• YB Wong Chen

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Di Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan minta kerusi meja. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Di Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong semasa merasmikan Mesyuarat Pertama tahun 2017. Oleh sebab pilihan raya sudah dekat, kita semua berdebar. Kemungkinan besar perbahasan ini adalah perbahasan Usul Menjunjung Kasih terakhir saya bagi penggal Parlimen ini. Oleh demikian, saya ingin memberi fokus terhadap isu terpenting yang dihadapi oleh negara kita iaitu isu rasuah ataupun corruption.


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah dengan jelasnya menitahkan Dewan yang mulia ini untuk mengambil langkah mengatasi gejala rasuah yang kian berleluasa di Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas usaha mereka membongkar keskes rasuah penjawat awam yang melibatkan nilai berpuluh-puluh juta ringgit seperti kes Sabah Water. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita semua lebih arif dan lebih tahu bahawa penjawat awam yang rasuah bukanlah punca utama gejala rasuah di Malaysia. Punca utama rasuah adalah ahli-ahli politik sendiri.


Tuan Yang di-Pertua, saya telah menceburi bidang politik sejak tahun 2009 dan telah dipilih sebagai Ahli Parlimen daripada tahun 2013. Sepanjang empat tahun ini, saya perhatikan bahawa isu party finances adalah isu terpenting dan saya sedar bahawa isu politik wang adalah punca terbesar masalah rasuah di Malaysia. Politik wang sekiranya tidak disekat dan dihapuskan akan menghancurkan negara kita dan ia akan menghancurkan juga parti-parti politik dan akan terus memiskinkan negara dan juga rakyat.


I am taking a non-partisan position on this, Tuan Yang di-Pertua. Setiap tahun, kerajaan BN melaungkan tekad mereka untuk membanteras gejala rasuah. Yang pelik, tiada ahli politik yang ditangkap. Yang kena tangkap hanya penjawat awam... (sambung) Tuan Yang di-Pertua, kes kleptokrasi terbesar di dunia adalah bukti Kerajaan BN pandai cakap hendak lawan rasuah tetapi memang tidak bikin langsung. Saya memang hairan dalam kes ini, yang kita tidak boleh sebut-sebut namanya. Ini telah menyaksikan seorang tauke Cina muda, playboy yang kuat berjudi dan suka menyembur arak kepada selebriti seperti Paris Hilton. Satu botol arak ini, RM100,000 satu. Tauke Cina ini tidak disiasat langsung tetapi kes ini telah melihat wakil rakyat Melayu, Yang Berhormat Pandan dihukum penjara. Bagi saya, kita perlu mengkaji semula akar umbi gejala rasuah ini. Dengan izin, we must identify the root cause of corruption and the root cause of corruption is corrupt politicians in a political party that enables these politicians to rise to positions of power. Oleh demikian, sistem kewangan parti-parti politik perlu dipantau rapi. Demi mewujudkan Ahli-ahli Parlimen yang telus dan bersih daripada rasuah, kita mesti memperbaik sistem kewangan parti-parti politik dahulu. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, to carry out anti-corruption reforms, we must start from the finances of political parties itself. Seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, peranan saya, pejabat saya khasnya ialah untuk melihat dasar-dasar politik dan juga dasardasar ekonomi. Pada Februari tahun ini, saya telah mengeluarkan satu kertas kerja mencadangkan bahawa urusan kewangan parti-parti politik perlu bersifat lebih telus dan bertanggungjawab. Justeru, persoalan penting saya pada Dewan yang mulia ini adalah ini, tahukah Ahli-ahli Dewan ini, apakah kos keperluan tahunan setiap parti politik kita? Does anybody here know, how much our own political party needs money? How much is the quantum? Kalau Ahli-ahli Parlimen boleh pantau belanjawan Kerajaan Pusat, sebanyak RM 280 bilion setahun, kenapakah majoriti Ahli Parlimen tidak tahu langsung belanjawan parti masing-masing? Saya telah meneliti perbelanjaan operasi parti politik yang mempunyai lebih kurang 500,000 orang ahli. Kita pakai satu sistem yang senang. Kita kira berapa head count dan kita boleh buat anggaran operasi itu. Penilaian kita menunjukkan bahawa dana sebanyak RM10 juta setahun cukup untuk satu organisasi politik sebesar 500,000 ahli. Oleh itu, parti UMNO yang mempunyai 3.5 juta members, tidak perlu dana sebanyak RM 2.6 bilion setahun tetapi cuma RM35 juta setahun. Kalau kita benar-benar ingin membanteras gejala rasuah, langkah pertama ialah mendedahkan penuh jumlah dana yang diperlukan oleh setiap operasi dan kos pembangunan setiap parti. Selepas pendedahan belanjawan, langkah kedua, the second step ialah mendedahkan sumber dana perbelanjaan tersebut. Dengan izin, political parties must declare the funds they need and then where they get the funds from. Untuk memastikan tiada unsurunsur rasuah, dana parti boleh didapati melalui tiga proses yang bersih. Sumber pertama ialah potongan gaji ahli-ahli politik. DAP, PKR, kita mengamalkan 20 peratus potongan gaji kita untuk support termasuk juga Ahli-ahli ADUN. Kedua, ialah memastikan setiap ahli kita membayar yurannya. Kalau yuran dia cukup, boleh cover 33 peratus. Ketiga, aktiviti-aktiviti fundraising tetapi yang legal, yang memastikan bahawa kita tidak boleh menderma melebihi RM 10,000 seorang. Jangan bagi RM 2.6 bilion. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, if political parties are transparent with their expenses and also transparent in how they raise the money... (sambung) Okey PDRM, isu PDRM di kawasan Kelana Jaya khususnya DUN Subang Jaya, Yang Berhormat Hannah Yeoh dan saya sangat bertuah kerana PDRM ini, pegawai-pegawainya memang cekap dan berhemah tinggi. Kita lihat crime rate kita turun dan kita ada gated dan guarded semua ini. Akan tetapi saya cuma hendak katakan ini sahaja, bagi saya persepsi terhadap PDRM bahawa mereka corrupt adalah berpunca daripada dua benda. Pertama ialah apabila kita ada traffic offences, polis stop kita, dia akan minta RM50 untuk settle. Bila ramai orang kena ataupun adik dia kena, cousin dia kena, jadi persepsi ialah semua polis corrupt.


Kedua ialah seperti pagi ini saya dengar Ahli Parlimen ada seorang yang timbulkan isu tentang gejala maksiat. Ya, saya ingat Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Batu Kawan kata kawasan komersial kita penuh dengan tempat berjudi, refleksologi yang sebenarnya tempat pelacuran. Kalau semua ini berlaku secara open dan polis tidak ambil tindakan, maka persepsi polis ini bertambah bahawa mereka semua corrupt. Daripada dua punca ini, satu daripada traffic offences, satu daripada persepsi terdapat tempat-tempat perjudian yang terbuka, polis dinampak sebagai tersangat corrupt. Satu berpunca daripada organised crime.


Jadi bagi saya, pejabat saya memang kaji satu dasar. Jadi kita telah tulis satu kertas juga tentang perkara ini dan kita recommend tiga benda. Pertama untuk traffic offences. Semua ahli police traffic kena pakai body camera dan body camera ini tidak mahal. Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh pergi Lazada tengok RM500 satu biji, it’s not expensive. Kalau kita kira perkiraan untuk pantauannya atau recording nya dan juga reexamination of the data, ia akan melibatkan sebanyak RM1,500 setahun. Maknanya mesin campur pantauan adalah cuma RM2,000 setahun satu unit. Di Malaysia kita ada enam ribu orang traffic police. Kalau semua traffic police pakai kosnya RM12 juta setahun. The police can improve their image 100 percent by just installing RM12 million of investment a year. Bagi pejabat saya, kita buat perkiraan macam ini sebab saya rasa ini adalah dasar yang betul. Kedua, kita kena bayar gaji polis kita meningkat setaraf dengan Singapura ataupun Hong Kong. Kenapa Singapura dan Hong Kong? Oleh sebab kedua-dua ini adalah negara yang terbaik di Asia mengenai police corruption at the minimal level. Berapakah gaji yang kita kena bayar? Bukan RM2.6 bilion setahun tetapi RM2.5 bilion sahaja, kita save RM100 million. Akan tetapi kita boleh pastikan semua ahli polis kita boleh hidup bukan selesalah tetapi sekurang-kurangnya disincentivized them from corruption. Maknanya dia boleh hidup dengan bangga dan boleh buat kerjanya dengan baik. Kita lihat di Subang Jaya dan kita rasa bahawa polis ini aspirasinya boleh mencapai status seperti apa yang berlaku di Subang Jaya. Bagi saya, SPRM seperti kawan baik saya Yang Berhormat Shah Alam kata tadi itu, memang SPRM kena 100 percent independent. Maknanya bajetnya bukan melalui Perdana Menteri, bajetnya kena terus daripada Parlimen dan dia kena report balik kepada Parlimen. Baik dalam satu minit lebih, kalau boleh kita tambah satu minit, dua minitlah sebab mereka kacau banyak tadi. Saya hendak sentuh dua perkara yang penting dari segi ekonomi. Pertama ialah tentang pelaburan negeri China. Pada saya, saya memang sokong apa pelaburan pun daripada India ke, daripada Afrika pun kita terima. Cuma kita kena faham bahawa pelaburan China ini ada geopolitical cost nya. Kita kena bayar satu benda itu. Jadi saya minta Ahli-ahli Dewan, apabila kita berdepan dengan isu berbilion-bilion, beratus-ratus bilion punya investment kita kena faham bahawa we can only negotiate if we are in the strong position. Maknanya kerajaan kita tidak boleh terdesak apabila kita berunding. Ini basic 101 negotiation. Akan tetapi kalau kita teruskan berbelanja tidak pakai sistem langsung, tidak ada check and balance, susah kita hendak negotiate dengan China. Negara China akan ambil advantage yang penting dan kita akan bayar semua ini, anak-anak kita, cucu-cucu kita akan bayar. Kedua tentang Saudi Arabia. Saya sokong, saya memang peka dan rasa terharu kepada Duli Yang Maha Mulia kerana beliau ada peranan untuk membawa King Salman ke sini. Akan tetapi kenapa ada ahli-ahli politik yang lain yang mempermainkan isu ini dan kata ini isu confirmation RM2.6 bilion ini betul. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberi satu data yang betul. Pada bulan Disember 2016, King Salman menderma 20 juta riyal bersamaan RM23 juta kepada Syria. Humanitarian Aid to the entire Syrian people, 23 million people received only RM23 million. RM1 seorang, mustahil King Salman boleh bagi satu orang yang kaya yang berkuasa RM2.6 bilion. Jadi bagi saya, saya cuma akhiri dengan kata I hope both the house can work together, can try to find some meaning to why we are here as Parliamentarians. Dengan ini saya menyokong usul Titah Diraja. Terima kasih.