top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Suruhanjaya Sekuriti adalah satu-satunya badan yang mempunyai dana sendiri ataupun dia dapat dana dia daripada levi dan juga fi yang dikenakan kepada syarikat yang disenaraikan. Dalam pengalaman saya sebagai seorang peguam korporat lebih 20 tahun, dealings saya dengan Securities Commission banyakkan baik, elok. Memang Securities Commission adalah betul-betul profesional dan saya telah meneliti akta ini. Didapati apa yang dia hendak buat adalah baik dan saya ada beberapa isu dengan pindaan yang kecilkecil. Selepas itu, di committee stage saya akan bahas lebih tentang isu itu.


Bagi saya, isu yang terpenting ialah Suruhanjaya Sekuriti mempunyai financial independence. Seharusnya semua badan kerajaan utama, khasnya seperti MACC perlu mengamalkan financial independence juga kerana daripada Securities Commission, kita lihat, apa result adanya financial independence ialah, kita lihat kakitangan mereka baik, komitmen mereka ada dan tidak ada political interference yang banyak. Ini penting untuk menjaga Bursa Malaysia dan juga menjaga semua sekuriti dan derivative yang ada di negara ini.


Apa yang penting bagi saya daripada segi kakitangan Suruhanjaya Sekuriti. Saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan pelantikan Datuk Ranjit Ajit Singh sebagai Chairman pada tahun 2012. Pelantikan ini menunjukkan bahawa dengan adanya financial independence, satu-satu badan kerajaan boleh mengamalkan sistem meritokrasi. Kita tahu di Malaysia ini bangsa Singh tidak banyak. Cuma lebih kurang 100,000, tetapi untuk mendapat seorang seperti Datuk Ranjit Ajit Singh untuk mengambil tempat yang penting sekali adalah satu achievement yang baik bagi Securities Commission.


Saya tahu bahawa Datuk Ranjit Ajit Singh mengamalkan ataupun bekerja di dalam Securities Commission selama 20 tahun. Jadi bagi saya, saya minta semua badan untuk move away, move towards financial independence, tidak payah diletakkan di bawah Perdana Menteri punya control dari segi kewangan. Dengan mengikut cara apa yang dibuat oleh Securities Commission, saya harap kerajaan akan lebih bertanggungjawab, lebih telus dan terdapat lebih transparensi.


Saya akan mengakhiri perbahasan saya dengan dua soalan sahaja. Kita tidak bagi Yang Berhormat Menteri jawab satu, dua soalan sahaja. Apa yang penting, saya hendak tanya berapakah kes kesalahan berlaku pada tahun 2014? Kalau Yang Berhormat Menteri boleh beritahu, cerita sedikitlah tentang apakah resultnya. Itu sahaja, terima kasih.

bottom of page