top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Perbekalan 2016

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang membahas isu-isu dasar bajet tahun 2016. Saya akan memberi fokus kepada dua perkara dalam perbahasan saya. Fokus pertama saya adalah isu-isu ekonomi makro dan tentang kemelut confidence crisis yang kami sedang hadapi. Satu situasi yang cukup bahaya dan mungkin menjadi lebih teruk pada masa yang terdekat. Saya akan memberi satu penjelasan makro ekonomi bagaimana dan sebab-sebabnya ia berlaku.


Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, I will first explain the origins of the current confidence crisis because before we can find solutions, we need to understand the causes and the problems. Fokus kedua saya adalah mengenai beberapa butir Bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan Jumaat lalu. Saya akan memberi kritikan saya, constructive criticism dengan niat baik bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan dan saya akan memberi sebab-sebab saya kenapa saya tidak boleh bersetuju dengan bajet itu.


Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan isu confidence crisis ataupun krisis keyakinan yang berdepan dengan Malaysia sekarang. Saya teringat kembali kepada krisis ekonomi tahun 1997.


Peristiwa krisis ekonomi 1997 walaupun dekat 20 tahun yang lalu, masih dengan izin, fresh in my mind. Ia bermula pada bulan Ogos 1997 dan bermula dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit dengan cara yang mendadak. Kejatuhan itu diikuti dengan ketidakupayaan syarikat-syarikat korporat Malaysia membuat bayaran faedah kepada bank-bank tempatan dan juga bank-bank asing.

Ini kemudian menimbulkan satu risiko bahawa berapa bank-bank tempatan juga akan tenggelam. Dengan keretakan sistem bank-bank Malaysia pada tahun 1997, masalah itu mula merebak ke semua aspek ekonomi negara. Syarikat-syarikat yang tidak ada kena mengena dengan spekulasi ataupun dengan apa-apa financial instrument mengalami satu confidence crisis yang teruk sekali sampai ke satu tahap di mana institusi kewangan dan bank naik faedahnya melambung sampai melebihi 30%.


Dengan izin, the currency crisis, what started as a currency crisis menjadi satu banking dan financial crisis dan became a full blown economic crisis. Pasaran Bursa Malaysia pada masa itu dinamakan KLSE hilang surut nilai melebihi 70%. Pada satu ketika, KLSE turun ke paras bawah 300 poin.


Tuan Yang di-Pertua, krisis 1997 bermula pada bulan Ogos 1997 tetapi keperitannya hanya dirasai, saya ingat dirasai dengan ketara sekali sembilan bulan kemudian iaitu di pertengahan bulan Mei 1998. Krisis mata wang, permulaan, sembilan bulan kemudian menjadi krisis ekonomi yang teruk sekali dengan izin, it started as a currency crisis in 1997, it became a deep economic recession in the middle of 1998...


(sambung)


Tuan Yang di-Pertua, kesusahan dan keperitan rakyat semasa empat tahun daripada tahun 1997 sampai tahun 2001 tidak dapat dilupai. Ramai kita tahu ada banyak yang kehilangan kerja, kilang tutup, beratus-ratus ribu menjadi muflis. Sehingga sekarang kita daripada professional class, saya sebagai seorang peguam dan juga kalangan peniaga sampai sekarang kita masih tidak dapat merasa pemulihan daripada krisis tahun 1997.


Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sekiranya kita tidak melakukan perkara-perkara yang drastik dalam bajet ini krisis ekonomi semacam 1997 bakal berulang lagi tahun hadapan. Saya tidak mahu kegawatan berlaku dengan izin once in my life time is more than enough. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua terdapat banyak sekali petanda-petanda ekonomi bahawa krisis keyakinan yang kita sedang hadapi, we are facing a confidence crisis boleh menjadi satu krisis mata wang yang telah kita hadapi dan terus menjadi lebih besar.


Oleh itu, dalam pembentangan bajet ini baru-baru ini Yang Amat Berhormat Pekan sepatutnya memberi kita semua dalam Dewan ini satu road map untuk mengatasi atau mengelakkan krisis itu. Akan tetapi malangnya bukan sahaja Yang Berhormat Pekan tidak memberi apa-apa cadangan proaktif untuk mengelakkan satu krisis, malah beliau jelas masih di dalam satu denial mood. Ini malang. Ini malang kepada kami di Dewan, malang juga kepada beliau sebagai Menteri Kewangan.


Dengan izin Tuan Yang di-Pertua in the final analysis, kedua-dua krisis tahun 1997 dan sekarang ada persamaannya iaitu pada dasarnya kedua-dua berpunca daripada masalah pinjaman berlebihan, too much borrowings dan kehilangan investor confidence bahawa pinjaman itu boleh dibayar balik. Jadi, apakah perkara yang sama dengan tahun 1997 dan apa pula perkara yang berlainan dengan 1997?


Tuan Yang di-Pertua, yang lain adalah sistem kewangan dan sistem perbankan kini tidak terancam oleh spekulasi saham seperti tahun 1997. We are in the better position because there is no speculation. Yang sama tetapi negatif ialah pegangan saham dan bonbon negara kita ada banyak di dalam tangan pelabur asing pada tahap yang tinggi sekali. Saham dan bon ini telah dijual dalam enam bulan hingga sembilan bulan ini secara jual murah, keluar sahaja. Bagi pemegang-pemegang saham dan bon asing ini mereka hendak cepat-cepat jual sahaja, tukar ringgit ke Dollar Amerika, bawa balik kepada negara asal mereka.


Apa yang lebih teruk daripada tahun 1997 ialah tahap pinjaman rakyat di 1997 cuma sampai ke 46% ke GDP ke KDNK. Akan tetapi hutang isi rumah kini mencapai 88% ke GDP. Situasi ekonomi itu lebih teruk dari segi hutang isi rumah. Tambahan, yang juga lebih teruk ialah tahap pinjaman kerajaan. Pada tahun 1997 Kerajaan Malaysia tidak pinjam banyak. Dia cuma sampai ke 41% ke GDP. Sekarang kita mencapai RM650 bilion hutang kerajaan direct government debt iaitu 54.5% ke GDP. Ini belum lagi kita kira debt exposure to contingent liability sebanyak RM173 bilion daripada letters of guarantee. Ini semua adalah explicit guarantee.


Perkara tentang letters of support, ini adalah satu perkara yang memang bahaya sebab letters of support tidak di capture dari Bank Negara, tidak dimasukkan sebagai contingent liability. PKFZ pakai letter of support. Berapakah jumlah hutang letters of support ini pada hari ini Dewan yang mulia ini masih tidak tahu. Tidak pernah diceritakan oleh Menteri. Banyak kali kita tanya, kita tidak tahu. Jadi, kalau kita buat satu anggaran bahawa letters of support itu RM170 bilion juga, maknanya kita hutang debt exposure kerajaan secara eksplisit dan implisit adalah mencapai RM990 bilion, dekat RM1 trilion.


Tuan Yang di-Pertua, yang lagi teruk daripada tahun 1997. Tahun 1997 kita mengamalkan isu tentang trade surplus kita dan short term debt kita. Dalam satu cara, skala untuk measurement ini ialah dinamakan Guidotti-Greenspan rule. Namanya Guidotti ini adalah seorang economist, Greenspan ialah Alan Greenspan yang famous. GuidottiGreenspan rule adalah perkiraan trade surplus berbanding short term debt iaitu short term debt satu tahun.


Keadaan tahun 1997 kita lebih baik. Guidotti-Greenspan rule pada masa itu ratio kita 1.4. Sekarang ratio kita di bawah 1. Apabila kita sampai ke tahap bawah ratio 1, ini menunjukkan bahawa sekiranya terdapat capital out flow yang cepat sekali, Malaysia tidak boleh protect mata wang kita lagi. Jadi, yang lain, yang lebih teruk ialah krisis ini ialah krisis real economy. Krisis kejatuhan commodity prices. Pada tahun 1997 ia adalah krisis spekulasi. Orang beli saham, goreng saham. Itu bahaya tetapi tidak menjejaskan ekonomi kita secara terus.


Sekarang kita lihat kejatuhan komoditi adalah sangat bahaya kerana ekonomi kita banyak bergantung pada minyak dan gas dan juga minyak kelapa sawit. Yang lain juga krisis 1997 ini masalahnya berpunca daripada krisis spekulasi dan syarikat-syarikat. Silakan.


(sambung)


Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2015 ini kita menghadapi satu situasi yang sama. It’s different but at the same it is the same. Sama dari segi situasi pinjaman berlebihan tetapi kali ini pinjaman itu bukan korporat-korporat Malaysia, peminjam itu lain bukan lain Kerajaan Malaysia dan juga 1MDB. Ratio ataupun scale berapa pinjaman ini kita boleh dapat dengan Yang Berhormat Rompin nanti, over teh tarik tetapi yang saya hendak ceritakan, that exposure kita RM950 bilion daripada kerajaan sahaja. Apabila kerajaan buat 1MDB, caranya mengendalikan 1MDB itu teruk, investors confidence evaporated immediately. Adakah semua RM950 bilion ini mengamalkan sistem governance yang sama dengan cara 1MDB?


Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berbahas lanjut tentang hutang-hutang pinjaman kerajaan, saya hendak memberi sokongan lebih penting iaitu hutang pinjaman isi rumah yang terlalu tinggi. Kita boleh debat sama ada pinjaman kerajaan boleh bayar atau tidak boleh bayar, adakah ini lebih teruk daripada spekulasi pada 1997 tetapi hakikatnya pinjaman isi rumah pada hari ini adalah jauh lebih tinggi daripada dulu, daripada 1997. Perbahasan ini tentang isu ini akan menyentuh beberapa aspek Bajet 2016 terutamanya tentang GST. Pinjaman tinggi isi rumah ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama ialah kenaikan harga barang terutamanya harga rumah.


Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua dari Sabah ya, mungkin tidak tahu sangat tentang persekitaran Klang Valley. Saya hendak cakap sahaja senang, satu terrace house di Petaling Jaya semasa pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan bermula, RM500,000. Sekarang rumah yang sama RM1.2 million. Itu kadar inflasi yang paling tinggi sekali tetapi tiap-tiap tahun apabila kita tengok CPI kita, 2%, 1%, 3%, ini semua tidak logical.


Lagi satu Tuan Yang di-Pertua selain daripada harga rumah yang tinggi ialah harga kereta di Malaysia adalah di antara yang paling tinggi di dunia. Kononnya untuk memberi protectionism kepada Proton tetapi selepas 32 tahun, Proton masih tidak boleh bersaing dalam pasaran domestik, apatah lagi di pasaran antarabangsa. Dua perkara ini, satu rumah dan satu kereta. Kedua-duanya merupakan 70% hingga 80% jumlah penuh hutang setiap individu rumah.


Faktor utama kenaikan hutang rakyat adalah kenaikan semua harga barang. Harga rumah, harga kereta naik disebabkan oleh GST. Apa Yang Berhormat Ahmad Maslan kata selepas GST price of car will drop, itu tidak benar sekarang. Saya masih ingat isu tentang GST ini semasa dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Dia memberitahu Dewan tahun lalu semasa pembentangan Bajet 2015 bahawa beban rakyat Malaysia itu tidak banyak melalui GST. Cuma RM690 juta sahaja. Itulah dalam kepala otak Yang Amat Berhormat Pekan pada masa itu. Setiap penduduk Malaysia...


(sambung)


Tuan Yang di-Pertua, isu tentang RM39 bilion GST ini, kita semua tahu, kalau kita kira di Malaysia ini terdapat 31 juta penduduk. Kalau kita bahagikan flat, kita dapati tahun hadapan setiap orang kena bayar RM1,250 GST, tidak kira sama ada bayi, nenek, yang berusia, yang kerja, budak belajar, semua orang kena bayar RM1,250. Jika terdapat enam orang dalam satu keluarga, setiap keluarga kena bayar RM7,500 setahun. Saya risau sebab Yang Berhormat Pekan... (sambung)


Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bincang sedikit tentang kadar hutang isi rumah sampai tahap kritikal 88% ini. Kita semua tahu, orang hutang banyak di Malaysia. Ini fakta. Apakah solusi ataupun solution yang boleh kita beri kepada rakyat? Satu solution yang senang sekali ialah naikkan gaji dan dalam aspek ini saya terima dengan baik cadangan Yang Berhormat Pekan untuk menaikkan gaji minimum. Akan tetapi menaikkan gaji minimum RM1,000 itu tidak cukup.


Bagi saya lebih baik kita fokus untuk menurunkan harga barang dahulu, maknanya kalau boleh ikut cadangan kita buat sifar GST. Terima tidak terima tidak apa. Ini cadangan saya. Pada masa yang sama menaikkan gaji semua orang tetapi yang penting bukan lagi gaji minimum tetapi mencari satu living wage, move towards a living wage, it’s very important.


Selain daripada itu, bagi kita dalam situasi drastik macam keadaan ekonomi sekarang ini, kita juga menguar-uarkan atau mencadangkan kepada pihak sebelah sana untuk melakukan monetary policy yang baik dan monetary policy yang terbaik adalah memastikan Gabenor Bank Tan Sri Zeti, kalau boleh kontrak dia dipanjangkan dua tahun lagi. Ini akan memberi kestabilan kepada investors confidence dalam isu ini sebab tidak apalah, pada sesiapa yang tidak setuju dengan Tan Sri Zeti, boleh bagi tahu saya nanti ditarik atau kopi kah. [Disampuk] Tan Sri Zeti memang adalah seorang tokoh yang telah direcognized internationally sebagai Bank Gabenor yang baik sekali.


Saya hendak ceritakan sedikit tentang mekanisme untuk membuat satu pindaan daripada minimum wage kepada living wage. Ia boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama ialah memperkasakan hak-hak pekerja-pekerja melalui trade union atau kesatuan pekerja. Ini boleh dilakukan sekiranya Malaysia ingin mendapat satu develop nation status dan Tuan Yang di-Pertua, saya memberi contoh negara Korea Selatan. Dalam jangka masa pendek 30 tahun kita telah melihat negara Korea Selatan berkembang daripada system military dictatorship menjadi salah satu ekonomi demokratik yang kuat sekali di dunia. Korea Selatan sekarang mengeluarkan barang-barang canggih industrial and technological daripada Samsung dan LG dan juga soft power melalui Korean... dan K-pop. Bukan sahaja ekonomi mereka secara keseluruhan confidence level Korea Selatan naik, main bola sepak pun meningkat.


Pendek kata Korea Selatan yang dahulunya di belakang Malaysia telah mencapai status developed nation. Apa yang ramai tidak ingat ialah pada masa 1990-an, ini Yang Berhormat Sungai Petani beritahu kita semalam, pada masa 90-an Korea Selatan melalui pelbagai protes pekerja dan pekerja mogok. Apabila krisis ekonomi melanda Korea Selatan 1997 masa yang sama dengan kita, hak-hak pekerja diarahkan dipertingkatkan oleh IMF kepada western standards. Dengan adanya hak pekerja yang lebih ia telah memberi rakyat Korea Selatan gaji yang lebih dan ini menaikkan dignity of the workers dan produktiviti terus meningkat.


Bagi saya, saya telah sentuh isu tentang GST. Saya akan sentuh sedikit tentang BR1M. Saya faham ramai rakyat Malaysia perlukan BR1M. Kalau kita ada living wage BR1M itu tidak perlu lagi. Itu adalah kesimpulan yang senang difahami. Kalau kita kerja bersama, Kerajaan Malaysia dengan pembangkang untuk memastikan terdapat living wage itu RM1,500 setiap orang paling miskin. Kalau ini boleh berlaku, tidak payah bayar BR1M langsung.


(sambung)


Jadi oleh itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita perlu dalam bajet ini saya hendak kata adalah satu sense of financial discipline daripada Yang Amat Berhormat Pekan. Financial discipline bukan hanya kerja mengetatkan bajet sehingga 3.1 peratus defisit. Financial discipline bermakna tahun depan, Yang Amat Berhormat Pekan tidak boleh menggunakan bajet-bajet tambahan. Financial discipline bermakna mengadakan satu sistem perolehan yang transparent and accountable. Harapan rakyat jelata dan harapan semua Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan adalah Yang Amat Berhormat Pekan boleh mengamalkan disiplin.


Tuan Yang di-Pertua, yang paling sedih, berdasarkan kepada prestasi Yang Amat Berhormat Pekan sebagai ketua 1MDB, kemungkinan besar apa yang kita semua harapkan adalah sesuatu yang mustahil. Oleh yang demikian, saya menyokong pendirian Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu Yang Amat Berhormat Pekan perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan dan kita semua menolak bajet ini. Terima kasih.

bottom of page