• YB Wong Chen

Rang Undang-Undang Skim Kepentingan 2015

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana berikan peluang kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Skim Kepentingan 2015 ini. Perbahasan saya pendek, tidak panjang sangat.


Tuan Pengerusi, setahu saya rang undang-undang ini berdasarkan seksyen 84 Akta Syarikat 1965. Baru tadi kita bincang tentang Rang Undang-undang Syarikat baru dibahaskan dan juga diluluskan, sekarang ini adalah dengan kata lain part 2 lah daripada Akta Syarikat 1965.


Pada asasnya saya tidak mempunyai bantahan yang serius tentang Rang Undang-undang Skim Kepentingan ini, sehubungan itu saya akan membahaskan dua perkara sahaja daripada sudut penggubalan dasar. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama ialah mengenai skim-skim kepentingan yang merangkumi kelab-kelab golf, rekreasi, skim pertanian dan kongsi masa ataupun time sharing merupakan syarikat-syarikat ataupun koperasi-koperasi yang seharusnya dipantau dengan baik oleh pihak berkuasa. Jadi, rang undang-undang ini memang matlamatnya cuba untuk memantaulah dan pada pembacaan saya, nampaknya complete dan baik.


Perkara dua, saya akan melihat tentang isu dasar tentang keahlian atau membership yang boleh dijual beli dan juga diperdagangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perkara pertama. Saya menjangka banyak skim baru yang bakal akan diperkenalkan dalam zaman moden ini di mana time sharing kuat, growers scheme pun ada. Oleh itu, kita kena berjaga.


Saya pernah membaca beberapa kes yang melibatkan pihak pelabur dan juga ahli skim-skim yang mengalami kerugian. Bagi saya secara personal, bukannya saya telah membeli skim ini tetapi saya tahu sangat secara terperinci tentang kes Country Heights Growers Scheme yang telah ditubuhkan oleh Tan Sri Lee Kim Yew di mana skim telah dijual kepada masyarakat umum kebanyakannya suri rumah tangga. Isu ini penting sebab isu ini bagi saya adalah first growers scheme dan isunya tentang penanam kelapa sawit di kawasan Kelantan. Harga jualan pada masa itu- masa itu banyak housewife diapproach oleh salesman adalah lebih kurang RM8,000 satu plot tanah sebesar satu suku ekar, quarter acre at the cost of RM8,000, Tuan Yang di-Pertua.


Maknanya satu ekar itu lebih kurang kalau jual empat lot ini RM32,000. Tuan Yang di-Pertua, tanah Country Heights ini terletak di Gua Musang, dekat Gua Musang. Saya kenal kawasan ini sebab saya selalu lalu kawasan Gua Musang, ayah saya ada business di kawasan Gua Musang juga dan saya tahu sangatlah apakah harga tanah sawit di kawasan Gua Musang. Country Heights telah menjual tanah kosong dengan janji menanam kelapa sawit ini pada harga RM32,000 seekar. Kos tanaman seekar sehingga kelapa sawit membesar sampai umur empat tahun itu baru keluar buah, from the first year to the fourth year cuma RM4,000 sahaja kos penanaman, land clearing, baja semua ini untuk empat tahun lebih kurang RM4,000 sahaja. Harga kos tanah kosong di Kelantan ini pada anggaran saya lebih kurang RM7,000 ke RM8,000 seekar.


Jadi jumlah kos kepada Country Heights pada permulaan projek ini ialah cuma RM12,000 seekar, apabila Country Heights menjual tanah pada harga RM32,000 seekar, ia nampaknya meragut keuntungan besar sekali lebih kurang RM20,000 lebih seekar.


Oleh kerana keuntungan yang besar sekali iaitu lebih kurang 200 peratus daripada kos dia, Country Heights berani berjanji pada ahli-ahli skim bahawa mereka akan menerima pulangan sebanyak 8 peratus bagi tahun pertama hingga ke tahun keempat. Pulangan daripada tahun kelima hingga ke tahun 23 sebab pokok sawit ini ada expiry life 23 tahun dan berdasarkan harga minyak sawit mentah selagi harga tersebut tidak kurang daripada RM800 satu tan.


Tuan Yang di-Pertua, yang ini penting sebab skim tersebut dapat sambutan yang baik sekali dan telah melihat RM215 juta wang bertukar tangan untuk skim ini. RM215 million was paid to Country Heights untuk skim ini di mana kebanyakan pembeli adalah suri rumah. Malangnya kita semua tahu sekarang skim ini telah hancur, wang yang diterima oleh Country Heights tidak digunakan sepenuhnya untuk menanam kelapa sawit. Ini telah di exposed oleh The Edge, satu artikel yang panjang dua, tiga tahun yang lalu dan apa yang dijanjikan tidak berlaku dan Country Heights pula kata dia rugi RM4 juta. Hakikatnya Country Heights menamatkan skim tersebut dan cuba mengembalikan wang yang telah dilaburkan serta membuat goodwill payment daripada Tan Sri Lee Kim Yew sebanyak RM25 juta pada para pelabur tetapi this administration took a few years, dua tiga tahun.


Isu ini telah menjadi skandal. Saya rasa Menteri boleh confirm, skandal yang terbesar dalam sejarah pengendalian skim-skim kepentingan khasnya growers scheme. Kes ini tamat pada tahun 2013. Tuan Yang di-Pertua, jikalau sesuatu skim memberi kepentingan besar sekali kepada promoters seperti Country Heights dengan pulangan 200 peratus daripada kos mereka, maka skim ini, dengan izin, is just too good to be true. Mana ada orang labur RM12,000 satu ekar, jual RM32,000 satu ekar. Pendapatannya 200 peratus growth.


Jadi, dengan izin, this scheme should have never been approved by the government or by the ministry in the first place. It is too good to be true. Sekarang kita semua tahu bahawa skim ini gagal dan setahu saya, yang ini lebih penting, tidak ada seorang pun dibawa ke mahkamah ataupun didenda dalam perkara ini. Jadi saya berharap melalui rang undang-undang ini, kerajaan akan dapat memantau dengan lebih baik dan memastikan skim-skim seperti Country Heights ini tidak akan menjadi skandal kewangan yang besar lagi, yang penting kita mesti prihatin. Dalam semakan saya, dalam research yang dibuat staff saya dan interns saya, kita dapati sekarang masih ada 148 skim yang didaftar dengan SSM.


Bagi saya, saya hendak tahu daripada Menteri, adakah 148 ini boleh tak kita masuk balik retrospectively incorporate into the law dan kita pantau bermula daripada sekarang ataupun adakah undang-undang ini hanya untuk skim yang masa akan datang. Jadi saya harap dan saya dah baca seksyen ini, semua seksyen nampaknya mencukupi, kita boleh pantau tetapi seperti yang saya katakan tadi, ‘The proof of the pudding, is in the eating’ lah. Kita kena tengok, bila kita pakai ini boleh atau tidak kita pantau secara dalam dunia korporat, dalam dunia sebenarlah.


Kita masih perlu juga, yang lebih penting saya rasa, kita perlu mendidik selain daripada undang-undang ini ialah pegawai-pegawai penguat kuasa kena pandai menganalisis. Apabila tengok skim-skim yang nampaknya too good to be true, the ministry, Menteri saya minta kalau boleh itu bagi kursus yang kuat pada penguat kuasa untuk pandai buat analisa. If the scheme is too good, please do not approve them, do not register them. This is not good. Country Heights ini cerita yang mujurlah Tan Sri Lee Kim Yew bayar balik semua. Kalau dia bukan orang kaya, I can’t imagine RM215 millions just disappeared daripada suri rumah.


Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perkara kedua saya iaitu isu keahlian yang boleh dijual. Seperti yang kita maklum, apabila kita membeli satu keahlian kelab golf, keahlian tersebut mempunyai bilangan ahli yang terhad, there is a limit to what the membership is. Terdapat kelab-kelab yang membenarkan membership ini dijual beli. Oleh kerana bilangan keahlian adalah terhad, maka market forces sebenarnya menentukan harga keahlian di pasaran.


Katakan dahulu kalau saya tak tahulah siapa dalam Dewan ini kebanyakannya saya rasa sebelah sana yang ada membership KLGCC beli dengan harga RM300,000 mungkin hari ini keahlian RM300,000 ini sekarang ini dah sampai setengah juta.


Jadi kita faham, membership ini kalau dia ada limited to say 2,000 golfers or 3,000 golfers dan ada orang yang jadi kaya, ada yang jadi muflis, akan ada jual beli. Oleh kerana this membership dalam skim rang undang-undang ini adalah tradeable, dengan izin, we need very strong regulations on trading practices. Seperti yang saya katakan tadi, saya dah baca dan nampaknya memang adalah some of the measures yang kita perlu lakukan dan ini juga bermakna bahawa semua syarikat ataupun kelab-kelab skim kepentingan ini perlu mengadakan akaun-akaun yang rapi dan juga transparent kepada semua member. Saya harap Menteri dan kementerian akan continue to focus on this issue di mana transparensi akaun untuk kita dapat harga pasaran yang betul dan patut.


Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang telah saya bangkitkan nampaknya lebih kurang- it is all coveredlah, bukan isu yang besar sangat. Jadi, saya tidak mempunyai apa-apa bantahan serius terhadap rang undang-undang ini. Hakikatnya, seperti yang telah saya katakan, kita cuma boleh berharap penguat kuasa, ahli-ahli skim dan promoter-promoter skim ini boleh bekerjasama dan memastikan satu implementation rang undang-undang itu secara baik. Itu sahaja. Terima kasih.