top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 dan Anggaran Pembangunan 2016

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.20 Butiran 080200 – NKEA Sawit Kod 4000 iaitu pemberian sebanyak RM17 juta. Pendek sahaja saya hendak tanya apakah NKEA sawit itu bagaimanakah ia akan digunakan RM17 juta ini. Saya merujuk kepada B.20 070400 – Menangani Kempen Anti Minyak pemberian sebanyak RM10 juta dan juga pada P.20 11101 – Lembaga Minyak Sawit (MPOB) RM8.7 juta. Apakah butir-butir tentang RM8.7 juta ini. Tuan Pengerusi apabila kita mengambil kira semua tiga butiran ini, dana yang disediakan secara langsung ataupun secara spesifik hanya kepada industri sawit keseluruhannya adalah RM36 juta sahaja.


Tuan Pengerusi, kita tahu industri sawit itu tersangat penting sekali di Malaysia. Ia merupakan satu industri di mana eksport pada satu ketika mencecah RM100 bilion. Pada low time RM60 bilion katakanlah kita ambil pertengahan lebih kurang eksport setahun RM80 bilion. Jadi peruntukan RM36 juta adalah cuma merupakan 0.045% eksport sawit. 0.045%. Tuan Pengerusi, masalah industri sawit ini begitu banyak secara ringkas ada tiga perkara. Pertama ialah imej negatif yang ketara sekali terhadap sawit iaitu setiap tahun semakin buruk, apa lagi dengan isu jerebu baru-baru ini di mana Indonesia terbakar dan sawit kena hentam di international press. (sambung) Akan tetapi point yang saya hendak buat adalah ini. Dengan jerebu ini, Indonesia adalah culprit utama, kita semua tahu. Akan tetapi kenapakah kementerian kita membuat satu pakatan baru dengan Indonesia di mana sepatutnya daripada segi strategi industri sawit di negara – kita patut pisahkan atau differentiate produk kita daripada Indonesia. Maknanya produk Malaysia sepatutnya lebih environmental dan sepatutnya mendapat harga yang lebih baik. Tidak guna kita berpakat-pakat dengan Indonesia secara kartel ataupun market control. Lebih baik kita differentiate sebagai satu strategi. Saya minta Yang Berhormat Menteri boleh memberikan pandangan beliau. Masalah kedua, masalah ini kita semua tahu. Technology, harvesting untuk kelapa sawit memang teruk, tidak pernah improve. 20, 30 tahun tidak ada apa-apa pun technological improvement. Setiap tahun kita ada masalah buruh, pekerja. Selagi teknologi sawit tidak improve harvesting technology, kita tidak akan mengatasi isu kekurangan labour setiap tahun. Masalah ketiga ialah tentang yield, the plant yield ataupun hasil daripada pokokpokok sawit kita. Kita tahu competitor kita yang terbesar ialah minyak soya. Kita tahu mereka pakai GMO bukan natural. Sawit kita lebih natural, kita tidak pakai genetically modified technology. Akan tetapi setiap tahun yield improvement ialah 1%. Di Malaysia, 30 tahun kita buat sawit ini, yield improvement soya kita 2-3% dalam 30 tahun sahaja. Jadi kita perlu memasukkan lebih dana terhadap scientific research.


Masalah keempat adalah certification. Kita semua tahu RSPO itu baik. Akan tetapi kita semua juga tahu sekarang ini, sudah cerdik sebab sekarang kita tidak dapat premium pun. Berapa tahun? 10 tahun RSPO? Premium sawit tidak ada. Jadi kita tahu RSPO adalah isu certification dan isu certification adalah sejenis tariff barrier yang baru. Kenapakah negara kita lambat, lebih lewat daripada ISPO Indonesia dari belakang ini telah melonjak ke hadapan. Kita baru sahaja melancarkan MSPO. Jadi saya minta dalam MSPO itu jangan bagi voluntary basis, buat compulsory. Ini boleh menolong industri sawit kita.


Jadi apa yang penting Tuan Pengerusi, point yang saya betul-betul hendak tekankan adalah bajet ini tidak sesuai daripada segi menolong industri sawit. Industri sawit RM80 bilion, you bagi RM36 juta untuk spesifik sawit. Ini tidak menolong langsung kepada industri ini. Kita memerlukan cara yang lebih dinamik.


Saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh ikutlah cara Lim Keng Yaik dahulu walaupun dia Gerakan. Semua di industri sawit memang suka Lim Keng Yaik, cara dia straightforward, mempunyai wawasan yang baik. Jadi saya minta kalau bolehlah, tahun ini bajet sudah lepas tetapi untuk tahun depan, saya minta Yang Berhormat Menteri... (sambung)


Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri, tahun depan, untuk bajet tahun 2017 mintalah yang lebih, minta sekurang-kurangnya RM3, RM4 bilion untuk membuat benda yang betul untuk sawit bagi menjaga industri sawit kita, terima kasih.

bottom of page