YB Wong Chen
Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, perkara pertama pindaan tajuk fasal 4 dengan menggantikan perkataan “Majistret”, dengan perkataan “Hakim Mahkamah Tinggi”. Perkara ini telah dibahaskan tadi oleh Yang Berhormat Sepang. Jadi alasan atau pun rasional behind this adalah yang sama.
Bagi perkara kedua, pindaan fasal 4(1) dengan menggantikan perkataan “Majistret” kepada perkataan “Hakim Mahkamah Tinggi” selepas perkataan “...seseorang”. Ini adalah yang sama dengan yang tadi.
Bagi perkara ketiga, pindaan fasal 4(1) dengan menggantikan perkataan “Majistret” kepada perkataan “Hakim Mahkamah Tinggi” sebelum perkataan “...hendaklah”. Isu yang sama juga iaitu di mana dalam struktur pindaan saya, saya minta Hakim Mahkamah Tinggi mengambil alih kerja-kerja Majistret.
Bagi perkara keempat, pindaan fasal 4(1) dengan menggantikan perkataan “...hendaklah” dengan perkataan “...bolehlah”. Perkataan ini sangat penting walaupun ia satu ayat. Perkataan ini penting sebab ini memulangkan kuasa kepada Hakim untuk membuat keputusan. Sebelumnya tanpa pindaan ini, Hakim tidak ada kuasa langsung. Dia terpaksa melakukan. Dalam bahasa Inggeris, he shall do it, what we are asking is to change it to “may”
Perkara kelima, pindaan fasal 4(1)(a) dengan menggantikan perkataan, “atas pengemukaan pertanyaan bertulis yang ditandatangani oleh seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyatakan bahawa terdapat alasan”, kita pinda dengan, “setelah berpuas hati bahawa wujudnya alasan-alasan munasabah.” Ini juga memberi balik kuasa kepada Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat satu-satu keputusan berdasarkan dengan izin, reasonable grounds. Ini penting sangat kerana ini memastikan rule of law dan protection of rights of the people are met.
Pindaan perkara keenam, pindaan fasal 4(1)(a) dengan menambahkan sebelum perkataan “terlibat” dengan perkataan “didakwa”. Maknanya apa yang berlaku dalam pindaan ini kita tambah ayat “didakwa terlibat”. Ini memberi satu kepentingan yang penting sekali daripada segi undang-undang iaitu memberi presumption of guilt.
Perkara ketujuh, pindaan fasal 4(1)(a) dengan membatalkan perkataan-perkataan patut dicatatkan dalam daftar. Dalam struktur pindaan kita, kita tidak memakai langsung isuisu daftar. Jadi, perkara daftar tidak terpakai lagi. Oleh itu diminta ditolak ataupun dibuang perkataan daftar ini.\
Perkara kelapan, pindaan fasal 4(1)(a) dengan menggantikan perkataan-perkataan ‘21 hari’ dengan perkataan-perkataan ‘14 hari’. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini tersangat penting. Ia penting kerana 21 hari itu adalah satu jangka masa yang terlalu panjang. Kenapakah kita pilih dua minggu ataupun 14 hari? Kita pilih 14 hari sebab dalam undangundang Komanwel, khasnya United Kingdom dan juga Australia, mereka juga memakai tempoh yang sama iaitu 14 hari. Masa reman, pretrial detention adalah 14 hari. Jadi, ia sangat penting kalau kita hendak menunjukkan bahawa kita adalah di antara sebuah negara yang memerhati ataupun support United Nations. Kita perlu membuat satu sistem yang cukup menunjukkan walaupun kita hendak lawan terrorism, kita masih ada ruang untuk demokrasi.
Perkara 9 pindaan fasal 4(1)(b) dengan menggantikan perkataan-perkataan “Jika tiada pernyataan sedemikian dikemukakan dan tiada alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah, mengarahkan pelepasannya”. Diminta diganti dengan perkataan-perkataan “Jika tiada alasan-alasan yang munasabah atasnya, seseorang itu ditahan secara sah, mengarahkan pelepasannya”. Pindaan penting kerana ia memberi kuasa kepada hakim dan juga kerana pernyataan pegawai polis itu tidak lagi terpakai dalam situasi tersebut...
(sambung)
Jadi bagi perkara 10, menggantikan keseluruhan fasal 4(2) dengan perkataanperkataan seperti berikut, “Mana-mana orang yang direman di bawah perenggan (1)(a) hendaklah, melainkan jika dilepaskan terlebih dahulu pada atau sebelum habis tempoh remannya hendaklah sama ada didakwa di Mahkamah Tinggi ataupun dilepaskan sertamerta”.
Perkara 11, pindaan fasal 4(3) dengan membatalkan perkataan “semata-mata”. Ini penting kerana ini satu definisi yang terlalu kecil ataupun too narrow. Perkara 12, pindaan fasal 4(4) dengan membatalkan perkataan-perkataan, “Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 10(6)” ini tidak ada lagi dalam struktur pindaan kita maka dipohon untuk dibatalkan. Fasal 4(5) juga dibatalkan dengan alasan yang sama.\
Perkara 14, perkara yang terakhir pindaan fasal 4(6)(a)(ii) dengan membatalkan perkataan-perkataan “terbuka dan aktif” kerana ayat ini, peguam kita tengoklah perkaraperkara ini ya... [Disampuk] Ini mengelirukan dan juga perlu dikeluarkan sebab ia tidak definite. Kalau tidak definite, kalau kita pergi ke mahkamah nanti susah untuk polis dan juga susah untuk rakyat. Dengan itu saya pohon pindaan yang dicadangkan oleh saya diterima dan disokong. Terima kasih.