• YB Wong Chen

Rang Undang-Undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Institusi Kewangan Pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa pindaan ini yang terkandung dalam rang undang-undang ini sudah lama dikaji sejak September tahun lalu. Setelah membaca rang undang-undang ini, saya mendapati bahawa terdapat banyak pindaan yang baik dan penting bagi tujuan untuk menjadi kredibiliti syarikat-syarikat institusi kewangan pembangunan ataupun development financial institution (DFI).


Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan peranan Bank Negara dalam memperluaskan pemantauannya ke atas syarikat-syarikat DFI di Malaysia. Dalam perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh empat perkara. Pertama, adalah tentang skop syarikat-syarikat DFI di bawah akta ini. Saya dapati bahawa terdapat banyak lagi syarikat-syarikat DFI yang perlu diletak di bawah pemantauan Bank Negara. Kedua, saya akan menyentuh tentang isu pelantikan CEO syarikat-syarikat DFI. Ketiga, saya ingin menyentuh tentang isu senarai perlakuan perniagaan dilarang ataupun dengan izin list of prohibited business conduct. Keempat, saya ingin menyentuh tentang isu pelaksanaan sistem perbankan Islam kepada DFI.


Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan perbahasan saya dengan isu pertama iaitu skop akta ini. Institusi-institusi DFI mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan negara kita ini. Tidak diragui. Secara ringkas institusi kewangan pembangunan merupakan sebuah institusi kewangan ataupun bank yang memberi pinjaman yang berfokus kepada pembinaan industri-industri strategik. Bank-bank tersebut termasuk Bank Pembangunan, Bank SME, EXIM Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan Agrobank. Semua ini adalah bank-bank strategik. Apabila saya dengar perkataan strategik, saya selalu teringat kepada apa yang dikatakan oleh CEO 1MDB bahawa kononnya syarikat 1MDB ini berfungsi strategik. Apakah strategi 1MDB melabur di Mongolia, menjadi pemaju tanah yang besar sekali dan membeli jana kuasa yang buruk?


Bagi DFI, bila kita cakap strategi, memang kita bermakna strategi. Strategi bagi Agrobank ialah memberi pinjaman kepada industri pertanian. Strategi EXIM Bank memberi pinjaman kepada import dan eksport dan ini merupakan strategi yang baik. Begitu juga dengan Bank SME yang memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat perusahaan dengan izin small and medium enterprises. Jadi saya mintalah CEO 1MDB iaitu Arul Kanda cuba belajar sedikit daripada CEO-CEO institusi DFI ini sebab sepatutnya Parlimen ataupun Menteri kena recommend kepada Arul Kanda untuk jumpa CEO-CEO DFI dan tanya apakah maknanya sebenarnya strategi.


Tuan Yang di-Pertua, setakat itulah sahajalah saya hendak cakap sedikit tentang 1MDB seperti mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir, banyak kita yang di Dewan ini, kalau tidak komen tentang 1MDB, maaf ya kita rasa tidak betullah untuk hari itu. Jadi isu pertama Tuan Yang di-Pertua ialah saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri mengapakah rang undang-undang ini tidak merangkumi syarikat-syarikat DFI yang lain. Syarikat tersebut adalah Malaysian Industrial Development Finance bukan DFI, bukan di bawah pemantauan Bank Negara, Lembaga Tabung Haji bukan, syarikat Development Bank Berhad bukan, Credit Guarantee Corporation bukan, Sabah Credit Corporation bukan, Borneo Development untuk Sabah bukan, Borneo Development Sarawak, MBSB, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat, Perbadanan Usahawan Negara Nasional Berhad, semua bukan. Walaupun dianggap sebagai satu development financial institution tetapi tidak di bawah pemantauan akta ini ataupun di bawah pemantauan Bank Negara.


Sekiranya kira masuk semua syarikat DFI tersebut dalam rang undang-undang ini, ini akan menjadikan akta ibu ini lebih baik pada pendapat saya. Oleh itu saya minta Menteri memberi penjelasan sama ada dia bersetuju atau tidak sama ada syarikat-syarikat DFI yang lain patut dimasukkan ke dalam senarai DFI yang berada di dalam bidang kuasa akta ibu ini terutamanya kenapakah TEKUN, Tabung Haji, MBSB tidak dimasukkan senarai DFI akta ini sebab mereka adalah institut yang besar sekali.


Tabung Haji, TEKUN dan juga MBSB. Adakah ia dikecualikan oleh kerana saiz modal institusi tersebut? Adakah ia atas sebab institusi tersebut berada dalam pemerintahan kementerian yang lain daripada Kementerian Kewangan? Pokoknya dalam pindaan ini, semua DFI sepatutnya diletakkan di bawah pemantauan Bank Negara. Jadi saya hendak mintalah apakah pandangan Yang Berhormat Menteri dalam perkara ini.


Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin timbulkan ialah tentang pelantikan CEO ataupun pengarah kepada syarikat DFI. Saya ingin merujuk secara ringkas Fasal 7 dan Fasal 10 rang undang-undang ini di mana fasal 7 adalah mengenai pelantikan CEO dan Fasal 10 adalah mengenai pemecatan CEO. Peranan Menteri dalam kedua-dua proses ini diberi kepentingan. Yang ini hairan sekali Tuan Yang di-Pertua sebab pemantauan aktiviti-aktiviti bank DFI diletak di bawah Bank Negara tetapi apabila seseorang CEO dilantik ataupun dipecat, tiba-tiba Menteri Kewangan diberi kuasa pula dan kuasa ini kuasa mutlak. Mengikut pindaan ini, apabila CEO dilantik, kelulusan bertulis, written authority, written approval daripada Menteri Kewangan diperlukan terlebih dahulu. Apabila CEO dipecat, persetujuan Menteri diwajibkan dahulu.


Tuan Yang di-Pertua, bukankah pemecatan seseorang CEO perlu dilakukan apabila terdapat salah laku ataupun dengan izin poor or non performance of fiduciary duties. Kenapa pula termasuk campur tangan Yang Amat Berhormat Pekan diperlukan? Oleh itu saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, mengapakah pelantikan dan pemecatan CEO diberi kuasa kepada Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Pekan? Pada pendapat saya, ini adalah satu unnecessary requirement dengan izin, yang hanya akan memperluaskan kuasa Menteri dan boleh menimbulkan conflict of interest di mana Yang Amat Berhormat Pekan, kalau dia hendak, dia boleh memberi jawatan yang tinggi kepada rakan-rakannya ataupun kawan-kawannya. Sepatutnya pelantikan CEO diberi kuasa kepada Pengarah lembaga. It’s standard. Menteri yang buat pelantikan, tidak patut. Sepatutnya kalau ada Board of Directors, dia yang pilih CEO. Oleh itu saya minta Menteri menjelaskan rasional sebenarnya di bawah pindaan ini. Dari sini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung sedikit perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pandan tadi mengenai ABNxcess. Tuan Yang di-Pertua, pada 7 April 2015 baru-baru ini, laporan The Edge menimbulkan satu isu skandal kewangan yang besar sekali melibatkan Bank Pembangunan dan juga melibatkan syarikat ABNxcess. Tadi Yang Berhormat Pandan telah banyak panjang lebar menceritakan tentang isu pinjaman RM450 juta yang diberi kepada Tan Sri Kenneth Eswaran pada tahun 2013. Setahu saya, satu isu yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah pinjaman itu menjadi isu besar sebab jumlah wang yang diberi sampai kepada limit ataupun siling, the maximum ceiling of Bank Pembangunan. Pada masa itu, syarikat ABNxcess tidak ada apa-apa track record langsung untuk memulakan satu stesen kabel TV yang baru. Jadi, semua orang tahu ini adalah satu pinjaman yang mempunyai risiko yang besar sekali.


Pada masa itu banyak orang minta penjelasan daripada Bank Negara tetapi jawapan itu nampaknya lebih something to hide. Sekarang selepas dua tahun, pada tahun 2015 seperti apa yang diceritakan oleh Yang Berhormat Pandan, wang sudah banyak diguna, ABNxcess nampaknya dekat hendak tenggelam. Pekerja ABNxcess Yang Berhormat Pandan, menunjukkan bahawa tidak dibayar gaji dia, bukan sahaja itu, saya hendak tambah sedikit. Bukan sahaja gaji tidak bayar, EPF pun tidak bayar.


Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak bayar EPF, lembaga syarikat itu, Kenneth Eswaran itu patutnya boleh dimasukkan dalam penjara. Jadi, soalan saya, apakah terjadi kepada pinjaman itu? Tuan Yang di-Pertua, siapakah Kenneth Eswaran? Kita kalau baca cerita-cerita, kita tahulah apa jawapannya. Akan tetapi kita tengok dalam Facebook Kenneth Eswaran sendiri terdapat banyak sekali gambar dia bersama dengan Yang Berhormat Pekan dan juga the First Lady of Malaysia, Rosmah.


Tidak boleh dipertikaikan lagi melalui Facebook Kenneth Eswaran sendiri bahawa Yang Berhormat Pekan dan dia adalah kawan baik. Apa pula orang kata Kenneth Eswaran itu bukan sahaja seorang peniaga tetapi dia pun berilmu possibly sebagai seorang “guruji”. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang perlu dijawab di Parlimen adalah senang. Adakah sama ada apa-apa, dengan izin, undue influence dalam pinjaman RM450 juta ini yang sekarangnya nampaknya memang tidak terbayar?


Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pada isu ketiga sekarang. Di sini saya berasa amat gembira untuk membaca senarai perlakuan peniagaan dilarang ataupun list of prohibited business conduct. Saya ingin ucap tahniah kepada Bank Negara kerana memasukkan pindaan ini. Di antara perlakuan yang dilarang ataupun perlakuan yang cuba mengelirukan atau memperdaya, perlakuan yang mendorong pengguna kewangan untuk melakukan perkara yang tidak jujur dan palsu, perlakuan yang menggunakan tekanan yang tidak wajar ataupun, dengan izin, undue influence, semua ini dilarang. Perlakuan untuk menutup rasuah juga dilarang.


Tadi Tuan Yang di-Pertua, sebelum Tuan Yang di-Pertua masuk, saya sudah beritahu Tuan Yang di-Pertua, saya berjanji tidak akan komen lagi tentang 1MDB. Akan tetapi selepas membaca senarai ini saya hendak buat recommendation satu lagi pada 1MDB. Alangkah baiknya kalau senarai perlakuan yang dilarang ini, prohibited activities di dalam pindaan ini juga diberi satu salinan kepada 1MDB dan minta 1MDB masukkan dalam SOP dia. Mungkin Menteri boleh bawa cadangan ini.


Saya juga hendak beri sedikit nasihat kepada Bank Negara sebab ini akta involving Bank Negara iaitu untuk terus memperbaikkan imej mereka. Mereka memang ada imej yang baik dan pindaan ini akan menambah imej dia. Akan tetapi saya hendak minta nasihat mereka untuk memperbaiki lagi ialah untuk menarik balik kes mereka terhadap kawan saya, Yang Berhormat Pandan. Sekiranya mereka benar-benar percaya kepada kepentingan menjaga kewibawaan sistem kewangan di negara Malaysia. Dimanakah keadilan apabila seorang Ahli Parlimen dicaj kerana memberi kebenaran dan memberi maklumat untuk memastikan kes-kes seperti NFC tidak timbul dan tidak berlaku lagi.


Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir saya iaitu isu keempat yang saya ingin bahaskan ialah tentang sistem perbankan Islam. Selepas membaca beberapa jurnal akademik, khasnya yang ditulis oleh tiga orang akademik yang masyhur iaitu Beck, Demirguc-Kunt dan Merrouche. Mereka adalah pakar akademik memerhati isu Islamic banking. Saya mendapati daripada jurnal mereka bahawa sistem perbankan Islam sememangnya beroperasi dengan kos yang lebih tinggi dan memperoleh pula pendapatan kurang berbanding dengan sistem perbankan konvensional. Ini kerana sistem perbankan Islam melarang mengutip faedah.


Satu-satu caranya untuk memperoleh pendapatan adalah melalui pengutipan bayaran ataupun caj yang tinggi untuk service dan produk mereka. Oleh itu, pelanggan perbankan Islam terpaksa membuat bayaran terdahulu yang tinggi berbanding dengan perbankan konvensional. Sebelum pelanggan dapat apa-apa service, dia punya fi yang tinggi sudah dibayar, dengan izin, Islamic banking charges a lot more upfront fees than conventional banking.


Sistem ini merupakan satu kebimbangan kerana pada pendapat saya ia memberi insentif kepada bank-bank untuk meluluskan permohonan yang kurang kukuh dan juga mengambil risiko yang tidak perlu semata-mata untuk meningkatkan untung semasa dia. Dengan izin, kalau bolehlah sebab perkara banking ini teknikal sedikit, saya hendak guna bahasa Inggeris lebih. Dengan izin, there is a great incentive for bankers to approve Islamic loans for immediate upfront gains taking on unnecessary risk.


(sambung)


Jadi bagi saya, yang paling adil pada Dewan ini ialah sama ada faedah sistem perbankan Islam ini terpakai untuk DFI, sebaiknya Menteri buat satu cost benefit study tunjukkan kepada kita semua. Kita boleh bahas dan luluskan pindaan ini, no issue. Akan tetapi selepas itu, whether we want to roll it out or not, to enable the banks to practice Islamic Banking in the DFI Institution. Sebaiknya kalau boleh, buat satu cost benefit study dan kita boleh kaji. Itu sahaja cadangan saya, bukan sebagai kritik Islamic banking.


Saya tahu negara kita adalah pioneer Islamic banking. Untuk Islamic Bank, bagus, sebab dia menjana ekonomi negara kita. Akan tetapi untuk DFI membuka satu cawangan Islamic banking di mana operasi besar di mana modern bankers mengambil risiko yang banyak seperti apa yang telah berlaku, Deepak punya loan, Kenneth Eswaran punya loan, saya rasa we have to be a bit more careful. Itu sahaja.


Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perbahasaan saya. Sekian, terima kasih.