top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Teks Perbahasan YB Tuan Wong Chen: Penerangan oleh YB Menteri berkenaan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi

TEKS PERBAHASAN YANG BERHORMAT TUAN WONG CHEN AHLI PARLIMEN SUBANG

PENERANGAN OLEH YB MENTERI KEWANGAN BERKENAAN PAKEJ-PAKEJ BANTUAN EKONOMI

MESYUARAT KHAS, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

29 JULAI 2021

1. Terima kasih Tuan Speaker memberi peluang kepada saya untuk membahas tetapi tak boleh undi tentang ekonomi dan pakej-pakej bantuan COVID-19. Dalam tujuh minit ini, saya akan menyentuh empat perkara.

2. Pertama, teguran ikhlas kepada kerajaan. Apabila kerajaan hendak bentangkan pelan-pelan sila buat dalam format yang betul. Cara infografik ini ok untuk orang ramai dan budak sekolah, tapi memang too light on details, dengan izin, dan nampak gimik sangat dan tak sesuai sebagai dokumen rasmi kerajaan. Apa yang sangat diperlukan oleh ahli-ahli Parlimen, professionals seperti bankers dan analysts, economists, adalah data hasil dan perbelanjaan covid di dalam bentuk balance sheet, income statement dan cashflow statement bersamaan dengan lebih details. Sila buat dalam bentuk Excel bersama laporan penuh dan bukan dalam bentuk infografik yang tak memberi gambaran fiskal yang jelas dan penuh.

3. Perkara kedua, adalah isu yang tersangat penting, iaitu tentang keadaan hasil kerajaan. Pada perbahasan belanjawan tahun lalu, saya telah membangkitkan perkara bahawa ramalan kerajaan bagi hasil income tax adalah terlalu tinggi.

4. Saya ingin tanya sama ada Menteri boleh atau tidak setuju dengan ramalan asal saya bahawa hasil kerajaan telah surut sebanyak RM25 ke RM30 billion bagi tahun ini. Saya juga ingin bertanya, apakah strategi lain yang kerajaan sedia ada untuk menambahkan hasil?

5. Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, iaitu menggunakan dana KWAN untuk program vaksin adalah salah dari segi prinsip dan matlamat pertubuhan KWAN. Ia adalah satu desperate move dan telah menimbulkan persepsi kewangan kerajaan memang terdesak.

6. Menteri juga kena menjawab, berapakah MGS dan sukuk yang akan diterbitkan pada tahun ini? Adakah ia melebihi RM100 ke RM120 billion?

7. Sejurus itu, adakah kerajaan perlu meningkatkan national debt ceiling? Adakah kita perlu juga menaikan external borrowing ceiling iaitu RM35 billion dan akhir sekali, adakah Bank Negara berhasrat membeli lebih MGS dan sukuk melebihi ceiling 10%? Minta Menteri jawab.

8. Saya juga ingin mendengar pendapat Menteri tentang perkara, Quantitative Easing dan accrual accounting di mana pada perjumpaan dua minggu lalu, saya telah mengesyorkan kepada menteri untuk mulakan perbincangan dan membuat satu penyelidikan bersama dengan Bank Negara. Ada apa-apa progress tak dengan Bank governor mengenai kertas penyelidikan Quantitative Easing dan accrual accounting aset kerajaan?

9. Tuan Speaker, dengan izin, the bottom line is this. Kalau kerajaan tak boleh secure hasil yang cukup, semua pelan-pelan yang ada sekarang adalah cuma bayangan, illusions of smokes and mirrors. Oleh itu saya ingin mengubahkan sedikit petikan kata dari filem Jerry Maguire, “Show Parliament the money!” Masa krisis adalah masa terbaik untuk kerajaan membuat full financial disclosure supaya Parlimen boleh memberi feedback dan cadangan terbaik.

10. Perkara ketiga, saya ingin memberi nasihat dasar tentang perbelanjaan program COVID-19. Saya ingin mencadangkan nisbah dasar spending priority seperti berikut bagi pekara distribution kepada rakyat; iaitu 60% disalurkan kepada pekerja melalui subsidi upah, 30% untuk targeted cash handouts kepada golongan susah dan 10% untuk outright grants kepada sektor ekonomi yang paling terkesan oleh MCO, seperti restoran dan sektor perlancongan.

11. Fokus utama seharusnya ke pekerja dan subsidi upah kerana kalau kerajaan gagal melindungi pekerjaan dan memastikan business terus solven, ekonomi Malaysia akan hancur.

12. Pakar ekonomi terunggul John Maynard Keynes, mengutamakan dasar kerajaan “protection of jobs” sebagai dasar macro-economic yang paling penting. Oleh demikian, dan memandangkan MCO 3.0 yang separuh masak dengan beribu-ribu MITI exemptions, telah merosakkan ekonomi negara dalam masa dua bulan sahaja, maka subsidi upah perlu dilakukan dengan segera dan kuantum subsidi mesti tidak kurang daripada RM1,200 bagi tiga bulan kepada lebih kurang 5 juta targeted pekerja dalam semua sektor yang tertekan. Oleh itu, dana RM18 billion subsidi upah ini perlu disegerakan.

13. Tuan Speaker, saya menerima banyak feedback daripada peniaga besar dan kecil bahawa business cashflow hanya boleh tahan untuk dua tiga bulan lagi, iaitu selepas September, kalau keadaan pandemik tidak berpulih dan subsidi upah yang cukup tidak diberi, kita akan melihat beribu -ribu syarikat bungkus dan bankrap.

14. Pengangguran akan meningkat ke 8% dan ekonomi negara akan jatuh freefall, dimana domestic consumption akibat pengangguran tinggi, akan menekan semua sektor, essential atau tidak essential, semua sektor akan tertekan.

15. Perkara ke-empat, adalah mengenai ramalan GDP ataupun KDNK Malaysia. Pada akhir tahun lalu, IMF telah membuat ramalan bahawa GDP Malaysia bagi tahun ini akan mencapai pernumbuhan 7%. Pada bulan April tahun ini, IMF menurunkan ramalan kepada 6.5%. Dua hari lalu, iaitu pada bulan Julai ini, ramalan GDP Malaysia diturunkan lagi ke 4.7%. Ini adalah satu trend yang sangat, sangat merisaukan.

16. Pada masa yang sama, IMF membuat ramalan purata ekonomi sedunia akan meningkat 6%. Maknanya, ramalan GDP Malaysia adalah di bawah purata dunia sebanyak 1.3%.

17. Apabila saya meneliti secara lebih terperinci data-data IMF, sejak April tahun ini ke sekarang, cuma ramalan GDP ekonomi India lebih merosot daripada kita. India mengalami penurunan 3%, diikuti oleh Malaysia pada penurunan 1.8%.

18. Susutan ramalan ekonomi Malaysia lebih buruk daripada jiran-jiran ASEAN kita seperti Filipina, Thailand, Indonesia.Kita juga perlu mengambil kira bahawa pada hari ini, semasa kita berbincang sekarang, kes jangkitan setiap hari masih belum menurun, malah telah mencatat rekod baru semalam, oleh itu ada kemungkinan ramalan GDP Malaysia akan terus merosot dalam beberapa bulan ke hadapan.

19. Oleh itu, hanya terdapat satu kesimpulan sahaja. Kerajaan gagal. Ya, ada banyak negara lain merosot, tapi kami merosot paling teruk sejak April selepas India, merosok paling teruk di ASEAN.

20. Nak salahkan siapa? Nak salahkan Rakyat tak ikut SOP? Nak marah rakyat apabila terpaksa kibar bendera putih? Salah siapa? Salah Menteri Kewangan? Salah Menteri Ekonomi? Ataupun, salah Menteri MITI yang bagi beribu-ribu exemptions untuk kilang? Salahkan Menteri Vaksin yang lambat bertindak dan tidak mobilise sokongan penuh sektor swasta? Nak salahkan Menteri Kesihatan dan DG yang tak dapat mengawal pandemik ini?

21. Ultimately the buck has to stop at the Prime Minister. Semasa Sultan Kelantan bertitah sebagai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku telah menasihati Dewan ini untuk “sila duduk, jangan lari”.

22. Pada hari ini, mesej rakyat kepada YAB Pagoh adalah jelas. Jangan duduk, sila bangun, akui kegagalan besar dan minta maaf kepada 1 juta rakyat yang kena Covid, minta maaf kepada 8,000 keluarga yang telah hilang ahli keluarga yang tersayang, lepas itu, sila letak jawatan sebagai perdana menteri.

23. Saya akhiri ucapan saya dengan sedikit nasihat kepada kawan-kawan saya di UMNO dan GPS, tolong jangan buta-buta menyokong kerajaan gagal ini. Jangan takut kepada Menteri dalang yang rata-rata dibenci rakyat. Dengan izin, please listen to the rakyat and please do something to stop this national economic suicide under YAB Pagoh’s leadership.

24. Saya juga minta Ahli-ahli Parlimen UMNO untuk mendengar pandangan of your most senior Member of Parliament in this hall, who has seen all economic and political crises in his long political career as an MP for 47 years, dengar lah nasihat, pesanan and petua YB Gua Musang.

Sekian, terima kasih.

bottom of page