top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 dan Anggaran Pembangunan 2015

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin memberi fokus kepada satu butiran sahaja yang penting mengenai kementerian ini. Fokus saya ialah B.24 Butiran 030500 – di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di muka surat 328 mengenai perkara Dasar dan Penyelarasan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA. Butiran ini ialah mengenai Free Trade Agreement dan perbelanjaan yang disediakan adalah sebanyak RM1.35 juta sahaja.


Tuan Pengerusi, kerap kali kita dengar daripada Yang Amat Berhormat Pekan, bahawa TPPA ini baik sekali. Akan tetapi pesanan Tun Dr. Mahathir ialah TPPA ini teruk sekali. Daripada Menteri MITI sendiri, Yang Berhormat Jeli, beliau lebih cautious dengan izin, lebih berhati-hati dalam rundingan. Itu saya memang respect tetapi Tuan Pengerusi, bos sebenar, bos besar dalam isu TPPA ini bukan Yang Berhormat Jeli walaupun dia Menteri. Bos besar itu bukan Tun Dr. Mahathir. Bos besar TPPA ialah kuasa mutlak Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan. Dalam undang-undang Malaysia, kuasa mutlak ini untuk menandatangani perjanjian perdagangan adalah di tangan Perdana Menteri, bukan dalam Parlimen. Setiap kali Yang Amat Berhormat Pekan berjumpa Obama, balik sahaja ke Malaysia, beliau kuat menyokong TPPA.


Tuan Pengerusi, isu sokong atau tidak menyokong TPPA cuma boleh diselesaikan sekiranya semua Ahli Dewan di sini dan juga rakyat diberi data ekonomi yang terbaik dan juga yang terperinci. Sebelum itu, perbahasan tentang isu baik atau buruknya sistem ataupun falsafah ekonomi globalisasi, isu sovereignty, baik kita kaji dan jawab soalan yang paling basic terdahulu. Sebelum kita berbahas tentang isu-isu idea-idea Profesor Ha Joon Chang, mercantilism versus free trade. Baik kita jawab soalan dasar.


Soalan dasarnya ialah ini, “Sekiranya kita tandatangani TPPA, adakah Malaysia akan menjadi lebih kaya atau selepas tandatangani TPPA kita menjadi lebih miskin?” Very basic fundamental question, Tuan Pengerusi. Dengan ini, dengan izin Tuan Pengerusi, this is not a rocket science. It is not about economic philosophy. Tuan Pengerusi, the fundamental question are we going to make money or are we going to lose money?


Selepas Menteri memberi jawapan yang jelas mengenai isu ini, barulah kita boleh terus berbahas tentang isu free trade. Sekiranya data ekonomi menunjukkan TPPA ini tidak akan menguntungkan negara, tidak perlu kita sign. Jangan tandatangan sahaja.


Kalau TPPA menguntungkan, kita boleh bahas isu lain seperti ISDS, sovereignty, bumiputera economics, procurement, intellectual property rights, market access, banyak topik, 26 chapters lagi.


Tuan Pengerusi, semua ini ada kaitan dengan Butiran 030500. Butiran ini menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak serius mengenai isu perjanjian perdagangan seperti TPPA kerana FTA ini berbilion-bilion eksportnya. Akan tetapi kementerian allocate RM1.3 juta sahaja. Tuan Pengerusi, kalau kita bandingkan dengan spending yang lain di bawah kementerian ini seperti Butiran 030300, dana untuk ASEAN, RM7 juta. RM1.3 juta untuk TPPA, dana untuk ASEAN sahaja a done deal, RM7 juta. Jadi Pengerusi ASEAN dalam Butiran 100100 dapat RM10 juta. Perbelanjaan FTA RM1.3 juta sahaja.


Tuan Pengerusi, pada masa kini, perdagangan Malaysia dengan 11 buah negara yang berunding TPPA mencecah RM60 bilion setahun. RM1.3 juta, kalau dibahagikan dengan RM60 bilion, merupakan 0.002 peratus. RM60 bilion punya trade deal, you belanja RM1.3 juta sahaja, 0.002 peratus. Ini ialah dana yang terlalu kecil dan lagi teruk ya Tuan Pengerusi, tahun 2014, cuma RM1.1 juta. Ia increase sedikit. Increase RM300,000 setahun.


Oleh itu, saya hendak pesan kepada kerajaan, “You have to put the money where your mouth is”. Tidak boleh cakap yang kita ini, “Wah! Sudah prepare TPPA, kita hendak jaga kebaikan negara...” tetapi belanja RM1.3 juta. Oleh itu Tuan Pengerusi, saya memang rasa sekurang-kurangnya Menteri perlu mempertimbangkan bajet yang lebih besar, sekurang-kurangnya RM20 juta setahun untuk rundingan TPPA, dapatkan cost benefit yang terbaik, dapatkan pakar-pakar perunding yang terbaik, dapatkan peguam antarabangsa, international trade lawyers yang expert.


Dapatkan servis daripada Sidley Austin ataupun White & Case. Penambahan dana ini perlu kerana ia mempunyai satu syarat yang penting. Kalau hendak buat, hendak bayar RM20 juta, menambahkan dana, yang penting apa-apa yang kita dapat daripada report ini perlu diberitahu kepada Parlimen. That is basic principle of accountability.


Jadi, daripada pihak Pakatan Rakyat dan juga PKR khasnya, kita akan terus melawan isu ini sebab selagi cost benefit analysis tidak diterbitkan secara terbuka kepada Parlimen, susah kita hendak beritahu rakyat kita, TPPA ini baik atau tidak.

Apa yang lebih penting Tuan Pengerusi, yang aneh sekali kita tengok dana untuk TPPA kurang tetapi Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan sokong ia kuat sekali. Ini menimbulkan satu persepsi dan persepsi adalah terdapat satu back door deal di antara Obama dan Yang Amat Berhormat Pekan iaitu suatu rundingan secara rahsia. Persepsi ini saya buat bukan dengan fikiran jahat ataupun niat jahat tetapi persepsi ini berdasarkan dua fakta. Fakta pertama ialah Menteri Wilayah Persekutuan sendiri, Tengku Adnan pernah kata bahawa Presiden Obama ini memang penyokong kuat Yang Amat Berhormat Pekan. Persepsi ini juga diterbitkan di luar negara seperti di Washington Post, tanya soalan kenapa Obama tidak buat apa-apa kritikan langsung terhadap Yang Berhormat Pekan apabila crackdown Akta Sedition dilakukan. Fakta kedua ialah berkaitan dengan seorang bernama Frank White Jr. Report ini dan data-data semua ini memang ada di internet dan dalam Facebook dan juga dalam website Frank White Jr. Dia merupakan kawan baik Obama dan juga National Vice Chair of Obama Election Campaign. Maknanya Tuan Pengerusi, dia adalah seorang political fund raiser untuk Obama. Syarikat kepunyaan Frank White ini ialah syarikat DuSable Capital Management yang mendapat kontrak 1MDB untuk projek penjana kuasa solar 50 megawatt di Kedah melalui direct negotiation. Ini semua report data daripada Malaysian Insider, boleh kita check DuSable Capital Management punya website, memang semua data ada di situ.


Tuan Pengerusi, sekiranya Obama dan Najib mempunyai satu hubungan yang rapat, itu baik untuk negara tetapi kita di Dewan ini perlu lebih berhati-hati tentang isu TPPA. Their personal friendship is their issue but for us as Members of Parliament, we have to be very careful about TPPA.\


Oleh itu, saya memang hendak recommend kepada kementerian, berhati-hati apabila kita membuat perundingan TPPA. Gunakan dana lebih banyak, sekurangkurangnya pakai RM20 juta setahun. Jangan sahaja guna RM1.3 juta. Itu terlalu sedikit. Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, saya berharap Menteri dalam Dewan ini memberikan pertimbangan sewajarnya kepada cadangan saya dan terima kasih.

bottom of page