• YB Wong Chen

Rang Undang-Undang Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini mengenai MAVCOM.


Tuan Yang di-Pertua. Saya masih ingat dua tahun lalu. Saya telah menimbulkan isu-isu mengenai perkara yang lebih kurang sama yang saya akan cakap sekarang apabila rang undangundang ini diberi bacaan kali kedua pada dasarnya. Pada masa itu, saya telah menimbulkan dasardasar penting khasnya mengenai kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah seksyen 5 dan seksyen 9. Mengapakah kuasa ini diberikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk campur tangan dalam isu MAVCOM? Sebab MAVCOM ini adalah perkara pengangkutan bukan perkara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mengapakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkuasa untuk melantik CEO? Dia seorang melantik, bukan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan sebagai CEO untuk MAVCOM. Selepas itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga diberi kuasa untuk melantik satu lagi ahli lembaga daripada EPU. EPU di bawah Jabatan Perdana Menteri.


Apa yang paling merunsingkan pada masa itu dan juga pada kini, adalah Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kalau hendak lantik ahli-ahli lembaga, perlu mendapat lebih kuranglah consent daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada tahun 2015, semasa undang-undang diluluskan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebenarnya telah castrate the powers of the Minister of Transport. Ini menimbulkan soalan penting iaitu adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kejar kuasa lebih ataupun adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak percaya langsung kepada rakan Kabinetnya, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan? It is either one or the other, it cannot be both. Kalau Parlimen, Dewan yang mulia ini terus meluluskan undangundang seperti ini, mungkin timbul satu hari Yang Berhormat Menteri Pengangkutan hendak pergi toilet, kena tanya minta consent daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.


Tuan Yang di-Pertua, yang sudah lulus, yang sudah lepas, saya tidak akan komen panjang lagi. Akan tetapi bagi kita di sebelah sini, Pakatan Harapan, kalau kita menang PRU-14, kita akan reverse undang-undang ini, memastikan kita decentralize the supreme powers of the Prime Minister. Moving forward Tuan Yang di-Pertua, isu di depan kita pada hari ini ialah pindaan kali pertama kepada undang-undang ini sejak 2015. Ini adalah pindaan khasnya tentang kewangan.


Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan untuk membahas tentang performance MAVCOM sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 2016. Apakah misi dan fungsi MAVCOM? Kalau kita lihat di dalam laman web MAVCOM, ia kata fungsi ia ialah untuk:

  • mengawal selia perkara ekonomi penerbangan;

  • melindungi pengguna dan juga mengadakan satu dispute settlement process ataupun penyelesaian pertikaian;

  • mentadbir hak trafik udara; dan,

  • menasihati kerajaan dalam isu-isu aviation.

Jadi, nampak jelas daripada fungsi ini kita perlu mengambil kesempatan ulang tahun, satu tahun lebihlah untuk tanya tentang performance MAVCOM dalam empat topik ini.

  • lesen;

  • consumer protection;

  • competition ataupun persaingan; dan

  • belanjawan MAVCOM.

Apa yang tidak terus cakap di— website tadi ialah MAVCOM ialah ejen pelesenan dan sebab itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang memberi fokus kepada MAVCOM. Kerja pelesenan ini, berjenis-jenis lesen:

  • Air Service License;

  • Air Service Permit;

  • Ground Handling License; dan

  • Aerodrome Operator License.

Tuan Yang di-Pertua. Negara kita, kita semua tahu kaya. Resource rich, oil and gas banyak dan kekayaan ini menimbulkan isu-isu ketirisan dan juga rasuah, kalau tidak ada sistem. Isu tentang lesen adalah berkaitan sangat dengan isu ini, isu rasuah. Sekiranya sistem tidak ada check and balance, pelesenan bakal menjadi satu gateway for legalized corruption. Pejabat saya telah memantau senarai syarikat-syarikat yang mendapat lesen-lesen. Saya tidak baca semualah. Saya tengok ada list dia, 40 syarikat lebih. Different types of license for different companies.


Akan tetapi, saya perhatikan dua syarikat khasnya yang menimbulkan isu tentang transparensi dan accountability. Syarikat pertama ialah syarikat Elite Jets Sdn. Bhd. yang dimiliki Dato’ Mohd Nazasli Tan Sri Abdul Aziz, anak kepada Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Aziz bin Shamsuddin, bekas Timbalan Menteri Pendidikan. Kedua ialah syarikat yang famous iaitu Brahim’s SATS Food Services Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Brahim’s Holdings Berhad dan ini pula dimiliki oleh anak bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Badawi. Tambahan pula Yang Berhormat Baling memegang jawatan pengarah bukan eksekutif di Brahim’s.


Isu ini bukan kita tidak membenarkan syarikat-syarikat yang mempunyai political connection untuk berniaga. That is not the issue, Yang Berhormat Menteri ya jangan salah sangkalah. Kemungkinan mereka pandai dalam perniagaan penerbangan. Mungkin anak Tan Sri Aziz ini minat dan capable sangat dalam isu pengendalian private jet. Itu tidak salah. Apa yang perlu dilakukan oleh MAVCOM adalah di dalam annual report dia, ia kena melaporkan dan juga identify semua politically sensitive companies ini. Ini adalah international reporting standard yang baru. Bukan baru sangatlah. Ini adalah standard, international reporting standard. Bank Negara pakai ini. Politically sensitive persons have to be identified. Jadi, saya minta kalau boleh MAVCOM dalam annual report dia, identify this politically sensitive company. We do not judge but we must be told, ya Yang Berhormat Menteri. Mesti transparent dan lebih tulus. Bagi saya, tujuan untuk membuat reporting ini ialah supaya duit-duit corruption ataupun kleptokrasi tidak mencari jalan masuk ke dalam kontrakkontrak kerajaan dan juga lesen-lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan. Oleh yang demikian, saya rekomen MAVCOM mengendalikan satu senarai politically sensitive interest dalam senarai lesen yang diberikan.


Saya merujuk pada isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua. Consumer protection. Saya telah membaca laporan MAVCOM sendiri di mana terdapat 1,639 kompelin, bukan 600 lebih itu. 1,639 kompelin daripada bulan Mac 2016 ke Februari 2017. Kebanyakan kompelin lebih kurang 98 peratus adalah mengenai syarikat penerbangan dan servis, ground crew dan juga tujuh kompelin tentang aerodrome ataupun pengendalian airport. Mengikut Pengarah MAVCOM, Pengarah Consumer Affairs, Pushpalatha Subramaniam, “Syarikat-syarikat penerbangan bakal didenda sehingga ke RM200,000 sekiranya terdapat satu kesalahan consumer protection yang ketara”. Akan tetapi pada masa kini, MAVCOM menyatakan denda ini belum bermula lagi. Jadi saya hendak satu confirmation daripada Yang Berhormat Menteri, sudah satu tahun lebih beroperasi, masih tidak ada consumer protection enforcement activity. Kenapa tidak ada? Padahalnya, pada masa rang undang-undang dibentangkan pada kali pertama, dia kata ini adalah consumer protection. MAVCOM didirikan khas untuk ini.


Jadi saya hendak cerita sedikitlah sebab isu kompelin ini, saya rasa semua Ahli Parlimen sini ada kompelin tentang penerbangan. Tadi Yang Berhormat Kapar beritahu saya semasa dia duduk, gear aero plane, bergegar selalu [Ketawa]. Jadi, saya rasa semua orang ada kompelin. Saya hendak share sedikit tentang kompelin saya sendiri. Dua tahun lalu Tuan Yang di-Pertua, saya bercuti di Australia, bawa dua orang anak saya, isteri saya pergi, saya booking AirAsia sebab murah, economy class AirAsia. Oleh sebab saya ada dua anak yang kecil, satu umur dua tahun, satu umur empat tahun pada masa itu. So, I booked the front seat of the economy, yang depan sekali sebab di situ ruang yang lebih. Kalau kita naik kapal terbang lain, kapal terbang seperti MAS kah, British Airways, memang kawasan depan ekonomi itu, di —reserve untuk bayi-bayi, untuk babies and young toddlers. Jadi saya bayar, saya kena bayar tahu, RM400 lebih, additional to buy the tickets. RM400 additional to reserve those seats. Saya naik kapal terbang itu masa night flight. Satu malam orang cross dari kiri ke kanan hendak guna tandas, guna kawasan lapang yang saya bayar itu, to transit from one place to another. Jadi saya kompelin kepada air stewardess, dia kata dia tidak boleh buat apa-apa pun tetapi duit sudah ambil daripada saya. RM400 sudah hilang tetapi servis kosong.


Apa yang paling memarahkan saya ialah bukan saya hendak minta semua duit tiket itu dibayar, sekurang-kurangnya bayar balik RM400 itu. Saya tulis surat kepada AirAsia dia tidak care. Zero action from AirAsia. Jadi memang isu consumer protection ini penting. Kalau Ahli Parlimen boleh diendahkan seperti itu, apalagi pengguna-pengguna lain dan AirAsia ini beroperasi selama 21 tahun bukannya semalam, 21 years. Sekurangnya beratus-ratus juta pengguna takkan complaint saya ini special sangat, tidak pernah berlaku. There must be thousands of the same complaints. Beli kawasan untuk anak-anak tetapi dikacau oleh pengguna lain, penumpang lain. Jadi saya berharaplah Yang Berhormat Menteri kalau boleh itu advance the consumer protection element. Kenakan denda-denda yang berpatutan, janganlah RM200,000 tetapi memang kena berlaku.


Isu keempat dan isu terakhir saya Tuan Yang di-Pertua tentang belanjawan MAVCOM. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah satu rang undang-undang tentang kewangan. Saya hendak tahu dalam pindaan ini, MAVCOM hendak minta dana yang lebih dan dana yang dicakapkan ialah seperti yang dikatakan dalam surat khabar ialah RM1 satu passenger ya, yang itu saya baca. Akan tetapi undang-undang ini memang tidak ada limit. Kalau esok dia caj RM2, RM3, lima tahun depan RM10 kita tidak tahu.


Jadi saya hendak tahu kepastian daripada Yang Berhormat Menteri RM1 caj ini yang saya nampak nominal lah boleh kita terima. Hendak pakai berapa lama? Can you commit to five years? No increase. Sebab hidup kita semua ini susah, cost of living is going up. Jadi saya hendak tahu yang itu tetapi lebih penting ialah isu tentang kewangan ataupun bajet MAVCOM. Di manakah audited report? Kalau belum audit lagi, at least the management report for the year 2016. Sudah beroperasi satu setengah tahun sudah, di manakah report ini? Saya minta kalau Yang Berhormat Menteri boleh bagi assurance, bagi dalam website, terbitkan dalam website.


Pada umumnya, saya sedikit kecewa dengan MAVCOM tetapi bukan kecewa sangat. Nampaknya dia ada publish report dia, itu bagus. That is a good thing that you publish your report. Akan tetapi saya hendak lihat progress yang lebih tentang consumer dan juga persaingan, itu penting. Those are your main function. So, pursue that first dan bukan sahaja buat isu tentang pelesenan. Kalau hendak buat pelesenan bagi full accountability, full transparency. Okey, itu sahajalah pembahasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.