top of page
Writer's pictureYB Wong Chen

Ucapan Titah Diraja: Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas 2013

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang mengambil bahagian perbahasan Titah Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum saya bermula, saya ingin mengucapkan simpati saya kepada semua yang terlibat dan juga tersentuh dengan MH370.


Tuan Yang di-Pertua, izinkan perbahasan saya menyentuh tiga perkara. Pertama, adalah tentang caucus TPPA dan perkembangan politik terkini. Kedua mengenai ekonomi negara, ketiga mengenai syarikat Wilmar dan industri kelapa sawit.


Tuan Yang di-Pertua, 10 bulan telah berlaku sejak saya menjadi ahli Parlimen Kelana Jaya. Dalam masa itu saya telah mengalami satu transformasi diri dari seorang peguam, seorang teknokrat dan juga seorang pemerhati politik kepada seorang ahli politik sepenuh masa. Dengan izin, for better or worse I have become a full time politician. Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu saya terpilih menyertai caucus TPPA. Melalui caucus ini saya telah diberi peluang untuk menggunakan pengetahuan saya dalam bidang korporat dan juga undang-undang untuk menjaga kepentingan negara dalam isu perdagangan bebas antarabangsa.


Penyertaan saya dalam caucus telah juga sedikit sebanyak mengubah pandangan saya terhadap rakan-rakan caucus lain khasnya dari Barisan Nasional. Saya dapati Yang Berhormat Jasin sebagai seorang dengan izin, old school gentleman dan Yang Berhormat Kota Tinggi telah menonjolkan kefahaman politik antarabangsa yang mendalam. Saya juga terharu apabila Yang Berhormat Putatan pula merupakan seorang Sabahan yang bertekad dengan izin Yang Berhormat Putatan is honestly concern about the impact of TPPA on the Sabah poor.


Dari lawan politik kami menjadi rakan sekerja TPPA. Walaupun pandangan kami berlainan tentang banyak isu, tentang chapter-chapter TPPA, semua saya rasa bekerja memastikan kepentingan negara terjaga. Caucus TTPA ini memberi sedikit harapan kepada saya secara peribadi kerana melalui caucus ini terbukti negara kita boleh menjadi the middle path, dengan izin.


Tuan Yang di-Pertua, isu itu ialah senario tahun lalu. Kini nampaknya gelombang politik kezaliman melanda negara lagi. Apa-apa semangat politik kerjasama terjana di DR.13.3.2014 41 caucus TPPA tahun lalu, sekarang mungkin terjejas dan tergendala. Kami dari Pakatan Rakyat sedar sekarang konsep national reconciliation ini hanyalah retorik tanpa apa-apa keikhlasan. Selagi yang berkuasa dipengaruhi oleh orang politik lama di luar Dewan ini, Dewan ini tidak akan dapat cari middle ground selagi puak extremist diberi ruang menentukan arah politik dan selagi Yang Amat Berhormat Pekan tidak mengambil tindakan keras terhadap extremist, Dewan yang mulia ini tidak akan ke mana. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “If Yang Amat Berhormat Pekan remains in decisive on stern actions against extremist, this House will remain divided”.


Selepas Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Bukit Gelugor dijatuhkan hukum, siapa lagi sasaran baru? Adakah Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Seputeh? Memandangkan keadaan politik sudah berubah, saya bersama-sama Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Sungai Siput dan juga Yang Berhormat Kota Bharu akan mengkaji semula peranan dan penglibatan kami di caucus TPPA.


Tuan Yang di-Pertua, tahun ini ekonomi negara secara umum dijangka, diramalkan akan terus merosot. Kegiatan ekonomi negara kita tidak mempunyai dengan izin, keyakinan investor’s confident. Situasi ini berpunca dari dasar fiskal baru iaitu Bajet 2014 Kerajaan Barisan Nasional yang saya hendak kata separuh masak. Separuh masak sebab subsidi rakyat dipotong secara mendadak, tetapi perbelanjaan boros dan mega projek seperti TRX yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat PJ Utara semalam dan kegiatan kroni capitalism berterusan. Kemerosotan investor’s confident juga berpunca dari keadaan politic extremist yang bersifat agama dan berkawan. Gelombang jenayah yang tidak terkawal dan keselamatan rakyat terjejas juga menambah kemerosotan keyakinan ini.


Di kawasan Parlimen saya Kelana Jaya, penduduk sentiasa dalam ketakutan jenayah. Sekiranya penduduk takut, pelabur juga sama takut. Dengan kes Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Bukit Gelugor, keyakinan terhadap kehakiman terus terhakis.


Ini menambahkan kebimbangan pelabur asing dan domestik bahawa di Malaysia, keadilan itu memang susah didapati. Terkini ialah isu pengambilan aset oleh syarikatsyarikat air di Selangor melalui WASIA. Ini menimbulkan kebimbangan pelabur yang ketara sekali. Ia menimbulkan satu pertanyaan pelaburan asas iaitu adakah Kerajaan Barisan Nasional tidak menghormati dengan izin the sanctity of contract. Pakar-pakar ekonomi dari CIMB dan juga Maybank, kedua-duanya bank kepunyaan negara. Kepunyaan kerajaan pada semalam telah membuat satu analisa yang paling negatif terhadap tindakan kerajaan. Saya ingin memberi sedikit nasihat kepada kerajaan bahawa sekiranya kerajaan merampas harta tanpa pampasan yang adil, ia akan menghantar suatu mesej yang tersangat buruk kepada pelabur asing dan juga domestik.


Sedarkah Yang Amat Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan bahawa langkah nationalization mempunyai implikasi yang ketara kepada ekonomi negara.


Tuan Yang di-Pertua, keburukan investor confident ini semua berpunca daripada satu isu iaitu persepsi buruk pimpinan Yang Amat Berhormat Pekan. Persepsi siapakah ini? Persepsi ini tidak lain daripada Tun Daim Zainuddin sendiri, mengkritik Yang Amat Berhormat Pekan pada 25 Februari 2014 dalam satu interview dengan Kini Base di mana Tun Daim memberitahu bahawa Yang Amat Berhormat Pekan dalam bahasa Inggeris adalah ‘Neither firm nor decisive enough’. Lembik dan tidak boleh membuat keputusan. Tun Daim juga meminta Yang Amat Berhormat Pekan meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan asingkan kerja Perdana Menteri dengan kerja Menteri Kewangan. Tun Daim juga kata inilah pendapat atau feedback daripada orang ramai termasuk komuniti peniaga.


Tuan Yang di-Pertua, data Bank Negara sendiri menunjukkan bahawa pada bulan Julai 2013, 45% bon Kerajaan Malaysia dan juga 24% ekuiti di Bursa Malaysia dipegang oleh institusi asing. Mulai bulan September 2013 hingga Disember 2013, ini data terkini, Tuan Yang di-Pertua. Institusi asing asyik menjual bon dan saham Malaysia. Penjualan pada tempoh empat bulan tersebut adalah mencecah RM11 bilion.


Apa yang sangat merunsingkan adalah institusi kewangan kami seperti EPF, Khazanah terpaksa membeli untuk menyokong harga bon dan saham yang dijual oleh institusi asing. Apa yang kita lihat sekarang ialah satu pengaliran keluar pelaburan asing yang terus meluas dan akan terus meluas pada tahun ini disebabkan oleh program Tempering of Quantitative Easing di Amerika. Keadaan ini sangat mencemaskan kerana GLC, GLIC dan juga institusi kewangan negara kami kemungkinan besar tidak akan mampu menyokong harga saham dan bon apabila terhadap penjualan yang terlalu besar daripada institusi asing.


Isu serius ini menuntut perhatian segera Menteri Kewangan. Dengan pengaliran keluar pelaburan asing, mata wang kami terus menurun. Yang lebih merunsingkan adalah penyusutan nilai mata wang ini tidak bermanfaat kerana penambahan eksport negara tidak berlaku. Ini terbukti daripada data Kementerian Kewangan Negeri di mana ia meramalkan pada tahun 2013 dan juga 2014, current account surplus dijangka akan turun ke kadar 5% GDP sahaja. Sebagai bandingan, pada tahun 2009, kadar current account surplus kita 45% GDP. Maknanya penurunan yang terlalu drastik. Selain itu, bagi semua rakyat, pengguna, inflasi membuat harga barang kita terus naik.


Inflasi naik dari bulan ke bulan pada kadar yang sangat membimbangkan. Ia naik 3.3% dalam satu bulan iaitu bulan Disember 2013. Satu tindakan monitoring policy perlu dilakukan dengan segera untuk mengawal inflasi. Bagi rakyat yang rajin menyimpan wang, kebiasaannya kalau orang itu simpan wang dan tidak boros, dia itu okey dari segi ekonomi. Akan tetapi bagi rakyat yang rajin menyimpan wang pun mereka mengalami masalah besar sebab kadar inflasi sekarang telah menjadi tidak terkawal dan mereka mengalami negative interest rate iaitu satu situasi di mana kadar inflasi melebihi kadar faedah bank.


Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir ialah tentang kelapa sawit dan juga tentang syarikat antarabangsa iaitu Wilmar International Limited. Tuan Yang di-Pertua, Wilmar International Limited adalah syarikat gergasi yang berheadquarter di Singapura dan mempunyai market capitalization sebanyak RM60 bilion. Ia merupakan syarikat gergasi kelapa sawit yang telah mengeluarkan satu polisi pada Disember 2013 iaitu dasarnya dalam bahasa Inggeris. No defrost station, no peak, no exportation. Ia merupakan satu inisiatif kononnya untuk melindungi alam sekitar. Sebagai background, pada tahun 2012, Wilmar pernah dinamakan dengan izin Will List Environmentally Family Company oleh Majalah News Week dan ekoran pengumuman tersebut, pada tahun 2013, Government Pension Fund of Norway, institusi kewangan terbesar di Eropah telah menjual semua saham Wilmar yang dipegang oleh mereka.


Oleh demikian, saya percaya bahawa Wilmar sudah berubah dan sekarang lebih mementingkan alam sekitar. Akan tetapi saya lebih percaya Wilmar masih memberi keutamaan kepada keuntungannya. Jadi dasar baru polisi ini mempunyai satu impak yang ketara kepada Malaysia. Polisi ini bukan hanya melibatkan syarikat-syarikat kelapa sawit tetapi juga bakal menjejaskan pendapatan 150,000 buah keluarga Malaysia khasnya keluarga peneroka dan juga pemilik tanah ladang kelapa sawit kecil-kecilan. Pada masa kini, semua pengusaha kelapa sawit di Sarawak khasnya menghadapi ancaman bahawa dasar Wilmar akan mengurangkan pembelian minyak sawit keluaran daripada Sarawak. Sabah, it’s on standby.


Oleh itu saya meminta penjelasan polisi terperinci daripada menteri yang berasal daripada Sarawak. Bagaimanakah Kerajaan Malaysia akan mengatasi isu ini? Saya tidak menerima pendapat menteri bahawa ini adalah perkara business to business arrangement. Syarikat Wilmar menguasai 50% supply chain kelapa sawit dunia. Implikasi micro economic isu ini adalah satu perkara mengenai monopoli dan anti trust dan oleh itu memerlukan perhatian yang amat serius. Ini adalah satu-satunya contoh di mana satu syarikat gergasi melalui satu polisi boleh menjejaskan ekonomi negara kita. Dengan kesudahan itu saya menyeru Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk selalu berwaspada... (sambung) Isu ialah tentang apa yang ditulis daripada pemerhati-pemerhati international, international jurist yang berada di situ menunjukkan bahawa tidak ada kepastian bahawa sistem kehakiman kita akan menunjukkan satu confidence level untuk investor. Itu isu dia. Saya tidak menimbulkan isu tentang sama ada hakim-hakim itu dipengaruhi atau tidak. That is not the issue. The issue here is the perception of the investor confidence is there, it is very negative.


(sambung)


Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengakhirkan ucapan saya dengan memberitahu kepada semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Bahawa kita kena berwaspada dan berjaga-jaga semasa berurusan dengan syarikat-syarikat gergasi khasnya syarikat-syarikat gergasi luar negeri seperti Wilmar. Ini kerana matlamat utama mereka bukanlah pembangunan negara tetapi matlamat utama mereka ialah memperjuangkan kepentingan pemegang-pemegang saham mereka dan juga keuntungan syarikat tersebut. Sampai sini sahajalah ucapan saya. Sekian terima kasih.

bottom of page