Below is the text of my King's speech.
The process to write the speech is as follows.
I started writing this speech about 10 days ago. It started with me making some rough notes (mentally) of what I want to talk about. I usually get my best ideas while driving to work.
Then I lectured the speech freestyle to my interns. The interns audio recorded the "speech" and at the same time furiously typed away and made notes. Then they had one day to compare notes and jointly produced the initial draft. That draft was then sent to my officers to fact check and correct. Then the cleaned draft is sent to me.
I then changed about 20% to 30% of the speech, dropping entire paragraphs and adding new ones. An advanced draft is then sent back to the officer and she then passed me a printed copy. I then worked on the printed copy from time to time, while waiting for my turn to speak.
The speech I gave today, was version 6, and on the day, I still didn't have enough time to read the last few paragraphs.
TEKS PERBAHASAN YANG BERHORMAT TUAN WONG CHEN
AHLI PARLIMEN SUBANG (P104)
USUL MENJUNJUNG KASIH DAN PERBAHASAN TITAH DIRAJA
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS
20HB JULAI 2020
1. Terima kasih Tuan Speaker, kerana memberi peluang dan masa kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong tentang keadaan ekonomi dan politik. Saya menerima pandangan dan pesanan Yang di-Pertuan Agong dengan baik dan saya percaya kita perlu membahaskan perkara-perkara yang terpenting, termasuklah empat (4) perkara: (1) Covid-19, (2) dasar-dasar untuk memerangi rasuah dan penyelewengan, (3) ekonomi negara yang menghadapi cabaran, dan (4) reformasi Parlimen.
2. Perkara pertama, isu Covid-19. Saya minta kerajaan, khasnya Menteri Kewangan untuk memberikan data-data kewangan yang sebenarnya tentang Covid-19. Bukan “fantasy” numbers, tetapi data yang sebenar. Khususnya, berapakah jumlah wang yang telah digunapakai oleh kerajaan sejak tempoh MCO dilaksanakan, iaitu mulai 18hb Mac 2020 ke 30 hb Jun.
3. Apakah breakdown keperincian kegunaaan wang tersebut? Berapakah yang telah digunakan untuk wage subsidy (subsidi upah) sampai ke akhir bulan Jun? Berapakah yang telah digunakan untuk kementerian kesihatan dan frontliners untuk mencegah Covid-19?
4. Adakah jumlah besar ini akan mencapai dana sebanyak RM295 bilion yang diuar-uarkan oleh kerajaan kepada rakyat dan media? RM295 billion merupakan lebih kurang 18% GDP negara, nombor ini memang susah nak percaya, negara-negara terkaya di dunia cuma membuat bajet 10% GDP untuk mengatasi Covid 19. Dan mereka yang terkaya mempunyai kelebihan untuk membuat “quantitative easing”, padahal Malaysia cuma boleh mengeluarkan government securities.
5. Bagi saya, lebih penting kerajaan berterus-terang. Kerajaan baru ini memang mempunyai satu trust deficit. Dengan cara perlantikan Speaker baru baru ini, bukan sahaja kerajaan ini cuma ada satu razor thin majority, tetapi commitment kerajaan kepada the proper procedure adalah tersangat rendah. Pentadbiran Pekan, dari segi prosedur Parlimen, nampak lebih professional dari pentadbiran sekarang.
6. Tuan Speaker, dengan izin, without full financial transparency, we have no choice but to second guess and speculate. The market too has to speculate what is the true state of the government’s fiscal position.
7. Semua penganalisis bank yang saya sempat berbincang melalui Zoom, berpendapat bahawa kerajaan ini tidak ada dana yang cukup untuk melalukan perbelanjaan tambahan secara direct injection, melebihi RM50 bilion untuk Covid-19, apa lagi the illogical grand total number kerajaan sebanyak RM295 billion. Oleh demikian, saya nak tanya Menteri Kewangan, sama ada dia setuju atau tidak, angka RM295 billion adalah satu creative accounting.
8. Berdasarkan pengiraan saya, perbelanjaan direct injection Covid-19 sampai ke akhir bulan Jun, tidak melebihi RM15 bilion. Kemungkinan besar, hanya cuma mencapai RM12 bilion sahaja. Minta Menteri Kewangan memberi data apakah jumlah sebenarnya perbelanjaan direct cash injection.
9. Kalau kerajaan masih berpegang bahawa ia mampu menyuntik direct injection sebanyak RM45 bilion ke dalam ekonomi ini, sila beritahu Dewan yang mulia ini, dari manakah dana RM45 bilion ini akan muncul?
10. Dana kementerian mana yang kena potong, dan berapakah potongan tersebut. Berapa banyak yang dipinjam dan dari siapa? Wang siapa? Petronas? Bank Negara? Khazanah? EPF?
11. Adakah kita akan mengeluarkan bon sebanyak RM100 bilion tahun ini? Kebiasaanya kita mengeluarkan RM50 billion government bond setahun. Apakah impak pengeluaran bon berlebihan kepada sovereign ratings Malaysia? Tidakkah kita mungkin jatuh ke status B+? Kalau jatuh ke B+, berapakah kenaikan overall cost of borrowings for the government?
12. Sebab itulah semasa permulaan MCO, kami di pembangkang selalu meminta kerajaan untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan secepat mungkin. Supaya perkara perkara fiskal, yang dikatakan berbilion-bilion boleh didebat dan bincangkan dengan baik dan sempurna.
13. Tuan Speaker, pada kebiasaannya, ucapan-ucapan saya tidak bermotif semata-mata untuk mengkritik sahaja. Saya memang cuba memberi nasihat dan pendapat yang constructive.
14. Semasa MCO dilaksanakan, saya tak complain apa-apa dan saya patuhi peraturan MCO “to the letter”, tutup pejabat, semua officers saya duduk di rumah, tetapi kita berjaya membuat program contactless welfare aid, iaitu hantar shopping vouchers melalui pos laju sebanyak RM73,000 kepada 205 keluarga termiskin di Subang. Kami juga bagi dana sebanyak RM77,000 kepada penjawat awam frontliners; kesihatan, polis, dan bomba. Ini semua dilakukan walaupun kerajaan sekarang telah memotong dana community saya sebanyak 97%.
15. Dalam hal kewangan pejabat saya, saya menerbitkan akaun saya dua kali setahun, setiap enam bulan. Oleh itu, dalam hal kewangan fiskal, saya berpendapat kerajaan perlulah juga mengamalkan full transparency and accountability.
16. Kebanyakkan kerajaan negara-negara lain di dunia (dan for the record, dunia ini cuma ada 195 countries, bukan 500 ya), telah membentangkan cadangan Covid-19 mereka ke Parlimen untuk meminta kebenaran dan sokongan Ahli-Ahli Parlimen. Tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan ini.
17. Kalaulah Parlimen bersidang pada bulan Mac, seperti yang telah ditetapkan pada jadual asal, saya percaya kami di pembangkang tidak akan menolak apa-apa cadangan yang baik dan accountable, demi mengatasi Covid-19.
18. Dengan izin, for not convening Parliament earlier, the government behaved like a nervous child afraid of his own shadow.
19. Oleh demikian, saya minta Menteri Kewangan memberi data dan keterangan kewangan yang jelas dan penuh. Jangan inflate numbers dan jangan mislead the rakyat. After all, you are supposed to be a banker, a technocrat and not a politician. Oleh demikian, sila laporkan yang terbaik kepada dewan yang mulia. Yang di-Pertuan Agong telah memesan kita semua to be accountable dan saya harap menteri juga akan bersetuju menyokong pesanan baik Yang di-Pertuan Agong.
20. Perkara kedua, dasar-dasar memerangi rasuah dan penyelewengan. Saya meneliti bahawa Yang Amat Berhormat Pagoh, mengatakan bahawa kerajaan beliau akan melawan rasuah sekuat-kuatnya dan meminta semua Ahli Parlimen kerajaan untuk membuat pengisytiharan aset kepada SPRM. Soalan saya adalah, adakah ahli-ahli Parlimen kerajaan akan isytiharkan kepada SPRM sahaja ataupun akan isytiharkan penuh kepada rakyat? Can the prime minister, please clarify?
21. Tuan Speaker, pengisytiharan aset semesti dibuat secara terbuka kepada rakyat. Masa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, kita telah membuat asset declaration kepada rakyat. Namun demikian, ada juga beberapa kekurangan. Borang dan akuan declarasi tidak diterbitkan, tidak ada audit, harta pasangan suami isteri tidak didedahkan, dan yang paling pelik harta-harta anak-anak diatas 21 tahun tidak perlu dideklarasikan.
22. Saya ingin tahu, adakah Yang Amat Berhormat Pagoh bersetuju untuk membuat pendedahan penuh kepada rakyat, dan membaiki pengisytiharan aset menjadi lebih sempurna?
23. Tuan Speaker, pengisytiharan aset adalah satu “crucial step” untuk membanteras gejalah rasuah di Malaysia. Dengan izin, we need a lot more equally crucial steps to be taken. Semasa YAB Pagoh bersama Pakatan Harapan, manifesto anti rasuah kami adalah jelas.
24. Adakah beliau akan berterusan dengan manifesto Pakatan Harapan untuk membanteras rasuah? Ataupun beliau ada idea-idea yang lebih baik? Bolehkah Perdana Menteri memberi pencerahan dan kongsikan dengan kita apakah langkah-langkah beliau untuk mengatasi rasuah?
25. Sekiranya YAB Pagoh ada cadangan melawan rasuah yang baik, yang lunas dan yang betul, walaupun kita bermusuh di medan politik, saya rasa semua ahli di dewan yang mulia ini akan set aside our political differences, dan menyokong rang undang-undang anti-rasuah yang dibentangkan.
26. Tuan Speaker, saya masih ingat dan hormati tindakan YAB Pagoh, semasa permulaan krisis 1MDB pada tahun 2015. Beliau sanggup meninggalkan pentadbiran Yang Berhormat Pekan untuk melawan isu rasuah kleptocrat 1MDB.
27. Saya juga pernah bekerja rapat dengan penasihat-penasihat dasar-dasar ataupun technocrats dari team beliau. Technocrats seperti, Datuk Dr Marzuki Mohamad, yang saya sayang dan hormati dan kawan baik saya, Dato’ Dr Rais Hussin. Mereka banyak memberi pandangan dan menggubal dasar yang baik demi membanteras rasuah.
28. Oleh sebab kemelut politik pada akhir bulan Februari, semua pemain-pemain technocrats terpaksa bertukar team. Tetapi saya masih berharap YAB Pagoh tidak akan menukar dasar-dasar anti-rasuah yang diterima beliau sendiri, semasa bersama Pakatan Harapan.
29. Nasihat saya kepada YAB Pagoh; sekiranya beliau tidak meneruskan reformasi pembanterasan rasuah yang baik dan telah dimulakan oleh Pakatan Harapan, dan sebaliknya terus menawarkan jawatan-jawatan GLC sebagai habuan politik, legasi anti-rasuah beliau di zaman 1MDB akan terus terhilang.
30. Perkara ketiga, kemelesetan ekonomi. Berkenaan hal ehwal ekonomi, memang saya telah menyentuh tentang isu fiskal kerajaan pada permulaan perbahasan saya. Tetapi apabila kita memberi tumpuan kepada isu ekonomi sekarang, saya ingin menekankan empat isu : (1) isu pengangguran, (2) isu perdagangan antarabangsa, (3) isu penghasilan barang dan perkhidmatan, dan (4) isu perbankan.
31. Kawan baik saya, Yang Berhormat Jeli, Menteri Ekonomi, baru-baru ini mengatakan bahawa ekonomi kita akan menikmati satu V-shape recovery pada tahun 2021. Dengan izin, while I understand that you are a politician, and maybe there is a general election around the corner, you still have an overriding duty to share economic data with Parliamentarians. Saya minta menteri ekonomi untuk mendedahkan apakah asasnya, untuk menyokong scenario satu v-shape recovery? Adakah production of goods and services kita naik baru-baru ini? Adakah kadar pengangguran sedang menurun? Dengan izin, what are the latest numbers to support a v-shape recovery?
32. Dengan izin, for you to assert that the economy will rebound v-shape in 2021, you must have some current indicative data to support your views. Tetapi di manakah indicative data ini? Data DOSM Cuma sampai bulan April sahaja. Saya nak tanya, pada bulan May dan Jun, adakah kita lihat pengangguran meningkat, ataupun menurun? Berapakah syarikat telah bungkus sejak MCO? Berapakah syarikat baru di mulakan pada sejak MCO? Dengan izin, surely as an experienced and responsible minister, you must be keeping a close eye on the very latest data. Please share.
33. Apabila saya sekilas membaca The Classifieds Section, in The Star, saya cuma terdapat penambahan lebih kurang lima ke lapan iklan pekerjaan baru setiap hari. Ini memberi indikasi terkini bahasa economic recovery is still a long way away.
34. Isu kedua, untuk meningkatkan ekonomi kita, kita perlukan eksport perdagangan antarabangsa untuk meningkat. Apakah data terkini eksport kita?
35. Berapa peratus jumlah exports kita menurun sejak MCO? Dalam konteks international trade, apakah pandangan outlook terkini tentang trade war di antara Amerika Syarikat dan China.
36. Sekiranya international trade menurun, bagaimanakah kita akan ada satu V-shape recovery tahun depan? Saya minta menteri MITI memberi a full set of data of the latest data on imports and exports, dan juga an executive summary of our position regarding RCEP, CPTPP dan trade war antara US dan China.
37. Tuan Speaker, saya ada satu lagi soalan kepada menteri MITI. Isu tentang APEC. Saya minta menteri MITI memberi satu government position mengenai APEC, adakah sidang ini akan diterusan memandangkan wabak Covid 19? Saya dengar beberapa hari yang lalu, kerajaan ada tiga option, buat persidangan secara virtual, secara hybrid ataupun postpone ke tahun lain. Apakah angarran bajet terkini kepada ketiga-tiga option dan apakah jumlah wang yang telah dibelanjakan sehingga kini.
38. Saya minta satu breakdown of all expenditure items bagi ke tiga-tiga option. Saya juga ingin tanya adakah pembelian kereta-kereta mewah untuk APEC telah dibatalkan? Sila juga beri kos security, logistics dan penginapan.
39. Tuan Speaker, saya ke isu ketiga, iaitu isu supply and demand. Basic economics tetapi kita fokus kepada domestic consumption dan domestic trade. Sekiranya perdagangan antarabangsa kita menjunam, which is something I suspect is happening, maka industrial production kita akan juga mencerminkan the international trade demand.
40. A fall in demand will result in a corresponding fall in production. Ini bermakna, pendapatan foreign currency kita juga akan jatuh, production kita menurun, pekerja kita juga berkemungkinan besar kurang produktif dan sebahagian pekerja bakal akan hilang kerja.
41. Saya minta menteri ekonomi untuk memberi data terbaru, iaitu sampai bulan Jun, apakah peningkatan domestik consumption, jika ada, adakah ia boleh offset the fall on international demand? Oleh demikian saya meminta demand and production data yang terkini, sampai Jun, termasuk Purchasing Managers Index, consumer confidence index dan juga consumer price index.
42. Baik, isu terakhir, saya nak tanya tentang status banking. Saya tahu kebanyakkan bank mempunyai healthy deposits. Saya perhatikan data DOSM, M1 Real Money Supply iaitu cash dan deposits, meningkat 0.9% dari bulan Januari ke April. Apakah data M1 terbaru sampai ke bulan Jun? Adakah kerajaan bercadang untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank ke Januari tahun depan? Saya tahu bahawa majoriti syarikat-syarikat memerlukan satu lifeline. Di kawasan saya, iaitu Subang, khasnya adun Subang Jaya dan Adun Kinrara, banyak kedai-kedai dan outlet telah tutup. Kawasan SS15 yang dikenali sebagai the bubble tea capital of Malaysia telah melihat banyak bisnes bungkus bankrap. Saya memang simpati dan faham sangat nada bisnes komuniti, keluarga saya sendiri sudah berniaga melebihi 60 tahun. Dengan izin, the business community is really suffering. What the business community needs is help, and empathy from the government. They don’t need creative accounting, fake economic data, to create perceptions of growth.
43. Tuan Speaker, oleh kerana Menteri Kewangan adalah seorang former banker, saya nak dengar dari beliau, apakah impak kepada bank-bank, sekiranya moratorium pinjaman dilanjutkan? Dengan izin, is he going to side with the banks or the business community on this matter?
44. Tuan Speaker, saya juga mendengar aduan dari banyak syarikat yang telah cuba meminjam loan di bawah pakej Prihatin. Pinjaman telah diluluskan, tetapi apabila sampai di bank, bank memberitahu syarikat bahawa kerajaan belum deposit lagi wang untuk pinjaman prihatin. That was two weeks ago, saya nak tanya menteri sama ada situasi ini telah diperbaiki?
45. Tuan Speaker, itulah empat isu yang berkaitan dengan ekonomi, yang saya minta jawapan terbaik dari menteri-menteri.
46. Jika kita ada good and reliable data, barulah kita boleh mula memperbaiki situasi ekonomi negara.
47. Rakyat memang sudah bosan dengan politik, mereka jauh lebih bimbang tentang keadaan ekonomi. Dengan izin, allow me to remind you, that you are duty bound to share good data with Parliament, because Parliament is constitutionally sovereign in Malaysia, not the executive.
48. Kalaulah, data menunjukkan YB Jeli terlalu optimistik, apa salahnya? Dengan izin, it is better to admit that we have a problem than to pretend that the problem doesn’t exist at all.
49. Tuan Speaker, this brings me nicely to my last topic of my speech; Parliamentary Reforms.
50. Saya minta YAB Pagoh untuk menyatakan pendirian kerajaan beliau tentang rang undang-undang Parliamentary Services Act. Saya percaya pihak pejabat Speaker yang lalu, Tan Sri Ariff, telah pun menyediakan satu draft yang cukup baik dan sempurna, untuk dibentangkan ke Parlimen.
51. Adakah kerajaan YAB Pagoh komited untuk membentangkan draf tersebut? Adakah YAB Pagohkomited kepada pembaharuan reformasi Parlimen, to make Parliament financially and administratively independent?
52. Tuan Speaker, dengan izin, you are very, very new to this post and I wish you luck. You will need it, and soon you will realise that your hands are financially and administratively tied. Parlimen Malaysia adalah sebenarnya subservient kepada executive powers dan Parlimen Malaysia adalah memang underfunded.
53. Kesemua Special Select Committees memang tak cukup wang untuk berfungsi dengan baik. Cuma PAC yang ada sokongan kewangan dan sekretariat penuh.
54. Selagi Parlimen tidak mempunyai kuasa tersendiri mengenai perkara kewangan dan pentadbiran, Parlimen akan terus menjadi satu rubber stamp eksekutif dan kepentingan dan kebajikan dan ahli-ahli dewan ini, akan umbang ambing mengikut ombak politik. Sistem umbang ambing ini tak boleh pakai, cuma katak-katak yang seronok melompat-lompat.
55. The last Speaker, Tan Sri Ariff telah memulakan proses untuk mengembalikan kuasa kepada Parlimen, dan ianya bukan kerja mudah dan memerlukan political will yang kuat. I salute Tan Sri Ariff for his efforts and genuine intentions to reform Parliament.
56. Tuan Speaker, dengan izin, at the heart of my speech today, is a simple question; is this government credible? If you don’t fight corruption, if you do creative accounting, if you hide economic data, if you keep suppressing Parliament, then this government will have no political and economic credibility.
57. Tuan Speaker, benarkan saya menggulung. Saya menyokong titah diraja dalam perkara perkara berikut, membanteras rasuah, membaik pulih ekonomi negara kita dan menangani Covid-19.
58. Saya juga ingin mengambil kesempatan in untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan negara terutamanya perkhidmatan kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, dan lain-lain agensi yang turut terlibat, yang telah tampil dengan penuh dedikasi menghadapi serangan wabak Covid 19 ini.
59. Pengorbanan mereka tidak pernah mengenal erti penat mahupun takut, hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga kesihatan dan kepentingan orang ramai.
60. Tuan Speaker, sekian, terima kasih.