YB Wong Chen
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua perkara dan perkara pertama yang jelas ialah tentang isu commercial organization corruption ataupun rasuah yang dilakukan oleh commercial organization, dan perkara kedua ialah evidence.
Pertama saya amat setuju bahawa commercial corruption merupakan perkara yang boleh menjejaskan ekonomi kita dan memudaratkan prinsip-prinsip moral dan undangundang. Mengikut laporan-laporan tentang rasuah, rasuah yang diamalkan di Malaysia oleh sektor awam dijangka dan diramalkan sebanyak RM20 bilion sampai RM30 bilion setahun. Sektor swasta pula kebiasaannya mengikut data-data daripada OECD adalah pada tahap yang sama dengan sektor awam. Maknanya commercial corruption bakal berjumlah sebanyak RM30 bilion setahun- RM20 bilion sampai ke RM30 bilion setahun.
Commercial corruption ini boleh berlaku dalam pelbagai jenis seperti pembayaran rasuah untuk mendapat kontrak, itu biasa. Kita dengar cerita tidak habislah daripada constituent, daripada kawan-kawan saya pun. Kalau hendak dapat kontrak daripada kerajaan kena bayar. Kadang-kadang lima peratus, 10 peratus. Jadi ini menjadi satu culture yang tidak baik. Hendak jual benda pun ada corruption juga seperti seorang ejen ubat farmasi yang merasuah doktor-doktor untuk membeli ubat-ubat tertentu. Cara rasuah ini adalah dalam pelbagai bentuk- ada yang beri wang tunai, ada beri holiday untuk sekeluarga, penginapan hotel, golf membership. Jadi gejala rasuah ini adalah pada dasarnya anti-competition. Ini akan memburukkan ekonomi kita dengan market inefficiency that comes with it.
Oleh itu pindaan khasnya fasal 4, seksyen 17A adalah amat baik dan saya menyokong pindaan seksyen baru 17A ini. Saya cuma ada berapa pandangan dan soalan yang saya ingin kongsikan dengan Dewan yang mulia ini.
Pertama, definisi orang yang terlibat dengan commercial organization adalah terlalu luas iaitu merangkumi pengarah, pengawal ataupun controller, employee dan juga pekongsi, partners. Saya rasa definisi ini boleh dan perlu diperketat. Saya setuju pengarah dan rakan kongsi memang terus terang memang ada penglibatan dia tetapi kita kena bezakan groups employee. Kalau eksekutif kanan memanglah, pegawai kanan tetapi kalau office boy, dispatch boy kita saya rasa kita kena differentiate sikit.
Saya rasa tidak wajar sekiranya terdapat kesalahan rasuah oleh dispatch boy boleh mengakibatkan kelumpuhan satu commercial organization. Oleh demikian saya minta Menteri buat pindaan yang sepatutnya.
Perkara dua ialah denda yang dikenakan iaitu tidak kurang daripada 10 kali jumlah nilai suapan. Saya lebih cenderung sekiranya denda ini berdasarkan jumlah kontrak dan juga jumlah keuntungan syarikat tersebut dan bukannya nilai suapan. Saya bagi satu contoh, katakan syarikat ini membayar rasuah RM10,000 untuk mendapatkan kontrak berjumlah RM500,000. Dia bayar seorang pegawai kerajaan kah, seorang doktor kah atau siapa-siapa RM10,000 untuk mendapatkan kontrak RM500,000. Kalau didenda 10 kali ganda pun maknanya dia kena bayar denda RM100,000 sahaja. He would have gotten- the corrupt company would have gotten away with a slap on the wrist, dengan izin.
Syarikat-syarikat bank besar di Amerika Syarikat daripada krisis 2008 seperti Goldman Sachs, JPMorgan, Citibank, Morgan Stanley yang banyak terlibat dalam financial misappropriation dan a form of corruption, mereka kena bayar denda nampaknya besar tetapi adalah jauh lebih kurang daripada pendapatan mereka setahun. I know the total value yang dikatakan berjumlah USD25 bilion, USD30 bilion tapi tidak sampai ke tahap yang boleh menjadi satu deterrent effect. Jadi daripada situ kita kena belajar. Daripada amalan contoh di Amerika Syarikat bahawa denda yang kita kena amalkan untuk menghapuskan gejala rasuah ini sepatutnya lebih serius deterrent dan bukannya satu slap on the wrist.
Oleh demikian saya minta Menteri untuk kaji semula isu benda ini. Ia lebih baik sekiranya denda ini tidak kurang daripada tiga kali ganda jumlah kontrak. Seperti contoh yang saya bagi tadi, katakan kontrak RM500,000 dia kena denda RM1.5 juta. Baru ada effect ataupun keseluruhan keuntungan satu tahun, dua tahun syarikat itu. Katakan syarikat itu untung RM2 juta setahun, kita hapuskan terus RM2 juta dia sebagai satu deterrent effect. Dengan izin, corrupt companies should pay fine three times to the contract value or their entire net profit for one or two years.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada isu tentang seksyen 17A(4), di mana sebuah syarikat boleh menggunakan sebagai pembelaan sekiranya terdapat tatacara anticorruption.
Ini adalah amalan yang baik dan perlu digalakkan. Maknanya setiap syarikat komersial perlu ada tatacara mereka tersendiri dan ia perlu diaudit setiap tahun untuk memastikan syarikat tersebut mengikuti semua prosedur berkenaan.
Akan tetapi saya ada beberapa soalan, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri tentang kos implementasi tatacara ini. Dengan izin, while you want to encourage people to have their set of rules of anti-corruption, what is the cost? Adakah sampel tatacara ini untuk syarikat sudah diterbitkan oleh Yang Berhormat Menteri atau MACC? Adakah kita perlu mendapatkan external consultant? Dengan izin, the irony in this whole thing is that some external consultants are going to make a lot of money from implementing the system. Jadi kalau kita hendak semua syarikat untuk mengamalkan tatacara yang baik, lebih baik Yang Berhormat Menteri ataupun MACC memberi guideline terus. So that, they can download and implement, tidak perlu cari external consultant.
Perkara ini saya sudah timbul beberapa kali dengan Menteri-menteri lain, khasnya Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Kata hendak buat MSPO- saya lencong sikitlah. Kata hendak buat MSPO tetapi sebenarnya semua bagi konsultan yang buat, bukan bagi kita. Bukan bagi straight kepada syarikat-syarikat kelapa sawit. Jadi ini penting. Bagi saya dari segi perkiraan kosnya tersangat penting. Matlamat baik, niat baik tetapi implementasi.
Saya juga melihat bahawa akta ini meluaskan definisi bank kepada institusi-institusi kewangan. Ini baik kerana kita tahu financial institutions have bigger definition. Sekarang kita ada insurance company, ada traditional banking, commercial banking, investment banking. Jadi ini adalah satu pindaan yang baik. Saya cuma hendak Yang Berhormat Menteri kaji satu benda iaitu satu benda ekstralah.
Dalam lima hingga 10 tahun ini, kita sudah melihat syarikat-syarikat e-commerce yang mengamalkan e-payment, syarikat seperti WeChat yang besar sekali Tencent, yang Alipay, semua ini mempunyai payment gateway yang lebih besar daripada bank-bank kita. Ini tidak dipantau oleh apa-apa central bank pun. Jadi untuk anti-corruption, saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh kaji untuk memasukkan, membesarkan definisi institusi kewangan ini termasuk electronic payment dan e-commerce. Kalau bukan sekarang, pindaan untuk tahun depanlah ataupun tahun ini selepas pilihan raya.
Perkara akhir ialah mengenai isu seksyen 41A. Inilah masalah dengan Dewan yang mulia ini dan juga dengan Kerajaan Barisan Nasional. Setiap mereka mengemukakan rang undang-undang yang nampaknya baik dan elok, mesti juga ada problem. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan penuh, apakah sebenarnya matlamat seksyen 41A ini? Saya baca, dengan izin, dalam bahasa Inggeris, “Admissibility of documentary evidence: Where any document or a copy of any document is obtained by the Commission under this Act, such document shall be admissible in evidence in any proceedings under this Act, notwithstanding anything to the contrary in any other written law.”
Adakah ini bermakna apa-apa dokumen yang diterima oleh MACC walaupun MACC yang salah, seperti buat duress, undue influence torture bolehkah ini digunakan dalam mahkamah kelak? Apakah impak ini dengan entire Evidence Act dan konsep natural justice? Dengan izin, I applaud the Minister for coming to Parliament to propose a system to tackle commercial corruption but why are you trying to sneak in an unconstitutional? A very difficult question that challenges natural justice in the same view.
Oleh itu saya minta Yang Berhormat Menteri tarik balik seksyen 41A. Secara keseluruhannya saya menyokong seksyen-seksyen mengenai anti-corruption commercial organization tetapi saya menolak seksyen 41A. Sekian sahaja, terima kasih.