top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik (Pindaan) 2017

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih memberi peluang kepada saya untuk berucap tentang isu perdagangan strategik, pindaan kepada akta ini.


Akta ini merupakan akta yang memastikan obligasi Malaysia adalah konsisten dengan international standards dalam perkara keselamatan nasional, national security matters, dan juga perdagangan bahan-bahan strategik seperti senjata dan komponen weapons of mass destruction.


Perkara illegal arms trade, dengan izin, adalah perkara yang sangat serius dan sangat penting. Dalam ucapan dasar ini, saya akan go back in time dan melihat sejarah kes Scomi, kes Jilani Humayun dan lepas itu isu terkini yang dibawa oleh Yang Berhormat Klang tadi iaitu isu North Korea ataupun Syarikat Glocom.


Pada tahun 2004, Scomi Precision Engineering Sdn Bhd, syarikat di bawah Scomi Group yang dipunyai oleh Kamaluddin Abdullah, anak kepada mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi, telah direport oleh Financial Times bahawa Scomi telah membekalkan komponen nuklear kepada negara Libya melalui Dr. A. Q. Khan dan reaksi Amerika Syarikat pada tahun 2009 meletakkan satu sanction terhadap CEO Scomi iaitu Encik Shah Hakim dan pada tahun 2015, sanction itu di lifted, dilepaskan.


Akan tetapi, episod tentang Scomi Engineering ini telah menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai satu sejarah hitam berdagang bahan nuklear dan juga senjata bahaya, weapons of mass destruction. Apa yang lebih perit ataupun more shocking, dalam bahasa Inggeris, adalah selepas skandal ini menerima perhatian sedunia, tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional. I know it is controversial political issue tetapi isu ini memberi komponen weapons of mass destruction untuk Libya itu memang isu yang lebih penting.


Saya baca pembangkang ada meminta satu public inquiry tetapi BN tidak bagi langsung. Hanya apabila Amerika Syarikat meletakkan sanction terhadap Shah Hakim, Kerajaan Barisan Nasional kata dia akan ambil tindakan tetapi tidak buat langsung juga tindakan selain daripada mengemukakan akta ini pada tahun 2010.


Pada tahun 2007, selepas skandal 2004 itu, Amerika Syarikat juga telah mendakwa bahawa seorang arms dealer berbangsa Pakistan, namanya Jilani Humayun, telah menghantar military equipment ke sebuah syarikat di Malaysia. Ini adalah juga satu kes illegal arms trade yang menggunakan syarikat Malaysia sebagai satu conduit.


Apa lagi, syarikat Malaysia ini bukan sahaja dia buat benda yang tidak betul, dia pun tipu Kastam Malaysia. Dia tidak bayar duti, dia membuat deklarasi di bawah value. Syarikat ini bukan sahaja menjadi conduit, tipu Kastam Malaysia tetapi juga tidak mendapat apa-apa tindakan daripada Kerajaan Malaysia. Kosong.


Sekarang kita dah tiba kepada cerita tentang North Korea. Seperti Dewan sudah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Klang tadi, ini adalah satu situasi history repeating itself. Syarikat Glocom kepunyaan agensi perisik North Korea telah dikenal pasti oleh United Nations sebagai sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia menjual military radio systems. Pada tahun 2009, UN telah meletakkan satu embargo terhadap North Korea di mana North Korea tidak boleh dibenarkan menjual military equipment langsung tetapi nampaknya kerajaan tidak pantau, tidur, mungkin Menteri daripada Home Ministry ada di sini, nanti dia boleh jawab juga kalau boleh. Malulah cerita tentang Glocom ini sebab operasinya empat kilometer daripada kita, daripada Dewan ini, iaitu di Brickfields.


Yang lebih memalukan, seperti Yang Berhormat Klang kata tadi, connection-nya dengan UMNO kuat. Connection melalui Ketua Biro Antarabangsa UMNO iaitu Encik Mustafa Yaakob. Perkara ini begitu kontroversi sekali sehingga Setiausaha Agung UMNO, Menteri Wilayah kita, Tengku Adnan telah mengeluarkan statement bahawa UMNO akan review collaboration dengan parti komunis North Korea, Workers’ Party of North Korea.


Soalan yang perlu dijawab di Dewan ini ialah apakah kerajaan akan ambil tindakan penuh tentang isu ini atau akan teruskan wayang kulit seperti yang berlaku di Scomi dan juga kes Jilani Humayun?


Tuan Yang di-Pertua, apa yang hairan pada sesi ini ialah rang undang-undang yang kita lihat yang di dalam huraian mengatakan bahawa seksyen 9, seksyen 10, seksyen 11, seksyen 18, seksyen 21, seksyen 23, seksyen 24, seksyen 33 dan seksyen 40 menunjukkan satu pengurangan penalti terhadap illegal trade of weapons. Rang undang-undang ini akan mengurangkan penalti daripada konsep minimum iaitu konsep seperti not less than 10 years menjadi pula konsep maksimum not more than 10 years. Soalan dasar pada peringkat dasar ini adalah, adakah ini satu undang-undang yang logikal? Kita sepatutnya mengambil tindakan yang lebih keras, bukannya lebih lembut. Adakah rang undang-undang ini akan memastikan orang UMNO yang terlibat didedahkan sebagai partner illegal arms trade dengan North Korea akan diberi pelepasan? A slap on the wrist. Satu lagi pindaan yang kontroversial yang semua Ahliahli Dewan...


(sambung)


Satu lagi pindaan yang kontroversial, bagi saya ialah pindaan kepada seksyen 50A, yang memberi kuasa extra judicial kepada Menteri. Banyak orang kata kompaun ini bagus. Sebenarnya, kita di Dewan ini dipanggil untuk memberi satu extra judicial power to the Menteri untuk kompaun pesalah. Dewan ini perlu prihatin, bahawa kes ini bukan kes parking illegal on the road. Bukannya bawa kereta laju boleh kompaun. Ini ialah kes illegal trade in weapons. Jadi, pindaan 50A ini, saya rasa tidak boleh diluluskan ya. Perkara illegal arms trade merupakan perkara yang nampaknya berleluasa. Very big in Malaysia.


Oleh sebab kita satu export nation, kita pun satu entry port, transshipment banyak, bonded warehouse banyak. Jadi, saya rasa jika kita ingin buat undang-undang yang baik, rang undang-undang ini nampaknya reverse. Sepatutnya lebih keras, menjadi lebih lembut. Apa yang penting ialah bagi saya bukan sahaja undang-undang tetapi enforcement untuk undang-undang ini lagi penting. Enforcement of the law is more important than the written proposed law. Saya hendak tanya Menteri dan ini kemungkinan Menteri Home Minister kena jawab. Apakah tindakan yang akan dilakukan, akan diambil terhadap Mustapha Ya'kub seperti apa yang Yang Berhormat Klang yang minta, apakah tindakan...


(sambung)


Dengan itu saya tidak setuju dengan apa rang undang-undang ini dan yang penting juga ialah kita kena buat satu potongan hubungan perdagangan di antara Malaysia dan North Korea, itu jelas. Trade di antara Malaysia dan North Korea hanya cuma USD4 juta sahaja. Apa yang membimbangkan saya ialah adalah hubungan antara North Korea dan Amerika Syarikat sekarang adalah sangat tegang. Semalam, kita baca Donald Trump berkata, dia akan buat unilateral decision sekiranya China tidak boleh menyelesaikan isu dengan North Korea. Oleh itu, dengan prihatin kepada isu international development, kita sepatutnya memastikan undang-undang ini lebih keras dan bukannya lembut. Terima kasih.

bottom of page