top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Guaman (Pindaan) 2017

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya sudah dengar banyak poin-poin yang saya akan raise ini telah dibawa oleh rakan-rakan saya. Akan tetapi saya hendak add juga sedikit untuk memberi pandangan lain.


Pada dasarnya saya menyokong rang undang-undang ini kerana ia memberikan bantuan guaman kepada kanak-kanak. Ini adalah penting demi menjaga kebajikan kanak-kanak yang didera ataupun yang menjadi victim of sexual offences.


Saya prihatin bahawa legal aid sudah lama menjadi satu institusi dan saya dengar tadi daripada Yang Berhormat Puchong bahawa terdapat banyak duit yang terhutang pada peguam-peguam yang telah memberi legal aid. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan yang tepat kepada isu itu dan juga menunjukkan kepada kita the openness of the institution. Okey.


Saya faham bahawa pindaan ini akan menambahbaikkan aspeknya merangkumi kanak-kanak. Namun, saya ada beberapa soalan dan juga perlu tegur Menteri mengenai rang undang-undang ini kerana terdapat perkara-perkara yang juga tidak masuk akal. Pertama, definisi baru perkhidmatan bantuan guaman ataupun legal aid services dalam fasal 3 yang memasukkan seksyen 2A yang baru ini yang mana legal aid services ini cuma diberikan kepada rakyat Malaysia. Saya sudah dengar banyak. Semua Ahli Parlimen tanya kenapa tidak bagi kepada orang luar. Jadi isunya saya minta Menteri jawab adalah dari perspektif kewangan.


Tuan Yang di-Pertua, kita tahu pekerja migran di Malaysia ini banyaknya ada yang sah dan ada yang tidak sah, tanpa izin. Anggaran konservatif sekarang adalah empat juta orang ke enam juta orang golongan ini. Kita semua tahu, mereka adalah golongan yang terdesak dan paling miskin. Kalau kita tidak buat satu extension of legal aid services kepada migran-migran ini, adakah ia isu tentang kewangan ataupun isu tentang moral? Itu I think it’s very important, dengan izin. How much will it cost for us to provide legal aid to these migrant workers? Is this a question of cost to the government or is this moral obligation di bawah human rights kepada rakyat? Saya minta Menteri kalau boleh bagi justifikasi yang penting kerana kita semua prihatin dan kebanyakan kita mempunyai pembantu rumah, ada pekerja-pekerja daripada Indonesia, Nepal. We need to get an explanation. Is this a financial burden? How big is the financial burden?


Baik, saya bagi senario ini yang sedikit rumit tentang isu citizenship dan legal aid. Katakan seorang anak kecil dan dia adalah victim of sexual offences. Tetapi tidak mempunyai citizenship itu katakan bapanya daripada Malaysia, isteri dia daripada Indonesia, tetapi mereka tidak kahwin, maka mereka tidak dapat citizenship Malaysia. Rang undang-undang ini akan memastikan dia tidak dapat legal aid services at all. Dan ini bukan satu fictional scenario. Ini banyak berlaku di Kelana Jaya, di kawasan saya memang terdapat tiga, empat kes macam ini. Jadi saya hendak tanya rang undangundang ini katanya untuk kepentingan kanak-kanak, tetapi pada halnya dengan klausa ataupun syarat citizenship ini, kita sebenarnya akan memastikan kanak-kanak yang tidak bersalah, completely innocent why deny them legal aid to such a child.


Saya merujuk kepada perkara yang lain iaitu fasal 7 di mana dulunya pemohon legal aid kena bayar RM2 ini telah ditimbulkan oleh banyak orang. Fee sahaja RM2. Macam dulu lah kita pergi ke hospital RM5. Yang tidak masuk akal ialah fee baru ini diberi kuasa mutlak kepada seorang Menteri to decide. It’s her prerogative to decide. Kita tidak boleh meminda RM2 fee kepada open blank cheque fee. Saya bagi satu calculation yang senang. Katakan terdapat 10 ribu kes legal aid. Kerajaan dulu caj RM2 dapat RM20 ribu. Kalau kita tukar 10 ribu kes ini dia caj RM100 utnuk fee registration, kerajaan dapat RM 1 juta. This is too much. Kalau boleh itu Yang Berhormat Menteri, saya faham you ada kuasa membuat fee baru tetapi beritahu kita di Dewan yang mulia ini, apakah yang, what is the fee that you want to propose? RM10? RM100? RM50?. Kalau boleh beri jawapan.


Saya merujuk kepada fasal 8 di mana Ketua Pengarah Bantuan Guaman ataupun Director General Legal Aid memberi kuasa mutlak sekali lagi untuk menentukan sama ada seorang itu boleh dapat nasihat atau tidak. Saya nak tanya, if we have a saving clause macam ini, ya, apakah sebenarnya guideline yang Director General akan pakai? You tidak boleh beri kuasa yang mutlak kepada Director General kalau Director General tidak suka muka dia, oh sorry this legal is not for you. It cannot be like this. Kita tidak boleh Dewan yang mulia ini untuk membuat undang-undang yang tidak masuk akal. Sekurang-kurangnya bagi sedikit guideline apakah boleh memastikan Director General ini memberi kuasa mutlak untuk menolak satu-satu kes. Baik.


Tuan Yang di-Pertua, saya ialah dulu peguam, sudah retired lah lebih kurang enam tahun sejak menjadi ahli politik. Tetapi dahulu pun saya charged. Fee saya mahal, lebih kurang RM800 sejam. Ada banyak peguam-peguam lebih hebat, RM1,800, RM2,000 sejam pun ada. Tetapi point yang saya nak buat ialah ini, setiap orang yang bawa kes, kecil-kecil pun walaupun kes kecil sekurang-kurangnya legal fee RM3,000 sampai RM 5,000 easily. Kalau pergi trial RM10 ribu. Jadi maknanya legal aid ini dari segi sebagai satu servis adalah tersangat penting. Jadi saya hendak tahu kebanyakan penduduk kita, rakyat Malaysia ini yang setahu saya dari segi ekonomi, wang simpanan mereka cukup tiga bulan. That’s all.


Malaysian most, majority of Malaysian, 80 peratus Malaysia tidak ada banyak simpanan. Tidak ada 12 bulan, tiga tahun. Simpanannya cukup tiga bulan sahaja. Kalau legal fee ini RM 5 ribu, RM6 ribu, habis. Maknanya kebanyakan penduduk kita terdesak dan memerlukan legal aid. Sama dengan orang yang menerima BRIM. 70 peratus rakyat kita menerima BRIM. Jadi dalam konteks ini kita perlu mengadakan guideline yang terperinci daripada Director General. Adakah Director General setuju atau tidak, menteri setuju atau tidak untuk Director General ini perlu mengamalkan satu ‘mean test’ yang lebih terperinci dan dipaparkan di dalam rang undang-undang ini kerana legal fee mahal, dan banyak penduduk, rakyat kita memang tidak ada wang tambahan ataupun wang simpanan.


Saya merujuk kepada fasal 9 pindaan 29G(1) dan (2). Di sini kita diberitahu bahawa kanak-kanak boleh mendapat legal companion services. Ini baik sekali ini. It’s a vey good proposal ya. Tetapi apa yang pelik ialah dalam pindaan baru 29H(3), seorang kanak-kanak boleh mendapat legal service tetapi kemungkinannya dikehendaki oleh Director General untuk bayar servis tersebut. Kalau kanak-kanak tidak kerja, didera seksual, under tremendous pressure, kenapa hendak minta dia bayar? I mean, kalau dia kanak-kanak, bagi sahajalah free. Bagi saya, I think that clause, klausa itu perlu dikeluarkan. Adakah rang undang-undang ini sebenarnya undang-undang fiskal, sebab banyak tentang isu yang hendak kena bayar ataupun rang undang-undang untuk menolong kanak-kanak. Dengan izin, is this a fiscal amendment and not really to help children in distress. Saya minta 29H(3) ditarik balik. Kalau boleh itu, Yang Berhormat Menteri boleh masukkan dalam white paper later dalam sebelum committee stage.


Saya juga merujuk kepada pindaan 291(2) Ketua Pengarah Guaman boleh pada bila-bila masa memberhentikan khidmat Pendamping Guaman. Again, nampaknya kuasa ini kalau betul-betul hendak tolong kanak-kana,k bagilah full legal services, Legal Companion services. Kenapa ada saving clause untuk tarik balik. Jadi kalau kita tidak buang semua klausa ini, subseksyen ini nampaknya tidak logik dan juga sedikit hipokrit lah. Seperti yang saya katakan terlebih dahulu, saya menyokong konsep untuk memberikan legal aid kepada kanak-kanak. Tetapi pindaan-pindaan yang saya telah raise issue, tentang, kalau boleh itu please committee stage, Yang Berhormat Menteri consider putting it in a white paper amendment.


Yang terakhir saya selalu menimbul isu tentang kos implikasi kewangan. Kerajaan telah memberi tahu kita bahawa perbelanjaan wang tambahan akan berlaku tetapi amaunnya tidak tahu di dalam huraian kita itu. Saya rasa Yang Berhormat Menteri sangat profesional. Dia peguam yang lama. Saya from the same profession. Dia boleh kira. Kita sebenarnya boleh kira. Yang Berhormat Menteri kalau boleh beritahu kita berapakah kos legal aid setahun? Adakah hanya RM10 juta setahun? RM20 juta setahun? Dan dengan pindaan ini yang cuma memasukkan extension to child protection of sexual offences.


Saya rasa kosnya tidak akan kembang 10 peratus pun. But it’s very important Tuan Yang di-Pertua. Very important kita ke Dewan yang mulia ini dengan satu idea, berapa kos yang sebenarnya semua ini. Kalau kosnya sedikit, masuk RM 1 juta tambah RM 2, 3 juta, I’m sure Dewan yang mulia ini, semua Ahli Parlimen have no issue, demi menjaga kebajikan anak-anak kecil yang didera. We will fully support walaupun kena bayar RM 10 juta pun okey bagi saya. Itu sahajalah jawapan saya. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan kepada semua soalan saya. I stand by my word, I will support this very good legislation but clarification on finances is essential. Terima kasih banyak.

bottom of page