top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017.


Tuan Yang di-Pertua, saya biasanya straight to the point, I won’t beat around the bush. Dalam perkara ini, rang undang-undang ini cuma empat fasal sahaja. Jadi, maka ucapan saya sebenarnya pendek juga. Akan tetapi sebenarnya saya tidak bercadang untuk bercakap tentang GST kerana isu ini memang tidak ada direct connection langsung dengan kementerian ini ataupun dengan rang undang-undang ini.


Akan tetapi, selepas kita dengar dua hari, tiap-tiap orang bawa isu GST ini, please allow me to give my little opinion on the issue. Baik, bagi saya, apabila terdapat satu cukai baru sama ada GST ataupun apa-apa cukai pun dan diperkenalkan, Kerajaan sepatutnya memastikan penurunan cukai-cukai lain. There must be a zero tax gain when you introduce a new tax. Kita tahu sekarang data dah tunjuk, GST ambil RM40 bilion setahun daripada rakyat. Dulu sebelum GST, SST ambil RM15 bilion sahaja. Maknanya the nett collection, dengan izin, the nett collection, extra tax adalah RM25 bilion.


Tuan Yang di-Pertua, its not the issue sama ada GST itu baik atau tidak ke, 170 buah negara sudah ambil semua tu. Isu dia bila you introduce tax baru, you tidak boleh make it an additional tax, you kena turunkan tax-tax lain. Jadi, maknanya senang, RM25 bilion telah dikeluarkan daripada ekonomi negara, daripada pasaran, from the market. Setiap orang Malaysia kena bayar lebih kurang RM900 seorang. Bayi kah, grandmother kah, umur tiga tahun kah, dua puluh tahun, dua puluh satu, semua kena bayar. That is the problem, dengan dikeluarkan RM25 bilion ini, ekonomi negara kita lembap dua, tiga tahun. There is no denying this issue, that is clear cut fundamental economics.


Baik, Tuan Yang di-Pertua saya fokus balik kepada isu rang undang-undang ini. Pindaan...


(sambung)


Baik Tuan Yang di-Pertua, ini adalah pindaan yang pendek tetapi penting ya. Setelah membaca pindaan ini, saya percaya isu utamanya ialah mengenai perbandingan antara single pricing dan multiple pricing. Dalam sistem multiple pricing, syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga akan membuat satu anggaran yang mungkin mengelirukan pengguna.


Katakan saya bagi contoh sesebuah syarikat cuba menjual pakej percutian ke Bali. Harga yang diletakkan dalam advertising RM1,000. Dia bubuh satu asterisk di situ. Jumlah itu tidak akan termasuk GST ataupun caj perkhidmatan kah, caj hantar tiket kah, ya oleh itu terdapat asterisk di situ. Ini mengelirukan para pengguna apabila membeli pakej itu kerana jumlah tersebut yang diiklankan tidak termasuk caj-caj tambahan. Rang undang-undang ini cuba memperbaiki masalah ini dengan melaksanakan sistem single pricing iaitu semua caj tambahan termasuk GST perlu dimaklumkan kepada para pengguna terlebih dahulu.


Pada dasarnya dan saya menunggu jawapan daripada Menteri nanti. Pada dasarnya saya menyokong pindaan ini to be fair kerana ia mempertahankan hak pengguna. Saya cuma ada dua isu yang penting sekali dan saya minta Menteri jawab, beri pandangan beliau. Isu pertama, saya minta lah kementerian kalau boleh berikan peniaga-peniaga satu tempoh setahun sebagai satu grace period di mana peniagapeniaga boleh beralih ataupun adjust kepada sistem single pricing ini. Ini penting sekali seperti dalam Companies Act yang kita debat tahun lalu diberikan satu tahun grace period supaya semua syarikat boleh adjust. Ini penting kerana kita tidak mahu create satu situasi di mana terdapat isu-isu implementasi. Jadi saya minta Menteri kalau boleh beri jawapan pada pandangan saya sama ada dia setuju atau tidak bagi satu tahun grace period ya.


Kedua, ialah Menteri perlu waswas kerana dengan single pricing ini tiba-tiba peniaga-peniaga mungkin mengambil kesempatan untuk naikkan harga. Katakan tadi kita kata RM1,000 untuk pergi ke Bali ya. GST RM60, six percent. Kalau dia hendak adjust into a single pricing dia mungkin put up another RM40. RM1,100 sebab dari segi iklan ataupun dari segi senang difahami ia nampak angka yang lebih elok daripada RM1,060. Jadi saya minta Menteri kalau boleh fokus kepada single pricing sistem ini, mungkin disalah gunakan ya.


Baik, Tuan Yang di-Pertua, kerana pembahasan ini saya pada dasarnya menyokong, saya cuma ada satu perkara lagi yang pendek. Saya ingin membentangkan satu isu yang lain dan saya minta Menteri memberi perhatian kepadanya. Isu ini isu tentang unit pricing. Unit pricing adalah di mana pengguna dimaklumkan kos sebenarnya sesuatu produk. Saya bagi satu ilustrasi, saya tiap-tiap minggu kena pergi lah supermarket dengan isteri saya beli benda. Beli orange, apple. Saya bagi ilustrasi epal lah. Katakan saya pergi ke supermarket, terdapat epal hijau, green apples dalam paket lapan biji. Saya pergi tengok Washington apples 12 biji. Saya pergi tengok Fuji apples tujuh biji. Unit pricing akan memastikan setiap epal itu diberi kos secara gram dia. Itu penting sekali sebab kalau kita tengok tiga ini how can we decide which one is the best price?


Jadi saya minta kalau boleh, Menteri fokus kepada unit pricing kerana pengguna akan diberi kuasa to make informed decision sekiranya terdapat unit pricing system. Baik Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi tidak panjang lebar, saya sokong tetapi saya hendak tunggu jawapan daripada Menteri dahulu. Oleh itu ucapan saya pendek dan terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua. Thank you for your kindness and patience. Terima kasih.

bottom of page