• YB Wong Chen

Rang Undang-Undang Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017

Bagi saya, ibu saya selalu memberitahu saya bahawa kalau ada orang buat salah, kita kena tentang kuat-kuat tetapi kalau buat betul, we have to be fair and also give praises where it’s due. Bagi saya, ucapan saya pendek. Memang I just want to express my gratitude and happiness bahawa Securities Commission ini buat kerja yang baik. Saya faham bahawa Audit Oversight Board bagi Suruhanjaya Sekuriti penting sangat sebab ia mempromosikan reliable audited financial statements ataupun annual report daripada syarikat-syarikat PLC di Malaysia. Ini penting sebab kalau kita tidak ada audited report yang kita boleh percaya, kita tidak boleh membuat an informed decision untuk beli saham atau tidak. Ya, itu penting.


Saya cuma nampak semua pindaan ini baik. Saya cuma harap Bank Negara juga memakai standard ethics dan good governance supaya kes-kes seperti 1MDB tidak timbul lagi.


Baik, saya fokus kepada pindaan. Fasal 4, seksyen 31C, subseksyen (b), subsubseksyen (4), sub-subseksyen (a). I think you need to work on your numberinglah. That’s all. Ini adalah satu pindaan yang baik sebab ia tidak membenarkan satu conflict of interest di antara chairman ataupun executive officer membuat full time job ataupun full time controlling shareholder in a public interest entity. Jadi, pindaan macam ini baik dan kita perlu memberi pindaan seperti ini ke dalam semua badan-badan kita supaya memastikan tidak ada conflict of interest langsung.


Saya juga merujuk kepada fasal yang sama iaitu fasal 4, seksyen 31C(d), subsubseksyen (6A), sub-sub-subseksyen (a) iaitu juga mengenai prevention of conflict of interest di mana seorang auditor tidak boleh juga mengambil public interest entity di dalam perkara yang sama kalau dia hendak bekerja dalam ataupun berkhidmat dalam Audit Oversight Board. Saya juga perlu mengatakan bahawa fasal 10, transitional provision adalah baik sangat. Ini menunjukkan bahawa Securities Commission know what they are doing. They are doing a transitional period kepada semua ahli-ahli Lembaga Audit Oversight Board ini masa untuk transition kepada yang baru. Jadi, soalan saya satu sahaja. Berapakah dalam Oversight Board ini yang perlu di-transition keluar dalam jangka transitional period inilah dan bilakah appointment mereka akan lupus ataupun tarikh akhir. Ia penting sebab kita kena tahu transition ini adalah selama enam bulan, setahun atau dua tahun.


Baik, satu lagi point. Fasal 6. Ia macam committee stage lah sekarang. Fasal 6, I am very impressed. Saya sebagai corporate lawyer, kita kerja lama. Saya lihat fasal 6 subseksyen 31H(3)(b), sub-sub (b), peguam atau siapa yang draf ini baik sekali. Dia tengok walaupun terdapat ayat yang salah seperti fee or other charges untuk other fees or charges. Ini bagus. That means they are paying very-very close attention kepada drafting dan bagi kita semua di Dewan ini, bila saya baca pindaan yang baik sekali, I have to congratulate all of you at the Securities Commission for doing a very good job.


Jadi, tidak semestinya bila pembangkang naik, kita hantam sahaja. Saya nak tunjukkan bahawa we are also human and we also appreciate good work. Bagi saya kalau ini merupakan ucapan terakhir untuk tahun inilah ataupun penggal ini, kita akan kemungkinan masuk ke GE-14, saya dengan rendah hati, kawan baik saya Yang Berhormat Jasin, saya nak mengucapkan terima kasihlah kepada semua Tuan Yang diPertua, Datuk Roosme, Bentara, semua Ahli Dewan ini- thank you very much for your service to this nation.