top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Kewangan 2016

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana bagi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2016 ini. Saya merujuk kepada beberapa akta di dalam rang undang-undang ini iaitu Akta Cukai Pendapatan, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dan juga Akta tentang GST.


Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada rang undang-undang ini menitik berat mengenai isu pendapatan Kerajaan Persekutuan. It is about taxation.


Sehubungan itu, saya ingin membentangkan beberapa isu mengenai hasil kerajaan. Menurut Belanjawan 2017, anggaran yang telah diberi oleh Menteri Kewangan, saya perhatikan bahawa anggaran kutipan cukai pendapatan dianggarkan pada tahap RM30 bilion bagi pendapatan peribadi dan juga untuk corporate tax lebih kurang RM70 bilion. Bagi cukai pendapatan petroleum, anggaran adalah lebih kurang RM11 bilion sahaja walaupun pada dulunya petroleum tax ini besar sekali. Manakala pada cukai keuntungan hartanah ataupun apa yang kita panggil sebagai RPGT adalah cuma RM1.8 bilion. Akhirnya, Akta GST, anggaran tahun 2017 adalah RM40 bilion.


Saya merujuk kepada anggaran-anggaran ini sebab saya rasa anggaran-anggaran ini semua tidak munasabah. It is a fundamental question, dengan izin, in Parliament we have to ask whether projection by government realistic or not. Sebelum ini kita sudah baca dalam bajet alternatif kita, kita sudah kata memang tidak realistik dan juga pandangan ini telah ditulis oleh banyak pakar ekonomi di dalam The Edge dan juga Business Times mengatakan bahawa kerajaan membuat anggaran yang tidak realistik.


Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sama ada Menteri sedar atau tidak sebenarnya keadaan ekonomi Malaysia, apakah statusnya? Sebenarnya ia tidak baik. Consumer confidence, dengan izin, adalah sangat low. Business confidence is extremely low in Malaysia at the moment.


Oleh itu, dari segi perbelanjaan rakyat, kami juga memerhati bahawa penjualan kereta, car sales, vehicle sales telah menurun berbanding tahun lalu dan untuk tahun hadapan, nampaknya untuk tahun 2017, anggarannya sama. It is very poor. Car sales are very poor. Kalau kita meneliti daripada segi ekonomi perbankan, the banking industry, aktiviti-aktiviti pinjaman bank menurun dengan mendadak. There is money but nobody is lending out.


Ini adalah indicator terbaik tentang status business confidence...


(sambung) Okey, terima kasih. Baik, baik, Tuan Yang diPertua. Saya mengalih pula fokus saya kepada isu-isu dasar-dasar dalam pindaan ini. Itu komen general tentang satu projection yang salah. Pertama, saya ingin pick on the issue tentang pemerhatian bahawa profesion yang digelar public entertainer. Sekarang public entertainer dalam pindaan ini termasuk pensyarah-pensyarah universiti dan kolej. Ini merupakan satu definisi yang unik dan juga saya rasa kelakar Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, kalau lecturer is to be defined as public entertainer, sama ada Ahli-ahli Parlimen juga boleh dimasukkan sebagai kategori yang sama iaitu Ahli Parlimen boleh jadi public entertainer juga? Akan tetapi isunya macam ini... [Disampuk] Itu tidak apa. Teresa Kok itu nantilah. You can raise the issue Pasir Salaklah whether he is a public entertainer. Apakah sebenarnya hasil pindaan ini dan dari segi kutipan dan kenapakah ia dimasukkan dalam pindaan ini? Dengan izin, every time the government introduces a new classification, the minister must answer how much extra revenue is projected to be collected through this new classification. Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai 24,000 orang pensyarah IPTA dan lebih kurang 26,000 orang pensyarah IPTS. Jadi, a grand total of 50,000 lecturer. Adakah pindaan ini akan menyebabkan keadaan cukai pendapatan 50,000 orang pensyarah kita naik? Will they pay more taxes due to this new classification? Saya rasa memandangkan di bajet ini kita dah lihat pendidikan tinggi telah dipotong bajetnya, maka semua pekerja termasuk pensyarah di dalam public university, they are suffering. Jadi kenapa buat pindaan ini untuk menambahkan kesengsaraan mereka, tekanan kewangan terhadap mereka? Jadi, penting sekali untuk 50,000 orang pensyarah kita, rakyat kita, Menteri kena jawab apakah taxation baru ataupun tambahan yang akan keluar daripada klasifikasi baru ini. Saya merujuk kepada isu withholding tax. Saya sebagai peguam korporat dahulu, saya fahamlah isu tentang withholding tax ini. Sebagai prinsip, let me just give a very simple explanation. Withholding tax ialah di mana satu konsultan daripada luar negara mari ke Malaysia, dia buat kerja di sini, kita pegang 10 peratus bayaran, lebih kurang. Kadarnya 10 peratus untuk taxation purposes.


Di sini, pindaan ini akan mengecualikan isu berdasarkan geografi. Dahulunya, konsultan ini kena mari ke Malaysia kita buat withholding tax. Sekarang nampaknya dengan pindaan ini, kerja ini boleh dilakukan di Mumbai ataupun dilakukan di Singapura tetapi kita buat withholding tax juga. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, soalan yang penting, sama ada definisi baru ini untuk withholding tax merupakan international standard yang diterima oleh negara-negara lain. Sebab withholding tax, kita tax pekerja dia daripada negara lain. Do we have an agreement already before we are implementing this pindaan?


Baik dan juga adakah ini satu gambaran dunia yang baru, dunia teknologi yang mana kita banyak buat kerja melalui internet atau melalui intranet dan membuat supply of services?


(sambung) Baik saya merujuk kepada perkara lain. Saya merujuk kepada isu tentang non resident trading in commodities via consignees. Saya ingin tahu, berapakah pendapatan tambahan yang boleh didapati oleh kerajaan dengan pembatalan seksyen ini? Oleh sebab dahulu tidak payah bayar, sekarang kena bayar. Saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat Menteri, sama ada Yang Berhormat Menteri telah membuat perundingan ataupun consultation dengan industri-industri yang terlibat dan industri-industri yang terlibat ini banyak. Getah, lada, koko, these are commodities. Did the Ministers spend any time talking to the industry leaders or their own ministers about this? Sebab dengan pindaan ini, jelas satu benda Tuan Yang di-Pertua. Jelas ia akan menjejaskan industri itu sendiri dan juga mungkin menjejaskan harga pasaran komoditi. If you put a new tax on commodity directly or indirectly, you will have market consequences. Jadi saya hendak tanya dengan izin how much tax will be collected by the government? Does it make sense? Minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang terperinci. Apa yang kita tahu sekarang ini ialah Lembaga Hasil dan ini adalah satu general comment. Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah begitu rancak sekali ataupun gungho dalam Bahasa Inggeris untuk mengutip lebih hasil. Masa ekonomi kita teruk dia lebih gungho lagi hendak buat. Di Dewan ini banyak ahli doktor, pakar-pakar doktor semua banyak di sini. Dua minggu lalu, ada satu tax consultant pergi ke office saya. Dia bawa complaint tentang isu taxation kepada doktor-doktor. Doktor-doktor kita biasanya pakai struktur syarikat sendirian berhad to do business. Dia tidak bayar personal income tax, dia pakai syarikat sebagai satu special purpose vehicle untuk membuat business-nya dan apa kita tahu daripada tax consultant itu beritahu saya dan selepas itu saya berjumpa dengan Dr. Tan Kee Kwong, Dr. Siti Mariah, Dr. Lee Boon Chye kita dengar ceritanya. (sambung) Baik apa yang dia beritahu kita ialah ini income tax serbu mereka, suruh mereka bayar dan akhirnya kena bayar RM300,000 setiap orang lebih kurang on average. RM300,000 taxes for using corporate company for their income tax. Isu dia macam ini, isu dia pada masa mereka membuat syarikat-syarikat untuk membuat business mereka, business perubatan, it is completely legal to do it. This is not the case of tax, this is case of tax avoidance. Jadi apabila income tax mari hendak jumpa mereka, kata you kena bayar balik sepuluh tahun, clawback 10 years, mereka negotiate sampai tiga tahun. Resulting RM300,000 back pay. This is not legal. It cannot be like this. Saya tidak menyokong doktor-doktor yang menggunakan struktur syarikat ini sebab it is quite naughty to do so. Right, ethically I think it is wrong but legally what they did was not wrong. (sambung) Baik saya sambung daripada isu tentang LHDN tadi kenapalah LHDN ini nampaknya sangat gamat ataupun sangat gung-ho untuk dapatkan lebih hasil. Setahu saya nampaknya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai satu insentif skim program untuk memberi motivasi... (sambung) Saya hendak tahu daripada Menteri, apa motivasi sebenarnya untuk LHDN ini untuk buat collection yang banyak tinggi ini. Adakah insentif-insentif ini satu peratus, dua peratus ataupun tiga peratus? Tolong Menteri bagi satu jawapan yang jelas. Isu tentang insentif juga bagi saya, dengan izin, prinsipnya ialah, dengan izin, “You cannot give unfettered powers to the Income Tax Department and at the very same time incentivize them to collect taxes and then get the percentage cut out of it, getting a commission out of it.” Ini menimbulkan satu, dengan izin, satu major conflict of interests situation. Bagi saya, kalau hendak buat serbuan, hendak tangkap syarikat-syarikatkah, orang-orang- doktorkah, dentist-kah, lawyer-kah semua itu untuk isu tentang income tax, lebih baik serbu Menteri-Menteri juga sebab yang penting ialah kalau isteri-isteri Menteri ini kalau boleh beli Birkin bag RM24,000 satu biji, serbu dia orang dahulu. Go after the biggest sharks- that’s my advice to the Income Tax Department. Baik saya juga ingin memberitahu Menteri untuk memberi nasihat bahawa, we cannot be penny wise and pound foolish. Maknanya apabila kita membuat pindaan yang boleh membuat impak kepada hasil... (sambung) Apa yang penting ialah bila kita buat pindaan seperti ini kita kena tahu apakah sebenarnya cost benefit dia. Sama ada kita akan mendapat kelebihan wang kutipan hasil tetapi adakah apa-apa yang menjejaskan ekonomi kita. Jadi saya minta Menteri kalau boleh bagi satu complete cost benefit study tentang pindaan ini. Akhir sekali saya hendak menimbulkan tentang isu GST sebab Akta GST ada di sini. Saya lihat dalam pindaan ini kita akan menambahkan denda daripada 25 peratus kepada 40 peratus untuk orang yang tidak bayar GST ataupun gagal membayar GST. Saya hendak tanya fundamental isu dia is this legislation, dengan izin, is this legislation going to have a deterrent effect or will it going to squeeze more money out of business. Ekonomi sudah tidak naik kita kata sudah letih kita hendak lagi mengenakan business-business yang tidak bayar GST dengan sepenuhnya. Kita tahu banyak ada complaint tentang sistem kemungkinan ialah isu sistem, bukan orang tidak hendak bayar GST. Akan tetapi apabila kita bubuh denda naik daripada 25 peratus ke-40 peratus ini akan membuat satu impak yang tidak baiklah kepada business. Pepatah Melayu kata, sudah jatuh ditimpa tangga pula.


Jadi pindaan ini bagi saya nampaknya malicious bagi kesengsaraan rakyat. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua saya menolak pindaan-pindaan rang undang-undang ini dan saya menyeru pada semua Ahli-ahli Parlimen dari sini dan sebelah sana. Demi kepentingan ekonomi dan juga rakyat Malaysia untuk menghadapi kemelut ekonomi yang akan datang ini untuk menolaknya juga. Terima kasih.

bottom of page