top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016

Ya, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan saya tentang rang undang-undang ini adalah pendek sahaja sebab- let’s get straight to the pointlah seperti apa yang diadvised oleh Tuan Yang di-Pertua pagi ini.


Isi kandungan rang undang-undang ini sudah pun ditandatangani iaitu perjanjian untuk AIIB pada 21 Ogos 2015. Maka pada hari ini Dewan yang mulia ini hanya melakukan satu proses ratifikasi perjanjian. Pada dasarnya saya hendak terangkan dengan jelas bahawa saya menyokong rang undang-undang ini. Oleh demikian, perbahasan saya ini pendek sahaja. Saya ingin memberi satu, dua perspektif tentang badan baharu ini Asian Infrastructure Investment Bank dan selepas itu saya cuma ada dua soalan kepada Yang Berhormat Menteri.


Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan memberi perspektif saya, ekonomi dunia ketiga ataupun what we call the third world dengan izin dan negara-negara yang kurang maju yang sedang membangun sebenarnya banyak dikawal oleh badan kewangan seperti World Bank dan juga Asian Development Bank. Kedua-dua institusi ini adalah berdasarkan konsep economics iaitu neo-liberal economics dan World Bank adalah di bawah kawalan Amerika Syarikat walaupun ia ada pemegang saham lain. Akan tetapi sebenarnya Amerika Syarikat that calls the shots dan Asian Development Bank pula di bawah kawalan Jepun dan juga Amerika Syarikat. Kedua-dua mempunyai lebih kurang 15 peratus saham ekuiti.


Jadi dalam struktur dunia sekarang sekiranya sebuah negara yang ingin mendapat pinjaman untuk membangunkan negara mereka, the poor developing country needs to borrow, dengan izin, ia sebenarnya perlu kowtow ataupun tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat dan juga Jepun. Akan tetapi lebih kepada Amerika Syarikat sebab peranan Jepun di Asian Development Bank sebenarnya kita semua tahu adalah satu front kepada kuasa besar iaitu kuasa Amerika Syarikat.


Jadi perspektif saya senang. Apabila negara China yang sekarang menjadi a rising super power menimbulkan satu Asian Infrastructure Investment Bank kita sudah lihat reaksi daripada Jepun dan juga Amerika Syarikat adalah menolak konsep ini dan tidak memberi sokongan langsung kepada badan baru ini. Perkara ini menjadi berita hangat apabila negara Britain menyokong pula AIIB menyokong negara China untuk membangunkan bank ini. Tindakan ini telah pun telah dimarahi oleh Amerika Syarikat.


Jadi apa yang jelas ialah apa yang kita sedang bahaskan di dalam Dewan yang mulia ini ialah isu penubuhan bank ini bukannya satu perkara yang kecil, tetapi menimbulkan dan mempunyai implikasi-implikasi geopolitik yang ketara. Bagi saya, pandangan saya ialah jelas dan simple, tidak rumit. Sekiranya negara kecil atau developing country memerlukan pinjaman pembangunan dan mereka dapat memilih satu atau satu lagi pilihan antara hendak pinjam daripada Amerika Syarikat atau hendak pinjam daripada negara China, adanya pilihan ini adalah satu development yang baik, dengan izin. Having an additional option for a third world country to borrow either from America or from China is a good thing.


Ini kerana sekurang-kurangnya dengan izin, there will no longer bean American monopoly for development funding and also, AIIB will inject in competition into the development funding system.


Dengan adanya pilihan kedua, dengan tidak adanya monopoli, negara kecil boleh dapat terma pinjaman yang terbaik dan tidak perlu lagi tunduk ke mana-mana pihak yang maha kuasa. Oleh itu saya mengalu-alukan penubuhan AIIB ini.


Akan tetapi Dewan yang mulia ini perlu juga berhati-hati. Kita perlu memastikan AIIB juga tidak digunakan oleh negara China untuk tujuan politik negara China. Dengan izin, while I welcome the formation of AIIB, I caution Parliament today that we have to be careful not to allow China as the main promoter of AIIB to extract undue geopolitical influence on its borrowers.


Saya menimbulkan perkara ini kerana pada 20 April 2016 tahun ini, di dalam satu artikel daripada magazine yang kita boleh kata reputable ‘The Diplomat’, mereka mengatakan bahawa pinjaman pertama oleh AIIB adalah kepada empat negara iaitu Pakistan, Tajikistan, Uzbekistan dan Kazakhstan, the four stans.


Keempat-empat negara pinjaman yang meminjam daripada AIIB tersebut adalah negara yang kuat menyokong konsep geopolitik China iaitu konsep One Belt, One Road ataupun apa yang dipanggil OBOR. Jadi kita perlu faham bahawa there is no free lunch, dengan izin. Maknanya kita kena, walaupun kita welcome satu badan baru yang memberi competition kepada World Bank dan juga pada ADB, kita perlu faham there is no free lunch in the world of investment.


Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah perspektif yang saya hendak kongsikan dengan Dewan yang mulia ini. (sambung) Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perspektif saya untuk isu ini, tetapi saya ada dua soalan pendek kepada Menteri. Soalan pertama saya, tadi Menteri sudah cakap, menjelaskan bahawa Malaysia akan mengambil semua USD109 juta, investment itu dan bayar lebih kurang USD20 juta setahun untuk lima tahun. Soalan saya, apakah tahap return of investment (ROI) yang bakal Malaysia dapat di dalam pelaburan ke dalam ekuiti AIIB?


Soalan kedua saya, adakah pelaburan ini akan bermakna negara kita mungkin diperlukan untuk menjamin apa-apa bon daripada capital markets yang mungkin dikeluarkan oleh AIIB? Dengan izin, I want to know, will our investment, Malaysian investment in AIIB, USD109.5 million, will it expose us to be guarantors to future AIIB bonds?


Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kedua-dua soalan saya diberikan jawapan terperinci oleh Menteri. Bagi saya, saya sudah cakap pada permulaan, saya sokong rang undang-undang ini. Akan tetapi seperti Menteri, saya juga seorang ahli korporat, bekas ahli korporat. Kita perlu membuat satu analisis ROI dan juga risiko sebelum kita melabur beratusratus juta di dalam AIIB. Itu sahaja perbahasan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

bottom of page