top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Sabah Carbon Deal Needs Transparency and Accountability

MEDIA STATEMENT: SABAH CARBON DEAL NEEDS TRANSPARENCY AND ACCOUNTABILITY Carbon trading is an essential policy tool that we need to implement promptly so to strengthen Malaysia’s efforts to combat climate change and its impacts.

During Parliament Question Time, I posed two questions to the Minister of Environment and Water, YB Tuan Ibrahim bin Tuan Man on the matter of carbon trading. I was heartened by the following replies: that (a) his ministry together with the ministry of finance are aiming to implement carbon trading by the last quarter of 2022 and (b) that the trading system will not be given to a private company but operated by Bursa Malaysia. I commend the minister for this policy position and urge all Members of Parliament to embrace and support the same, irrespective of our political differences. In the same Question Time session, I asked the minister a follow-up question regarding the controversial Sabah carbon deal. I asked whether the federal government would create guidelines for state governments to adhere to so that all carbon deals are done by open tender, are transparent, and accountable without abuses of power and corruption.

The minister replied that while the Sabah government has given assurances to his ministry on the deal, the minister has not seen the details of the deal. While conceding that forestry is a state matter, his ministry has oversights at the international reporting level. The minister also said that will direct his agencies to ensure transparency is practiced. I note that several environmental groups are deeply concerned about the carbon deal between the state government of Sabah and a little-known Singaporean company, Hoch Standard Pte Ltd.

The deal essentially covers up to two million hectares of Sabah Forest land for a period of 100 years, whereby 30% of profits from carbon credits generated will be paid to Hoch Standard. I am particularly alarmed to read in the news that YB Jeffrey Kitingan, the deputy chief minister of Sabah, in defending the deal, was reported to have said that Sabah could earn RM3.2 billion worth of carbon credits from 2 million hectares of forests, yearly.

If these numbers are real, the state government of Sabah has to justify why Hoch Standard should be paid RM960 million a year from this deal for the next 100 years. This 30% profit share arrangement to a little-known foreign company with a mere paid-up capital of USD1,000, is astonishingly lopsided and overtly generous. This is a major governance red flag that will scare off potential international and domestic buyers of carbon credits. This deal, if allowed to complete, will also set a very bad precedent for all future carbon deals in Malaysia.

Therefore, I call upon the Sabah state government to reveal fully all documentation and correspondences leading to this carbon deal to both the ministry and the public. This carbon deal needs to be fully transparent, and the Sabah government must behave accountably.

It is important to note that while Malaysia is finally taking positive steps towards carbon trading, we must ensure that all carbon deals going forward must be of the highest standards in terms of governance. Failure to do so will jeopardize our efforts to kick-start carbon trading and damage our reputation as a trustworthy supplier of carbon credits and a reliable partner in this global effort to combat climate change. YB Wong Chen Member of Parliament for Subang

2 December 2021

 

KENYATAAN MEDIA: PERJANJIAN KARBON HUTAN SABAH MEMERLUKAN KETULUSAN DAN KEBERTANGGUNGJAWAPAN Perdagangan karbon merupakan alat dasar yang sangat penting yang perlu dilaksanakan secepat mungkin untuk meneguhkan perjuangan Malaysia dalam menghadapi perubahan iklim dan kesannya.

Semalam, semasa waktu Pertanyaan, saya bertanya kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Tuan Ibrahim bin Tuan Man dua soalan tentang perdagangan karbon. Saya berpuas hati dengan jawapan-jawapan beliau yang menyatakan bahawa a) Kementerian Alam Sekitar dan Air bersama dengan Kementerian Kewangan berhasrat untuk melaksanakan perdagangan karbon selewat-lewatnya pada suku terakhir tahun 2022 dan b) pengurusan dan pengoperasian dagangan karbon tidak akan diswastakan, sebaliknya akan diuruskan oleh Bursa Malaysia. Saya menghormati dan memuji Menteri atas pendirian beliau untuk dasar ini serta menyeru ahli-ahli Parlimen lain untuk menyokong sepenuhnya usaha tersebut tanpa menghiraukan kepentingan politik masing-masing.

Pada sesi waktu Pertanyaan yang sama, saya juga mengajukan soalan susulan kepada Menteri mengenai perjanjian karbon hutan Sabah yang kontroversi. Saya bertanya sama ada Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan garis panduan untuk dipatuhi oleh kerajaan negeri supaya semua perjanjian karbon akan dilaksanakan secara telus dengan penuh kebertanggungjawapan tanpa penyalahgunaan kuasa dan korupsi.

Menteri menerangkan bahawa kerajaan Negeri Sabah telah memberi jaminan kepada Kementerian tersebut tentang perjanjian karbon hutan, namun beliau tidak dimaklumkan tentang perincian perjanjian tersebut. Beliau mengaku bahawa isu perhutanan merupakan bidang kuasa kerajaan negeri namun, Kementerian Alam Sekitar dan Air mempunyai hak penyeliaan dari segi pelaporan antarabangsa justeru akan memastikan ketelusan dalam pelaporan diamalkan.

Saya sedar bahawa beberapa kumpulan alam sekitar berasa risau tentang isu perjanjian karbon hutan antara kerajaan negeri Sabah dan syarikat Singapura asing, Hoch Standard Pte Ltd.

Perjanjian ini merangkumi sebanyak dua juta hektar perhutanan Sabah untuk tempoh 100 tahun, di mana sebanyak 30% daripada hasil penjualan karbon kredit akan dibayar kepada Hoch Standard. Saya berasa sangat risau apabila membaca petikan berita bahawa YB Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah, dalam menyokong perjanjian karbon hutan ini yang menyatakan bahawa sebanyak RM 3.2 bilion karbon kredit bakal diperolehi setiap tahun daripada dua juta hektar hutan.

Jika nombor ini tepat, maknanya kerajaan Negeri Sabah perlu menjelaskan mengapa firma swasta Hoch Standard perlu dibayar daripada hasil perjanjian karbon hutan sebanyak RM 960 juta setahun untuk 100 tahun berikutan. Terma perjanjian ini yang memberi 30% keuntungan kepada syarikat asing yang kurang dikenali dan cuma mempunyai bayaran kapital USD 1,000 sahaja, adalah terlalu berat sebelah. Perjanjian ini jika dilaksanakan penuh akan menakutkan pembeli karbon kredit sama ada domestik atau antarabangsa untuk berurusan di Malaysia. Jadi, sekiranya perjanjian karbon hutan Sabah ini dibenarkan untuk diteruskan, ia akan menjadi satu contoh yang buruk untuk perjanjian perdagangan karbon hutan yang lain, pada masa depan.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan negeri Sabah untuk mendedahkan semua dokumen dan perhubungan surat-menyurat kepada Kementerian dan juga rakyat. Perjanjian tersebut perlu telus dan kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Penting untuk kita ingat bahawa pada ketika Malaysia mengambil langkah yang positif dalam penerimaan perdagangan karbon, kita harus memastikan kesemua perjanjian karbon hutan yang akan datang perlu menepati darjah pentadbiran kerajaan yang tertinggi. Kegagalan untuk berbuat demikian akan merugikan usaha Malaysia untuk memulakan amalan perdagangan karbon justeru menjejaskan reputasi negara kita sebagai pembekal karbon kredit yang jujur, serta sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam usaha sejagat dunia dalam mengharungi perubahan iklim. YB Wong Chen Ahli Parlimen Subang 2 Disember 2021

bottom of page