top of page
Writer's pictureYB Wong Chen

Ucapan Titah Diraja: Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas 2019

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Comment saya tentang buluh ini, tidak mengapalah, nanti Yang Berhormat Menteri akan jawab dengan panjang lebar. Comment saya senang, kita tidak ada infrastruktur untuk industri buluh lagilah. Maknanya, marketing kita tidak ada, inovasi kita belum lagi siap tetapi memang baik buluh ini sebagai satu nitrogen fixer. Maknanya, ia bubuh balik nitrogen kepada tanah itu yang akan menyihatkan tanah yang terbuanglah atau terbiar. Baik, saya teruskan ya. Ya, banyak punca di luar kawalan kita tetapi apa yang mereka, rakyat, penduduk Subang hendak tahu, apakah usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengatasi perkara-perkara ekonomi yang berada di dalam kawalan kita? Itu isu ia.

Saya setuju Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil tindakan yang cukup baik dan cukup drastik untuk menukar dasar consumption tax daripada GST ke SST. Oleh sebab pada teorinya, SST sepatutnya memberi penjimatan RM20 bilion kepada pengguna. Akan tetapi pada tahap experience yang dialami pengguna sekarang, pengguna-pengguna tidak terasa sangat penjimatan tersebut. Oleh itu, dalam ucapan belanjawan saya pada Oktober lalu, saya telah menyeru kerajaan untuk membuat periodic assessment and review of the SST setiap enam bulan untuk memantau sama ada SST ini betul-betul efektif. Sekarang saya meminta kerajaan mengkaji semula isu dasar consumption tax SST untuk memberi jawapan kepada kenapa penjimatan, pada teorinya RM20 bilion SST ini tidak dirasai oleh pengguna. Adakah ini hanya satu persepsi yang salah oleh pengguna? Ataupun satu dasar yang sememangnya kurang efektif?

Mesej yang saya hendak tekankan adalah ini, apabila kita merangka dan melaksanakan dasar baharu, kita perlu mengambil satu pendekatan yang pragmatik dan saintifik. Bukannya mengambil satu pendirian berdasarkan ideologi semata-mata. Kalau dasar kurang berjaya, kita kena berani menerima pandangan dan teguran dan selepas itu memperbaiki apa-apa kekurangan. Dasar lain yang Pakatan Harapan telah memperkenalkan untuk mengatasi isu kos sara hidup adalah mengenai unconditional payment yang dahulu namanya BR1M dan sekarang ditukar nama baharu, Bantuan Sara Hidup. Program ini adalah lebih kurang sama dengan kelebihan sedikit iaitu ia adalah lebih tertumpu dan tepat, more targeted. Saya berharap kerajaan akan terus menerima pandangan, feedback mengenai program ini dan mengamalkan pada keseluruhannya budaya ‘Kaizen’ iaitu budaya Jepun to continuously improve the policy making.

Selain bantuan unconditional payment, saya juga menyokong dasar isu subsidi minyak yang telah berubah daripada yang lama dan jelas lebih mesra kepada pengguna. Everybody seems to enjoy this new system. Namun demikian, saya juga bimbang sama ada program ini, dengan izin, fiscally sustainable in the long run. Tuan Yang di-Pertua, semua dasar yang saya telah sentuh, dengan izin, adalah mere tweaks to old policies dan bukannya sesuatu yang cukup groundbreaking.

Oleh demikian, hasilnya ada tetapi impaknya tidak berapa sangat. Jadi, pada masa kini rakyat tertanya-tanya, where are the new positive policies of Pakatan Harapan? Satu dasar baharu yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah Program i-SURI, di mana kerajaan menyediakan satu social safety net yang lebih kepada suri rumah.

Namun, ini adalah program tunggal yang dapat dilaksanakan setakat ini. Kredit kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita iaitu Yang Berhormat Pandan. Akan tetapi persepsi rakyat masih berterusan bahawa Pakatan Harapan tidak berubah sangat daripada Barisan Nasional dari segi dasar. Oleh sebab itu, saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula dasar-dasar dan cuba menggubal dasar baharu.

Negara kita memerlukan satu hala tuju ekonomi yang komprehensif atau pun economic blueprint untuk mengatasi isu kos sara hidup ini. Bagi menjayakan satu hala tuju yang komprehensif, saya ingin menasihati kerajaan untuk komited kepada metodologi yang berdasarkan big data analysis dan evidence based policy making. Perubahan memerlukan satu mindset shift dan ia boleh bermula dengan cara Jabatan Statistik mengumpul data-data sosial ekonomi.

Sebagai contoh, inisiatif baharu yang cukup baik daripada Pakatan Harapan, saya gembira melihat Yang Berhormat Menteri KPDNKK, Yang Berhormat Menteri Kulim-Bandar Baharu yang mempunyai kematangan fikiran untuk mengamalkan satu indeks baharu iaitu Cost of Living Index dan tidak lagi menggunakan Consumer Price Index bagi kerja kementerian beliau. Ini adalah permulaan yang cukup baik untuk mendapatkan data yang kukuh untuk mengatasi isu kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, people are asking, are there new policies that we can introduce? Pada pandangan saya, terdapat banyak juga low hanging fruits yang kita boleh tuai. Isunya adalah sama ada kita ada political will untuk melakukannya. Contohnya, perkara Approve Permit ataupun AP. Kita masih ada 5,000 item barang-barang import dan eksport yang mengamalkan sistem AP. Sistem AP ini menambah kos kepada harga barang kerana majoriti pemberian AP adalah berdasarkan political cable yang kuat dan bukannya hasil titik peluh pemegang AP. Setiap AP juga memudaratkan kewangan kerajaan kerana bakal hasil kerajaan ini sebenarnya dipindah kepada pemegang AP. Ini adalah satu-satunyatransfer payment yang tidak boleh dijustifikasikan.

Oleh sebab itu, saya meminta Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula dan memansuhkan sistem AP secepat mungkin. Kalau kerajaan tidak ingin memansuhkannya, AP perlu dijual secara terbuka melalui satu sistem lelong yang transparent di mana penjual dan pengguna boleh mengambil bahagian secara terus. Sekiranya cadangan ini ditolak juga, jadi saya minta kerajaan sekurang-kurangnya perlu menerbitkan senarai pemegang AP dan memberi justifikasi kepada setiap satu AP. Dengan izin, if you want to continue the AP system, please provide full transparency so that the people can evaluate your AP policy.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi satu lagi cadangan dasar ekonomi yang boleh diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dengan serta-merta. Bagi tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan secara rasmi wang sebanyak RM29 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan. Ini adalah sebahagian daripada public procurement spending yang juga merangkumi government contracts. Angka sebenarnya public procurement spending adalah jauh lebih tinggi kerana banyak dana pemberian dan belanjawan pembangunan adalah untuk tujuan yang sama. Apakah jumlah penuh angka sebenarnya? Mengikut laporan OECD, jumlah public procurement spending anggaran dia adalah lebih kurang 12 peratus KDNK setiap negara. KDNK Malaysia adalah pada tahap RM1.28 trilion. Hal ini bermakna jumlah public procurement spending di Malaysia sekarang setiap tahun dianggarkan pada tahap RM150 bilion setahun.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu bahawa perkara government procurement ini adalah merupakan satu landasan yang terbuka untuk ketirisan, cronyism, nepotism dan rasuah. Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Pakatan Harapan untuk menggubal sistem perolehan awam ini secepat mungkin iaitu menggunakan sistem yang terbaik termasuk sistem perolehan yang diamalkan oleh negara Singapura ataupun Norway ataupun kalau kita tidak mahu ikut, malu hendak ikut negara lain, pakailah sistem komersial seperti ISO 20400. Kedua-dua cadangan saya ini adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Pakatan Harapan dan boleh dilaksanakan sekiranya kita ada political will dan masih ada semangat reformasi.

Ya, ekonomi sedunia memang menghadapi cabaran tetapi Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai tanggungjawab untuk melakukan reformasi di bawah kawalan kita dengan memperbaiki sistem yang kita warisi. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, we cannot continue to blame the previous government for our predicament. It is now the time to move on and deliver on our promises of reform as per our manifesto.

Tuan Yang di-Pertua, hal ekonomi, dengan izin, is both a science and an art form. Ia melibatkan prinsip sains seperti data dan statistik dan prinsip seni seperti behavioral sciences and confidence. Pada keseluruhannya, perkara yang lebih penting bagi saya ialah isu confidence. Rakyat iaitu pengguna dan peniaga sebenarnya tidak takut sangat perubahan. Selagi perubahan itu boleh memberi masa hadapan yang lebih cerah dan menjana keyakinan pasaran, market confidence. Dalam perkara confidence ini ataupun keyakinan rakyat, saya ingin mengalih fokus saya kepada isu reformasi politik.

Dalam bidang politik, kalau kita tidak dapat melaksanakan satu dasar ekonomi dengan baik, kita perlu memberikan rakyat satu penjelasan. Kalau yang lebih penting, sekiranya kita gagal pentadbiran ekonomi, sekurang-kurangnya kita perlu melakukan reformasi politik sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi melalui sistem pentadbiran yang baik. Kalau rakyat menghadapi ekonomi yang kurang baik seperti sekarang tetapi Kerajaan Pakatan Harapan dapat memberi mereka satu harapan politik yang cerah, saya percaya rakyat boleh menerima kesusahan ekonomi ini buat setahun, dua, tiga tahun lagi. Dengan izin, the people can accept some economic pain provided we carry out political reforms now. What they cannot accept is a failing economy with no political reform whatsoever.

Mesej yang saya terima daripada penduduk-penduduk Subang yang kebanyakannya ahli profesional seperti akauntan, jurutera dan juga peguam adalah mereka risau sistem crony capitalism akan muncul sekali lagi sekiranya reformasi politik tidak lengkap dan tidak dilakukan dengan serta-merta. Tuan Yang di-Pertua, saya terdengar khabar daripada bankers, peniaga dan ahli ekonomi bahawa ada beberapa kroni yang cuba membuat satu corporate comeback. Ada yang melobi kuat untuk further the deregulation of our financial insurance sector. Ada juga yang menjadi all powerful gatekeepers. Akan tetapi, there is a good news. Tinjauan peribadi saya dalam beberapa bulan ini, semasa makan tengah hari, working lunch with bankers, businessmen and also economists adalah there is not much appetite for crony capitalism anymore.

Tuan Yang di-Pertua, bagi kita yang berumur 45 tahun dan ke atas, kita memang kenali sistem crony capitalism ini. Dengan izin, for crony capitalism to truly succeed in Malaysia, it needs two hands to clap, the hands of politicians and the hands of private sector tycoons. My current reading is the tycoons are not clapping. Golongan peniaga mengambil pandangan bahawa rasuah adalah satu kos yang terlalu tinggi dan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, mereka tidak lihat apa-apa kesan positif untuk jangka panjang business mereka dan juga ekonomi negara kita.

They just don’t see the value of crony capitalism anymore in 2019. Tuanku Yang di- Pertuan Agong menasihati Dewan untuk membina ekonomi kita secara baik, bukan secara crony capitalism. Oleh itu, Pakatan Harapan perlu memastikan sistem ekonomi direformasi dengan baik dan mengamalkan sistem persaingan yang sihat, menggunakan teknologi baru dan melindungi hak-hak pekerja kita. Ini semua dititahkan oleh Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua , saya faham sistem gabungan politik ini adalah tersangat rumit dan banyak kompromi yang perlu dilakukan. Oleh itu, selepas 10 bulan, jelas Kerajaan Pakatan Harapan nampaknya susah untuk start engine reformasi. Saya tidak menyalahkan kepada sesiapa. Oleh itu, saya cadangkan agenda reformasi ini diberi kepada Ahli Parlimen backbenchers untuk dilaksanakan. Ini boleh bermula dengan mengembalikan kuasa dan kebebasan kewangan kepada institusi Parlimen dengan menghidupkan semula Parliamentary Services Act 1963 di mana demokrasi yang matang pun, principle of separation of powers mesti diamalkan.

Dengan kuasa yang sewajarnya, kami Ahli Parlimen dari backbencher boleh meminda standing order untuk membenarkan Private Member’s Bill dikemukakan pada masa yang telah ditetapkan. Kita boleh melaksanakan lebih standing committees untuk menolong Kabinet dalam proses reformasi. Dengan izin, we are ready to help the Cabinet to carry out the reforms. Let us be the torchbearers for reform, the Cabinet can continue to debate on the issue about their two-third majority agenda but please be reminded also that this agenda could lead you down the slippery slope to an authoritarian rule.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari lalu, Parlimen dikunjungi oleh Sir Hugh Bayley, seorang Ahli Parlimen United Kingdom yang berkhidmat selama 25 tahun. Beliau memberi pandangan bahawa apabila terdapat perubahan kerajaan yang drastik, Ahli-ahli Parlimen perlu mempercepatkan reformasi politik. Sekiranya tidak, beliau percaya bahawa Menteri- menteri akan hilang momentum untuk berubah. Not only is the honeymoon period over, we are now at a real political crossroads. That is why I’m giving this speech.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menutup ucapan saya dengan beberapa cerita positif. Nampaknya sangat negatiflah sebab kawan sebelah sana tidak kacau pun langsung. Akan tetapi, sebenarnya ada banyak berita baik. Yang saya hendak kongsi ialah ini. Pada pendapat saya, crony capitalism secara rasminya telah pupus di Malaysia sekarang. Saya juga gembira bahawa tahap rasuah menurun. Saya juga menerima banyak maklum balas daripada penduduk saya bahawa penjawat awam sekarang lebih ramah when they do their job dan juga lebih efisien. Hal ini petanda-petanda yang baik sekali dan menunjukkan secara spontan rakyat dan juga penjawat awam ingin melaksanakan sistem pentadbiran baru.

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, sama ada ahli-ahli politik bersedia untuk melakukan reformasi atau tidak, rakyat dan penjawat awam telah mula memperbaiki sistem kita. Crony capitalism is gone. Jadi, jelas kuasa politik bukannya terletak di tangan Ahli Parlimen semata-mata tetapi hakikatnya terletak di tangan rakyat. Saya berharap semua Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini akan mendengar permintaan rakyat dan bangkit untuk melakukan reformasi dan memenuhi harapan rakyat. Sekian sahaja ucapan saya. Saya menyokong penuh Titah Diraja.

Comentarios


Los comentarios se han desactivado.
bottom of page