• YB Wong Chen

Rang Undang-undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, saya hendak bermula dengan mengatakan bahawa reputasi Malaysia ini di persada antarabangsa sudah tercemar dengan kes 1MDB. Walaupun kita terdapat global sympathy daripada kes MH370, kita boleh menggunakan sukan sebagai satu soft power. Kalau kita maju daripada segi sukan, kita boleh dapat satu soft power untuk memperbaiki keadaan negara kita.


Jadi, bagi saya, sukan sepatutnya tidak dipolitikkan dan saya rasa pindaan pada amnya dalam rang undang-undang ini nampaknya cantik, is good. Saya bermula dengan mengatakan bahawa pengiktirafan kepada Paralimpik kita itu memang satu konsep yang positif. Kita, saya rasa, di sebelah sini memang boleh terima dan mengalu-alukan dan congratulations to the Minister for a good job.


Baik, saya ingin menyentuh tentang Sports Dispute Committee yang pada amnya nampak baik juga sebab kita tidak sukalah apabila kita baca dalam surat khabar, Yang Berhormat Menteri kita yang baik ini kena attack daripada VVIP. Itu tidak betullah. Kalau boleh itu, let’s have a dispute settlement melalui Sports Dispute Committee ini.


Akan tetapi on the closer look, dengan izin, saya rasa ada masalahnya daripada segi basic concept. Basic concept itu ialah di dalam Jawatankuasa ini terdapat lima orang ahli tetapi kesemuanya dilantik oleh Yang Berhormat Menteri. Ini adalah amalan yang tidak baik kerana apabila kita beri kuasa berlebihan kepada Yang Berhormat Menteri, there is no check and balance.


Jadi prinsipnya ialah sekurang-kurangnya kita mesti ada satu kriteria untuk memilih siapa boleh jadi chairman. Saya lihat di dalam rang undang-undang ini terdapat kriteria iaitu untuk dua ahli sahaja iaitu qualification atau experience dalam sports atau sporting events. Itu penting. Saya hendak buat satu suggestion to the Minister kalau bolehlah. Kalau boleh pinda last minute ataupun untuk pindaan masa depan. Isu ini ialah committee untuk dispute settlement. Lebih baik kita katakan sekurang-kurangnya satu atau dua ahli daripada lima ahli Jawatankuasa ini terpilih daripada background undang-undang ataupun timbang tara ataupun hakim. So that at least we know the process ada terdapat satu dua expert dalam committee ini.


Bagi saya, kalau kita betul-betul nak advance policy making ataupun rang undangundang di Malaysia ini, kita perlukan adakan satu jawatankuasa untuk specific ministry. Dalam kes ini, kalau kita ada jawatankuasa untuk belia dan sukan- dan saya rasa isunya tidak politik sangat sebab kita semua sokong kebaikan sukan di negara kita. We can have Select Committee on this, bolehlah nanti dua ahli lembaga ini dipilih oleh Select Committee daripada Parlimen. Ini memberikan kuasa tiga ahli lembaga daripada Yang Berhormat Menteri sendiri.


Jadi kriteria dan juga selection process perlu diperbaiki. Oleh itu, saya tidak akan menyokong pindaan ini sekiranya- saya akan sokonglah dengan proviso ada pindaan sedikit tentang isu Lembaga ini.


Baik, saya hendak turn to the issue tentang sukan. Saya juga peminat bola sepak, peminat badminton. Jadi saya rasa kawan baik saya Yang Berhormat Kapar oleh kerana dia tidak ada opportunity untuk membuat ucapan dia- dia boleh interject nanti. Dia baru masuk.


Saya bermula dengan isu bola sepak ini. Ranking terbaru Malaysia 178 daripada 208 negara. Yang Berhormat Kapar kalau hendak interject, sekarang masanya. Ini adalah ranking yang paling rendah dalam sejarah Malaysia. Ini mengikut ranking sistem FIFA yang diamalkan sejak tahun 1993 di mana kita bermula dalam ranking 75.


Sejak Yang Berhormat Rembau jadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2013, ranking Malaysia kita 154. Dalam lima tahun ini jatuh kepada 178. Jadi dalam perkara ini, saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri- sebab bola sepak ini semua suka bola sepak, kebanyakan rakyat kita- can you please give a bit more focus, cuba naikkan ranking kita.


Badminton adalah sport yang juga membawa nama baik negara kita. Saya lihat sekarang Lee Chong Wei ranking dia nombor enam. Akan tetapi masalah besarnya ialah tidak ada pemain men’s singles selain daripada Lee Chong Wei dalam ranking top 20. Dalam top 50 ada tiga pemain lain iaitu Daren Liew pada rangking 44, Lee Zii Jia pada rangking 46 dan Iskandar Zulkarnain tepat-tepat ranking 50.


Kita semua tahu apabila Datuk Lee Chong Wei bersara, Malaysia akan terus hilang daripada dunia badminton kalau kita tidak ada men’s singles yang terkenal. Ini menjadi problem- saya rasa it is a soft power issue dan menjadi problem untuk kita sekiranya badminton kita tidak maju jaya.


Daripada segi men’s doubles juga, kita tidak ada team dalam top 10 pun. Paling tinggi ialah Goh dan Tan dalam ranking 13. Selepas itu nombor 18, 37 dan 51. We have a serious problem. We have international class player, famous players, kita ada history badminton 40 tahun, 50 tahun. Kita tidak boleh membenarkan badminton kita menjadi a forgotten sport di dalam Malaysia daripada segi persada antarabangsa ini.


Point terakhir saya ialah saya ingin memberi niat dengan niat baik satu nasihat kepada Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau dan saya ini sebenarnya ada banyak commonality. Yang Berhormat Rembau dan saya pergi ke sekolah yang sama iaitu United World College of South East Asia di Singapura. Guru yang mengajar saya dahulu mengajar dia juga. Commonality nombor dua ini ialah kita dua-dua ini, saya rasa dalam Dewan ini tidak banyak main polo, saya pun main polo.


Saya bermain polo dua tahun lalu semasa saya peguam di Kota Bharu tetapi cara kita bermain polo di Kota Bharu ini memang berlainan dan polo ini adalah satu sport, kita panggil sport of kings and the closest thing to the experience of war on horseback memang- kalau you main polo memang sedap. Saya main untuk tiga, empat tahun di Kota Bharu pada masa itu tetapi yang kita main itu ialah rural polo, maknanya all cheaper lah. Rakan saya yang bermain polo itu bukan orang kaya, ada yang menjual Ramly Burger pun. Distributor bukan dia jual burger itu, distributor Ramly Burger, mekanik. Akan tetapi di Kuala Lumpur ini, ini adalah untuk upper class, super upper class, elite, Raja-Raja kita.


Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri kita please, dalam isu bola sepak dan badminton, please do not focus on your polo anymore. Look at the sport of the people. Try to do something daripada segi bola sepak, ranking kita sudah turun dan juga badminton. Kawan baik saya Yang Berhormat Ketereh, he was the champion of badminton. Masa Thomas Cup, I remember. Walaupun kita berlainan, I really respect what he’s done. So, Minister please take my personal advice, nasihat sayalah dengan sangkaan baik. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih.