banyaklah. Diabetes, darah tinggi, sakit jantung, sakit sendi, artritis dan sebagainya. Sekiranya klinik kesihatan ini dapat ditubuhkan, maka warga emas tidak perlu menerima rawatan daripada Hospital Universiti Malaya di Petaling Jaya, it’s about 15.4 kilometers away daripada USJ1.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menimbulkan isu tentang Butiran B.42 022600 – Perubatan Respiratori. Walaupun saya tidak komen sangat tentang anggaran, saya ingin deviate sedikit untuk berbincang tentang isu merokok seperti kawan baik saya tadi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi Yang Berhormat Menteri kertas kerja saya, daripada pejabat saya tentang isu rokok. Pada bulan lalu, saya masih ingat Yang Berhormat Menteri memberi, masa question time telah memberi penjelasan yang baik untuk cara untuk mengatasi masalah rokok ini.

Saya ingin mencadangkan satu dasar di mana harga sebatang rokok dinaikkan kepada tahap dua peratus eksais duti setiap tahun untuk tujuh tahun, the next seven years. Sekarang eksais duti ini adalah pada tahap 52 peratus, dengan dasar ini kita jangka dalam tujuh tahun ini akan mencapai kadar 66 peratus eksais duti sebatang rokok. We will be on our way to meet the 75 percent target yang set daripada WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC).

Yang Berhormat Menteri, kadar 66 peratus ini berdasarkan amalan oleh Kerajaan Singapura di mana merokok adalah satu-satunya perkara yang mereka telah berjaya mengawal dengan baik. Kenaikan dua peratus setahun eksais duti juga akan memberi satu kepastian kepada syarikat-syarikat yang membuat dan juga menjual rokok ini. The JTI, all these companies, they want kepastian.

Tuan Pengerusi, dengan izin, I believe that this gradual increment will be fair to both the anti-smoking advocates which we belong to dan juga the corporations. Sebagai seorang peguam korporat dulu, apa yang saya faham adalah syarikat-syarikat tidak suka kenaikan cukai yang mendadak ataupun arbitrari tanpa berjadual. Dengan izin, therefore a scheduled and consistent excise duty increase of two percent a year for seven years will be good to reduce overall tobacco consumption while maintaining a transparent business environment. Harap Yang Berhormat Menteri akan memberi perhatian kepada kertas kerja saya. Nanti saya akan pass Kertas Kerja ini ya, Yang Berhormat Menteri.

Itu sahaja ucapan saya, Tuan Pengerusi. Saya minta sekali lagi Yang Berhormat Menteri untuk memberi satu kliniklah type 1, 2 or 3. Sila turun ke kawasan saya, kita tengok social economic data. I understand it’s only for needs basic and I will support even if you don’t give also but I want you to at least come down to Subang Jaya, tengok kawasan itu sama ada keperluan ini betul-betul diperlukan oleh warga emas di USJ1. Terima kasih banyak.