top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam isu bajet tambahan.


Saya ingin memulakan ucapan saya dengan memberi satu analogi ataupun senario supaya rakyat boleh faham apakah itu sebenarnya isu tentang bajet tambahan ya. Hubungan kerajaan eksekutif dengan Parlimen adalah seperti anak dan bapa. Bapa itu Parlimen lah, kita lah. Kerajaan itu anak. Anak kata dia hendak pergi beli aiskrim, dia hendak makan Cornetto, jadi bapa pun agree bagi dia RM3 beli Cornetto.


Akan tetapi bila dia jalan slow-slow pergi ke kedai itu, dia tengok ada aiskrim lain. Dia beli Haagen-Dazs, yang lebih mahal. Itu adalah senario di mana kita ada bajet tambahan. Apa yang pelik itu, satu tahun dulu dia makan aiskrim itu, dia beritahu ayah dia setahun lepas itu. One year later. Beritahu sekarang saya dah makan Haagen-Dazs, boleh tidak bapa pergi ke kedai bayar balance itu? Itu adalah bajet tambahan dan inilah isu yang kita kena pertikaikan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya bermula dengan tiga perkara yang perlu dibincangkan secara ringkas ya. Tiga perkara.


Pertama, adalah tentang isu masa ataupun timing perbelanjaan tambahan itu berlaku. When was the money spent and what time?


Nombor dua, adakah kuantum RM8.2 bilion ini adalah final amount ataupun angka terakhir untuk tahun 2017? Adakah terdapat Supplementary Budget kedua untuk tahun 2017? Ini Menteri, saya minta menjawab.


Nombor tiga, bagaimanakah bajet tambahan ini akan dibayar? Adakah ia melalui terbitan Malaysian Government Securities yang baru ataupun daripada kutipan hasil yang lebih daripada jangkaan pada tahun 2017? Semua tiga perkara ini berkaitan dengan perkara fiscal-discipline dan sekiranya Parlimen ingin memantau isu Supplementary Budget tiap-tiap tahun dengan lebih baik, kita perlukan satu reformasi di dalam fiscal reporting standard.


Isu pertama tentang timing. Saya difahamkan kerajaan biasanya memulakan proses bajet ini seawal bulan Mac, atau bulan April dan dalam masa enam bulan, dia akan sediakan bajet untuk dibentangkan pada bulan Oktober, setiap tahun. Jadi, maknanya memang ada masa untuk prepare bajet dan preparation bajet ini kenalah dibuat dengan baik dan betul. Bajet pengurusan bagi saya adalah straightforward kerana isunya ialah tentang isu operasi dan biasanya operasi ini tidak ada perkara-perkara yang unforeseen yang di luar jangkaan yang akan berlaku.


Ini sebab kita kena bayar gaji, gaji itu kita boleh predict bila, berapa banyak kita kena supply. Sekiranya ada unforeseen events, kalaupun ada seperti bencana alam ataupun kita perlu dapatkan lebih untuk bonus pekerja, bonus civil servants kita, kita ada Dana Fasilitasi sebanyak RM2 bilion. Itu already contingency dia sudah ada.


Bajet pembangunan pula sepatutnya memang terkawal kerana proses untuk mendapatkan dana untuk pembangunan memerlukan proses yang panjanglah kalau hendak buat pembangunan infrastruktur jalan, jambatan. Kita ada proses tender, planning, engineering works, maknanya semua ini adalah proses yang betul-betul boleh dilakukan. Jadi sekiranya terdapat perubahan bajet yang drastik, ia tidak masuk akal kerana seperti yang saya katakan tadi, dengan izin, we have ample time to properly plan the budget. Lagi pun ada contingency allocation di dalam bentuk dana fasilitasi.


Soalan dasar pertama saya ialah soalan tentang timing. Pada masa bilakah semua bilangan terkandung di dalam supplementary budget ini digunakan ataupun diperlukan? Contoh satu, Bilangan 1, B.1 - Parlimen, RM10 juta. Bilakah duit RM10 juta ini diperlukan dan digunakan oleh Parlimen? Adakah ia digunakan pada bulan Januari 2017, Februari 2017 ataupun Jun 2017? Itu penting.


Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri memberi bagi setiap bilangan ataupun perkara, memberi timeline yang accurate. Bilakah dana tambahan bilangan itu diperlukan atau digunakan? Kalau permintaan adalah pada bulan Januari 2017, maka maknanya ada perkara mala fide di dalam pembentangan Bajet 2017 pada bulan Oktober 2016. The timing, dengan izin, may prove that your government has intentionally suppressed the budget to create a better than intended deficit.


Saya minta better reporting standards daripada Menteri tentang dua perkara iaitu:\

  • timing dimasukkan sebagai satu column; dan

  • satu simple audit terhadap setiap Menteri ataupun kementerian yang gagal mengikuti bajet.

Oleh demikian, saya minta Yang Berhormat Menteri, pandangan dia, sama ada dia setuju atau tidak untuk membuat reformasi sikit tentang reporting standards ini?


Dalam perkara kedua, yang saya ingin bangkitkan ialah tentang nombor-nombor yang Yang Berhormat Jasin telah bangkitkan tadi. Saya pun ada nombor yang lebih kurang sama. Peningkatan kuantum RM8.2 bilion merupakan peningkatan 3.1 peratus daripada RM206 bilion bajet yang asal. Ini deviation yang besar. Saya hendak tahu sama ada bajet ini, tambahan bajet ini boleh di-cover dengan peningkatan hasil ataupun melalui pengeluaran bon. Itu penting.


Kerajaan kena explain, Menteri Kewangan kena explain kalau hasil naik, siapa yang kena tax lebih? Kalau kerajaan kata dia jangka hendak dapat hasil RM220 bilion untuk 2017, tetapi nampaknya meningkat RM10 bilion lebih, siapa yang kena? GST kah iaitu rakyat ataupun tax payer iaitu personel income tax ataupun corporate tax? Beri kita report yang betul di manakah duit ini, RM8.2 bilion akan datang dari mana dan digunakan- sudah pun digunakan.


Jadi bagi saya perkara yang ketiga- masa ada lagi ya, boleh?


(sambung) Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil dua minitlah, saya rasa tak cukup pun.


Jadi sebagai satu recap yang cepat, saya menimbulkan tiga perkara. Pertama ialah tentang isu timing sama ada report kita kena lebih baik untuk dibentangkan di Parlimen. Mesti masuk bilakah timing berlaku untuk menggunakan duit yang telah digunakan.


Kedua, saya menimbulkan tentang bajet, perkiraan defisit itu macam mana dan ketiga ialah tentang di mana dana akan datang untuk membayar RM8.2 bilion ini sama ada daripada hasil lebih ataupun daripada Malaysian Government Securities yang di isu, bon-bon baru.


Jadi perkara terakhir saya ialah satu persoalan. Saya memang ada banyak soalan tentang butir-butir bajet ini Tuan Yang di-Pertua tetapi saya akan timbulkan semasa di committee stage seperti yang sepatutnya tetapi bagi saya perkara ini terlalu penting, saya hendak ambil kesempatan ucapan ini untuk menimbulkan perkara tentang khasnya bayaran Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM2.7 bilion iaitu di bawah Kementerian Kewangan B.12.


Saya ingin Menteri memberi penjelasan penuh, badan manakah yang sebenarnya menerima RM2.7 bilion ini dan digunakan untuk apa sebab dalam rekod kita, di dalam dokumen kerajaan memang menunjukkan bahawa ialah satu pemberian ataupun satu geran. Di dalam Butiran 40000, so this grant, dengan izin, how was the grant actually used? Who was it paid to?


Sebagai satu rujukan Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan setiap bajet kita memang tentang isu Kumpulan Wang Terkanun, penerima terbesar adalah KWAP iaitu Kumpulan Wang Persaraan. Saya hendak tanya sama ada RM2.7 bilion ini diberi kepada KWAP atau tidak, khasnya soalannya dan sekiranya diberi kepada KWAP sama ada ia berkaitan dengan isu SRC International.


Tuan Yang di-Pertua, kita semua dah tahu bahawa SRC International ialah anak syarikat 1MDB dulu yang menerima lebih kurang RM4.4 bilion loan daripada KWAP. KWAP telah membuat satu investment ataupun loan kepada SRC International dan mengikut laporan akhbar terbaru, 2017 mengatakan bahawa, “this loan is to be repaid”. Maknanya SRC ada duit bayar untuk loan ini sebanyak 4.4 bilion.


Akan tetapi kita semua pun kenal dan tahu bahawa 1MDB semua anak syarikatnya telah diambil alih oleh Ministry of Finance. Maka ternampak sangatlah bajet tambahan ini kemungkinan besar dalam sangkaan baik saya bahawa RM2.7 bilion ini ada digunakan untuk penyelesaian isu KWAP. Saya minta diberi senarai semua badan-badan yang menerima dan apa sebenarnya kegunaan RM2.7 bilion ini untuk bajet tambahan ini.


Itu sahajalah ucapan saya Tuan Yang di-Pertua untuk peringkat dasar ini. Saya harap Menteri boleh memberi jawapan yang tepat dan baik, dengan izin, you have a chance to redeem yourself by the quality of your learned response to this issue sebab isu bajet tambahan ini sepatutnya tidak boleh berlaku di demokrasi kita ini. Itu adalah satu amalan yang betul-betul tidak baik dan oleh itu sekurang-kurangnya saya mintalah daripada Menteri beri jawapan yang tepat dan telus. Terima kasih banyak.

bottom of page